BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Jumaat, 23 Januari 2009

“Cinta Abang Burger”

“Ry, benjo satu. Mayonis lebih tak mahu sos ye,” Selamat memesan benjo kegemarannya.

“ok siap” pendek sahaja jawapan daripada Hairi.

Warung burger pada waktu petang di hujung padang itu agak lengang. Mungkin kerana budak-budak bola yang selalu melepak tidak turun kerana hujan baru sahaja berhenti. Hairi lincah menyiapkan pesanan untuk pelanggannya. Tadi, baru sahaja Arif anak Pak Samad memesan lima biji burger special daripadanya. Selepas hujan begini, memang tak menang tangan dia menyiapkan pesanan daripada pelanggannya.

“kau kerja shift malam ke Mat?” Hairi ramah bertanya sambil tangannya masih lincah menggoreng daging burger. Kejap-kejap dia akan menyagat hirisan timun dan tomato. Beberapa tahun dengan tugasnya itu membuatkan dia kelihatan cekap sekali melakukan tugasnya. Namun sempat menjeling melihatkan Selamat yang lengkap dengan uniform kilangnya. Dia mengagak bahawa pasti temannya itu akan bekerja untuk shift malam. Tahu sangat dia bahawa yang Selamat bekerja di kilang Guacera itu mempunyai dua shift kerja iaitu siang dan malam.

“A’ah Ry, macam kau tak tahu aku. Dah 2 minggu aku masuk pagi. Minggu ni aku malamlah pula.”

Selamat membetulkan posisinya yang bertenggek di atas motor Honda EX5 nya. Sungguh setia dengan motor yang digunakan sejak sekolah lagi.

“ Mana Wan? Tak nampak bayang dia lagi tadi pun?” Selamat menyoal Hairi apabila melihat seorang lagi sahabatnya itu tidak kelihatan. Setahunya, Hairi dibantu Izwan. Tapi hari ini, bayang pun tidak kelihatan.

“ ohh, dia cuti hari ni. Dia kata dia tak sihat tadi dengan aku”

“ohh” pendek sahaja Selamat membalas. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan telefon comel itu. Tersenyum-senyum dia seorang diri. Pasti sedang membaca pesanan ringkas si buah hati, Hairi mengagak.

“ lama lagi ke Ry?” selamat kembali menyoal. Gusar sekiranya dia lewat untuk masuk kerja. Walaupun tidak jauh, namun dia agak bimbang melihat cuaca yang masih mendung dan sedikit gerimis. Dia mendongak dan menadah tangan, merasa titik renyai yang masih turun.

“dah nak siap dah ni.” Tersenyum Hairi melihat gelagat temannya itu. Pasti temannya itu risaukan cuaca yang menentu sejak tengah hari tadi. Kemudian dia kembali tunduk menyiapkan kerjanya. Burger yang sudah disiapkan dibungkus dengan kertas burger yang telah tersedia. Sengaja tidak mahu menggunakan lapisan plastik, tetapi memilih untuk menggunakan kepingan kertas untuk membalut burger yang telah siap tersedia. Walaupun hanya menjual burger yang tidaklah besar sangat keuntungannya. Cinta kepada alam membuat dia senang berbuat demikian. Kelestarian wajar dipupuk walaupun usahanya kecil.

“ okay siap Mat” Hairi menghulurkan bungkusan benjo kepada Selamat. Kemudian dia pantas mencapai sehelai tuala kecil mengelap titik air pada mukanya.

“Terima kasih Ry, berapa ringgit ni?” dia kembali bertanya. Kemudian mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya.

“ Macam biasalah, Rm 1.40. macam tak biasa pula kau ni..” Hairi tertawa kecil dihujung jawapannya, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sedikit lucu melihat gaya Selamat bertanya. Hampir setiap hari membeli, masih asyik bertanya.

“okay Ry, aku pergi dulu. Nanti kuyup pulak aku.” Segera Selamat menyepak pedal motornya untuk menghidupkan motor kesayangannya itu. Berderum bunyi motornya bila minyak dipulas sedikit. Setelah kemas mengikat tali topi keledarnya, dia menekan gear untuk masuk gear satu.

“ hmm hati-hati. Jalan licin ni. Terima kasih Mat.” Ucap Hairi sambil mengangkat tangan mengucapkan selamat jalan pada temannya itu. Melihat temannya yang sedikit kalut, membuatkan dia kembali tersenyum.

0 comments: