BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Isnin, 16 Februari 2009

“Cinta Abang Burger 12”

mega merah menyorok di celah-celah awan petang, melambai cahaya gelap yang bakal menggantikan kecerahan siang. munculnya magrib diikuti malam yang panjang. haiwan-haiwan pulang ke sarang, reban dan kandang, manakala manusia juga kembali ke teratak mereka untuk membenarkan malam berlabuh.

long madia duduk di pangkin di hadapan rumahnya. tercongok sendiri menatap dada langit yang tinggal merah sebelum pekat malam mengambil tempat. dengusan nafas lemahnya dilepaskan seakan melepaskan apa yang tersemat dan terbeban dam batin yang tak mampu diluahkan. rindunya pada Alia memuncak, namun pada siapa yang harus diluahkan. dia tidak mampu meluahkan lalu rindu itu menjadi barah yang memakan dirinya sendiri.

semalam sewaktu pulang ke rumah, dia singgah ke Pasar Mini Islam. kebetulan sewaktu melintas jalan untuk pulang ke rumah, Alia berlalu bersama Hairi. untungnya gadis itu tidak perasan akannya. kalau tidak pasti dia tidak sanggup berhadapan dengan gadis itu.

masih jelas di ingatannya seminggu yang lalu, dia terserempak dengan Alia dan Mak Kiah di pasar Tani pada hari ahad yang lepas. beria-ria gadis itu menyalaminya, memeluknya dan bertanya khabar tentangnya, tapi dia mematikan diri bagaikan tiada perasaan dan meninggalkan gadis tersebut tanpa kata.

" long.." alia meluru ke arah long madia apabila dia bertembung dengan long madianya. berlari anak dia mendapatkan long madianya di seberang jalan.

long madia tersentak apabila namanya diseru. dia berpaling ke seberang jalan yang ramai dengan pengunjung pasar tani. dia tergamam apabila melihat Alia beria-ria tersenyum dan melambai-lambaikan tangan kepadanya. gadis itu lantas memandang kenderaan di jalan yang agak sibuk untuk melintas. dia mahu pergi daripada situ tetapi bagaikan ada magnet di kakinya yang menyukarkannya untuk bergerak.

"assalamualaikum long. long sihat? lamanya tak jumpa long. long pergi mana hari tu? lia datang, rumah long kosong. jiran sebelah pun tak tahu long pergi mana? lia rindu pada long."

bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Alia hanya dipandang sepi. tubuhnya yang diraih dan didakap erat Alia juga di biarkan saja. hanya hantinya sahaja yang mengalunkan nada sedih. sebak di dada di tahan. sebelum air matanya gugur di hadapan gadis itu, dia melepaskan dakapan gadis itu. di capainya bakul yang dibawa yang jatuh setelah Alia mendakapnya sebentar tadi.

sewaktu melepaskan tubuh gadis tersebut, dia benar-benar tidak mampu menahan sebak. namun digagahkan jua melepaskan tubuhnya daripada dakapan tersebut. wajah Alia yang terkejut dan tidak mengerti, jelas bermain di layar matanya. gadis yang dipelihara sejak kecil itu bagaikan anaknya sendiri. namun disebabkan kekhilafan itu, dia terpaksa membuangnya demi menyelamatkan sebuah kesucian dan maruah diri.

azan magrib dari surau lama yang dilaungkan oleh bilai kampung sayup-sayup menerjah di cuping telinganya. dia bagaikan tersedar daripada lamunannya. awan yang merah tadi sudah digantikan dengan warna hitam malam yang mahu melabuhkan tirainya. nyamuk-nyamuk gajah liar mencari sasaran untuk menyuntik darah. long madia mengesot untuk turun daripada pangkin. bakul bersama kain yang dilipatnya di gendong sama. kemudian tubuh tua itu berjalan lemah memasuki rumah...

7 comments:

LeaQistina berkata...

hurm.. tanda tanya menjadi semakin besar.. bilakah semua ini bakal terungkai?

keSENGALan teserlah.. berkata...

misteri nieh..
huhu..
pendeknye kali nieh..
xpuas bce..
smbung2 agy plis...

aNYsa berkata...

tunggu ye..nanti annys bagi jawapannya..
n maaf lambat n3..

Tanpa Nama berkata...

urmm...cedihnye..
cian alia..

nurhakim berkata...

best...
cpat2 smbng tau writer..

misz nana berkata...

sambung lagi..

tzaraz berkata...

siyan kau madie...watak org tua je kau dapat..haha