BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 4”

“aku terima nikahnya Dayang Alia Binti Abdullah dengan mas kahwinya RM22.50 tunai.” Sekali nafas Hairi melafazkan akad. Ucap sah daripada saksi-saksi menyedarkan dia bahawa lafaz yang diucapkan sebentar tadi mengubah kehidupan semalam hidupnya. Jika semalam, dia hanya mempunyai tanggungjawab ke atas dirinya dan ibunya sahaja. Tapi bermula detik tadi, dia memiliki sesorang isteri untuk dipimpin. Pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Demi untuk tidak menghampakan permintaan ibunya, dia hanya menurut yang telah tersurat untuknya.

“ segala-galanya untukmu ibu” bisik kecil di hatinya ketika menyalami ibunya setelah akad nikah sebentar tadi. Gadis kecil yang telah mutlak menjadi miliknya sebentar tadi hanya tertunduk sugul di sebelah ibunya. Sejak kelmarin, tiada sepatah ayat pun yang terucap daripada bibir lesu itu. Namun tidak pula bagi ibunya, kelihatan sedikit riang wajah tua itu. Entah apa yang digembirakan pun, Hairi tidak mengerti. Suka benarkah ibunya itu mendapat menantu segera yang langsung tidak diidamkan oleh mana-mana ibu di dunia ini. Berbeza sekali ibunya ini.
Hairi menghampiri ibunya dan Alia yang sedang menanti di luar pejabat agama tersebut setelah urusannya selesai. Dia meminta ibunya keluar dahulu sementara dia menyelesaikan beberapa perkara di kaunter pejabat agama tersebut. kelihatan ada tiga pasang bakal pengantin yang sedang menanti untuk diijab kabulkan. Untung juga dia yang pertama, tidak penat menanti. Lagipun, hanya dia, ibunya dan Alia sahaja daripada pihaknya dan Alia. Maka tidaklah sesibuk mana pun keadaannya.

Dia melemparkan senyuman kepada beberapa orang yang turut berurusan di Pejabat Agama Daerah Kluang. Mungkin menguruskan hal yang berkaitan zakat atau yang sewaktu dengannya. Bahagian Zakat dan Baitullmal hanya sebelah daripada bilik pernikahannya tadi.

“hmm dah selesai pun mak. Cuma minggu depan Ery kena datang balik untuk ambil dokumen-dokumen tersebut. Kad nikah pun mungkin minggu depan siap.” Hairi berjalan menuju kereta dengan diekori Mak Kiah dan Alia. Mak Kiah hanya tersenyum mendengar kata-kata Hairi. Hanya mengangguk lembut.

Hairi membuka pintu hadapan untuk ibunya. Seperti biasa, itulah tempat untuk ibunya.

“Alia duduk depan dengan Ery ye..” Mak Kiah bersuara sambil memegang bahu Alia sambil tersenyum. Kemudian dia membuka pintu belakang lalu terus masuk ke dalam perut kereta proton Wira milik anaknya itu.

Hairi hanya memandang Alia tanpa kata. Alia yang daripada tadi tertunduk dan asyik dengan khayalannya seakan tersedar. Dia turut memandang ke arah Hairi yang hanya merenungnya..terkebil-kebil dia melihat wajah lelaki yang telah menjadi suaminya itu. Ragu-ragu menyebabkan dia sukar membuat berfikir sewajarnya.

“awak masuklah” ringkas Hairi bersuara dan terus bergerak ke tempat pemandu, membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

“ermm..” Alia cuba bersuara tetapi tak jadi meneruskannya lalu masuk ke dalam kereta setelah Hairi menghidupkan enjin kereta.

0 comments: