BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 7”

“ eh Madia, hari ni anak saudara kau si Alia tu nikahkan? Kau tak ikut sama ke?” Tanya Cik Saonah apabila melihat Long Madia mengambil tempat di sebelahnya dengan bungkusan nasinya. Wanita pertengahan 40-an itu hanya diam sahaja, tidak membalas. Duduk bersila di sebelahnya dan membuka bungkusan nasinya, membasuh tangan dengan air putih dari botol air mineralnya. Selesai membasuh tangan, dia berdoa perlahan dan mula menjamah makanan. Langsung tidak memberi reaksi kepada pertanyaan rakannya sebentar tadi.

“ Dia, ko dengar tak aku tanya kau ni? Kau ni kenapa?” laju sahaja Saonah menampar tangan rakannya sedang menyuap nasi. Agak kasar tingkah lakunya. Namun dia tak ambil peduli tentang itu. Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.

“ hmm..” pendek sahaja suara sahabatnya menjawab. Dia mengeluh perlahan. Pelik dengan rakannya itu. Kemudian dia menyandar di dinding bangunan yang terlukis permandangan hutan itu. Dia memandang pohon kenanga yang sedang berbunga lebat. Harum sekali bau-bau bunga yang sedang kembang. Di bawah pohon lebat itu, banyak sekali bunga-bunga yang telah gugur. Ahh kejap lagi dia harus menyapu di sini. Kemudian kembali memandang Madia di sebelahnya. Hatinya kembali di cuit pertanyaan-pertanyaan yang dia sendiri tidak tahu.

Beberapa hari lepas, anak saudara rakannya itu ditangkap basah. Malah berita penangkapan itu heboh di penempatannya. Kes yang berlaku tiga hari lepas itu benar-benar kabur dalam pengetahuannya kerana secara kebetulan, tiga hari lepas dia tiada di rumah kerana pulang ke Mersing kerana terdapat kematian di sana. Semalam pula tidak sempat dia menjengah ke rumahnya kerana baru pulang dan sibuk mengurus kelengkapan persekolahan anaknya itu.

Melihat Madia yang bersedia untuk bangun, pantas tangannya memegang tangannya itu. Menghalang rakannya itu berbuat demikian. Madia menoleh kepadanya, kemudian terdengar keluhan berat. Dia tidak jadi meneruskan niatnya lalu duduk kembali di sebelah Saonah yang seakan mengharap benar dia berbicara.

Air mata menitis ke pipinya diusap perlahan. Tingkahnya itu hanya diperhatikan oleh teman yang sememangnya tidak beranjak dari sebelahnya.

“ semua cerita yang kau dengar tu betul Nah..” sayu sahaja dia memulakan bicara dalam suara yang serak. Madia kembali tunduk dan tangannya masih mengelap air mata yang menitis. Perit di hatinya amat terasa mencucuk-cucuk di setiap injap jantungnya. Kasihan Dayang.
“kalau benar, kenapa kau menangis macam anak sedara kau tu tak bersalah.” Berkerut kening Saonah. Masih tidak puas hati dengan jawapan temannya itu. Malah soalan pertamanya tadi juga tidak berjawab.

Dia mengesot sedikit memusingkan kedudukannya untuk menghadap Madia.

“ perlu ke aku ikut? Pandai dia mencari jantan tu, pandailah dia nak nikah ke apa..” kasar sahaja Madia menjawab sebelum soalan pertama daripadanya itu diajukan semula. Kemudian temannya itu memandangnya. Dia sedar bahawa wajah rakannya berubah seakan menyembunyikan sesuatu. Agak sedikit tegang tapi ia bukanlah mimik wajah yang sepatutnya.

“kau ni pun, kenapa nak naik angin. Kan aku tanya jer.” Saonah kembali bersuara kembali melemparkan pandangannya kepada pohon kenanga dihadapannya. Tiba-tiba hilang perasaan ingin tahunya. Di simpan sahaja pertanyaan yang sahaja di ajukan kepada rakan yang berada di hadapannya.

“ maaflah pagi tadi aku pergi dulu tanpa tunggu kau.” Tiba-tiba sahaja Madia bersuara lemah. Marahnya seakan hilang tapi suaranya kembali lemah seperti awal tadi.

“ aku nak cepat kemas bilik guru. Hari ni ada lawatan daripada Pendidikan…sebab tu aku tak tunggu kau. Kau pun macam lambat jer hari ni. Biasanya kau dah terpacak menunggu aku”

Tersenyum Saonah apabila rakannya itu bersuara seperti biasa.

“ hmm tak pelah. Pagi tadi anak aku yang kecil tu meragam. Itu yang lewat.” Saonah melontarkan kata.

“ tapi aku terserempak si Dayang masa nak keluar. Rasanya dia nak pergi pejabat kadi lah kan.”

Hati Madia kembali terusik mendengar ayat terakhir Saonah. Dia bingkas bangun. Di tangannya memegang bekas air dan nasi. Lalu bekas nasi di tangan kanan di tukar ke tangan kiri. Dia menyapu pasir-pasir di punggungnya dengan tangan kanannya. Kakinya melangkah longkang kecil di kaki lima itu. Bergerak menuju ke paip di tepi pagar di bawah pohon kenanga tersebut untuk membasuh tangan dan membuang bungkusan di tangan. Saonah juga begitu.

Kemudian mereka bergerak ke arah stor disebalik dinding yang mereka sandar tadi. Masing-masing senyap. Hanya kaki dan tangan sahaja bergerak. Dua-dua mengambil beg plastik yang berisi telekung dan menukar kasut yang tersarung di kaki dengan selipar jepun. Setelah Madia menutup dan mengunci pintu, kedua-dua mereka menuju surau yang berada selang satu blok dari bangunan tersebut. Sekumpulan murid lelaki sedang berkejaran dan tertawa di halaman bangunan kelas itu. Ceria sungguh wajah kanak-kanak yang berada di darjah satu itu walaupun baju sudah lencun di basahi peluh.

Madia dan Saonah hanya tersenyum melihat kumpulan murid-murid tersebut. Setelah membuka selipar , mereka memanjat anak tangga menuju ke bilik sembahyang wanita. Ada 3 orang pelajar yang baru selesai solat, sementara seorang guru sedang berada di takhiyat akhir.

Madia mengambil tempat di penjuru bilik itu berdekatan dengan kipas. Dia membuka tudung di kepala dan hanya meninggalkannya.hanya anak tudung sahaja di tinggalkan. Saonah pula sudah berada di tempat mengambil wuduk. Dia bangun dan bergerak menuju ruang kecil itu.

Selesai solat, panjang Madia berdoa. Entah apa sahaja yang didoakan rakannya itu, Saonah sendiri tidak pasti. Dia hanya menanti menunggu rakannya itu.

Mata Madia seperti biasa sedikit merah usai solat. Dia telah biasa dengan perangai rakannya. Sedikit kagum.

“ kau nak bersihkan kawasan mana lepas ni Nah? “ ringan mulut Madia bertanya sambil tangannya pantas melipat telekung dan kemudian memakai tudungnya kembali. Sedikit bedak tabur di tuang di telapak tangan kemudian di sapu ke pipi.

“ aku nak bersih kan bawah pokok kenanga tadi. Banyak sangat bunga yang gugur. Pak Hamid kan cuti hari ini. Jadi aku lah yang kena tolong bersihkan. Kau pula dah siap ker kerja dalam bilik guru tu?” Saonah bergerak ke arah pintu. Madia pula mengekor setelah menutup suiz kipas dan lampu kerana mereka berdua merupakan orang terakhir.

Aku dah siap dah kerja dalam bilik guru tu. Hmm tak pelah aku tolong kau.”

tersenyum Saonah mendengar kata sahabatnya itu. Tidak bosan membuat kerja seorang diri kerana ada teman untuk bersembang. Mereka kembali bergerak menuju bilik stor.

“tapi sebelum tu aku nak naik atas sekejap. Nak pulangkan kunci bilik stor atas kat pejabat. Nanti lupa nak hantar macam selalu.” Madia bersuara dan sudah berjalan ke kiri di susur gajah yang mereka lalui.


“yelah” Saonah mengangguk perlahan. Dia hanya memerhati rakannya melangkah dengan ekor matanya dan dia terus bergerak ke arah bilik stor. Kunci yang diberi oleh Madia tadi di cucuk untuk membuka tombol pintu stor tersebut.

Masuk-masuk sahaja, telefon bimbit nokia model 1100 sedang berdering minta di angkat. Tertera nama “Dayang” di skrin. Dia ragu-ragu untuk mengangkat. Deringan itu senyap. Dia berjalan menuju ke almari barang. Dia kembali menoleh ke telefon bimbit tersebut apabila telefon itu kembali berdering pinta diangkat. Masih tertera nama “Dayang” di skrin. Pantas tangannya mengambil lalu menekan butang hijau.

“ assalamualaikum Long” terdengar suara halus di hujung talian mengucapkan salam.

“ waalaikumsalam.” Saonah menjawab salam yang diberikan dan menanti bicara gadis dihujung talian tersebut.

“ long..” gadis itu bersuara pendek. Mungkin masih tidak sedar bukan suara Long Madianya yang menjawab salamnya.

“ ni dayang ke?” Saonah bertanya walaupun tahu Dayang Alia di hujung talian sana.

“ ye saya.” Pendek sahaja gadis itu menjawab.

Saonah menarik nafas lemah, kemudian kembali menyusun kata. “ Long Dayang tiada. Dia naik ke pejabat sekejap.”

“ owh yeke makcik. Hmm kirim salam pada Long ye mak cik.” Lemah dan mendatar suara gadis tesebut. Selesai memberi salam dia memutuskan talian.

Setelah meletakkan telefon bimbit tersebut di tempatnya kembali. Pintu bilik itu di kuak dari luar. Madia masuk dengan senyuman terukir di bibirnya.

Saonah hanya memerhati rakannya itu. “ Dayang telefon tadi. Dia kirim salam.”

Madia hanya terdiam mendengar kata-kata rakannya itu. Hilang senyuman yang terukir di bibirnya. Dia menjawab perlahan salam daripada Dayang tetapi tidak bertanya lanjut. Dia terus mencapai kasut dan menyarungkannya, lalu keluar dangan penyapu di tangan.

Saonah juga menuruti rakannya tanpa sepatah kata.

0 comments: