Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
" tak mahu.tak mahu..."
"jangan macam tu, sekejap jer saya pergi. nanti habis kerja, saya cepat-cepat pulang jumpa awak"
wajah anes sugul. dia ditinggalkan. satu perkara yang amat dibencinya. namun dia harus membenarkan chenta hatinya itu pergi. tidak lama, hanya 3 bulan sahaja.
" awak janji tau. kat sana jangan nakal-nakal, jangan gatal-gatal." amaran buat chenta hatinya. lelaki itu hanya ketawa. lucu melihat wajah kekasih hatinya yang merajuk dengan mulutnya yang dimuncungkan. comel sekali.
" ye nes, promise. saya tak nakal dan gatal. tapi awak pun sama hea." lelaki itu pula mengingatkan anes.
" mana boleh, nakal tu mesti, gatal tu boleh adjust...hahaha.." anes seakan lupa rajuknya.
" tengok tu, mana aci kalau macam ni. awak boleh, kenapa saya tak boleh?" lelaki itu sengaja melayan kekasih hatinya.
" sebab saya comel, tapi awak tu pakcik.." ketawa meletus lagi dari mulut comel itu. rumput di hujung padang itu, diusik-usik dengan ranting kecil yang berada di tangan.
"hahaha..." lelaki itu pun turut ketawa. sememangnya ada sahaja jawapan dari kekasih hatinya.
" nes tunggu tau.." tawa lelaki itu terhenti dan disambung dengan sebaris ayat tersebut. tangannya erat memegang tangan gadis kesayangannya itu.
anes memalingkan badannya menghadap ke arah lelaki kesayangannya itu. sayu pada wajahnya jelas, tak mampu disembunyikan. dan mudah sahaja air matanya jatuh dari tubir matanya.
dia mengeratkan lagi genggaman tangan mereka.
" erm, janji tau, sampai masanya awak mesti balik. saya kat sini, tunggu awak. jangan tipu saya tau. kalau awak lambat satu minit pun tak mungkin saya maafkan awak. janji awak nak jemput saya kan. saya tunggu awak jemput saya!" penuh yakin anes mengucapkan kata-katanya menggambarkan perasaannya yang sangat meyakininya.
pertemuan petang itu berakhir bila kedua-duanya menuju pulang ke destinasi yang berbeza. dan pelangi petang yang indah menjadi saksi kata-kata janji 2 insan yang sarat dengan cinta.....
6 comments:
chantek pokok2 yang izz tanam hea...
suke dengan lagu pelangi ptang gak...
nice idea
anis..seriously..aku x faham knapa yg nie is the special entry..
sbb aku x faham apa pun..cam x related pun ngan eps 22 tu..sapa lelaki yg nak pegi 3 bln tu pun kau x mention the name...aku blur!
teman xfhm ler entry ni
xper smbg cpt2 yer
abg burger xda entry br ker
harap bersabar ye tzaraz n semua...
next entry otw..
sye pon xbrape pham..i think,,laki tu cam azlan je...hahaha..klu tol...uhhh..mmg meka sweet larh...
xpew2...sye tnggu n3 seteros nya...cpat erkk!!
tu sure cite zaman dulu.. masa kecik2 dl kn
Catat Ulasan