BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Khamis, 3 Jun 2010

kenapa aku 27???

Azlan tersedar apabila Opah mengejutkan untuk solat subuh. Lantas dia bangun menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan bersolat. sewaku melangkah ke biliknya, dia sempat menjengah ke bilik Anes. Gadis itu sedang pulas tidur. Dia membiarkan sahaja. Usai solat nanti, baru dikejutkan Anes. Itu niatnya. Dia lekas-lekas mandi dan bersolat. Usai solat, seperti biasa doa dipohon kepada ALLAH swt. Dia mengadu sepuasnya...
Usai berdoa, dia menjeling jam di atas meja. Baru pukul 6.20pagi. Dia bangun dan melipat sejadah lalu menuju ke bilik Anes. Bilik itu kelihatan terang, pantas dia menguak pintu bilik. Opah kelihatan di tepi katil. Dia memberikan senyuman kepada Opah. Dahi Opah kelihatan berkerut. Hatinya sedikit bimbang.

" kenapa Pah?" Azlan lantas bertanya.
" Panas badan si Anes ni Lan..." nada suara Opah bimbang.

Berderau darah Azlan bila mendengar kata-kata Opah. Pantas dia mendekatkan diri pada Anes yang masih tidak sedarkan diri. Laju sahaja tangannya memegang dahi Anes.

" Allah..". hanya perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Dahi Anes panas membahang. Mulut Anes pula mula meracau..

" mak..mak.." itu sahaja yang diucapkan.

" kita kena bawa Anes ke hospital Pah. Panas sangat badan budak ni."

" cepat-cepat lan." Opah juga risau.

Azlan lantas mencempung Anes dan Opah membantunya.

" opah ambilkan kunci kereta Lan dekat dalam bilik.." Azlan sedikit menjerit apabila Opah sedikit kalut.

Anes di letak pada sofa panjang di ruang tamu.

"Opah.." Azlan memegang bahu Opah. Juraian air mata jelas di pipi tua itu. Dia mengelap air mata itu.
" Jangan risau, Anes tak apa-apa.." dia cuba menenangkan Opah kerana dia tahu wanita tua itu dilanda kerisauan yang amat sangat.
" Tolong tengokkan Anes sekejap ya, Lan nak salin pakaian."
"Lan..." hanya itu yang mampu Opah ucapkan.  Azlan tersenyum dan memberikan isyarat agar Opah menjaga Anes. Lalu dia bergegas ke bilik.

***

Mujur jalan raya pada pagi hari tidak sibuk. Azlan memandu tenang. Anes disebelah, dijeling sekilas pandang.  Hatinya teramat risau namun dia cuba berlagak tenang.Ingin sahaja dia memecut laju ke Hospital Seberang Jaya, namun dia tidak mahu mengambil risiko. Nyawa lebih penting.

" mak...mak.." hanya itu sahaja yang diucapkan Anes. panas yang tinggi membuatkan Anes meracau.
Sebelah tangannya membetulkan jaket yang sempat di sarungkan kepada Anes.

Setibanya di hospital, Azlan terus memakir keretanya, lalu mencempung Anes menuju ke bilik kecemasan. Dua orang jururawat membantunya.

" Encik tak boleh masuk ke dalam.." jururawat muda itu menghalang Azlan untuk masuk.
Kaki Azlan berhenti melangkah dan membatu dia di situ.
 Dia hanya melihat Anes dibawa masuk ke dalam wad kecemasan tersebut.

" Encik dah buat pendaftaran?? Azlan langsung tidak mengendahkan pertanyaan itu.

" Encik..." jururawat muda itu mencuit lengan Azlan apabila dia melihat Azlan bagai tidak sedar... Dia seakan faham dengan situasi itu kerana telah biasa mengalaminya.

" Encik..." kali ni, suaranya dinaikkan sedikit.

Azlan bagai tersedar. Lalu mengalih pandangan pada jururawat disebelahnya. Entah bila jururawat itu berdiri di sebelahnya, dia sendiri tidak sedar.

" owhhh ye.. Maaf.." Azlan melemparkan senyuman pada jururawat yang masih setia berdiri disebelahnya.
jururawat itu hanya tersenyum.

" Encik dah buat pendaftaran?" jururawat yang itu bertanya lagi..
 Azlan menggeleng. Dia melihat nama jururawat tersebut..Nur Suhaila.. dia tersenyum lagi.

" Di mana saya boleh buat pendaftaran?" Azlan bertanya...
" Di hadapan, di pintu masuk.." jururawat itu menjawab.
Azlan mengangguk..lantas ucapan terima kasih di ucapkan. kemudian baru jururawat itu beredar daripadanya.

******

Azlan duduk di sisi Anes, memerhati wajah Anes yang sedang lena. Dia melepaskan keluhan kecil. Subuh tadi dia teramat bimbang. Alhamdulillah, keadaan Anes tidak membahayakan. Hanya demam panas jer, kurang air dalam badan. Begitulah kata doktor yang merawat Anes. pandangan dialihkan pada kaki Anes yang masih membengkak. Azlan tersenyum sendiri. Sejak dahulu lagi, gadis dihadapannya ini sentiasa menggamit perhatian daripadanya. Ada sahaja yang dilakukan atau yang berlaku terhadap gadis ini yang menutut perhatiannya. Rambut Anes diusap lembut. Dia bangun kerana dia bercadang untuk pulang dahulu, lewat petang nanti baru dia kembali menemani gadis ini. Sebelum beredar dia mengucup dahi gadis kesayangannya itu.

1 comments:

sala berkata...

cerita semakin menarik

0000 da kawin yer..cian kat lan...