BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 8”

“ lia..ajak Ery makan nak. Biar mak yang hidangkan lauk-lauk ni.”

Alia yang sibuk menyenduk lauk daripada periuk menoleh memandang Mak Kiah yang sedang membasuh beberapa pinggan kotor di singki.

“ Ery kat mana mak?” Alia bertanya kepada Mak Kiah setelah dia meletakkan lauk gulai ayam tersebut di atas meja. Melihat Mak Kiah yang sedang leka membasuh dan mungkin tidak mendengar pertanyaannya tadi, dia bergerak menuju tangga untuk naik ke atas rumah. Mungkin Hairi dia atas kerana selepas sampai di rumah tadi, dia terus membuntuti Mak Kiah ke dapur dan membantu ibu mertuanya itu memasak.

Dia melihat ruang tamu kosong. Hairi tiada di situ. Hmm mungkin dibilik. Dia berfikir. Dia agak teragak-agak untuk masuk walaupun pintu tidak tertutup. Lagipun, dia masih belum lagi menjejakan kaki ke bilik itu. Tadi pun, tudung dan beg pakaiannya di bawa masuk ke bilik oleh Hairi.

Dia menolak menolak pintu bilik perlahan. Ohhh rupanya Hairi di sini. Tidur. Alia bergerak menuju ke tingkap. Berdiri di situ. Angina bertiup masuk agak kuat tapi menyenangkan. Rumah kampung yang mempunyai jendela jenis 2 daun pintu. Dan geriji besi separuh dari tingkap. dia menoleh semula ke arah Hairi yang sedang nyenyak lena di atas katil. Kemudian dia memerhatikan keadaan bilik tersebut yang lengkap dengan meja solek sebuah almari pakaian dan sebuah tempat penyangkut telekung dan sejadah. Kemas dan teratur.

“ awak, bangunlah.” Dia bersuara dari hujung katil. Langsung tiada respon daripada Hairi.

“ mak panggil makan” dia bersuara lagi tapi dengan nada yang agak sedikit kuat. Namun, Hairi masih tiada reaksi.

Alia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kemudian beralih ke hadapan meja solek dan duduk di situ. Dia tidak tahu bagaimana untuk menggerakkan Hairi. Serba salah untuk menyentuh dan mengganggu tubuh yang sedang lena itu.

“ tak bangun lagi ke?” tiba-tiba sahaja Mak Kiah menjengah.

Alia serta merta berdiri. Agak terkejut dan malu. Pasti ibu mertuanya terlihat wajahnya yang bingung untuk mengejutkan Hairi. Dia hanya tersenyum dan menggeleng. Mak Kiah pula sudah duduk di tepi tilam. Melendut sedikit tilam tersebut.

“ Ry bangun nak” lembut sahaja suara tua itu memanggil anaknya sambil menyentuh dan mengusap pipi anaknya itu. Alia hanya memandang. Sungguh kasih ibu tersebut. Tetapi Hairi masih tidak sedar. Kemudian bibir tua itu mengucup ke dahi anaknya.

Kemudian tubuh Hairi bergerak perlahan. Matanya terbuka malas.

“erm mak”..suaranya menyapa ibunya yang berada di depan sambil mengutumkan senyuman.

Hairi masih tidak berubah daripada kedudukannya. Mak Kiah memegang lengan anaknya itu.

“ mari makan. Nasi dah siap hidang.” Tetap lembut bibir tua itu menuturkan kata.
Alia masih lagi memandang dan hatinya agak tersentuh melihat kasih sayang di antara ibu dan anak itu. Lebih-lebih lagi ibu itu. Sangat-sangat kasih akan anaknya itu.

“Jom makan.” Alia sedikit terperanjat apabila Hairi sudah berdiri di tepinya dan tersenyum. Sekejap sahaja dia sudah terbang dalam dunianya sendiri. Ahh malunya.ibu mertuanya entah bila keluar dia pun tidak pasti. Yang tinggal hanya dia dan Hairi.
Dia membalas senyuman Hairi kemudian mengangguk perlahan. Hairi yang masih tesenyum bergerak keluar daripada bilik dan berjalan turun ke dapur. Alia hanya mengekor sahaja. Komunikasi yang agak kaku antara mereka berdua.

Biasanya pengantin makan nasi minyak di hari bahagia mereka dan di layan hebat bak raja dan permaisuri. Namun bagi Alia, dia tetap bersyukur. Walaupun tidak mengenali keluarga ini, dia dapat merasa kasih sayang yang cukup mewah dalam keluarga kecil ini.
Dia bersyukur di dalam hati dan yang pasti..seleranya benar-benar terbuka.

Selesai makan dan mengemas, mereka bersolat bersama dengan diimamkan oleh Hairi. Hari yang benar-benar berbeza berbanding hari yang sebelumnya bagi Hairi. Selepas menyalami ibunya, dia menghulurkan tangannya kepada Alia. Pantas tangan itu bersambut dan bibir mugil milik Alia singgah ke atas tangannya. Perasaan tenang berputik di hati.

“ Muhammad Hairi Afham”

“ Dayang Alia”

Mak Kiah bersuara lembu dan tenang. Hairi melepaskan tangan Alia di genggamannya. Kedua-dua menoleh ibunya disebelah.

“ ya mak” serentak mereka menyahut. Wajah ibu tua itu ditatap. Seperti ada yang ingin di sampaikan. Hairi mengesot untuk lebih hampir dengan ibunya. Kemudian memegang tangan ibunya yang sudah jelas kedutannya.

“Walaupun kamu berdua berkahwin tidak seperti orang lain. Mak harap sangat kamu berdua dapat menerima antara satu sama lain. Mungkin agak susah untuk permulaan ini tapi kalau tidak mencuba, pasti kita tak tahu. Jadi, cubalah yang terbaik..”

Hairi dan Alia hanya membisu.

“ hairi, walaupun kamu tidak kenal siapa Alia..tapi kini dia sudah menjadi isteri kamu yang sah. Isteri yang harus kamu pimpin dan bimbing. Dan paling penting, tidak kamu sia-siakan. Mak nak kamu jadi suami yang terbaik untuk Alia dan Insya Allah suatu hari nanti, bapa yang terbaik untuk anak-anak kamu juga.”

Mata Hairi sedikit merah dan dadanya sebak. Sejak kecil lagi, tidak jemu ibu kesayangannya itu memberikan nasihat kepadanya. Selepas ayahnya pulang ke rahmatullah sejak 10 tahun yang lalu, dia hanya ada kasih sayang ibunya sahaja. Untukmu ibu, akan ku cuba tunaikan hasratmu. Hanya kata-kata tersebut bermain di hati, tetapi tidak terluah di bibir.

“ alia..walaupun siapa Alia sebelum ni. Sekarang Alia dah jadi menantu mak dan paling penting, Alia dah jadi isteri kepada Hairi. Seperti Hairi, mak harap Alia dapat membuat yang terbaik untuk rumah tangga kamu berdua. Mak terima kamu seperti anak mak sendiri. Kalau ada apa-apa masalah, jangan malu bertanya dengan mak ye nak. Insya Allah mak akan bantu kamu.”

Seperti Hairi, Alia juga sebak. Penerimaan yang sungguh tidak di sangka. Tulus benar keluarga ini menerimanya. Insya Allah mak, segalanya untukmu, Alia akan cuba yang terbaik.

0 comments: