BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Isnin, 7 Jun 2010

kenapa Aku ??? 28

"Argghhh..." jeritan itu bergema lagi. Lenanya terganggu lagi, sekaligus mengganggu lena penghuni lain yang sedang enak melayari mimpi. Razaly menghembuskan nafas kasar. Ingatannya tiba-tiba menggebu terhadap sebaris nama. Anesa, nama yang cukup ringkas tetapi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya. hampir tiga tahu berlalu, sebaris nama itu cukup sukar untuk pudar dari hatinya. Dia meraup muka, beristighfar panjang. Lalu dia bangun menuju ke bilik air. dia memandang selayang pandang pada teman-teman yang enak dibuai mimpi.Keluar daripada bilik air, dia menghampiri rak sejadah, lalu mengambil dan membentangkan kain sejadah itu. Lalu mengangkat tangan untuk menunaikan solat sunat taubat. dia menumpukan dengan penuh khusyuk solatnya. Sedu sedannya dalam solat malam seperti itu tidak lagi dihiraukan lagi teman biliknya. Saban malam jika tidurnya terganggu, itu sahaja penawar buat dirinya setelah hampir 3 tahun peristiwa itu berlalu. dipenghujung solatnya, di dalam doanya, bersungguh dia memohon keampunan dari Allah swt. Moga-moga dosanya diampunkan. Semahunya dia mahu menghapus rasa bersalah itu dari terus menerus menghantaui hidupnya.

" Ya Allah ya tuhanku. Ampunilah hambamu yang bersalah itu. terlalu banyak dosaku sehingga aku teramat malu padaMu. sungguh hina diri hambamu ini ya Allah. Semoga kau ampuni dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku.

Ya Allah, Aku bersalah padanya. Semoga kau berikan kehidupan dan kebahagisan yang terbaik untuknya. sehingga kini kasih sayang ku masih untuknya dan aku merasa kesal dengan apa yang telah ku lakukan padanya. Ya Allah, ku kesali segala perbuatanku, Moga kau ampunkan segala dosaku....amin...amin ya Allah...

Titis air matanya di kesat. Sejadah yang terbentang, dilipat dan diletakkan kembali di tempatnya. Dia melabuhkan diri di kerusi meja study. Sebelum itu, tingkap biliknya dibuka. Dia memandang ke langit yang hampir subuh. suasana yang begiru tenang dengan langit yang penuh dengan bintang-bintang yang menghiasi dada langit. keluhan dilepaskan. Mengapa dirinya tidak dapat merasai ketenangan yang damai itu. Kenapa harus dirinya masih merasa bersalah. Hampir 3 tahun, tidurnya sering terganggu. Dia masih mencari kekuatan untuk berhadapan segalanya.Masa lalunya masih mengejarnya selagi dia tidak membetulkan segalanya.

**********

" Pakcik, sedaplah. Opah masak hea? Kenapa Opah tak datang? " riuh mulut Anes bertanya kepada Azlan. dia hanya duduk di sofa memerhatikan Anes menghabiskan bubur dan sup yang dibawanya. Anes semakin sihat  dan dia kembali lega. Cutinya berbaki 3 hari lagi, membuatkan dia begitu risau jika Anes masih belum pulih.

" Pakcikkkk..." jeritan Anes mengejutkannya.

Azlan tersenyum. sedikit malu kerana berkhayal. Dia bangun dan menghampiri Anes di katil. Kepala Anes digosok lembut, lalu ciuman singgah di dahi Anes. Terkebil-kebil mata Anes bila Azlan mengucup dahinya. senyuman diwajahnya juga mati. bulat matanya memandang Azlan yang masih lagi tersenyum.

" Kenapa?" Azlan menyoalnya. Hairan melihat Anes yang terdiam memandangnya. Dia tahu gadis itu terkejut. dia melabuhkan diri dihadapan Anes. Memandang tepat pada anak mata Anes.


Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Rasanya dia perlu melepaskan segala-galanya pada Anes. Rindunya semakin menggunung pada gadis dihadapannya ini tidak mampu disembunyikan lagi.

 Dan Anes membisu tanpa suara kerana begitu janggal dan terkejut dengan perbuatan Azlan padanya sebentar lagi. Rasanya Azlan memang sedikit pelik sejak di sampai di rumah Opah lagi. Gerak geri dan renungan Azlan memang dia tidak mengerti dan biasanya dia malas untuk ambil pusing. Malas untuk ambil tahu. Dan hari ini, kelakuan lelaki ini sememangnya luar alam. Dan sekarang, dia hanya mampu menandang kerana dia sangat terkejut untuk berkata-kata.

" Abang rasa, Nes perlu tahu segala-galanya..." Ayat terakhir dari Azlan itu terus mematikan niatnya untuk bersuara apabila tubuhnya diraih dalam pelukan Azlan.


 ####
 

Salam kepada pembaca yang sudi mengikuti cerita Nys ini. Sedayanya NIs cuba menghabiskan buah tangan yang pertama ini. Diharap kalian terus sudi membaca dan menanti sambungan cerita ini. Insya ALLAH cerita ini akan Nys tamatkan tidak lama lagi. Terima Kaseh buat semua yang sudi membaca dan memberi komen. Sayang korang sangat. (",)

3 comments:

Liyana berkata...

yeeey..
nk lg..ops, dorg ni da kawen eh..??
erm, mst de kaitan ngn razaly bab hilg ingatan y dilalui oleh anis ni...

kimah berkata...

dah nak abis? x sabar rase nk tau citer seterusnya hingga akhir hehehe...

tzaraz berkata...

alhamdulillah...ada gak niat kau nak ngabiskan cite ni ek..hehe