BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 2”

Siap menyimpan barang dalam kotak yang diletakkan di belakang motosikalnya. Hairi melihat kembali ke warung yang telah siap dikemasnya sebentar tadi. Dia mengambil keputusan untuk menutup awal kerana berasa sedikit penat walaupun pelanggan tidak ramai pada malam ini.

Setelah yakin dan puas hati dengan keadaan kedainya. Dia mencapai helmet dan menghidupkan motosikalnya. Perjalanan pulang hanya sepuluh minit membuatkan dia tidak perlu membawa laju. Dengan perlahan dia memulakan perjalanannya.

Sampai di selekoh sekolah agama, tiba-tiba dia terlihat suatu lembaga yang tiba-tiba lari keluar dari belakang sekolah tersebut. Mengucap panjang dia kerana terkejut lalu memberhentikan motosikalnya. Dia amat pasti bahwa lembaga tersebut mirip seorang perempuan. Dia kemudiannya berjalan menghampiri pagar sekolah tersebut. Hanya cahaya samar-samar lampu jalan membantu dia menyusuri lorong kecil di tepi sekolah tersebut.

Kemudian dia mendengar suara kecil yang teresak-esak menangis. Semakin lama, semakin kuat suara itu mengetuk gegendang telinganya. Ahh kalut, siapa pula yang berlari di tengah malam dan menangis di belakang sekolah ini.

Apabila tiba di hujung penjuru bangunan tiga tingkat tersebut, dia melihat sesusuk tubuh kecil yang terhenjut-henjut menangis. Di belakang bajunya pula, kelihatan koyak-koyak dan luka-luka. Hairan dengan keadaan tersebut, membuatkan dia bergerak mendekati gadis itu. Yang pasti, empunya tubuh yang menangis itu tidak sedar akan kehadirannya.

“assalamualaikum” dia memberi salam. Itu yang terbaik difikirannya untuk diucapkan pada waktu itu. Kemudian duduk mencangkung di hadapan tubuh itu.

Gadis itu berpaling dan mengesot ke belakang. Lagaknya seperti orang mempertahankan diri daripada takut diapa-apakan. Suara tangisannya makin menjadi-jadi. Malah seakan melindungi tubuhnya yang sedikit terdedah dengan tangannya.

“awak buat apa malam-malam di sini? Kenapa dengan awak? Kenapa menangis ni?” bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Hairi. Dia seperti mengenali wajah yang sedang menangis di hadapannya ketika ini. 2 hari lalu, gadis ini pernah datang membeli burger di warung burgernya.

Makin kuat ngongoian daripada gadis di hadapannya itu. Sudahlah tidak menjawab pertanyaannya, sebaliknya bertambah kuat pula tangisannya. Hairi bertambah bingung. Apakah yang harus dilakukannya? Ahh serabut!

“ awak kenal saya kan. Mari, kita keluar dari sini. Nanti awak cerita pada saya apa yang berlaku.” Hairi cuba bersuara lagi. harap-harap ada suara yang keluar dari tubuh di hadapannya.

Masih tidak bersuara. Namun, tangisannya semakin perlahan. Gadis itu mengangkat sedikit kepalanya memandang Hairi yang kehairanan. Memandang terus ke mata Hairi seperti memberitahu sesuatu melalui pandangan tersebut.

Sayu sungguh mata gadis tersebut. lemah sekali. Kelihatan tiada langsung kekuatan menerusi pandangan mata gadis tersebut. Hairi menguntumkan senyuman kepada gadis itu, cuba menyalurkan sedikit keluhuran daripada hati dengan niat untuk membantu. Pasti gadia ini dalam kesusahan. Entah apa yang berlaku, dia sendiri musykil.

“ kamu berdua buat apa di sini?” tiba-tiba sahaja ada suara yang bergema dibelakangnya. Ahh kacau. Siapa pula yang datang ini. Persoalan iu bermain secara spontan di mana ketika dia bangun dan berpusing kebelakang.

Pak Naib serta empat orang kampung yang dikenalinya sedang memandang ke arahnya dan menanti jawapan daripadanya. Darah seakan menyerbu ke mukanya. Dia seperti sedar sesuatu yang mengaibkan bakal menimpanya. Ya Allah selamatkan aku. Itu sahaja yang bermain di kepalanya.

Dan gadis dihadapannya itu kembali kuat tangisannya.

0 comments: