BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Isnin, 16 Februari 2009

“Cinta Abang Burger 12”

mega merah menyorok di celah-celah awan petang, melambai cahaya gelap yang bakal menggantikan kecerahan siang. munculnya magrib diikuti malam yang panjang. haiwan-haiwan pulang ke sarang, reban dan kandang, manakala manusia juga kembali ke teratak mereka untuk membenarkan malam berlabuh.

long madia duduk di pangkin di hadapan rumahnya. tercongok sendiri menatap dada langit yang tinggal merah sebelum pekat malam mengambil tempat. dengusan nafas lemahnya dilepaskan seakan melepaskan apa yang tersemat dan terbeban dam batin yang tak mampu diluahkan. rindunya pada Alia memuncak, namun pada siapa yang harus diluahkan. dia tidak mampu meluahkan lalu rindu itu menjadi barah yang memakan dirinya sendiri.

semalam sewaktu pulang ke rumah, dia singgah ke Pasar Mini Islam. kebetulan sewaktu melintas jalan untuk pulang ke rumah, Alia berlalu bersama Hairi. untungnya gadis itu tidak perasan akannya. kalau tidak pasti dia tidak sanggup berhadapan dengan gadis itu.

masih jelas di ingatannya seminggu yang lalu, dia terserempak dengan Alia dan Mak Kiah di pasar Tani pada hari ahad yang lepas. beria-ria gadis itu menyalaminya, memeluknya dan bertanya khabar tentangnya, tapi dia mematikan diri bagaikan tiada perasaan dan meninggalkan gadis tersebut tanpa kata.

" long.." alia meluru ke arah long madia apabila dia bertembung dengan long madianya. berlari anak dia mendapatkan long madianya di seberang jalan.

long madia tersentak apabila namanya diseru. dia berpaling ke seberang jalan yang ramai dengan pengunjung pasar tani. dia tergamam apabila melihat Alia beria-ria tersenyum dan melambai-lambaikan tangan kepadanya. gadis itu lantas memandang kenderaan di jalan yang agak sibuk untuk melintas. dia mahu pergi daripada situ tetapi bagaikan ada magnet di kakinya yang menyukarkannya untuk bergerak.

"assalamualaikum long. long sihat? lamanya tak jumpa long. long pergi mana hari tu? lia datang, rumah long kosong. jiran sebelah pun tak tahu long pergi mana? lia rindu pada long."

bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Alia hanya dipandang sepi. tubuhnya yang diraih dan didakap erat Alia juga di biarkan saja. hanya hantinya sahaja yang mengalunkan nada sedih. sebak di dada di tahan. sebelum air matanya gugur di hadapan gadis itu, dia melepaskan dakapan gadis itu. di capainya bakul yang dibawa yang jatuh setelah Alia mendakapnya sebentar tadi.

sewaktu melepaskan tubuh gadis tersebut, dia benar-benar tidak mampu menahan sebak. namun digagahkan jua melepaskan tubuhnya daripada dakapan tersebut. wajah Alia yang terkejut dan tidak mengerti, jelas bermain di layar matanya. gadis yang dipelihara sejak kecil itu bagaikan anaknya sendiri. namun disebabkan kekhilafan itu, dia terpaksa membuangnya demi menyelamatkan sebuah kesucian dan maruah diri.

azan magrib dari surau lama yang dilaungkan oleh bilai kampung sayup-sayup menerjah di cuping telinganya. dia bagaikan tersedar daripada lamunannya. awan yang merah tadi sudah digantikan dengan warna hitam malam yang mahu melabuhkan tirainya. nyamuk-nyamuk gajah liar mencari sasaran untuk menyuntik darah. long madia mengesot untuk turun daripada pangkin. bakul bersama kain yang dilipatnya di gendong sama. kemudian tubuh tua itu berjalan lemah memasuki rumah...

Selasa, 3 Februari 2009

“Cinta Abang Burger 11”

Tanpa di sedari, telah hampir sebulan Alia menjalani kehidupan sebagai kehidupan seorang isteri dan menantu. status yang tidak pernah diimpikan dengan cara dia perolehi. sememangnya semua insan di dunia mahukan status tersebut namun bukanlah dengan cara yang sebegitu. ditangkap basah!dan berkahwin dengan tiba-tiba, tanpa ada majlis yang meriah seperti keluarga lain. namun Alia bersyukur kerana dia mendapat tempat berlindung yang amat selesa baginya. hairi bukanlah seorang pemuda yang kaya dengan harta benda tetapi dia seorang yang kaya dengan budi pekerti. manakala mak kiah pula seorang ibu yang penyayang, membuatkan dia benar-benar merasa kasih sayang yang pernah hilang daripada hidupnya dahulu.



" assalamualaikum" kedengaran ada suara menyapanya dan memberi salam dari belakang. Alia menoleh ke belakang. dia mengesot ke kiri sedikit untuk memberikan tempat buat hairi.



"wasalam..awak." alia memberikan senyuman buat hairi yang menghampirinya dan mengambil tempat disebelahnya.



" aliya menung ape? macam jauh menungnya." hairi memulakan bicara. dia merenung ke arah tasik seperti Alia sebentar tadi. angin petang yang berhembus menyapu lembut ke mukanya.



" saya fikirkan hidup saya. diam tak diam dah hampir sebulan saya di sini. bersama awak dan mak. sesuatu yang saya tak sangka akan berlaku dalam hidup saya." alia melepaskan apa yang difikirannya. hari ini biar dia luahkan apa yang terpendam di hatinya.



" terima kasih awak. terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan saya dan baik terhadap saya. kalau tak, saya tak tahu akan akan jadi dengan hidup saya sekarang ni."



" kenapa ucapkan terima kasih? saya tak buat apa-apa pun. malah saya yang harus minta maaf pada awak sebab kita terpaksa berkahwin dengan cara begini."



" awak tak perlu mintak maaf. malam tu, awak tak salah. niat awak nak tolong saya kan. dan saya sendiri tak percaya bila awak sanggup menikahi saya. padahal awak tak salah. "



" saya menikahi awak sebab permintaan mak dan rasa tanggungjawab saya sebagai seorang lelaki."



alia bergerak sedikit dan memusingkan badannya ke arah kanan. menghadap hairi di sebelah.

ayat-ayat yang didengarinya sebentar tadi seperti berulang-ulang di gegendang telinganya. benarkah?



" mak suruh awak kahwin dengan saya?" soal alia tidak percaya.



hairi hanya tersenyum dan dia pula mengadap Alia.



" yup, mak minta saya Mohd Hairi bin Zainudin untuk menikahi awak Dayang Alia binti Abdullah"



jawab Hairi dengan nada yang agak nakal dan senyuman melebar. manakala matanya tepat merenung ke dalam mata Alia. dan renungan itu membuatkan muka Aliya mula merah dan panas. cepat-cepat Alia menoleh ke arah lain. kali terakhir hairi memerhatinya sebegitu semasa di rumah Pak Andak.



" sedapnya bihun goreng ni. nurul masak ke along yang masak? " hairi bersuara dengan mulut yang masih mengunyah bihun. laju saja suapan bihun masuk ke mulutnya.



manakala along, nurul dan alia sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakan untuk kenduri malam arwah malam nanti.



" kak Alia lah yang masak Abang Ery. mana nurul pandai masak." nurul bersuara sambil tangannya mengupas bawang merah. manakala along mea sibuk mengisar lada. alia pula di sinki membersihkan sayur-sayur yang sudah siap di potong.



" sedap bihun awak masak." hairi berdiri di tepi alia dengan pinggan di tangan. renungan matanya membuat alia kelu.





" ehmm..ehmm" nurul bersuara nakal. memerah muka alia.

hairi hanya tersenyum.



"awak ni mudah mengelamunkan? sejak hari pertama saya menikahi awak sampai sekarang. mudahnya berkhayal." kaki hairi menguis-nguis batu-batu di gigi air. sungguh tenang suasana di tasik Machap di petang-petang begini.



alia menoleh ke arah hairi kemudian membuang pandangan pada tasik yang berada di hadapannya. pertanyaan Hairi mengembalikan dia ke dunia realiti.



" hobi saya." Alia menjawab ringkas dan tersenyum. lesung pipit di pipi kirinya jelas kelihatan.



" awak ni siapa sebenarnya Alia?" hairi meluahkan teka teki yang bermain di mindanya selama ini. sejak dua lelaki yang memberi amaraan kepadanya tempoh hari. amat mudah teka teki mengenai asal usul Alia bermain dimindanya.



alia tersenyum seperti tadi bila dia mendengar pertanyaan Hairi. akhirnya keluar juga soalan Hairi berkenaan dirinya. sesuatu yang telah dia duga.



" awak betul-betul nak tahu?," alia bertanya untuk mendapatkan kepastian Hairi.



hairi meletakkan tangannya ke atas tangan Alia. manakalanya pula menganguk dan bibirnya tersenyum. tanpa suara dia memberikan kepastian.



" panjang ceritanya awak.." alia mengeluh lemah.



" pendek kan..." hairi menjawab nakal. saja dia bergurau untuk mengelakkan perbualan yang terlalu serius. dia lebih sukakan cara santai. sebab itu, dia beria mengajak Alia menemaninya memancing di tasik petang ni. warung burgernya di jaga oleh Wan.



"awakkk.." alia bersuara dengan agak manja. sifat Alia yang makin disedari oleh Hairi.



" ok..ok.. ceritalah...kalau panjang sangat. kita tidur kat sini jer.." hairi sempat mengusik Alia.

" seperti yang awak tahu, saya dilahirkan di sarawak. mak saya orang sana. tapi ayah saya orang semenanjung. orang selangor. ayah dengan mak bertemu apabila ayah ditugaskan di sarawak. ayah saya polis. saya ada 2 orang adik-beradik perempuan. dania dan marissa."

"ekh kejap..kejap..bukan ke hari tu awak kata awak anak yatim piatu sebelum kita bernikah. " hairi menyoal apabila dia teringat kembali semasa sebelum dia dan Alia bernikah.

" saya tak habis cerita lagi awak." alia menjawab ringkas. dia tahu Hairi pasti akan bertanya mengenai itu juga.

"tapi segala-galanya berubah apabila ayah diberikan tugas untuk menyiasat satu sindiket penjualan dadah di daerah Sibu. daerah di mana saya dibesarkan. kerana kes tersebut. saya kehilangan semua ahli keluarga termasuk ayah.mereka semua meninggal dunia akibat satu kemalangan yang dirancang, saya terselamat kerana sewaktu itu saya bersekolah di asrama penuh."

" sejak peristiwa itu saya diambil oleh ibu saudara saya. dengannyalah saya menumpang kasih. tapi semuanya juga sementara. apabila Long Madia berkahwin dengan uncle Rizal, semuanya berubah. masa itu kami tinggal di Melaka. sebelum Long Madia berkahwin, dia sebenarnya pensyarah di Universiti Sains Malaysia kat Penang. tapi apabila dah berkahwin, dia melepaskan jawatannya kerana Uncle Rizal seorang yang cemburu." Alia melepaskan keluhan. kayu ditangannya menguis-nguis batu kecil di tanah. Hairi hanya mendengar dengan penuh minat.

" saya pula selepas matrikulasi, saya dapat tawaran belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. selama 3 tahun saya di sana dan saya sebenarnya baru tamat belajar."

" ooo..budak pandai lah Alia ni. " Hairi mencuit hidung Alia yang comel. tindakan spontan daripada Hairi dan membuatkan Alia malu. Dia menjarakkan sedikit jaraknya dengan Hairi. rasanya seperti terlalu rapat antara jaraknya dengan Hairi.

"awakk" seperti biasa ayat itu yang keluar daripada mulut kecil Alia.

" hmm panjang rupanya kisah hidup isteri saya ni. ingat tadi nak dirikan khemah jer kat sini. mana tahu kena tidur sebab cerita tak habis lagi." hairi melepaskan tawanya lalu bangun pergi ke arah batang pancing yang ditinggalkannya tadi.

Alia hanya tersenyum malu. Hairi memang suka mengusiknya. mulanya dia agak janggal tetapi lama kelamaan dia mula selesa. sikap Hairi membuatkan dia tidak merasa terlalu kekok untuk berbicara.

" Alia cepat..ambilkan baldi dalam kereta." tiba-tiba dia terdengar Hairi menjerit kepadanya. dia bingkas bangun dan berlari kearah kereta dan mengambil baldi yang mereka bawa tadi. kemudian berlari semula ke arah Hairi.

" nah awak." Alia menyerahkan baldi kepada Hairi dengan nafas yang tercungap-cungap. baldi bertukar tangan.

" ikan apa ni awak? besarnya!" alia menyoal. ikan yang masih di mata pancing Hairi diperhatikan. hairi amat berhati-hati melepaskan ikan tersebut.

hairi yang mencangkung, mendongak sedikit ke arah Alia yang menunduk seakan sedang rukuk. dia kemudian tersenyum. wajah Alia kelihatan teruja melihat ikan ditangannya. Alia juga tersenyum, kemudian duduk mencangkung seperti Hairi.

" cantiklah ikan ni. "

" ini nama dia ikan kaloi."

"wahh ini ke ikan kaloi. yang macam dalam cerita bawang merah bawang putih tu??" Alia menyoal seakan tidak percaya.

hairi hanya mengangguk dan ikan kaloi tersebut dimasukkan ke dalam baldi. dia mengemas peralatan memancingnya. alia pula masih membelek ikan di dalam baldi tersebut. kelihatan seperti sangat khusyuk membelek ikan.

Hairi meninggalkan Alia dan berjalan menuju Alia dengan peralatan memncingnya. Dia tahu Alia tidak perasan.

selepas menghidupkan enjin kereta, dia pergi kepada Alia. entah apa gadis itu buat dengan ikan kaloi tersebut.

" lia tak nak balik ke? ke nak duduk dengan ikan kaloi ni kat sini. kalau nak nanti Ery lepaskan ikan ni dengan Alia sekali kat dalam tasik.." usik Hairi.

Alia mendongak dan memasamkan mukanya. suka benar Hairi mengusiknya.

" dah nak balik ke? dah siap ke awak memancing? cukup ke seekor jer?" alia menyoal laju. dia kemudian melihat peralatan memancing Hairi yang telah tiada di tepi batu tadi.

"ehhh." alia hairan. " dah siap kemas?"

" dah puan dayang Alia. dah nak balik dah. awak tu jer yang nak jadi penunggu tasik. dah jom balik." hairi mencapai baldi di depan Alia.

" dah pukul 7 petang dah ni. kejap lagi magrib. nanti risau mak kat rumah tu." pantas Hairi berjalan ke arah kereta.

" awak tunggu.." Alia berlari anak mengejar langkah yang agak laju.

kelihatan beberapa remaja yang mengunjungi tasik itu juga beransur pulang ke rumah masing-masing. Hairi memandu tenang pulang ke rumah.

*****


Isnin, 2 Februari 2009

“Cinta Abang Burger 10”

" tak mahu, tak mahu" aliya seakan meronta-ronta. titis peluh membasahi dahi dan muka. muka yang cemas menyebabkan dia seperti amat ketakutan.

mak kiah disebelah terjaga apabila terdengar suara aliya. dia mengiring ke tepi melihat menantu yang tidur disebelahnya. pasti bermimpi dan mengigau

" aliya..." mak kiah menggerakkan tubuh aliya perlahan. dan gadis itu masih di dalam mimpinya. masih meronta-ronta minta di lepaskan.

diusap lembut tubuh gadis itu dan dibacakan selawat kemudian diraup ke muka aliya. kemudian di seru nama gadis itu perlahan.

aliya berhenti meronta-ronta dan mula tersedar. nafasnya masih tercungap-cungap. kepenatan kerana mipinya.

"aliya kenapa nak? " mak kiah bertanya apabila gadis itu tersedar sepenuhnya dan duduk bersandar di kepala katil.

" tak mak. aliya tak apa-apa. aliya mimpi." aliya menjawab perlahan, kemudian meraup mukanya yang basah kerana peluh.

dia bermimpi lagi. mimpi yang sama. mimpi dia di satu kawasan asing dan cuba untuk di bawa pergi oleh sekumpulan lelaki berpakaian hitam ke satu tempat yang tak dia ketahui. dia beristigfar panjang. lancar lidahnya menyebutkan ayat-ayat suci al-quran.

mak kiah yang hilang di balik pintu tadi muncul kembali dengan segelas air kosong di tangan. kemudian cawan itu dihulurkan kepada aliya.

alia menyambut dan mengucapkan terima kasih.

"terima kasih mak"

" mak nak pergi mana? " soal aliya apabila melihat mak kiah menuju ke luar bilik.

" mak nak mandi, dah nak subuh ni. aliya sambunglah tidur. nanti mak kejut aliya. "
aliya hanya tersenyum dan mengangguk.

sebaik sahaja mak kiah keluar. aliya tak betah untuk menyambung tidurnya kembali. dia melipatkan selimut dan mengemas katil. kemudian keluar dan menuju ke dapur.

hanya dia dan mak kiah yang sudah bangun. manakala penghuni rumah yang lain masih enak diulit mimpi.

aliya mencari cerek air. dia menjerang air sementara subuh masuk. kemudian bergerak ke peti sejuk mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan hidangan pagi itu. dia tersenyum sendiri apabila menemui bahan-bahan yang ada, ada menu pagi yang difikirkan sesuai.



***

hairi bersiap-siap untuk pergi ke rumah pak andak mahat. iunya berpesan agar dia datang awal pagi ke sana. pasti ada kerja yang perlu dilakukannya. lagipun pak andak bukannya ada anak lelaki, keempat-empat sepupunya adalah perempuan dan masih belum berkahwin. cuma Along Mia yang sudah bertunang.

sebaik sahaja Hairi melangkah ke muka pintu, ada sebuah kereta kancil berwarna hitam yang telah diubahsuai berhenti betul-betul di sebelah keretanya.

kemudian dua orang lelaki yang tidak dikenali keluar daripada kereta tersebut. dengan saiz tubuh yang berbadan besar kedua-duanya memakai kaca mata hitam dan kelihatan agak bengis. hairi menghampiri mereka.

" ko hairi kan?" kasar sahaja pertanyaan lelaki yang berada disebelah kanan kereta. lelaki ini tubuhnya agk kecil berbanding seorang lagi rakannya.

" hmm ye saya.." hairi teragak-agak menjawab. dia masih lagi hairan dengan tujuan kedatangan dua lelaki ini.

" aku nak ko lepaskan dayang!!" keras suaranya memberi amaran. tangannya pula sudah mencekak leher hairi.

hairi tidak meronta. dia tahu, dua lelaki ini hanya mahu mengugut dan memberi amaran kepadanya.

" kalau kau tak lepaskan dia. nahas kau. dayang milik kami!!!" sekali lagi dia memberi amaran. kemudian dia melepaskan hairi dan memandu keluar dari halaman rumah.