BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger 9”

Suasana sedih dan sayu menyelubungi keluarga Pak Andak Mahat. Di ruang tamu, sekumpulan kaum wanita dan 2 orang anaknya sedang membaca yassin. suasana petang itu bertambah sayu apabila anak bongsu Pak Andak Mahat baru sampai dari politeknik menjerit-jerit selepas menyelak kain batik lepas yang menutupi sekujur tubuh kaku ibunya. pasti amat terkilan kerana dia tidak dapat bersama-sama di sisi sewaktu di hembusan terakhir ibunya.

tiga orang wanita bangun dan mendapatkan gadis yang sedang menangis di sisi jenayah tersebut.cuba memujuk gadis tersebut agar dapat mengawal emosinya. tidak elok mengangisi mayat.

" sudahlah Nurul, bawa bersabar ye nak." salah seorang daripada wanita itu cuba memujuk gadis bernama nurul itu. namun ngongoian gadis berumur 19 tahun itu semakin kuat. tiga orang wanita itu cuba memimpin nurul ke bilik tetapi gagal.

Alia yang duduk di penjuru ruang tamu hanya memerhati. sejak tadi, dia hanya memandang sayu kepada gadis di hadapannya itu. di faham akan perasaan itu. perasaan kehilangan yang tiada ganti. dia memandang ibu mertuanya di sebelah yang khusyuk membaca surah yassin. dia menyentuh lembut tangan ibu mertuanya itu.

" mak, biar Alia cuba pujuk nurul boleh?." Alia meminta izin. di yakin dia mampu untuk memujuk gadis yang dalam kesedihan itu.

mak kiah memandang alia dan tersenyum. seolah-olah memberi keizinan kepada menentu barunya itu.

Dengan perlahan Alia bangun dan bergerak ke arah Nurul.kemudian dia duduk di sebelah Nurul yang masih menangis dan meratap jenazah ibunya itu.

“ nurul” lembut Alia menyapa gadis itu. Dan panggilan pertamanya itu tidak di hiraukan.

“Kalau awak menangis sampai kering air mata pun, ibu awak tetap takkan hidup semula Nurul” ayat yang agak keras keluar dari mulut Alia. Walaupun agak keras untuk memujuk tetapi Alia yakin dengan caranya.

Nurul yang sejak tadi tertunduk meratap ibunya tiba-tiba berpaling ke arah Alia disebelahnya. Hati melonjak ingin tahu siapa yang berani berkata begitu.
“Kalau awak menangis sampai kering air mata pun, ibu awak tetap takkan hidup semula Nurul”. Alia mengulang kata-katanya lagi. namun dengan suara yang lebih lembut. Nurul kembali ke posisi asalnya. Seakan tidak menghiraukan apa yang di ucapkan oleh Alia.

Melihat keadaan Nurul yang kembali berteleku di tubuh kaku ibunya, Alia kembali bersuara.

“ daripada awak menangis dan membazir air mata. Kan lebih baik kalau awak pergi ambil wuduk dan bacakan Yassin untuk arwah”

“ lebih bahagia arwah dengan doa yang dikirim untuknya. Bukan dengan tangisan yang membuat arwah lebih tersiksa untuk meninggalkan dunia ini.”

Selesai mengucapkannya, Alia bangun dan duduk kembali ke tempat asalnya. Sedikit kecewa gagal memujuk Nurul. Mak KIah mengusap lembut tangan menantunya. Seakan memberi sedikit semangat kepada Alia.

Manakala Nurul pula seakan baru tersedar. Benar kata-kata yang diucapkan oleh gadis yang duduk disebelah sebentar tadi. Tiada guna dia menangis sehingga kering air mata. Ibunya tidak akan kembali bernafas lagi.

Dia mengesat saki baki air mata. Sendu juga masih ada. Dia bangun, bergerak menuju ke dapur dan kembali dengan wuduk dan mengeluarkan yassin daripada beg sandangnya. Yassin pemberian arwah sebelum dia masuk ke kolej dahulu. Dia mengambil tempat di sebelah Alongnya yang dari tadi tekun membaca surah-surah al-quran dan langsung tidak mempedulikan dia sebelah. masing-masing melayan emosi sendiri.

Tangannya pantas menyelak helaian Yassin tersebut, dan dalam sendu dengan suara yang agak serak. Dia memulakan bacaan. Cukup sedih dan sayu.


Alia dan Mak kiah hanya tersenyum melihat keadaan Nurul. Alhamdullilah gadis itu tidak terlalu melayan kesedihannya.

Selepas upacara pengkebumian yang dilakukan selepas isyak itu. Hairi, Mak Kiah dan Alia kembali ke Pak Andak Mahat. Suasana muram masih tidak banyak berubah. Anak-anak Pak Andak Mahat kelihatan masih murung dan agak letih. Manakala Pak Andak Mahat pula berbual dengan sekumpulan pelawat yang datang melawat.

“ hairi, tolong mak nak. Kamu pergi ke kedai dan bungkuskan makanan sikit untuk orang di rumah ni. Sedih-sedih pun, kesihatan kena jaga.” Dia sudah bersandar malas. Agak penat tubuh tuanya itu. Sejak pagi, langsung tiada rehat. Selepas solat zuhur berjemaah tadi, penggilan daripada Along anak saudaranya, benar-benar mengejutkan. Sungguh idak sangka bahawa adik ipar nya akan terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi. Innalillah…


alia di sebelah hanya memicit lembut tubuh Mak Kiah. Dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. Langsung dia tidak kenal sesiapa.

“alia temankan Ery ye, nanti tak terbawa pula Ery sorang-sorang semua makanan tu.” Mak kiah kembali bersuara.

“ehmm..” teragak-agak Alia mengangguk. Dia benar-benar tidak selesa berduaan dengan Hairi.

Alia hanya mengekori Hairi. Langsung tidak berkata-kata.

Di dalam kereta pun dia hanya mendiamkan diri. Menoleh ke arah Ery di sebelah pun tidak. Duduk tegak memandang hadapan.

Hairi pula menyedari ketidakselesaan Alia. Dia hanya membiarkan gadis itu. Sejak dari pagi tadi, sememangnya gadis itu sememangnya sukar untuk berkata-kata dengannnya.

“terima kasih sebab tolong pujuk Nurul tadi.” Hairi menuturkan dan pandangannya tetap ke depan memandang ke arah jalan raya yang tidak sesak.

Alia tiada respons. Pasi berkhayal lagi. mudah sangat gadis yang baru sehari jadi isterinya ini mengalamun.

“ alia” Hairi memegang lembut tangan Alia.

Alia sedikit tersentak apabila tangan kasar itu menyentuh kulitnya. Cepat-cepat dia menoleh ke kanan memandang Hairi di sebelah. laju jantungnya berdegup apabila matanya bertemu dengan mata Hairi. Nasib baik Hairi sedang memandu dan tautan pandangan itu hanya sebentar sahaja. Dia kembali memandang ke hadapan.

“ awak cakap apa?” alia bertanya kerana dia langsung tidak dengar soalan Hairi.

“terima kasih sebab tolong pujuk Nurul..” Hairi kembali mengulangi ayat yang di ucapkan sebentar tadi.

“ owhh” pendeknya sahaja Alia mengulas.

“nanti kita makan dulu ok. Nanti dekat rumah Alia boelh tolong hidangkan makanan.” Hairi memberitahu apa yang dirancangnya. Sengaja mahu menduga reaksi Alia.

“ lepas tu kita balik rumah, ambil pakaian untuk mak.”

Alia masih senyap. Hanya kepalanya sahaja bergerak ke atas ke bawah mengangguk untuk mengiyakan kata-kata Hairi.

Melihat Alia yang masih tidak bersuara. Hairi kembali bersuara.

“ tapi Alia ambil pakaian mak aje. Kita berdua bermalam di rumah ye. Esok pagi-pagi kita datang balik rumah Pak Andak tolong apa yang patut.” Hairi menghabiskan kata-katanya dengan senyuman kecil terukir di bibir. Pasti kalut gadis itu.

Terkebil-kebil Alia mendengar arahan Hairi. Rasanya mukanya juga bertukar warna mendengar ayat-ayat Hairi sebentar tadi. Langsung hilang soalan yang ingin diajukan kepada Hairi. Ahh sudah…

Hairi memberhentikan keretanya setelah sampai ke kedai makan. Alia disebelah masih diam tidak bersuara. Manakala jelas di penglihatannya, wajah merah Alia. Dia pasti ia disebabkan ayat-ayatnya tadi.

Hairi buat-buat tak faham. Dia mencari meja yang kosong dan duduk. Alia hanya menurut.
Pelayan kedai menghampiri dengan membawa menu. Menu tersebut bertukar tangan. Hairi menyelak melihat pelbagai jenis makanan yang ada. Dengan keadaan sekarang, dia bukan benar-benar hendak makan. Sekadar hanya ingin mengisi perut yang sudah berdendang minta diisi.

“ alia nak makan apa?” dia bertanya kepada Alia disebelah.

“ alia tak nak makan. Tak lapar.” Ringkas sahaja jawapan Alia.

“ bagi saya fresh Oren dengan teh tarik. Makan, bagi bihun goreng dengan nasi goreng kampung ye. Lepas tu tolong bungkus lima bungkus nasi goreng cina dengan lima bungkus mee goreng.” Hairi memesan pesanan untuk dirinya dan Alia serta orang di rumah.


Masing-masing senyap menonton drama yang ditayangkan di tv besar berdekatan dengan mereka.

Tidak lama air yang dipesan sampai diikuti dengan makanan mereka. Cuma yang dibungkus sahaja belum siap.

Hairi meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng kampung dan fresh oren di depan Alia.
Manakala teh tarik dan bihun goreng adalah untuknya.

“ alia makan nasi goreng kampung ni sampai habis baru kita balik ok.” Hairi seakan memberikan arahan kepada Alia. Langsung tidak menghiraukan kata-kata Alia bahawa dia tidak lapar tadi.

Hairi terus menyuap bihun gorengnya. Kemudian berpalng melihat Alia yang memerhatikannya makan.
“ makanlah” dia menyuruh Alia makan.

“ermm.” Seperti biasa ayat tak lepas akan dikeluarkan oleh Alia. Namun gadis itu menyuap perlahan nasi goreng itu ke mulut.

Tersenyum Hairi melihat Alia yang sudah mula makan. Dia kembali makan makanannya.
Namun suapannya terhenti apabila dia mendengar suara seperti menangis disebelahnya.

Lah..takkan kena paksa makan menangis. Kaget Hairi apabila bergenang air mata Alia. Hidung comelnya pula sudah merah dan berair.

“ laa takkan menangis kot?” hairi pantas bertanya. Kemudian bangun mengambil tisu di meja sebelahnya dan menyuakannya kepada Alia.

“Alia bukan menangis kena paksa makan, tapi nasi goreng kampung ni pedas sangat. Alia tak tahan pedas.” Alia bersuara dengan agak payah. Pedas yang menguasai mulutnya bagaikan api yang membakar ruang mulutnya. Hidungnya pula sudah berair seperti selsema. Laju sahaja mulutnya menghirup fresh orennya. Sekajap sahaja jus itu sudah tinggal separuh. Berpeluh-peluh menahan pedas. Dia memang tak tahan pedas.

Hairi tersenyum kecil mendengar kata-kata Alia. Agak lucu dia melihat muka Alia yang tak tahan pedas.

“ kenapa tak cakap tak makan pedas? Kalau cakap tak lah saya order nasi goreng kampung.”

“ alia tak sempat cakap, awak dah pesan” alia mempertahankan dirinya. Sememangnya hairi buat keputusan sendiri bila Alia kata tidak lapar. Dia hanya mahu gadis itu makan.

“ boleh makan lagi kan? Awak ambil bihun saya. Tak pedas. Nasi tu biar saya makan.” Mujur bihunnya masih banyak. Hairi menukar pinggannya dengan Alia.

Walaupun teragak-agak, Alia kembali menyuap makanannya. Sesekali dia menghirup minumannya untuk menghilangkan sisa pedas yang masih terasa. Nasib baik bihun ini di goreng kicap.langsung tidak pedas. Bolehlah dia makan.

Selesai makan, Hairi membayar harga makanan dan pulang ke rumah untuk mengambil pakaian ibunya.

“ kalau alia temankan mak kat rumah Pak Andak boleh tak?” perlahan sahaja Alia bersuara. Dia tak selesa untuk tidur di rumah dengan Hairi. Semuanya yang masih baru buat dia benar-benar tidak selesa. Dia perlukan masa.

Hairi hanya diam. Terus memandu dan sesekali bernyanyi mengikut lagu yang diputarkan di radio.

“ awak.” Alia memanggil Hairi apabila suaminya itu langsung tidak memberi respons tentang permintaannya sebentar tadi.

Hairi hanya menoleh sebentar, mengangkat kening dan tersenyum. Kemudian kembali ke posisi asal.

“ awak” untuk kali kedua Alia bersuara apabila Hairi memandang sepi permintaannya.

Manja sahaja suara Alia di telinga Hairi. Dia tersenyum sendiri. Dia hanya mahu menyakat Alia. Menarik sedikit perhatian daripada gadis yang suka mengelamun itu.

“ tak boleh” pendek sahaja Hairi menjawab.

“ kenapa?”

“Saya kata tak boleh, tak bolehlah.” Hairi membuat suara sedikit tinggi dan tegas. Sengaja memancing reaksi Alia.

“huhhh..” terdengar keluhan daripada tubuh kecil Alia.

Hairi hanya membiarkan. Dia bergegas naik ke rumah dengan diikuti Alia apabila sampai di rumah. Tangannya laju menghidupkan suis lampu. Petang tadi dia telupa untuk menghidupkan lampu diruang tamu. Alia hanya mengekor sahaja Hairi ke bilik Mak Kiah.

Dia hanya tercegat di pintu melihat Hairi mengemas pakaian untuk ibunya. Hanya 2 pasang baju kurung dan sehelai kain batik yang di ambil Hairi.

Alia hanya memerhati.

Selesai mengemas, Hairi bergerak menuju Alia yang sekejap sahaja sudah dalam dunianya sendiri.

“ pergi kemas baju awak” lembut sahaja dia mengucapkanya di telinga Alia dan berlalu menuju ke dapur.

Alia kembali ke realiti. Mudah sangat dia berkhayal. Namun dia jelas dengan kata-kata Hairi sebentar tadi. Dia menoleh mencari Hairi yang sudah hilang daripada pandangan matanya.

“ awak kasi saya teman mak?” alia bertanya untuk memastikan apa yang didengarinya sebentar tadi tidak salah.

Hairi tidak menjawab tetapi hanya mengangguk dengan senyuman.

Laju kaki Alia menapak ke bilik dan mengemas pakaiannya.
Hairi sedar, di antara mereka ada jurang yang perlu dirapatkan. Semuanya masih terlalu baru dan dia tidak mahu tergopoh-gopoh untuk mencari kebahagiaannya.

“ terima kasih awak” alia menuturkan perhargaannya kepada Hairi. Tika itu, kereta Hairi telah sampai di hadapan rumah Pak Andak Mahat.

“ sama-sama” dengan senyuman Hairi membalas.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

best!!!

LeaQistina berkata...

best.. smbg lg plz..

wo berkata...

sambung lagi...
hhuhuhuh

keSENGALan teserlah.. berkata...

eeii..besh2...
smbung2..
ske2..

Tanpa Nama berkata...

sambung lagi.....cool.....