BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 5”

Kereta Proton Wira tersebut bergerak perlahan keluar daripada perkarangan bangunan Pejabat Agama Kluang. Hairi memandu tenang menuju jalan keluar dari bangunan pejabat kerajaan di sekitarnya. Dia memandang ibuya dari cermin pandang belakang keretanya. Kelihatan ibunya itu sedikit bersandar dan santai. Menjeling di sebelah, Alia masih seperti dalam dunianya sendiri. Entah apa yang dimenungkan gadis itu, dia sendiri kurang pasti.

“mak ada nak pergi mana-mana tak?” soal Hairi memulakan bicara untuk memecahkan kesunyian. Dia tetap menjeling ibunya itu menerusi cermin pandang belakangnya. Ibunya tersenyum.

“ kita pergi stesyen kereta api ya Ry.” Pendek dan mendatar sahaja Mak Kiah bersuara.

“ mak nak buat apa ke sana? Nak beli tiket pergi rumah Kak Long ke?” Hairi bertanya kerana merasa hairan dengan permintaan ibunya itu. Memang kebiasaan ibunya akan meminta dia membelikan tiket kereta api ke Gemas untuk melawat Kak Long Rozinya yang menetap di Kem Gemas.

“ hmm tidaklah. Mak nak minum kopi dengan makan roti bakar. Dah lama rasanya tak makan. Tekak ni tiba-tiba teringin.” Mak Kiah menjawab mesra. Entah mengapa hari ini, dia teringin benar merasa kopi susu di stesen kereta api tersebut. Seakan terasa kemanisan kopi susu di warung kopi di stesen kereta api Kluang itu.

“ohh macam tu. Ery ingat mak nak pergi rumah Kak Long. Kan mak dah lama tak pergi ke sana.” Tersenyum Hairi sambil tangannya pantas memberi isyarat kanan unuk masuk ke jalan kanan menuju ke Stesen Kereta Api Kluang tersebut. bukan jauh mana pun. Hanya sepuluh minit daripada Pejabat Agama tadi. Namun jika kereta api akan melalui jalan tersebut, terpaksalah menunggu kenderaan panjang itu berlalu. Sehingga pagar dibuka, barulah dapat melintas menuju destinasi masing-masing.

Keadaan jalan raya pada jam 10.30 pagi agak lengang. Mungkin terlalu awal untuk orang berpusu-pusu ke tangah bandar mencari kedai untuk mengisi perut. Selesai membayar duit parker kereta yang hanya 40sen, Hairi pantas mencari tempat kosong. Alhamdulillah rezeki berpihak padanya. Betul-betul di hadapan warung tersebut. kelihatan pelanggan agak penuh di dalam warung tersebut berbanding warung-warung yang lain.

Hairi keluar setelah mematikan enjin keretanya. Mak kiah dan Alia juga turut keluar. Terdapat mata-mata yang memandang mereka. Hairi hanya membiarkan sahaja mereka memandang. Dia pasti mereka memandang keadaan dirinya dan Alia yang berpakaian putih sedondon. Dia hanya tersenyum sambil kaki melangkah masuk mencari tempat duduk. Dia mengambil tempat yang agak selesa di sudut warung yang menempatkan meja comel dengan 4 buah bangku. Sememangnya susun atur warung tersebut dan kerusi mejanya agak kecil berbanding biasa. Malah mirip keadaan di kedai kopi Cina. Bukannya dia tidak tahu, sememangnya pemilik warung ini pun adalah seorang Cina mualaf yang meneruskan warisan perniagaan keluarganya. Resepi turun- temurun keluarga di kembangkan hingga keunikannya menarik minat program Majalah 3 menyiarkannya dalam programnya.

Sesudah ibunya dan isterinya duduk, Hairi melambai ke arah pekerja di kedai tersebut. namun pekerja lelaki tersebut tidak perasan. Sebaliknya yang datang pemilik warung tersebut dan pantas memberikan senyuman mesra kepada Hairi. Hairi membalas mesra.

“ Mahu minum apa Encik” mesra sahaja petanyaan itu keluar daripada mulut tauke tersebut. di tangannya bersedia dengan pen dan kertas untuk mencatit pesanan.

“ bagi saya kopi tarik dan roti bakar cheese satu ya.” Hairi memesan kemudian menoleh memandang ibunya di sebelah dan Alia di hadapannya.
“ Mak nak minum apa? Alia ?” Hairi bertanya.

“ Bagi Mak Cik kopi panas dengan roti bakar kaya ya.” Mak Kiah memesan lalu memandang Alia di hadapannya yang agak canggung.

“ Alia nak minum apa? Pesanlah” Mak Kiah bersuara pada menantunya itu. Tangannya lembut menyentuh hujung jemari Alia di atas meja. Memberi sedikit kemesraan.

Alia pula hanya terkebil-kebil memandang. Dia cuba mengukir senyuman di hujung bibir.

“ Alia nak kopi ais dengan roti macam mak” tersekat-sekat suaranya menyebut pesanannya. Seakan tidak keluar suaranya menyebut perkataan ‘mak’ di hujung ayatnya tadi. Mak Kiah tersenyum lega mendengar suara yang keluar daripada gadis di hadapannya itu. Begitu juga Hairi. Isterinya itu bukan bisu.

“ okay tauke, itu sahaja.” Hairi kembali bersuara kepada tauke yang masih setia untuk mengambil pesanan pelanggannya.

Selesai menyebut kembali pesanan pelanggannya, lelaki yang umurnya suah separuh abad itu melangkah pergi dan bergerak menuju dapur untuk memenuhi pesanan pelanggan.

Hairi pula mencapai sebungkus nasi lemak di hadapannya. Mengambil sudu dan membuka bungkusan nasi lemak tersebut. terus menyuap setelah selesai membaca basmallah.

Tersenyum Mak Kiah memandang anaknya itu. Kelihatan agak lapar anaknya itu dengan melihat gaya makannya yang sedikit laju. Pasti anaknya itu lapar kerana dia hanya minum secawan teh pada awal pagi tadi. Mungkin debaran untuk bernikah menghilangkan selera anaknya itu untuk menjamah nasi goreng yang dibuatnya tadi.

“ makan perlahan-lahan Ry.” Mak Kiah mengingatkan anaknya yang sedang leka makan. Sekejap sahaja nasi lemak itu habis. Namun pesanan air masih belum sampai. Muka Hairi sedikit merah kerana sambal nasi lemak itu agak pedas. Walaupun dia tidak berapa tahan dengan rasa pedas, tetapi dia tetap gemarkan rasa itu.

“pedaslah mak” Hairi mengadu pada ibunya. Sedikit berair matanya.

Minuman dan makanan yang dipesan tiba. Laju sahaja tangan Hairi mencapai kopi ais. Rasa pedas yang di tahan sejak tadi membuatkan dia laju mencapai gelas berais tersebut, terus menyedut tanpa menyedari bahawa minuman itu sebenarnya milik Alia.

0 comments: