Rabu, 16 Jun 2010
Kenapa Aku??? 30"
Posted by aNYsa at 9:56 PG 2 comments
Isnin, 14 Jun 2010
kenapa aku??? 29
"pak cik "
itu sahaja yang mampu keluar dari bibir mugil Anes yang masih dalam dakapan Azlan. Dia hanya membiarkan sahaja dirinya terus berada didalam dakapan lelaki yang digelarnya Pakcik itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia tidak meronta atau membantah dengan dakapan itu. Malah dirasakan bahawa dia merindui dakapan hangat ini. Dia tak mengerti.
Azlan meleraikan pelukannya. Dia menatap wajah Anes yang jelas terkejut. Dia memberikan senyumannya dan mengucup tangan Anes.
" Abang rindu Nes sangat. Nes tak ingat Abang ke? " genggaman tangannya dieratkan.
Anes semakin hairan. Dia bingung untuk memberi reaksi. Lalu hanya melihat sahaja wajah Azlan yang beria-ria dengan senyumannya tanpa perasaan.
"abang???" itu yang bermain di dalam kotak ingatannya serta cuba mengimbas dengan pasti wajah lelaki di hadapannya ini. Rasanya inilah pertama kali wajah Azlan jelas dilihatnya. Dia melihat mata redup milik Azlan. Kosong. Tiada langsung info yang mampu diingatinya. Dan seluruh wajah itu dijelajahinya. Dan jawapannya tetap kosong. Dia membuang pandang ke luar jendela yang berada di kiri katilnya. keluhan lemah dilepaskan.
Azlan masih menatap wajah Anes. Dia hanya memerhati gerak geri Anes sebentar tadi. Dia dapat menduga bahawa gadis itu cuba mengingati dirinya. Dan pasti gadis itu langsung tidak dapat mengingatinya lagi. timbul kekecewaan di sudut hatinya, dia cuba untuk mengendahkannya. Dagu Anes dipegang dan wajah Anes yang kebingungan itu di pandang.
" Anes isteri Abang sejak 3 tahun yang lepas. "
" Dan berlakunya satu peristiwa yang menyebabkan Anes melupakan Abang hingga kini.Dan hari ini Abang nak minta maaf pada Nes kerana kesilapan Abang yang dulu. Sejak dulu, kini dan selamanya, Insya Allah, rindu, kaseh dan chenta Abang hanya untuk Nes. Maafkan Abang sayang"
Sekali lagi Anes dibawa ke dalam dakapannya.
#####
" Ly nak jumpa Nes. Hari ini kita selesaikan semuanya. " talian telefon diputuskan kasar. lalu telefon bimbitnya dihempas kasar. Amarahnya meluap-luap di dalam dada. Fikirannya benar-benar terganggu. Gadis yang disayanginya kini menjadi milik insan lain. Dia terasa bagai lelaki lemah yang tak punyai harga diri. bertahun-tahun dia menghamba diri menjaga kasehnya pada insan yang dianggap istimewa dan akhirnya gadis itu ingin memutuskan perhubungan. Dia merasa sangat tercabar. Dan hari ini sepatutnya dia bekerja. Namun disebabkan fikirannya amat terganggu, tiada satu kerja mampu diselesaikan. Dua bulan kebelakangan ini, sememangnya prestasi kerjanya sangat merundum. Mujur teman-teman pejabat banyak membantu walaupun sudah beberapa kali dia ditegur Madam Wong tentang lukisannya yang tidak lengkap. Dia melupakan seketika hal kerjanya. Sebolehnya dia mahu menyelesaikan halnya dengan Anes sebaik mungkin. Semahunya dia tidak mahu apa yang diusahakan selama ini terputus di tengah jalan.
Dia menuju ke taman permainan yang berhampiran taman perumahan tersebut. Janjinya agar Anes bertemunya di sana. Ada perhitungan yang ingin dibuat. Kalau boleh dia mehu mengadakan pertemuan 6 mata di sini. Namun dia mahu berbincang dengan Anes terlebih dahulu.
Suasana taman permainan pada petang itu sedikit tenang. Mungkin kerana sebentar tadi hujan, tiada riuh suara kanak-kanak menghiburkan kawasan tapak permainan tersebut. Dia keluar dari keretanya dan melabuhkan punggung pada kerusi batu yang telah tersedia. dia memerhatikan sahaja rumput padang yang basah. matanya melirik pada jam tangan. jam 5.30 petang.15minit telah berlalu dan Anes masih belum lagi sampai seperti janjinya. dia berkira mahu menunggu dalam 15 minit lagi. JIka Anes tidak muncul, dia akan menyusul ke rumah gadis itu biarpun banyak kali gadis itu melarang.
dia termenung sendiri, kenangan bersama Anes lebih kurang 3 tahun yang lepas diimbau kembali. Sayangnya kepada gadis itu amat mendalam sekali. Namun, 2 bulan kebelakangan ini, gadis kesayangannya itu mula berubah sikap. Sentiasa mengelak sama ada untuk menjawab panggilannya mahupun membalas mesej-mesejnya. untuk berjumpa jauh sekali kerana dia di Kuala Lumpur manakala gadis itu di Melaka. Dan pada minggu yang sudah,kebetulan dia bercuti, dan ibunya juga mahu pulang menjengah nenek di kampung. Kebetulan dia terserempak dengan Anes di pekan . Sememangnya dia sangat terkejut bila melihat Anes dan seorang lelaki, nemun rasa terkejut itu di buang jauh-jauh.
" Anes" Razaly menegur apabila Anes berlalu di hadapannya.
dan dia dapat melihat gadis itu sedikit tersentak bersama wajahnya yang sedikit pucat.
" ehh abang"
"bila balik?" Anes bertanya, manakala lelaki di sisinya terus menuju ke kereta. Razaly hanya memerhati lelaki yang tetap dengan cermin mata hitamnya itu.
" Siapa tu?" dia bertanya pada Anes yang seperti ada yang tak kena.
" err abang sepupu..." hanya itu sahaja bicara Anes.
" Ayang pergi mana ni? beli barang banyak-banyak? " Razaly bertanya bila melihat kedua-dua tangan Anes membibit beg plastik. ..
" beli barang, kat rumah ada kenduri sikit." tergagap Anes menjawab..
" Ayang balik dulu hea. Nak cepat..esok Ayang jumpa abang kat tempat biasa"
" ehm yelah.." dan dia melepaskan Anes dengan pertanyaan di hati...
Posted by aNYsa at 10:53 PG 2 comments
Isnin, 7 Jun 2010
kenapa Aku ??? 28
"Argghhh..." jeritan itu bergema lagi. Lenanya terganggu lagi, sekaligus mengganggu lena penghuni lain yang sedang enak melayari mimpi. Razaly menghembuskan nafas kasar. Ingatannya tiba-tiba menggebu terhadap sebaris nama. Anesa, nama yang cukup ringkas tetapi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya. hampir tiga tahu berlalu, sebaris nama itu cukup sukar untuk pudar dari hatinya. Dia meraup muka, beristighfar panjang. Lalu dia bangun menuju ke bilik air. dia memandang selayang pandang pada teman-teman yang enak dibuai mimpi.Keluar daripada bilik air, dia menghampiri rak sejadah, lalu mengambil dan membentangkan kain sejadah itu. Lalu mengangkat tangan untuk menunaikan solat sunat taubat. dia menumpukan dengan penuh khusyuk solatnya. Sedu sedannya dalam solat malam seperti itu tidak lagi dihiraukan lagi teman biliknya. Saban malam jika tidurnya terganggu, itu sahaja penawar buat dirinya setelah hampir 3 tahun peristiwa itu berlalu. dipenghujung solatnya, di dalam doanya, bersungguh dia memohon keampunan dari Allah swt. Moga-moga dosanya diampunkan. Semahunya dia mahu menghapus rasa bersalah itu dari terus menerus menghantaui hidupnya.
" Ya Allah ya tuhanku. Ampunilah hambamu yang bersalah itu. terlalu banyak dosaku sehingga aku teramat malu padaMu. sungguh hina diri hambamu ini ya Allah. Semoga kau ampuni dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku.
Ya Allah, Aku bersalah padanya. Semoga kau berikan kehidupan dan kebahagisan yang terbaik untuknya. sehingga kini kasih sayang ku masih untuknya dan aku merasa kesal dengan apa yang telah ku lakukan padanya. Ya Allah, ku kesali segala perbuatanku, Moga kau ampunkan segala dosaku....amin...amin ya Allah...
Titis air matanya di kesat. Sejadah yang terbentang, dilipat dan diletakkan kembali di tempatnya. Dia melabuhkan diri di kerusi meja study. Sebelum itu, tingkap biliknya dibuka. Dia memandang ke langit yang hampir subuh. suasana yang begiru tenang dengan langit yang penuh dengan bintang-bintang yang menghiasi dada langit. keluhan dilepaskan. Mengapa dirinya tidak dapat merasai ketenangan yang damai itu. Kenapa harus dirinya masih merasa bersalah. Hampir 3 tahun, tidurnya sering terganggu. Dia masih mencari kekuatan untuk berhadapan segalanya.Masa lalunya masih mengejarnya selagi dia tidak membetulkan segalanya.
**********
" Pakcik, sedaplah. Opah masak hea? Kenapa Opah tak datang? " riuh mulut Anes bertanya kepada Azlan. dia hanya duduk di sofa memerhatikan Anes menghabiskan bubur dan sup yang dibawanya. Anes semakin sihat dan dia kembali lega. Cutinya berbaki 3 hari lagi, membuatkan dia begitu risau jika Anes masih belum pulih.
" Pakcikkkk..." jeritan Anes mengejutkannya.
Azlan tersenyum. sedikit malu kerana berkhayal. Dia bangun dan menghampiri Anes di katil. Kepala Anes digosok lembut, lalu ciuman singgah di dahi Anes. Terkebil-kebil mata Anes bila Azlan mengucup dahinya. senyuman diwajahnya juga mati. bulat matanya memandang Azlan yang masih lagi tersenyum.
" Kenapa?" Azlan menyoalnya. Hairan melihat Anes yang terdiam memandangnya. Dia tahu gadis itu terkejut. dia melabuhkan diri dihadapan Anes. Memandang tepat pada anak mata Anes.
Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Rasanya dia perlu melepaskan segala-galanya pada Anes. Rindunya semakin menggunung pada gadis dihadapannya ini tidak mampu disembunyikan lagi.
Dan Anes membisu tanpa suara kerana begitu janggal dan terkejut dengan perbuatan Azlan padanya sebentar lagi. Rasanya Azlan memang sedikit pelik sejak di sampai di rumah Opah lagi. Gerak geri dan renungan Azlan memang dia tidak mengerti dan biasanya dia malas untuk ambil pusing. Malas untuk ambil tahu. Dan hari ini, kelakuan lelaki ini sememangnya luar alam. Dan sekarang, dia hanya mampu menandang kerana dia sangat terkejut untuk berkata-kata.
" Abang rasa, Nes perlu tahu segala-galanya..." Ayat terakhir dari Azlan itu terus mematikan niatnya untuk bersuara apabila tubuhnya diraih dalam pelukan Azlan.
####
Salam kepada pembaca yang sudi mengikuti cerita Nys ini. Sedayanya NIs cuba menghabiskan buah tangan yang pertama ini. Diharap kalian terus sudi membaca dan menanti sambungan cerita ini. Insya ALLAH cerita ini akan Nys tamatkan tidak lama lagi. Terima Kaseh buat semua yang sudi membaca dan memberi komen. Sayang korang sangat. (",)
Posted by aNYsa at 3:33 PTG 3 comments
Khamis, 3 Jun 2010
kenapa aku 27???
Azlan tersedar apabila Opah mengejutkan untuk solat subuh. Lantas dia bangun menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan bersolat. sewaku melangkah ke biliknya, dia sempat menjengah ke bilik Anes. Gadis itu sedang pulas tidur. Dia membiarkan sahaja. Usai solat nanti, baru dikejutkan Anes. Itu niatnya. Dia lekas-lekas mandi dan bersolat. Usai solat, seperti biasa doa dipohon kepada ALLAH swt. Dia mengadu sepuasnya...
Usai berdoa, dia menjeling jam di atas meja. Baru pukul 6.20pagi. Dia bangun dan melipat sejadah lalu menuju ke bilik Anes. Bilik itu kelihatan terang, pantas dia menguak pintu bilik. Opah kelihatan di tepi katil. Dia memberikan senyuman kepada Opah. Dahi Opah kelihatan berkerut. Hatinya sedikit bimbang.
" kenapa Pah?" Azlan lantas bertanya.
" Panas badan si Anes ni Lan..." nada suara Opah bimbang.
Berderau darah Azlan bila mendengar kata-kata Opah. Pantas dia mendekatkan diri pada Anes yang masih tidak sedarkan diri. Laju sahaja tangannya memegang dahi Anes.
" Allah..". hanya perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Dahi Anes panas membahang. Mulut Anes pula mula meracau..
" mak..mak.." itu sahaja yang diucapkan.
" kita kena bawa Anes ke hospital Pah. Panas sangat badan budak ni."
" cepat-cepat lan." Opah juga risau.
Azlan lantas mencempung Anes dan Opah membantunya.
" opah ambilkan kunci kereta Lan dekat dalam bilik.." Azlan sedikit menjerit apabila Opah sedikit kalut.
Anes di letak pada sofa panjang di ruang tamu.
"Opah.." Azlan memegang bahu Opah. Juraian air mata jelas di pipi tua itu. Dia mengelap air mata itu.
" Jangan risau, Anes tak apa-apa.." dia cuba menenangkan Opah kerana dia tahu wanita tua itu dilanda kerisauan yang amat sangat.
" Tolong tengokkan Anes sekejap ya, Lan nak salin pakaian."
"Lan..." hanya itu yang mampu Opah ucapkan. Azlan tersenyum dan memberikan isyarat agar Opah menjaga Anes. Lalu dia bergegas ke bilik.
***
Mujur jalan raya pada pagi hari tidak sibuk. Azlan memandu tenang. Anes disebelah, dijeling sekilas pandang. Hatinya teramat risau namun dia cuba berlagak tenang.Ingin sahaja dia memecut laju ke Hospital Seberang Jaya, namun dia tidak mahu mengambil risiko. Nyawa lebih penting.
" mak...mak.." hanya itu sahaja yang diucapkan Anes. panas yang tinggi membuatkan Anes meracau.
Sebelah tangannya membetulkan jaket yang sempat di sarungkan kepada Anes.
Setibanya di hospital, Azlan terus memakir keretanya, lalu mencempung Anes menuju ke bilik kecemasan. Dua orang jururawat membantunya.
" Encik tak boleh masuk ke dalam.." jururawat muda itu menghalang Azlan untuk masuk.
Kaki Azlan berhenti melangkah dan membatu dia di situ.
Dia hanya melihat Anes dibawa masuk ke dalam wad kecemasan tersebut.
" Encik dah buat pendaftaran?? Azlan langsung tidak mengendahkan pertanyaan itu.
" Encik..." jururawat muda itu mencuit lengan Azlan apabila dia melihat Azlan bagai tidak sedar... Dia seakan faham dengan situasi itu kerana telah biasa mengalaminya.
" Encik..." kali ni, suaranya dinaikkan sedikit.
Azlan bagai tersedar. Lalu mengalih pandangan pada jururawat disebelahnya. Entah bila jururawat itu berdiri di sebelahnya, dia sendiri tidak sedar.
" owhhh ye.. Maaf.." Azlan melemparkan senyuman pada jururawat yang masih setia berdiri disebelahnya.
jururawat itu hanya tersenyum.
" Encik dah buat pendaftaran?" jururawat yang itu bertanya lagi..
Azlan menggeleng. Dia melihat nama jururawat tersebut..Nur Suhaila.. dia tersenyum lagi.
" Di mana saya boleh buat pendaftaran?" Azlan bertanya...
" Di hadapan, di pintu masuk.." jururawat itu menjawab.
Azlan mengangguk..lantas ucapan terima kasih di ucapkan. kemudian baru jururawat itu beredar daripadanya.
******
Azlan duduk di sisi Anes, memerhati wajah Anes yang sedang lena. Dia melepaskan keluhan kecil. Subuh tadi dia teramat bimbang. Alhamdulillah, keadaan Anes tidak membahayakan. Hanya demam panas jer, kurang air dalam badan. Begitulah kata doktor yang merawat Anes. pandangan dialihkan pada kaki Anes yang masih membengkak. Azlan tersenyum sendiri. Sejak dahulu lagi, gadis dihadapannya ini sentiasa menggamit perhatian daripadanya. Ada sahaja yang dilakukan atau yang berlaku terhadap gadis ini yang menutut perhatiannya. Rambut Anes diusap lembut. Dia bangun kerana dia bercadang untuk pulang dahulu, lewat petang nanti baru dia kembali menemani gadis ini. Sebelum beredar dia mengucup dahi gadis kesayangannya itu.
Posted by aNYsa at 12:53 PTG 1 comments