BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 6”

“ alia minum air ni boleh ke nak?” Mak Kiah bertanya kepada Alia apabila melihat wajah menantunya agak terkejut. Dia turut memberikan cawan yang berisi kopi tarik kepada Alia.

Alia hanya tersenyum dan memegang tangkai gelas yang berisi kopi tarik tersebut. Manakala Hairi pula hanya memandang sahaja wajah ibunya dan Alia apabila menyedari kesilapannya.

“ makanlah Alia, jangan ditenung sahaja roti tu. Panas-panas ni lah yang sedap.” Tegur Mak Kiah bila dia melihat Alia hanya memandang makanan dan minuman di hadapannya.


“ a’ah makanlah…” agak tersekat-sekat Hairi pula bersuara.

Pantas Alia mengangkat sedikit kepalanya yang tunduk sejak tadi memandang Hairi. Dia mengukir senyuman. Berasa sedikit lucu melihat wajah Hairi yang serba salah kerana tersalah minum minumannya sebentar tadi. Kemudian dia mengoyakkan roti didalam piring kecil itu dan disuakan ke dalam mulut. Di kunyah perlahan-lahan. Terasa manis kaya dan lemak mentega yang disapu ke atas kepingan roti tersebut. Sedap sekali. Kemudian dia mengambil gelas berisi kopi tarik lalu dihirup sedikit. Nyaman rasanya. Walaupun ini kali pertama dia minum kopi tarik, tetapi aroma dan rasa kopi tersebut benar-benar membuka seleranya.

Hairi dan Mak Kiah hanya memandang lega melihat telatah Alia yang sedang asyik mencubit kepingan roti tersebut. Nampak sungguh berselera. Sewaktu mengunyah, agak kelihatan lesung pipit yang agak dalam di pipi kirinya. Ahh manis sekali wajah gadis tersebut.

Selesai membayar, ketiga-tiga mereka menuju ke kereta.

“erm..awak.”

Hairi menoleh sebentar ke kiri apabila dia mendengar suara daripada sebelah kirinya. Namun tidak menyahut. Hanya membiarkan sahaja suara tersebut meneruskan kata-katanya. Dia pasti ada perkara yang ingin diucapkan Alia.

“ nanti singgah ke rumah Long Madia ye..Lea nak ambil beg pakaian.”

Owh itu rupanya yang ingin diucapkan Alia. Baru Hairi sedar bahawa pagi tadi, ketika dia dan ibunya mengambil Alia di rumah Mak Cik Madia, gadis itu hanya belenggang sahaja. Hanya membimbit beg tangannya sahaja.

“ nanti kita singgah ye Ry. Kang takde baju pula si Alia ni. Takkan nak pakai baju opah mak.” Mak Kiah bersuara dari belakang. Hairi hanya tersenyum. “ ye mak, nanti kita singgah.” Hairi membalas.

Jalan raya daripada Kluang ke pekan Simpang Renggam agak lengang. Kawasan estet di Renggam sememangnya kurang di lalui kenderaan pada waktu tengah hari begini. Cuma beberapa buah lori yang membawa kelapa sawit yang kelihatan. Hairi memandu tenang sambil mendengar celoteh Abby Fana di Sinar.fm. Hanya 40 minit dia sudah boleh sampai ke rumah.

Hairi memperlahankan keretanya sewaktu memasuki selekoh Kampung Masjid Lama. Dia memandang Alia disebelahnya. Mata gadis itu sedikit layu. Mungkin mengantuk. Ibunya pula sudah terlena di belakang. Itulah ibunya, mudah sangat terlena apabila menaiki kenderaan.

Dia mencuit sedikit bahu isterinya itu. Sekadar ingin melihat respons daripada Alia.

Alia tersentak apabila dicuit. Terus memandang wajah Hairi disebelahnya yang sudah tersenyum melihat aksinya yang tersentak. Merah mukanya seketika.

“ kenapa?” Alia bersuara. Pelik melihat reaksi Hairi yang keihatan agak mesra dengannya.

“ takde pape. Cuma nak tanya, nak singgah lama ke rumah Long Madia. Kalau nak singgah lama, petang aje saya ambil awak.” Hairi memberitahu apa sebenarnya yang ingin dikatakan.

Muka Alia pucat tiba-tiba. Dia menjadi gelisah seperti ada yang tidak kena. Hairi sedar perubahan itu. Pelik..

“ awak kenapa” terus dia menyoal Alia.

“takde pape. Sekejap ajelah. Saya cuma nak ambil beg saja. Dah siap kemas pun.” Laju sahaja Alia menjawab. Dia sedaya upaya mengawal gelodak perasaannya. Ketika ini, pasti Long Madia tiada. Long Madia bekerja sebagai tukang sapu di sekolah rendah yang berdekatan rumahnya itu hanya pulang selepas jam 4.30 petang. Dan waktu ini yang ada hanya Aidil. Dia tidak mahu bertentang mata dengan wajah itu lagi.

“okay. Dah sampai pun” betul-betul Hairi memberhentikan keretanya di hadapan rumah Long Madia. Pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat.

Dia memandang Alia. “ Ada orang ke kat rumah Long ni Alia?” dia mencari kepastian daripada Alia. Dan Alia hanya menjungkitkan bahunya menunjukkan dia juga tidak tahu.

“ jom keluar, saya temankan awak.” Hairi menawarkan dirinya untuk menemani Alia.

0 comments: