BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Ahad, 24 Oktober 2010

lamanyer...

" moga rasa kaseh dan sayang sentiasa tersemai dengan subur dalam sanubari kita"

lamanyer aku x jenguk rumah aku nih...sunyi sepi.. bermakna sume khayalan aku belum ditamatkan..ehm..inilah hidup..xsemudah yang kita rancangkan... kesibukan, permasalahan akan menjadi dugaan dan cabaran untuk apa yang kita rancangkan... teman2..maafkan aku...ku pohon doakan aku untuk menempuh segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini.... 

Rabu, 28 Julai 2010

mimpi ku Tak indah..

" moga rasa kaseh dan sayang sentiasa tersemai dengan subur dalam sanubari kita"

Akhir-akhir ini, kesibukan menemani diri. Jiwaku dilanda keresahan. Damai ku seakan-akan diragut. Entah mengapa hati ku dirundum kesedihan. Mengapa? Aku sendiri tidak mengerti. Mungkin ini ujian Ilahi buat insan seperti aku. Pada teman ku lemparkan senyuman, mereka tertawa, aku turut tertawa. Namun hati masih tiada damai. Tenang ku entah di mana. Termenung aku mencari jawapan, masih tiada jawapannya. Ketika menghadapnya, ku adu puas-puas, biar aku peroleh damaiku, tenang ku dan senyumanku. PadaNYA jua, ku bisikan agar jiwa laraku tenang. PadaNYA jua agar aku dijauhi dari perkara-perkara buruk yang mampu membuat aku berpaling dari landasan hidup. Ku ceritakan padaNYA tentang segala permalahan hati ku. Ku pohon padaNYA agar dikurniakan rezeki yang halal dan dipercepatkan mendapat kerjaya yang kukuh.. Selebihnya biar hanya aku dan DIA yang mengetahui segalanya... Moga aku mampu melalui dugaan ini. Moga aku terus melangkah dan terus melangkah...


Rabu, 21 Julai 2010

kenapa aku ??32

RecoveryRecovery" moga rasa kaseh dan sayang sentiasa tersemai dengan subur dalam sanubari kita"

aku terus tak memperdulikan Azlan yang asyik mengikut aku ke hulu ke hilir. aku panjat pokok dia tunggu kat bawah. Dia tak pandai panjat pokok kot.

Disebabkan jemu dia mengikut aku ke hulu ke hilir, aku rasa aku kena bercakap dengan dia juga. Tok Abah dengan dah balik. Tinggal si Hitam jer tengah minum air kat perigi mata air. Aku duduk kat tunggul dekat dengan mata air. Azlan duduk tak jauh dari aku.  Aku pun tak tahu macam mana nak cakap dengan dia lagi. geram aku tentang semalam tak habis lagi. Macam ni ke aku nak jadi bini dia. Idea gila betul. Keputusan SPM aku pun tak keluar lagi. Macam manalah ayah dapat idea nak kahwinkan aku. Langsung aku tak boleh faham. Aku+ kahwin=gilo.

" Saya tak nak tahu apa-apa pun." itu ayat aku cakap kat dia. Setelah semalaman aku berfikir tentang keputusan ayah untuk aku, aku fikir aku setujukan jer. Semalam pun dia paksa pilih cincin yang dia suka. Aku ikutkan jer walaupun aku dah puas bertekak nak cincin yang aku suka. Yerlah, bawa aku pergi beli cincin, konon suruh aku pilih tapi semua dia tak berkenan. memang sengaja cari pasalkan. Jadi aku malas nak bantah apa-apa pun. aku setujukan tanpa aku perlu ambil tahu segalanya.

" Saya tak nak paksa awak" aku dengar ayat tu dari bibir dia. aku pandang dia. dia pulak hanya menunduk memandang tanah.

 " Saya ada alasan untuk saya lakukan semua ini. Saya tahu awak masih terlalu mentah untuk menerima sebuah perkahwinan apatah lagi ini adalah sebuah perkahwinan yang diaturkan oleh ibu bapa kita. Saya minta maaf." panjang lebar dia berkata-kata tanpa aku bersuara. Otak kecil aku cuba untuk mencernakan segala yang dia katakan.

"kalau macam tu, saya tak ada apa nak kata lagi, saya cuma mengikut apa pun yang dirancangkan. siapalah saya untuk membantah.."ada sebak dihujung nada aku. Entahlah, sebak memang sebak kena kahwin paksa macam ni, mujur aku belum ada steady boyfriend, kalau tak memang aku bantah habis-habisan. Dan aku terus berlalu meninggalkan Azlan di situ. Pandailah dia balik sendiri.

hari yang ditunggu makin dekat. ingatkan mudah orang nak kahwin ni. Macam-macam kena buat. Urusan di pejabat kadi, klinik dan macam-macam lagi lah. Badan aku pun macam nak demam. Lembik sangat rasanyer. tapi kejadian 2 hari lepas buat aku tertanya-tanya. tapi aku tak  tahu nak tanya pada siapa. aku nampak Azlan dengan seorang perempuan. perempuan tu menangis di dalam dakapan Azlan dan wajah Azlan keliahatan sangat murung. Dua hari lepas entah apa anginnya, dia mengajak Afza ke kawasan rekreasi Gunung Lambak.Dan secara tak sengaja dia terserempak Azlan dan perempuan itu sewaktu dia berjalan-jalan di sana. Namun hal itu tidak dimaklumkan kepada Afza. Dia hanya mendiamkan diri. Semalam semasa bertemu Azlan pun, dia tidak memanjangkan persoalan yang bermain dalam fikirannya kepada Azlan.

Di rumah persiapan perkahwinan aku semakin terasa. Semua pakcik makcik dan saudara jauh dekat aku dah bertandang ke rumah. Macam tak percaya bahawa majlis yang bakal berlangsung ni adalah majlis aku. teruja dan keliru, aku simpan seorang.  Aku sendiri tak pasti sama ada aku henadak tersenyum atau bersedih untuk semua ini. Azlan, itu sahaja yang aku tahu. selebihnya aku rasa ayah lebih tahu sebab aku sendiri tak tahu nak ambil tahu tentang dirinya. Yang aku tahu, kurang 24 jam lagi aku bakal menjadi seorang suri pada pemilik nama itu. Moga ALLAH mempermudahkan urusan jodohku. Aku redha dengan segala ketentuannya.

*****

 Mesej-mesej yang dihantar Hana benar-benar membuat Azlan keliru. Antara ibu dan Hana, sememangnya dia telah membuat pilihan. Namun rayuan Hana benar-benar menyesakkan dadanya. Gadis itu benar-benar berharap padanya. Dan dia sendiri sememangnya menyayangi gadis itu. Dulu, telah dia ikrarkan dalam hati, tiada lain selain gadis itu didalam hatinya sampai bila-bila. Malah, telah dia lafazkan ikrar itu dihadapan gadis itu. Dia masih ingat pada ulang tahun kelahiran Hana ke-23 tahun yang lalu, dia membawa gadis itu ke tempat indah untuk meraikan ulangtahun kelahiran gadis itu. Suasana romantik yang dirancangnya, berjalan seperti yang diimpikan. Masih terbayang lagi guguran air mata Rabiha Hana yang terharu dengan ideanya. Masih jelas senyuman gadis itu dilayar matanya. Dan masih dia ingat bagaimana debarnya dia melafazkan ikrar kasihnya pada gadis itu. Semuanya seperti masih baru dan hari ini, dia yang mungkiri segalanya. Dia amat-amat keliru.

" sayang, jangan tinggalkan Hana", sebaris ayat dari mesej yang dikirim Hana berulangkali untuk dirinya. Dia semakin takut jika Hana mengotakan seperti apa yang dilafazkan tempoh hari. Mati. Nauzubillah, dia tak mahu menjadi punca kepada satu kematian yang dilaknat ALLAH. berulangkali dia beristigfar dan memohon keampunan serta penunjuk untuk masalahnya. Malah, mimpinya sejak 3 hari berturut-turut membuat dia tahu jalan mana yang harus di pilih. Anes, gadis lincah yang dia sendiri tak kenali tapi tiba-tiba mencuri hati ibunya sehingganya ibu mahu menjodohkan dengannya.

****
"Nis, kita jumpa. Abang rindu sangat. " berulangkali mesej itu dihantar. Namun hampa kerana tiada langsung balasan kepadanya. Dia semakin tertekan. Kekecewaan semakin bergetaran di dada. Khabar berita yang dikhabarkan kepadanya semalam semakin buat jiwanya tak tenteram. Hatinya makin sakit.

" Ly, kamu dah makan?" suara emak tertangkap dipendengarannya. Dia menoleh ke kerusi malas di ruang tamu. Hanya sekilas wajah tua itu dipandang. kepalanya benar-benar kusut sehingga dia tak mampu untuk beramah kata. malah hatinya sentiasa mahu marah walaupun dia cuba untuk menenangkan diri. dan langsung membiarkan sahaja pertanyaan daripada ibu nya sebentar tadi. Dia bergegas keluar. Niat hatinya mahu menenangkan hati di tempat sunyi itu.

****
Sudah seminggu dia memerapkan diri didalam diri. berita perkahwinan Azlan benar-benar merobek hatinya. Dan dia sendiri bagai hilang arah. Bertahun menyulam cinta bersama lelaki itu, kasehnya bakal terputus saat lalaki itu bakal bergelar kepada gadis lain. DIa tak sanggup untuk menerima semua itu. Benar-benar dia tak sanggup dengan kenyataan itu. Beratus-ratus mesej telah dkirimkan kepada Azlan untuk mengingati janji yang telah dilafazkan oleh Azlan. Takut benar dirinya andai Azlan terlupa pad lafaz janji itu. Dan dia cuba untuk menidakkan segala kekecewaan. Selama seminggu ini jugalah, tidunya hanya disebabkan bantuan ubat tidur yang baginya mampu menghindarkan mimpi ngeri yang mengganggu lenanya.


******
(^v^)..tunggu hea..sikit jer lagi cerita ini, bakal nis tamatkan.

Selasa, 13 Julai 2010

iNDahnya Mimpi..: kenapa aku?? 31

iNDahnya Mimpi..: kenapa aku?? 31

" moga rasa kaseh dan sayang sentiasa tersemai dengan subur dalam sanubari kita"

kenapa aku?? 31

" moga rasa kaseh dan sayang sentiasa tersemai dengan subur dalam sanubari kita"

termengah-mengah aku berlari. huhh semput. mujur budak berdua tu tak kejar aku.
" long.."j mak panggil aku masa aku baru jer nak melangkah masuk ke pintu dapur. Daun lalang yang ada kat tangan aku campak ke tanah. aku mendongak ke arah tingkap rumah. Mak tersenyum pada aku. Lain macam jer senyuman mak aku ni. mesti ada pape ni. 

" Ada ape mak? " aku tanya pada mak.
" naik kejap" mak cakap macam tu.

aku pun jalan naik ke rumah. Adik-adik aku tak tahu ke mana. Senyap jer rumah aku petang ni. Aku cari mak kat ruang tamu depan. 
Uikss terbeliak mata aku, walawei, semalam pasal cincin aku bertekak dengan si Lan tu. Hari ni mak ke pulak aku nak kena bertekak. Aku tak nak jadi anak derhaka. Nak tak nak, aku pergi juga kepada mak yang dah tunggu aku dengan senyum simpul dia lagi tadi dan duduk depan dia.

" nak wat apa ni mak?" aku tanya mak walaupun aku tahu apa benda yang kat depan aku ni. Aku sentuh-sentuh benda kat depan aku ni.

" ini untuk kamu. Lan hantar tadi. " Mak bagitau aku tentang fakta tentang baju putih yang aku tengah dok pegang-pegang ni.

" Untuk orang?? " macam biasalah, aku akan tanya balik.

" nak buat apa mak?" aku tanya lagi. 

" lah kamu ni.. baju ni untuk kamu pakai masa majlis nikah kamu tu lah nanti. takkan mak pulak yang nak pakai." Mak sound macam tu kat aku.

Aku perhatikan baju tu betul-betul. Memanglah cantik, ada batu-batu, fesyen apa entah. aku ac-acu kat badan aku. 

" pergi cuba baju tu tapi rasanya memang sesuai dengan kamu." mak cakap pada aku. Dia tak toleh pun pada aku sebab tengah sibuk dengan bunga telur segala.

" baju anes?" aku tanya mak. 
" a'ah baju kamu, hari tu Lan datang, nak bawa kamu pergi ukur badan tapi kamu tak ada. jadi mak bagikan contoh baju kurung kamu." mak terangkan panjang lebar pada aku.

"oooo.." panjang muncung aku. 
" tak payah pakailah mak, muat ni" confident aku cakap kat mak. Padahal aku malas nak cuba, kemudian aku cepat-cepat bangun nak blah sebelum mak bagi arahan baru kat aku.

Elok jer aku bagun, mak dah buka mulut. 

" Kamu pergi hantarkan lemak pucuk ubi dengan udang kat rumah tok abah kamu. Semalam tok abah kata dia nak makan gulai lemak pucuk ubi dengan udang. mak dah siapkan. kamu tinggal ambil jer bekas atas meja makan kat dapur tu"

Aku terus tersenyum dengan arahan mak yang baru ni. Horrayy, dapat jalan-jalan. Cayalah...
aku terus pergi dapur, capai lauk yang mak dah siap bungkus dan cepat aje menuju ke motor ayah.

****
Masa aku sampai rumah tok abah, rumah tok Abah sunyi jer. Aku tolak jer daun pintu rumah atok aku yang sememangnya tak berkunci tu. Aku letak bungkusan tu kat atas meja dan terus keluar dan menuju pondok cendawan. Mesti atok aku ada kat pondok cendawan.

" tok mak owh tok mak... " aku laung panggil nama tok mak. lebih kurang 50 meter lagi jarak aku dengan pondok cendawan tu. aku percepatkan langkah. Tok mak aku tengah petik cendawan tiram tak perasan pun akan kehadiran aku dari belakang... hehehe 
" Assalamualaikum..." kuat-kuat aku bagi salam.
" Waalaikumsalamwarahmatullahhiwabarakatu.." panjang lebar tok mak jawab. Dia terkejut sambil urut-urut dada. Dia berpaling pandang aku yang dah sengeh macam kerang busuk.

" kamu ni Along.." 

" tok Abah mana tok mak" aku tanya tok mak sebelum tok mak sempat meneruskan kata-kata dia. 

" kenapa cari tok Abah?" tok mak aku tanya.
" tak de pape, sajer jer, rindu.." aku jawab.

" dia kat kebun cina ah san kat bawah sana. nak bawak lembu balik katanya.." 

" owhh.." aku pun terius blah dari pondok cendawan tu. tengah jalan baru teringat belum bagitau kat tok mak pasal lauk. 

" tok mak, tadi orang ada bawak lauk. Mak suruh hantar.." aku jerit kuat-kuat tapi kaki aku dah jauh melangkah dari pondok cendawan tu. harap-harap tok mak dengar, nanti tak delah dia ingat bunian yang hantar.

kebun Cina Ah san. Itu jer yang
bermain dalam kepala aku.. Dan kaki aku menuju ke kebun yang terletak kat depan rumah atok aku. Aku redah jer denai-denai jalan yang sememangnya dah ada. Dari celah semak samun tu, aku cari atok aku. Manelah tok abah ni. Aku cakap dalam hati.

Tiba-tiba aku dengar suara orang berbual. Macam suara Tok Abah tapi dengan siapa hek. Aku pun jalan perlahan-lahan untuk mengendap.n Aku nampakTok Abah dengan seorang lelaki. Erk macam kenal jer. yup memang aku kenal. Azlan. 

 Aku terus mengendap dari balik pokok durian. Cuba-cuba dengar apa yang diorang bualkan tapi tak dengar sangat. tiba-tiba aku rasa geli kat tangan aku. aku malas nak ambil tahu, jadi aku biarkan saja. tapi benda yang menggelikan tu berjalan-jalan pulak kat lengan aku. Aku terus pandang tangan aku dan menjerit.

""aaaaaaaaaaaaa" kuat jugalah aku memekik sambil libas-libas tangan aku dengan harapan ulat gonggok tu jatuh dari tangan aku.

" Long.." tok abah sebut nama aku bila dia dah elok terpacak depan aku. Azlan kat sebelah dia. Dia pandang jer aku yang masih rasa geli-geli disebabkan ulat gonggok tu tadi.

" Buat apa kat sini?"Azlan tanya aku.

"Tok abah, manggis ada tak? " aku buat soalan kat tok Abah tapi tak jawab soalan Azlan. malas aku nak jawab.
tok abah dah faham sangat dengan gelagat aku. dia langsung tak risau walaupun jeritan aku tadi mengejutkan binatang-binatang dalam kebun ni. Dia terus pergi pada si Hitam dan leraikan tali si Hitam. huhuhu jeles lak aku dengan si Hitam. to abah melebihkan dia dari aku.

 " Ada tu.." itu jer dia jawab dengan aku. Suka aku dengan jawapan atok aku. Aku terus melangkah ke pokok manggis yang dekat dengan perigi mata air kat hujung kebun tu.

ade bintang-bintang kat mata aku bila lihat favourite aku kat atas pokok..hohoho tak sabar mau makan. kejap jer aku dah sampai atas pokok. apa lagi, laju jer tangan aku mencapai buah manggis yang dah bertukar kaler hitam..hehehe... bismillah..terus aku sumbat ke dalam mulut..
"ahhh nikmatnya.."

"ehm...ehm.." aku dengar orang berdehem. aku toleh kiri kanan. gulp.. ada orang lain ke selain aku atas pokok ni. bulu roma aku meremang. cam nak terjun jer dari pokok ni. aku pandang bawah..
" ehh ada orang.." laa mamat ni ikut aku rupanya...






Rabu, 16 Jun 2010

Kenapa Aku??? 30"

" moga rasa kaseh dan sayang ini sentiasa tersemai  subur dalam sanubari kita"

 " Lan, apa ni... You janji dengan i yang you akan kahwin dengan i lepas you dapat kerja. And now you cakap you akan married dengan girl pilihan mak  you.." sengaja Rabiha Hana perkataan " mak " di depan Azlan.

Dia terus membuang pandang daripada melihat wajah Azlan yang langsung tidak membalas bicaranya. Semalam dia mendapat panggilan daripada sepupunya Syafiqah bahawa sepupunya melihat Azlan berjalan dengan seorang perempuan lain. Dia tidak terkejut jika Azlan keluar bersama perempuan lain tetapi dia amat terkejut apabila Syafiqah memberitahu melihat mereka berdua keluar dari kedai Emas di Bandar Kluang. Semalam dia tidak dapat tidur memikirkan tentang perkara yang diberitahu oleh Syafiqah.

" Lan, please say something...I tak mahu kehilangan you..." Suara Rabiha Hana mengendur seakan merayu apabila Azlan masih sepi tanpa bicara.

 " I mintak maaf.. Ini semua rancangan Ibu. Dan i terpaksa ikut." Tangan Rabiha Hana digenggam erat dan memandang tepat ke anak mata gadis itu.

" Sorry..." sepatah perkataan yang akan diucapkan oleh setiap orang jika kesilapan telah dilakukan.

" I don't want your sorry. I want you not sorry!!!" Raung Rabiha Hana dalam dakapan Azlan.

kepiluan menggigit tangkai hati Azlan. Dia akui dia juga menyintai dan menyayangi Rabiha Hana sepenuh hatinya. Namun dia tidak tergamak melukai hati Ibu yang selama ini susah payah membesarkannya apabila ayah pergi meninggal mereka berdua untuk selamanya. Malah ibunya tidak pernah menyuruh atau meminta apa- apa darinya. Namun apabila tiba-tiba ibunya menyuarakan tentang perkahwinannya dengan Anesa, sememangnya membuatkan dia terpempan dengan permintaan ibunya yang satu itu.

" Hana" sebaris nama itu diseru lembut apabila tangis Hana tidak sekuat tadi dan dirasakannya emosi Hana kembali stabil.
" Lan akan fikirkan tentang kita. Lan janji yang Lan akan buat sesuatu untuk kebahagiaan kita. Hana sabar ya sayang" Dia sendiri tidak pasti mengapa lancar sahaja mulutnya berjanji sebegitu. Malah dia sebenarnya langsung tidak punya perancangan tentang hubungannya dengan Hana. Tetapi demi memberi sedikit penawar pada hati Hana yang sedang gundah, dan terlafaz janjinya itu.

Tubuh Hana yang dalam pelukannya dijarakkan. Wajah suram gadis itu dipandang. Sayu dia melihat wajah muram Hana. Terasa dirinya begitu berdosa. Kenapa dia yang harus menghadapi semua ini? Dia sendiri bingung.

 " Hana balik ya. Lan hantar Ana." Getar suaranya cuba dikawal. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya.
 " Lan.." serak suara Hana kedengaran. Rabiha Hana mengesat air mata yang masih lagi tumpah dari tubir matanya.
" ya Sayang.." Azlan juga memandang wajah HAna.

" Hana sayang Lan" Dipaksa juga dirinya untuk menuturkan sebaris ayat itu walaupun dia tahu bahawa lelaki itu telah melunturkan kepercayaannya.

" Jangan tinggalkan Hana ya. Kalau tak, Hana tak mahu hidup lagi." bait-bait kata yang benar-benar membuat Azlan kaku.

" syhhh please Hana sayang..jangan cakap macam tu. Lan pun sayang Hana. Lan janji Lan takkan tinggalkan Hana..." Genggamannya dieratkan agar gadis itu yakin dengan ucapannya.

 "Kita balik ya.."

******

 " Woi makcik.. kenapa termenung? " tiba-tiba Mai muncul. Sakit gila bahu aku kena tepuk dengan dia ni. Entah dari manalah datangmya minah ni. Mai duduk sebelah aku. Aku pandang dia sekilas dan malas nak tengok dia lama-lama. Aku baling-baling jer batu kat dalam sungai depan aku ni. Dapa pulak minah ni cari aku kat bawah jambatan ni.

" Ko pergi mana semalam? Penat aku tunggu ko dengan Afza bawah pokok nangka belakang rumah mak Ton tu. Kata nak bakar ubi. " Mai membebel kat telinga aku. Aku diamkan jer.

" Aku keluar." jawapan tu jer yang aku rasa nak cakap kat dia.

" Keluar???" Mai separuh memekik kat telinga aku.
  Aku gosok telinga aku. Rasa macam bergegar otak aku dengan suara Mai.

 " Janganlah pekik kat telinga aku." aku marah dia tapi suara langsung takde bunyi macam orang marah. Mata aku tengok jer anak ikan yang kat dalam air itu. Rasanya dah lama aku duduk kat sini dan pastinya si Mai ni dah puas cari aku. Tu yang terjumpa aku kat sini. Akukan banyak port nak lepak. Jenuh gak orang fikir nak cari aku kalau aku hilang. hahaha..

 " Semalam kau pergi mana? " Mai tanya aku sambil tangan dia conteng-conteng pasir sungai dengan kayu.

 Aku tengah fikir sama ada nak jawab ke tidak soalan makcik ni.
ahh malaslah. Aku diam.

" Semalam bila kitorang tunggu kau tak datang-datang. Kitorang pergi rumah kau. tapi belum sempat pun kitarang nak bagi salam kat pintu belakang rumah kau. Kitaorang dengar ada orang borak riuh gila kat dapur rumah kau. " Mai bercerita dengan tangan-tangannya ternaik-naik. hahaha dah macam Karam Singh Walia pun ada aku tengok. Tu belum dengan mimik muka dia lagi. Agak lucu jugaklah.

" Siapa yang berbual? " aku tanya dia.
" Angah dengan Ila. Yang paling aku dengan Afza tak percaya, dia cakap ko nak kahwin... " Ayat Mai mati kat situ. Dan aku rasa nak tercekik tertelan air liur.

 "uikss" tu jer yang mampu aku ucapkan. Huhuhu. Kecohnya murai dua ekor kat rumah aku tu. NGoks ar diorang ni. Tak dapat aku nak wat surprise kat sahabat aku dua orang ni.

" Weh Long.. betul ke?" Mai tepuk lagi bahu aku sambil aku dengan mata terkedip-kedip. Konon-konon macam comel lah tu...

 "Apa yang betulnya? " Aku buat-buat tak faham dan tanya dia balik. Sebenarnya itu cara malas nak jawab soalan dia. Tak jawab boleh kot.


" betul ke kau nak kahwin Long" Mai buat soalan penuh pada aku. Bila dengar soalan penuh tu, aku rasa macam kena jawab jer..Aku terus bangun. Rasanya aku tak nak jawab soalan Mai tu. Baik blah..Baru aku nak melangkah, Mai dah halang aku dengan kayu kontot dia, siap dengan sengeh yang yang lebar.

 " Kau nak pergi mana makcik? Mai tanya aku.
" Ermm aku nak baliklah..." aku jawab dengan suara terputus-putus. uwaa awat aku jadi gagap pulak ni.

" Soalan kitorang kau tak jawab lagilah makcik." Aku dengar suara. Yang pasti bukan Mai yang depan aku ni punya suara sebab aku dah tengok jelas-jelas mulut dia tak gerak-gerak pun.

 aku tetap nak teruskan langkah aku yang terbantut tadi. Kejap lagi baju aku kena tarik. aku toleh belakang. Rupanya si Afza. spoil betulah. Buat aku gigil jer. Ingat hantu mana tadi.
 Afza paksa aku duduk semula. Dan aku pun terpaksa duduk semula.

 " Betul ke kau nak kahwin?" Afza pulak tanya soalan tu kat aku.
Aku tengok muka diorang berdua dan cakap..." Korang percaya ke aku nak kahwin?.. Aku masih menjawab soalan dengan soalan.
Serentak Afza dan Mai geleng kepala depan aku. Dah macam kembar pulak aku  tengok.
 Bismillahirahmanirahim.. aku baca basmallah dalam hati.

" Yup, aku nak kahwin!" aku terus bangun dan cabut lari meninggalkan Afza dan Mai yang sememangnya terkejut.

Isnin, 14 Jun 2010

kenapa aku??? 29

"pak cik "
itu sahaja yang mampu keluar dari bibir mugil Anes yang masih dalam dakapan Azlan. Dia hanya membiarkan sahaja dirinya terus berada didalam dakapan lelaki yang digelarnya Pakcik itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia tidak meronta atau membantah dengan dakapan itu. Malah dirasakan bahawa dia merindui dakapan hangat ini. Dia tak mengerti.

Azlan meleraikan pelukannya. Dia menatap wajah Anes yang jelas terkejut. Dia memberikan senyumannya dan mengucup tangan Anes.

" Abang rindu Nes sangat. Nes tak ingat Abang ke? " genggaman tangannya dieratkan.

Anes semakin hairan. Dia bingung untuk memberi reaksi. Lalu hanya melihat sahaja wajah Azlan yang beria-ria dengan senyumannya tanpa perasaan.

"abang???" itu yang bermain di dalam kotak ingatannya serta cuba mengimbas dengan pasti wajah lelaki di hadapannya ini. Rasanya inilah pertama kali wajah Azlan jelas dilihatnya. Dia melihat mata redup milik Azlan. Kosong. Tiada langsung info yang mampu diingatinya. Dan seluruh wajah itu dijelajahinya. Dan jawapannya tetap kosong. Dia membuang pandang ke luar jendela yang berada di kiri katilnya. keluhan lemah dilepaskan.

 Azlan masih menatap wajah Anes. Dia hanya memerhati gerak geri Anes sebentar tadi. Dia dapat menduga bahawa gadis itu cuba mengingati dirinya. Dan pasti gadis itu langsung tidak dapat mengingatinya lagi. timbul kekecewaan di sudut hatinya, dia cuba untuk mengendahkannya. Dagu Anes dipegang dan wajah Anes yang kebingungan itu di pandang.

" Anes isteri Abang sejak 3 tahun yang lepas. "
 " Dan berlakunya satu peristiwa yang menyebabkan Anes melupakan Abang hingga kini.Dan hari ini Abang nak minta maaf pada Nes kerana kesilapan Abang yang dulu. Sejak dulu, kini dan selamanya, Insya Allah, rindu, kaseh dan chenta Abang hanya untuk Nes. Maafkan Abang sayang"
 Sekali lagi Anes dibawa ke dalam dakapannya.

#####

 " Ly nak jumpa Nes. Hari ini kita selesaikan semuanya. " talian telefon diputuskan kasar. lalu telefon bimbitnya dihempas kasar. Amarahnya meluap-luap di dalam dada. Fikirannya benar-benar terganggu. Gadis yang disayanginya kini menjadi milik insan lain. Dia terasa bagai lelaki lemah yang tak punyai harga diri. bertahun-tahun dia menghamba diri menjaga kasehnya pada insan yang dianggap istimewa dan akhirnya gadis itu ingin memutuskan perhubungan. Dia merasa sangat tercabar. Dan hari ini sepatutnya dia bekerja. Namun disebabkan fikirannya amat terganggu, tiada satu kerja mampu diselesaikan. Dua bulan kebelakangan ini, sememangnya prestasi kerjanya sangat merundum. Mujur teman-teman pejabat banyak membantu walaupun sudah beberapa kali dia ditegur Madam Wong tentang lukisannya yang tidak lengkap. Dia melupakan seketika hal kerjanya. Sebolehnya dia mahu menyelesaikan halnya dengan Anes sebaik mungkin. Semahunya dia tidak mahu apa yang diusahakan selama ini terputus di tengah jalan.

 Dia menuju ke taman permainan yang berhampiran taman perumahan tersebut. Janjinya agar Anes bertemunya di sana. Ada perhitungan yang ingin dibuat. Kalau boleh dia mehu mengadakan pertemuan 6 mata di sini. Namun dia mahu berbincang dengan Anes terlebih dahulu.

 Suasana taman permainan pada petang itu sedikit tenang. Mungkin kerana sebentar tadi hujan, tiada riuh suara kanak-kanak menghiburkan kawasan tapak permainan tersebut. Dia keluar dari keretanya dan melabuhkan punggung pada kerusi batu yang telah tersedia. dia memerhatikan sahaja rumput padang yang basah. matanya melirik pada jam tangan. jam 5.30 petang.15minit telah berlalu dan Anes masih belum lagi sampai seperti janjinya. dia berkira mahu menunggu dalam 15 minit lagi. JIka Anes tidak muncul, dia akan menyusul ke rumah gadis itu biarpun banyak kali gadis itu melarang.
  dia termenung sendiri, kenangan bersama Anes lebih kurang 3 tahun yang lepas diimbau kembali. Sayangnya kepada gadis itu amat mendalam sekali. Namun, 2 bulan kebelakangan ini, gadis kesayangannya itu mula berubah sikap. Sentiasa mengelak sama ada untuk menjawab panggilannya mahupun membalas mesej-mesejnya. untuk berjumpa jauh sekali kerana dia di Kuala Lumpur manakala gadis itu di Melaka. Dan pada minggu yang sudah,kebetulan dia bercuti, dan ibunya juga mahu pulang menjengah nenek di kampung. Kebetulan dia terserempak dengan Anes di pekan . Sememangnya dia sangat terkejut bila melihat Anes dan seorang lelaki, nemun rasa terkejut itu di buang jauh-jauh.


" Anes" Razaly menegur apabila Anes berlalu di hadapannya.
dan dia dapat melihat gadis itu sedikit tersentak bersama wajahnya yang sedikit pucat.
 " ehh abang"
 "bila balik?" Anes bertanya, manakala lelaki di sisinya terus menuju ke kereta. Razaly hanya memerhati lelaki yang tetap dengan cermin mata hitamnya itu.

" Siapa tu?" dia bertanya pada Anes yang seperti ada yang tak kena.

" err abang sepupu..." hanya itu sahaja bicara Anes.

" Ayang pergi mana ni? beli barang banyak-banyak? " Razaly bertanya bila melihat kedua-dua tangan Anes membibit beg plastik. ..

" beli barang, kat rumah ada kenduri sikit." tergagap Anes menjawab..

" Ayang balik dulu hea. Nak cepat..esok Ayang jumpa abang kat tempat biasa"
" ehm yelah.." dan dia melepaskan Anes dengan pertanyaan di hati...

Isnin, 7 Jun 2010

kenapa Aku ??? 28

"Argghhh..." jeritan itu bergema lagi. Lenanya terganggu lagi, sekaligus mengganggu lena penghuni lain yang sedang enak melayari mimpi. Razaly menghembuskan nafas kasar. Ingatannya tiba-tiba menggebu terhadap sebaris nama. Anesa, nama yang cukup ringkas tetapi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya. hampir tiga tahu berlalu, sebaris nama itu cukup sukar untuk pudar dari hatinya. Dia meraup muka, beristighfar panjang. Lalu dia bangun menuju ke bilik air. dia memandang selayang pandang pada teman-teman yang enak dibuai mimpi.Keluar daripada bilik air, dia menghampiri rak sejadah, lalu mengambil dan membentangkan kain sejadah itu. Lalu mengangkat tangan untuk menunaikan solat sunat taubat. dia menumpukan dengan penuh khusyuk solatnya. Sedu sedannya dalam solat malam seperti itu tidak lagi dihiraukan lagi teman biliknya. Saban malam jika tidurnya terganggu, itu sahaja penawar buat dirinya setelah hampir 3 tahun peristiwa itu berlalu. dipenghujung solatnya, di dalam doanya, bersungguh dia memohon keampunan dari Allah swt. Moga-moga dosanya diampunkan. Semahunya dia mahu menghapus rasa bersalah itu dari terus menerus menghantaui hidupnya.

" Ya Allah ya tuhanku. Ampunilah hambamu yang bersalah itu. terlalu banyak dosaku sehingga aku teramat malu padaMu. sungguh hina diri hambamu ini ya Allah. Semoga kau ampuni dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku.

Ya Allah, Aku bersalah padanya. Semoga kau berikan kehidupan dan kebahagisan yang terbaik untuknya. sehingga kini kasih sayang ku masih untuknya dan aku merasa kesal dengan apa yang telah ku lakukan padanya. Ya Allah, ku kesali segala perbuatanku, Moga kau ampunkan segala dosaku....amin...amin ya Allah...

Titis air matanya di kesat. Sejadah yang terbentang, dilipat dan diletakkan kembali di tempatnya. Dia melabuhkan diri di kerusi meja study. Sebelum itu, tingkap biliknya dibuka. Dia memandang ke langit yang hampir subuh. suasana yang begiru tenang dengan langit yang penuh dengan bintang-bintang yang menghiasi dada langit. keluhan dilepaskan. Mengapa dirinya tidak dapat merasai ketenangan yang damai itu. Kenapa harus dirinya masih merasa bersalah. Hampir 3 tahun, tidurnya sering terganggu. Dia masih mencari kekuatan untuk berhadapan segalanya.Masa lalunya masih mengejarnya selagi dia tidak membetulkan segalanya.

**********

" Pakcik, sedaplah. Opah masak hea? Kenapa Opah tak datang? " riuh mulut Anes bertanya kepada Azlan. dia hanya duduk di sofa memerhatikan Anes menghabiskan bubur dan sup yang dibawanya. Anes semakin sihat  dan dia kembali lega. Cutinya berbaki 3 hari lagi, membuatkan dia begitu risau jika Anes masih belum pulih.

" Pakcikkkk..." jeritan Anes mengejutkannya.

Azlan tersenyum. sedikit malu kerana berkhayal. Dia bangun dan menghampiri Anes di katil. Kepala Anes digosok lembut, lalu ciuman singgah di dahi Anes. Terkebil-kebil mata Anes bila Azlan mengucup dahinya. senyuman diwajahnya juga mati. bulat matanya memandang Azlan yang masih lagi tersenyum.

" Kenapa?" Azlan menyoalnya. Hairan melihat Anes yang terdiam memandangnya. Dia tahu gadis itu terkejut. dia melabuhkan diri dihadapan Anes. Memandang tepat pada anak mata Anes.


Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Rasanya dia perlu melepaskan segala-galanya pada Anes. Rindunya semakin menggunung pada gadis dihadapannya ini tidak mampu disembunyikan lagi.

 Dan Anes membisu tanpa suara kerana begitu janggal dan terkejut dengan perbuatan Azlan padanya sebentar lagi. Rasanya Azlan memang sedikit pelik sejak di sampai di rumah Opah lagi. Gerak geri dan renungan Azlan memang dia tidak mengerti dan biasanya dia malas untuk ambil pusing. Malas untuk ambil tahu. Dan hari ini, kelakuan lelaki ini sememangnya luar alam. Dan sekarang, dia hanya mampu menandang kerana dia sangat terkejut untuk berkata-kata.

" Abang rasa, Nes perlu tahu segala-galanya..." Ayat terakhir dari Azlan itu terus mematikan niatnya untuk bersuara apabila tubuhnya diraih dalam pelukan Azlan.


 ####
 

Salam kepada pembaca yang sudi mengikuti cerita Nys ini. Sedayanya NIs cuba menghabiskan buah tangan yang pertama ini. Diharap kalian terus sudi membaca dan menanti sambungan cerita ini. Insya ALLAH cerita ini akan Nys tamatkan tidak lama lagi. Terima Kaseh buat semua yang sudi membaca dan memberi komen. Sayang korang sangat. (",)

Khamis, 3 Jun 2010

kenapa aku 27???

Azlan tersedar apabila Opah mengejutkan untuk solat subuh. Lantas dia bangun menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan bersolat. sewaku melangkah ke biliknya, dia sempat menjengah ke bilik Anes. Gadis itu sedang pulas tidur. Dia membiarkan sahaja. Usai solat nanti, baru dikejutkan Anes. Itu niatnya. Dia lekas-lekas mandi dan bersolat. Usai solat, seperti biasa doa dipohon kepada ALLAH swt. Dia mengadu sepuasnya...
Usai berdoa, dia menjeling jam di atas meja. Baru pukul 6.20pagi. Dia bangun dan melipat sejadah lalu menuju ke bilik Anes. Bilik itu kelihatan terang, pantas dia menguak pintu bilik. Opah kelihatan di tepi katil. Dia memberikan senyuman kepada Opah. Dahi Opah kelihatan berkerut. Hatinya sedikit bimbang.

" kenapa Pah?" Azlan lantas bertanya.
" Panas badan si Anes ni Lan..." nada suara Opah bimbang.

Berderau darah Azlan bila mendengar kata-kata Opah. Pantas dia mendekatkan diri pada Anes yang masih tidak sedarkan diri. Laju sahaja tangannya memegang dahi Anes.

" Allah..". hanya perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Dahi Anes panas membahang. Mulut Anes pula mula meracau..

" mak..mak.." itu sahaja yang diucapkan.

" kita kena bawa Anes ke hospital Pah. Panas sangat badan budak ni."

" cepat-cepat lan." Opah juga risau.

Azlan lantas mencempung Anes dan Opah membantunya.

" opah ambilkan kunci kereta Lan dekat dalam bilik.." Azlan sedikit menjerit apabila Opah sedikit kalut.

Anes di letak pada sofa panjang di ruang tamu.

"Opah.." Azlan memegang bahu Opah. Juraian air mata jelas di pipi tua itu. Dia mengelap air mata itu.
" Jangan risau, Anes tak apa-apa.." dia cuba menenangkan Opah kerana dia tahu wanita tua itu dilanda kerisauan yang amat sangat.
" Tolong tengokkan Anes sekejap ya, Lan nak salin pakaian."
"Lan..." hanya itu yang mampu Opah ucapkan.  Azlan tersenyum dan memberikan isyarat agar Opah menjaga Anes. Lalu dia bergegas ke bilik.

***

Mujur jalan raya pada pagi hari tidak sibuk. Azlan memandu tenang. Anes disebelah, dijeling sekilas pandang.  Hatinya teramat risau namun dia cuba berlagak tenang.Ingin sahaja dia memecut laju ke Hospital Seberang Jaya, namun dia tidak mahu mengambil risiko. Nyawa lebih penting.

" mak...mak.." hanya itu sahaja yang diucapkan Anes. panas yang tinggi membuatkan Anes meracau.
Sebelah tangannya membetulkan jaket yang sempat di sarungkan kepada Anes.

Setibanya di hospital, Azlan terus memakir keretanya, lalu mencempung Anes menuju ke bilik kecemasan. Dua orang jururawat membantunya.

" Encik tak boleh masuk ke dalam.." jururawat muda itu menghalang Azlan untuk masuk.
Kaki Azlan berhenti melangkah dan membatu dia di situ.
 Dia hanya melihat Anes dibawa masuk ke dalam wad kecemasan tersebut.

" Encik dah buat pendaftaran?? Azlan langsung tidak mengendahkan pertanyaan itu.

" Encik..." jururawat muda itu mencuit lengan Azlan apabila dia melihat Azlan bagai tidak sedar... Dia seakan faham dengan situasi itu kerana telah biasa mengalaminya.

" Encik..." kali ni, suaranya dinaikkan sedikit.

Azlan bagai tersedar. Lalu mengalih pandangan pada jururawat disebelahnya. Entah bila jururawat itu berdiri di sebelahnya, dia sendiri tidak sedar.

" owhhh ye.. Maaf.." Azlan melemparkan senyuman pada jururawat yang masih setia berdiri disebelahnya.
jururawat itu hanya tersenyum.

" Encik dah buat pendaftaran?" jururawat yang itu bertanya lagi..
 Azlan menggeleng. Dia melihat nama jururawat tersebut..Nur Suhaila.. dia tersenyum lagi.

" Di mana saya boleh buat pendaftaran?" Azlan bertanya...
" Di hadapan, di pintu masuk.." jururawat itu menjawab.
Azlan mengangguk..lantas ucapan terima kasih di ucapkan. kemudian baru jururawat itu beredar daripadanya.

******

Azlan duduk di sisi Anes, memerhati wajah Anes yang sedang lena. Dia melepaskan keluhan kecil. Subuh tadi dia teramat bimbang. Alhamdulillah, keadaan Anes tidak membahayakan. Hanya demam panas jer, kurang air dalam badan. Begitulah kata doktor yang merawat Anes. pandangan dialihkan pada kaki Anes yang masih membengkak. Azlan tersenyum sendiri. Sejak dahulu lagi, gadis dihadapannya ini sentiasa menggamit perhatian daripadanya. Ada sahaja yang dilakukan atau yang berlaku terhadap gadis ini yang menutut perhatiannya. Rambut Anes diusap lembut. Dia bangun kerana dia bercadang untuk pulang dahulu, lewat petang nanti baru dia kembali menemani gadis ini. Sebelum beredar dia mengucup dahi gadis kesayangannya itu.

Khamis, 20 Mei 2010

keNapa Aku??? 26

Azlan keluar daripada bilik selepas dia hantar aku semula ke bilik. Tadi pun dia gendong aku lagi. Ahhh malu yang teramat sangat, tak tahu nak cakap macam mana. Sudahnya aku diam jer tak membantah bila dia angkat aku semula. tapi bagus gak ada dia nak membantu. Kaki aku rasa sengal gila apabila memijak. Kurang sikit azab. Aku membaringkan semula dengan tangan diletakkan di dahi. Hilang rasa mengantuk dan rasa macam nak buat kerja bagus sikit iaitu berfikir. Erm... mula-mula yang aku nak fikirkan ialah apesal pulak mamat hantu tu tidur dalam bilik ni. Tak ke bahaya. Isk isk isk.. aku tengok-tengok baju aku. Alhamdulillah masih sempurna. Maknanya dia takdelah ambil kesempatan ke atas aku yang kurang upaya ni. Lagipun, tadi masa dia gendong aku, rileks jer... opsss apa aku fikir ni dah. Rasanya takdelah jahat sangat hantu tu kan. Kedua, mimpi. kenapa aku mimpi macam tu. yelah, orang kata mimpi tu mainan tidur jerkan. tapi aku rasa mimpi ni macam dah main-mainkan aku. Asyik mimpi yang sama berulangkali. Lainlah kalau dapat mimpi Putera William ke, best sikit. Hari-hari pun aku sanggup. Arghh.. apesal aku terlebih rajin pagi-pagi buta nak fikir semua ni. Pening-pening...Aduhhh berdenyut-denyut lak kaki aku ni. Baik aku pejam mata, mana tahu betul-betul dapat mimpi Putera William...zzzz..

Sementara itu...

Keluar dari bilik Anes, Azlan membaringkan dirinya di sofa di ruang tamu. Cutinya dah hampir tamat. Namun usahanya mengembalikan ingatan Anes nampaknya masih belum berjaya. Anes, Anes, Anes, dia sekadar menyebut nama gadis itu di dalam hati. Cukup istimewa gadis itu padanya walaupun gadis itu tidak menyukainya. Opah, ayah, mak dan ahli keluarga lain begitu meletak harapan yang tinggi padanya. Dia mengeluh. Tiga tahun dia menanti dan responnya masih lagi negatif. Anes masih begitu.Kadang-kadang dia bertanya sendiri, mengapa dia yang  harus menanggung semua ini. Arghhh.. dia buntu. Dan akhirnya dia terlelap bersama masalahnya..

**********

Isnin, 17 Mei 2010

owhh, adakah aku patut....

owhh, adakah aku patut.....

tu tajuk entry kali ni.. Assalamualaikum kepada kengkawan yang disayangi semua. korang ingat lagi tak 2 enovel yang aku tulis " kenapa aku" dan " Cinta Abang Burger"... yelah.. dah berkurun aku tak mengupdate 2 cerita aku ni. aku bukannya ape... kekeringan idea buat aku tak sambung ke22 cerita. adakah korang rasa aku patut tutup jer blog aku ni atau pun paksa diri aku sambung cerita aku yang tak seberapa ni... huhuhu kerana kadang2 manusia perlu dipaksa atau ditekan untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa walaupun aku sedar cerita aku hanya biasa2. Yela aku penah bercita-cita nak tulis sampai tamat. tapi akhirnya tergantung dipertengahan jalan. tolong yer kengkawan. jasamu amat ku kenang. Arios.

selamat hari cikgu sedunia. kamu memang hebat!!!!

semalam hari cikgu@ guru. dan sadisnya aku tak wish kat saper2 pun walaupun untuk diri aku sendiri( aku kan cikgu kecik)... ape pun hari ini aku nak ucapkan Hari cikguru...2 in 1. hmmm kepada semua cikgu saya.. terima kaseh untuk jasa kalian kepada saya. jasamu amat-amat ku kenang sesangat. tanpa cikgu semua, entah sapa saya pada hari ni walaupun saya belum jadi saper2 kerna saya masih saya. semalam dalam kenangan, cikgu tadika yang paling saya ingat ialah Cikgu Salmah... Cikgu Darjah 1 yang paling saya ingat pula ialah Puan Hashimah binti Yon dan Puan Kalsum, oh ye Puan Azlina. time darjah 2 Sir Maidin yang ajar Bi. dan mase darjah 6 ialah puan Nakiah binti Katib. Tak dilupakan gak buat Armahum Ustaz Zainudin selaku guru yang memperkenalkan aku kepada catur walaupun sampai sekarang saya xterror2 macam anak-anak cikgu. Guru Tingkatan 1 aku Cikgu Aziz.aku ingat dia sebab dia tulis nama aku sebagai Anizah. huhuhu. jap2 lupe pulak sape cikgu tingkatan 2 aku. erm cikgu Syafarida kot. lau salah aku pun tak ingat. t aku tanya kat Pakcik. dia mesti ingat punya. Cikgu tingkatan 3 aku, Cikgu Syarif.. erm tingkatan 4 saper hek.. alala tak leh tanya Pakcik sebab kitorang dah tak satu kelas lagi. Tingkatan 5 tentulah cikgu Faizal... err ni pun aku tak bebtul sure tu nama dia...huhuhu ingatan aku memang tak ditahap yang paling bagus. mahap yer cikgu semua, walaupun tak ingat nama cikgu semua.... saya sayang Cikgu.

Khamis, 22 April 2010

keNapa aKu ??? 25

" Ya Allah... kenapa ni Lan?
dari muka pintu telah kedengaran suara opah. bergegas mendapatkan Azlan dan Anes. Anes hanya tersengeh. Azlan pula terpaksa mengendong Anes untuk membawanya masuk ke dalam rumah.
Sebaik menurunkan Anes, Azlan mengeluh kepenatan. beratnya budak sorang ni. dia mengeluh kepenatan. Opah pula membelek-belek kaki Anes yang telah selamat di balut dengan bandage. Dia terus membawa Anes ke klinik tadi. Mujur kata doktor kaki Anes hanya terseliuh sedikit sahaja.

" Kamu kata nak ke Hutan Lipur, kenapa sampai Anes jadi macam ni Lan?

Opah bertanya. Anes hanya tersengeh, raut wajahnya jelas menunjukkan kepenatan dan mengantuk.

" Dia terseliuh kat bukit tadi, tersadung akar pokok." Azlan hanya memerhatikan Anes yang sudah terlentok di bahu kerusi. Dia bangun dan merapati gadis itu. Mudah sahaja gadis ini terlena. Rambut Anes yang terjatuh di muka, diselaknya. Dahi Anes yang terhantuk jelas kelihatan kesan benjol dan merah. Opah hanya memerhati.

" Bila Anes nak ingat ekh Pah? Dah 3 tahun peristiwa tu berlaku. Dia memang tak nak ingat Lan lagi ke Pah?

Azlan bertanya pada Opah yang masih lagi duduk di sisinya dan Anes.
opah hanya menggeleng mendengar pertanyaan daripada cucunya itu. bukan baru pertama kali dia mendengar solan yang sama, tetapi telah dihafalnya setiap patah soalan Azlan itu. Dan dia sendiri tak punya jawapan yang diharapkan Azlan.

" doa banyak-banyak pada Allah Lan. Semoga suatu hari nanti, Anes akan ingat kamu dan ingat siapa dia yang sebenarnya. mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjukkan pada kita semua." raut wajah Anes yang sedang lena diperhatikan. sayu hatinya melihat nasib kedua-dua cucunya ini.

Azlan hanya mendengar kata-kata Opah tanpa berkata apa-apa. Dia hanya pasrah dan berserah kepada takdir serta berusaha semampunya. Biar Allah yang menentukan segalanya.

" Lan, nak bawa Anes masuk bilik ekh Opah. Comot dah dia ni. Tadi sempat dia berendam dalam air."

Opah hanya tersenyum mendengar kata-kata Azlan.
" Tadi dia dah makan ubat ke belum Lan. Kamu bukan tak tahu perangai si Anes ni, penakut makan ubat."

" Dah, tadi Lan dah bagi dia makan ubat. tapi macam biasa lah puas memujuk dan mengugut." Azlan tertawa kecil teringat kejadian di klinik tadi.

sejurus keluar dari bilik rawatan, dan mengambil ubat. Azlan terus mengeluarkan pil dan memberikannya kepada Anes. panjang muncung gadis itu.

" tak molah!!!" anes membentak. Dia memang benci dengan ubat. Serasa mahu dilemparkan semua ubat-ubat tersebut .

" baik awak makan sekarang. kalau tidak awak tinggal kat klinik ni." Azlan mengugut. pil dan air mineral diajukan kepada aNes.

Anes membatukan diri, memalingkan muka dari memandang muka Azlan. Azlan bangun menatap muka Anes.
" kalau Anes makan, nanti dah baik Lan bawa pergi Penang, kita picnic kat Feringghi, nak tak? dia cuba memujuk.
" bila kita nak pergi? " Anes bertanya. Dia memang teruja untuk melawat Pulau Pinang.
" bila kaki Nes baik jer, kita pergi hea.tapi makan ubat ni dulu."
Bibir Anes kembali memuncung. Namun mulutnya tetap dibuka menadah ubat yang disuakan Azlan.
" Lan.." Panggilan Opah mematikan lamunan Azlan. Dia mendongak memandang wajah Opah. tersenyum.

" Bila kamu mula kerja? " tanya Opah.

" Minggu depan."
" bila lagi Anes ada appoiment dengan doktor? "

" jumaat ni, nanti Opah temankan Lan ekh."

" ehm yelah.."

******
" Awak ingat dan simpan kata-kata saya ni dalam otak awak tu. Saya takkan sesekali terima awak sebagai suami saya dengan apa yang telah awak buat pada saya. Sampai bila-bila saya takkan terima awak."
 lelaki yang baru bergelar suami sejak semalam hanya mendiamkan diri. terus memandu keretanya menuju suatu destinasi yang aku sendiri pun tak pasti. Sehingga disuatu selekoh tiba-tiba sebuah lori pasir berada di jalan kami dan betul-betul menuju ke arah aku..Dan seketika kemudian...semuanya gelap gelita..

Aku tersedar dari mimpi. Astagfirullahalazim.. aku beristigfar panjang.. kenapalah aku asyik mimpi kejadian kemalangan tu berulang kali. kaki aku berdenyut lagi. Ahh sakitnya. aku melihat kaki aku yang berbalut. Aku mendongak ke arah jam kecil dia atas almari. pukul 2 pagi. huhuhu nak terkencing. cam mane ni. aku cuba turun dari katil dan cuba berdiri. perlahan-lahan aku bangun.. Ahhh sakitnya. tapi takkan nak tahan, aku memang tak tahan. Aku cuba melangkah setapak dua. berjaya mencari suiz lampu. dan aku terkejut gila bila melihat elok pakcik "hantu" tu ada dalam bilik aku.

jap lagi aku setle kan pasal "hantu" ni..aku cube menapak seelok mungkin sambil memegang dinding bilik..
baru aku nak buka pintu bilik, ada suara menegur aku..

" awak nak pergi mane? " aku tengok pakcik tu macam baru tersedar. dia gosok2 mate dia.

aku tak jawab. rasa tak tahan sangat dah...

tiba-tba, tubuh aku diangkat. Merah muka aku. nasib baik ruang tamu tak de lampu menyala.

" Susah sangat ke nak bagitau nak pergi bilik air? " azlan sound aku tegas jer bunyinyer. aku diam jer. Malu gile aku kene gendong macam ni. nasib baik tak de orang...

sayang..2

"sayang...tolonglah abang tak boleh terima semua ni..." hanif masih lagi merayu.. pergelangan tangan Nini dipegang erat. hati Nini tekad untuk membuat keputusan. Dalam 2 tahun ni, terlalu banyak dia mengalah. Dan akhirnya bagai memakan dirinya sendiri. telah berbulan-bulan lamanya dia memendam perasaan dan memikirkan tentang hubungan ini. ya, memng dia sayang akan hubungan ini. tapi dia tak sanggup menipu perasaan sendiri bahawa dia lebih banyak perasaan simpati daripada cinta. Sejak awal lagi, dia tak yakin ini memang cinta untuknya. Oleh itu biar dia meleraikan segalanya.

" Saya jelas dengan keputusan saya, tak guna saya nak berpura tentang hati dan perasaan. lebih lama saya berpura-pura, lebih lama hati kita akan sakit."  Nini menarik nafas untuk mencari kekuatan, memandang tangannya yang masih dalam genggaman Hanif. Sakit tp tak sesakit hatinya.

" Mohd Hanif, tolong terima kenyataan bahawa hubungan kita telah berakhir. InsyaAllah, saya percaya suatu hari nanti pasti ada wanita laen yang sememangnya ditakdirkan untuk awak. "

 Hanif melepaskan tangan Nini. Hatinya semakin membara. Otaknya juga tak mampu berfikir. Dia langsung tak terduga dengan permintaan Nini. Bahasa yang digunakan oleh gadis itu jelas menunjukkan gadis itu nekad dengan keputusannya.

" Tidakkkkkkkkkk"  tiba-tiba Hanif menjerit bagai orang diserang histeria.
" kau tetap akan jadi milik aku. Kau kan dah hampir jadi milik aku. hahaha.." hanif ketawa bagai manusia hilang pedoman.

badan Nini menggigil ketakutan. Suasana Tasik semakin gelap. Jam di dashboard kereta menunjukkan hampir jam 7.30 malam. Pasti orang di rumah sibuk mencarinya.. Ayah..pasti mengamuk.

DIa memberanikan diri untuk berkata-kata. " Nini nak balik.." 

" Kau takkan balik. Kau akan pergi mati bersama aku." Hanif menghidupkan enjin kereta dan memandu bagai orang gila. Tangisan Nini disebelah langsung tak dihiraukan.

Khamis, 25 Mac 2010

sayang....

" aku sayang kaulah Nini.."
Nini yang dihadapan menjuihkan bibirnya. Argghh lelaki memang pandai jual minyak. ayat manis tapi bau taik kucing. Langkahnya dilajukan, malas melayang Ammar yang tak sudah-sudah mengayatnya.

" nini.." Ammar sepauh menjerit bila melihat Nini menghalakan langkah ke lorong masuk rumah gadis itu. Entah bila gadis itu akan memberikan respons pada hatinya.

Nini menghempaskan badannya ke atas tilam. Adik-adik ada kelas tambahan, bolehlah dia layan perasaan sekejap. Badannya sungguh letih memikirkan hidupnya yang baru nak mula mengenal dunia.

" Ayang, abang sayang ayang. Janganlah buat abang macam ni." Suara Hanif merayu memukul gegendang telinganya. Demi Allah, rayuan itu bukan kedengaran sayu tapi mual sungguh dia mendengarnya. Hanif meraif tangannya dan memusingkan badannya agar dia mengadap lelaki tersebut.

" apa ni!!" Nini meninggikan suara. Panas hatinya diperlakukan sepert itu. wajahnya yang sejak tadi keruh, bertambah keruh beila diperlakukan sedemikian. Dia semakin tidak mengenali lelaki dihadapannya.

" Kenapa ayang dah banyak berubah sekarang ni? tolonglah... jangan buat abang macam ni. " sekali lagi Hanif merayu.

"Nini, ini tentang masa depan kau, hidup kau. kau kena kuat dengan apa yang telas kau putuskan." hatinya berbisik. Satu keluahan panjang dilepaskan.

" Nini tetap dengan keputusan Nini. Nini harap Hanif lepaskan Nini walaupun memang sebenarnya kita tiada ikatan." Penuh yakin Nini melafazkan kata-kata.

" Hahaha..." Hanif melepaskan ketawanya. Namun Nini hanya membiarkannya sahaja. Angin petang ditepi tasik itu terus-terusan menyapa pipinya.

" Buat apa nak menipu diri, tolonglah terima kenyataan. sayang itu telah berlalu." sedikit sebak bila menuturkan kata-kata tersebut.

Wajah Hanif semakin keruh, gadis kesayangannya kini mahu meleraikan kaseh yang telah mereka bina sejak 2 tahun yang lalu. dilihat  ketenangan pada wajah Dini yang begitu tenang menuturkan kata perpisahan. Hatinya diketuk persoalan, benar-benarkah sayang gadis itu pada dirinya telah lupus sama sekali.

" Abang tak peduli, abang takkan lepaskan ayang, ayang milik abang!!!" tiba-tiba Hanif seperti di serang histeria. Tangan Nini diraih dan tubuh itu ditolak ke dalam perut kereta.lantas pintu ditutup dan dia sendiri meloloskan diri ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipandu bagai hilang akal.

" Abang..." Nini menjerit. Hanif hanya memandang sinis wajah Nini. Otaknya tak mampu memacu tingkahnya. Dia mengikut hati. Nini mula teresak-esak ketakutan.

" Nini nak balik, tolong hantar Nini balik"

Sabtu, 20 Februari 2010

kenapa Aku 24??

seperti yang dijanjikan Azlan membawa Anes ke Hutan Lipur Ceruk Tok Kun. hanya mereka berdua sahaja yang pergi memandangkan opah tak berapa sihat untuk pergi bersama.

" laa..ape bendalah air terjun macam ni. Tak de air pun.!!" anes dah membentak. beria-ria dia membawa kelengkapan untuk mandi bersama. namun hasratnya untuk mandi terbantut.
" kan tu air... awak tak nampak ke?" azlan bersuara. lucu melihat telatah anes yang dengan muncungnya.
' air pebenda kalau setakat macam tu. budak 3 tahun layak lah mandi kat situ!!!.

" sebenarnya saya bawa awak ke sini bukan untuk mandi, dan saya tak pernah kata pun kita nak pergi mandi. awak tu yang salah faham.'
anes mematikan diri di batu tempat dia mendudukan diri. hatinya panas. marahnya dipendam.semalam Maksu kata Hutan Lipur ni tempat orang berkelah, mandi-mandi. Tanpa nak mandi pekebenda kalau airnya segan-segan aje nak mengalir.
" sekarang ni musim keringlah awak, sebab tu air sikit. tapi kalau awak nak mandi, lain kali kita pergi pulau. kita boleh picnic kat Batu Feringghi."

ehh pakcik ni, boleh dengar ke ape yang aku bebel kat dalam hati.. Adoiiii..bengang-bengang. kene tanya balik apa program dia bawa aku pergi sini.

" habis tu kalau pergi ke sini bukan untuk mandi, kita nak buat ape?" anes bersuara malas. kakinya dicecahkan pada gigi air. terasa sejuk air di anak sungai di hutan lipur itu.
" kita pergi sini sebab saya nak bawa awak jalan naik bukit sana." azlan menghala kan tangannya ke arah bukit apabila anes menoleh ke arahnya.

" hahhh... panjat bukit sana???'

" yup" pendek dan bersahaja ucapan Azlan.

" tak mahulah!' anes terus membantah.
' jomlah.." azlan yang telah berdiri mencuit bahu anes.

" tak mahu!!!' suara kecil anes seakan menjerit.
" jalan sikit jerlah, bukit tu tak tinggi pun" azlan cuba memujuk anes. Gadis itu masih tidak bangun.

" aku kata tak mahu, tak mahulah!!!" anes dah separuh menjerit. hatinya panas.

azlan sudah serba salah. 2 3 orang pengunjung yang berhampiran mereka sudah menjeling ke arah mereka. dia menghampiri anes dan mengambil tempat disebelah gadis itu. suara gadis itu yang agak tinggi sebentar tadi menimbulkan pandangan kurang senang pengunjung lain padanya. kena buat sesuatu ni. karang mengamuk makcik ni, mati kutu dia.

" Ala awak, kalau kita naik atas bukit sana, kita boleh tengok pandangan sekitar Bukit Mertajam ni tau. " Azlan berkata tanpa melihat Anes disebelahnya. namun dari ekor matanya dia dapat melihat wajah bengang Anes.
"Kau nak tengok, pergi sendiri. Aku nak duduk sini." langsung tidak memandang Azlan disebelah.
" erm bolehlah Nes, sekali ni jer. lepas ni saya tak kan minta awak panjat bukit tu lagi." Azlan cuba memujuk lagi.

" weh pakcik, bukit tu tinggilah, penat tau nak naik atas tu. dahlah kena jalan kaki. Fuhh tak nak!!!" Anes tetap dengan keputusannya.
Azlan bangun dari tempat duduknya. berjalan mundar-mandir mencari helah bagaimana caranya untuk dia membawa Anes ke atas bukit itu. Anes mesti naik di atas sana.Kata-kata Dr.Iman berlegar di mindanya.

" dia masih boleh pulih tapi dia memerlukan sokongan daripada orang disekelilingnya terutama keluarga dan kenalan rapatnya."

Sebaris ayat kata-kata Dr Iman kerap bermain diingatannya sehingga dia nekad membawa Anes ke mari walaupun terdapat risikonya.

Tiba-tiba dia terpandang Pajero milik Jabatan Hutan yang menguruskan Hutan Lipur tersebut. Timbul satu idea bermain dimindanya.
" Anes, awak tunggu sini tau. Saya nak pergi kat pejabat sana." Azlan terus melangkah tanpa melihat apa yang sedang dilakukan oleh Anes.
sementara itu....
" sejuknya air ni...hehehe" aku dah berendam dalam sungai cetek ni. mujurlah aku ni tak besar sangat. boleh lah aku join budak-budak ni mandi..

kanak-kanak yang sedang bermandi itu hanya melihat sahaja gelagat aku. sebabnya aku pun join main bola dalam air dengan mereka. hahaha kan dah penuh sikit air ni bila aku masuk.
" padan muka pakcik tu. berangan lagi. mundar-mandir, mengalahkan kalah loteri, dengan dahi berkerut. Mesti tak perasaan aku dah pergi ke sini."

Anes ralit bermain air. walaupun yang lain hanya kanak-kanak, dia tak pedulikan renungan daripada ibu bapa kanak-kanak yang berendam bersamnya.









****









" uikss hilang. Tinggal beg baju, tuala dan selipar. Orangnya mane???" Azlan kaget. ke mana pula si Anes ni, tak dengar kata betul lah budak ni. kepala batunya langsung tak hilang.


" Anes...." Azlan menjerit.


langsung tiada jawapan. nak jerit kuat-kuat, malu pulak kalau orang dengar. Kawasan ni bukan besar sangat. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling, kemudian terpandang batu besar kawasan atas.

" takkan si Anes tu ke mari, dahlah penakut"...Azlan mengomel sendiri. tapi kakinya tetap melangkah ke kawasan batu-batu tersebut.

" OPSSS.." Azlan mengundur beberapa langkah ke belakang dan bersandar di batu besar tersebut. Matanya dipejam beberapa kali. istigfar diucapkan didalam hati. ish ish ingat siput jer mengawan celah batu. huhuhu..

dia terus melangkah turun.

sampai di tempat dia duduk bersama Anes tadi, dia duduk di atas batu. otaknya ligat berfikir tentang Anes.

tak lama kemudian, pasangan siput yang dia nampak tadi, tergesa-gesa turun. dia hanya menggelengkan kepala. malas ambil pusing.


" Abang, nak beg tu boleh tak" seorang budak berusia 8 tahun tiba-tiba menegurnya." Azlan pelik, ke atas ke bawah batang tubuh budak itu dibelek dengan pandangannya. kanak-kanak yang lencun kebasahan itu hanya tersengih.

" nak buat apa beg ni??" azlan menjinjing beg baju Anes dihadapan budak itu.

" ada sorang kakak kat bawah sana, mintak tolong ambilkan." laju budak itu menjawab.



" erm boleh, tapi adik bawak abang pergi sana ekh.."


****

" Ya ALLAH..." hanya itu yang mampu diucapkan oleh Azlan dan kepalanya digelengkan.

Kelihatan Anes seperti kapten didalam air bersama anak-anak buahnya yang mengelilinginya. bola dilambung-lambungkan secara bergilir-gilir. baik anes mahupun kesemua kanak-kanak tersebut, masing-masing ceria
Azlan mendekati gigi air dan mencangkung.

"Nes.."

pendek sahaja tanpa cukup jelas dipendengaran Anes. cepat-cepat Anes naik ke darat. Dia melebarkan senyumannya kepada Azlan.

" pakcik, jom mandi. best sangat tau" lagak kanak-kanak gaya Anes bercakap.
" Dah puas? "

" erm dah.." melihat muka kelat Azlan. Anes mengalah. yang penting dia dah dapat bermain air.horay..

" sekarang ambil towel ni, lap rambut tu, lepas itu, pergi sana." Azlan memberi arahan dan menunjukkan ke arah Pajero yang dipinjamnya sebentar tadi.


***

mujur minah ni dah tak banyak songeh. agaknya dah puas main air kot. Azlan menjeling Anes di sebelah dengan tuala yang telah dibalut ditubuhnya.

" Ada apa yang best sangat kat atas ni Pakcik? beria-ria nak naik kat atas ni." Anes bersuara sambil matanya sibuk memandang ke luar. sudah beberapa pengunjung warga emas selamba berjogging mendaki dan menuruni bukit itu. tinggi betul stamina mereka.kalau akulah, dah tentu2 tercungap nak mendaki.

Anes kembali dari lamunannya apabila kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di salah satu stesyen rehat yang didirikan khas buat penganjur. apabila melihat Azlan turun, Anes ikut turun, malah berlari-lari anak untuk menyaingi langkah Azlan. Mereka perlu melalui sedikit denai untuk ke pondok stesyen berkenaan.
Anes terus cuba menyaingi Azlan yang telah jauh ke hadapan. erm dalam hatinya timbul juga perasaan hairan kerana lelaki itu tidak menunggunya.
Dalam kekalutan melangkah, kakinya tersadung akar pokok lalu bergoleklah dia bagai nangka busuk yang jatuh dari pokok. tokk..malang tak berbau kepalanya terhantuk kayu. Dalam keadaan yang pening-pening lalat, dia cuba bangun, bintang-bintang kecil kelihatan berpusing di hadapannya.

" aduhh.." keluh Anes, sambil tangan meraba ke dahi. Mujur tiada darah yang mengalir, walaupun dirasakan otaknya bergegar sebentar tadi. Dahan kecil pokok tempat dia berpaut mengimbangi dirinya untuk berdiri, dipegang erat. Matanya dipejam sebentar untuk meredakan kesakitan di kepala dan kaki juga cuba untuk menstabilkan diri.

"Arghhh..sakitnya" dia mengerang kesakitan bila tak berupaya menggerakkan kakinya. Sah!! pasti kakinya terseliuh.. dia kembali duduk dan bersandar di batang pokok.. tak berupaya mengejar Azlan yang entah di mana.

Azlan duduk di pondok itu seperti dulu. memejam mata rapat-rapat dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan nafas secara perlahan. Terasa bagai kenangan dulu menyinggah di mindanyanya. Terasa bagai angin yang disedutnya menyegarkan kenangan dulu. Dia ternanti-nanti bayang Anes, serasa gadis itu ada dibelakang mengejarnya, sengaja dia tidak menunggu Anes. Lima minit berlalu, Anes masih tidak muncul. Hatinya mula diburu kebimbangan, lantas dia bangun meninggalkan pondok itu dan menjejaki denai masuk tadi...

"Anes!!!..." Azlan separuh menjerit apabila melihat Anes terduduk lesu di batang pokok. laju kakinya merapati Anes.

" macam mana boleh jadi macam ni"

Anes senyap. tangannya memegang betisnya menahan sakit dari buku lalinya.
" sakitlah.." dia mengeluh kecil.
Azlan susah hati bila melihat kaki Anes mula membengkak.

" boleh bangun ke tak ni?" Azlan bertanya.

Anes hanya menggelengkan kepala.

" erm sakit sampai tak boleh bercakap." bicara Azlan di dalam hati. kemudian terpandang dahi Anes yang benjol. Laju sahaja tangannya membelek dahi Anes.

" Isk ape ni??" laju Anes menepis tangan Azlan

Azlan hanya tersenyum, ingatkan dah tak mampu bersuara.

" Awak tinggal kat sinilah. Saya tak laratlah nak angkat awak" Azlan cuba mengusik. Titis gerimis dirasa menyentuh mukanya.

Bulat mata Anes memandang Azlan. Geram di hati di tahan.

Azlan bangun, menadah tangan dan merasa titis gerimis. Tersenyum.

Tangannya dihulur kepada Anes. Ans hanya memandang tak faham. Apa kes Pakcik ni..

" kenapa" Anes bertanya.

" Tak nak balik ke?" Azlan bertanya semula.


" Memanglah nak tapi tak boleh bangunlah, lagilah nak berjalan." Keras Anes menjawab.

" Aduss, takkan nak angkat awak?" Azlan kembali bertanya. Mukanya blurr.

" tak payah angkat. tinggal jer kat sini." sinis Anes menjawab. titis gerimis bertukar menjadi rintik hujan yang kasar. terasa perit bila jatuh mengena pada bengkak di kakinya.

Azlan masih tersenyum. Gelagat Anes yang sebegitu masih melucukan baginya.

" Meh.." Pantas Anes diangkat dan di kendong. Kakinya melangkah laju ke arah jalan keluar. Usahanya gagal untuk hari ini, namun dia tidak akan berputus asa.