BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Rabu, 16 Jun 2010

Kenapa Aku??? 30"

" moga rasa kaseh dan sayang ini sentiasa tersemai  subur dalam sanubari kita"

 " Lan, apa ni... You janji dengan i yang you akan kahwin dengan i lepas you dapat kerja. And now you cakap you akan married dengan girl pilihan mak  you.." sengaja Rabiha Hana perkataan " mak " di depan Azlan.

Dia terus membuang pandang daripada melihat wajah Azlan yang langsung tidak membalas bicaranya. Semalam dia mendapat panggilan daripada sepupunya Syafiqah bahawa sepupunya melihat Azlan berjalan dengan seorang perempuan lain. Dia tidak terkejut jika Azlan keluar bersama perempuan lain tetapi dia amat terkejut apabila Syafiqah memberitahu melihat mereka berdua keluar dari kedai Emas di Bandar Kluang. Semalam dia tidak dapat tidur memikirkan tentang perkara yang diberitahu oleh Syafiqah.

" Lan, please say something...I tak mahu kehilangan you..." Suara Rabiha Hana mengendur seakan merayu apabila Azlan masih sepi tanpa bicara.

 " I mintak maaf.. Ini semua rancangan Ibu. Dan i terpaksa ikut." Tangan Rabiha Hana digenggam erat dan memandang tepat ke anak mata gadis itu.

" Sorry..." sepatah perkataan yang akan diucapkan oleh setiap orang jika kesilapan telah dilakukan.

" I don't want your sorry. I want you not sorry!!!" Raung Rabiha Hana dalam dakapan Azlan.

kepiluan menggigit tangkai hati Azlan. Dia akui dia juga menyintai dan menyayangi Rabiha Hana sepenuh hatinya. Namun dia tidak tergamak melukai hati Ibu yang selama ini susah payah membesarkannya apabila ayah pergi meninggal mereka berdua untuk selamanya. Malah ibunya tidak pernah menyuruh atau meminta apa- apa darinya. Namun apabila tiba-tiba ibunya menyuarakan tentang perkahwinannya dengan Anesa, sememangnya membuatkan dia terpempan dengan permintaan ibunya yang satu itu.

" Hana" sebaris nama itu diseru lembut apabila tangis Hana tidak sekuat tadi dan dirasakannya emosi Hana kembali stabil.
" Lan akan fikirkan tentang kita. Lan janji yang Lan akan buat sesuatu untuk kebahagiaan kita. Hana sabar ya sayang" Dia sendiri tidak pasti mengapa lancar sahaja mulutnya berjanji sebegitu. Malah dia sebenarnya langsung tidak punya perancangan tentang hubungannya dengan Hana. Tetapi demi memberi sedikit penawar pada hati Hana yang sedang gundah, dan terlafaz janjinya itu.

Tubuh Hana yang dalam pelukannya dijarakkan. Wajah suram gadis itu dipandang. Sayu dia melihat wajah muram Hana. Terasa dirinya begitu berdosa. Kenapa dia yang harus menghadapi semua ini? Dia sendiri bingung.

 " Hana balik ya. Lan hantar Ana." Getar suaranya cuba dikawal. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya.
 " Lan.." serak suara Hana kedengaran. Rabiha Hana mengesat air mata yang masih lagi tumpah dari tubir matanya.
" ya Sayang.." Azlan juga memandang wajah HAna.

" Hana sayang Lan" Dipaksa juga dirinya untuk menuturkan sebaris ayat itu walaupun dia tahu bahawa lelaki itu telah melunturkan kepercayaannya.

" Jangan tinggalkan Hana ya. Kalau tak, Hana tak mahu hidup lagi." bait-bait kata yang benar-benar membuat Azlan kaku.

" syhhh please Hana sayang..jangan cakap macam tu. Lan pun sayang Hana. Lan janji Lan takkan tinggalkan Hana..." Genggamannya dieratkan agar gadis itu yakin dengan ucapannya.

 "Kita balik ya.."

******

 " Woi makcik.. kenapa termenung? " tiba-tiba Mai muncul. Sakit gila bahu aku kena tepuk dengan dia ni. Entah dari manalah datangmya minah ni. Mai duduk sebelah aku. Aku pandang dia sekilas dan malas nak tengok dia lama-lama. Aku baling-baling jer batu kat dalam sungai depan aku ni. Dapa pulak minah ni cari aku kat bawah jambatan ni.

" Ko pergi mana semalam? Penat aku tunggu ko dengan Afza bawah pokok nangka belakang rumah mak Ton tu. Kata nak bakar ubi. " Mai membebel kat telinga aku. Aku diamkan jer.

" Aku keluar." jawapan tu jer yang aku rasa nak cakap kat dia.

" Keluar???" Mai separuh memekik kat telinga aku.
  Aku gosok telinga aku. Rasa macam bergegar otak aku dengan suara Mai.

 " Janganlah pekik kat telinga aku." aku marah dia tapi suara langsung takde bunyi macam orang marah. Mata aku tengok jer anak ikan yang kat dalam air itu. Rasanya dah lama aku duduk kat sini dan pastinya si Mai ni dah puas cari aku. Tu yang terjumpa aku kat sini. Akukan banyak port nak lepak. Jenuh gak orang fikir nak cari aku kalau aku hilang. hahaha..

 " Semalam kau pergi mana? " Mai tanya aku sambil tangan dia conteng-conteng pasir sungai dengan kayu.

 Aku tengah fikir sama ada nak jawab ke tidak soalan makcik ni.
ahh malaslah. Aku diam.

" Semalam bila kitorang tunggu kau tak datang-datang. Kitorang pergi rumah kau. tapi belum sempat pun kitarang nak bagi salam kat pintu belakang rumah kau. Kitaorang dengar ada orang borak riuh gila kat dapur rumah kau. " Mai bercerita dengan tangan-tangannya ternaik-naik. hahaha dah macam Karam Singh Walia pun ada aku tengok. Tu belum dengan mimik muka dia lagi. Agak lucu jugaklah.

" Siapa yang berbual? " aku tanya dia.
" Angah dengan Ila. Yang paling aku dengan Afza tak percaya, dia cakap ko nak kahwin... " Ayat Mai mati kat situ. Dan aku rasa nak tercekik tertelan air liur.

 "uikss" tu jer yang mampu aku ucapkan. Huhuhu. Kecohnya murai dua ekor kat rumah aku tu. NGoks ar diorang ni. Tak dapat aku nak wat surprise kat sahabat aku dua orang ni.

" Weh Long.. betul ke?" Mai tepuk lagi bahu aku sambil aku dengan mata terkedip-kedip. Konon-konon macam comel lah tu...

 "Apa yang betulnya? " Aku buat-buat tak faham dan tanya dia balik. Sebenarnya itu cara malas nak jawab soalan dia. Tak jawab boleh kot.


" betul ke kau nak kahwin Long" Mai buat soalan penuh pada aku. Bila dengar soalan penuh tu, aku rasa macam kena jawab jer..Aku terus bangun. Rasanya aku tak nak jawab soalan Mai tu. Baik blah..Baru aku nak melangkah, Mai dah halang aku dengan kayu kontot dia, siap dengan sengeh yang yang lebar.

 " Kau nak pergi mana makcik? Mai tanya aku.
" Ermm aku nak baliklah..." aku jawab dengan suara terputus-putus. uwaa awat aku jadi gagap pulak ni.

" Soalan kitorang kau tak jawab lagilah makcik." Aku dengar suara. Yang pasti bukan Mai yang depan aku ni punya suara sebab aku dah tengok jelas-jelas mulut dia tak gerak-gerak pun.

 aku tetap nak teruskan langkah aku yang terbantut tadi. Kejap lagi baju aku kena tarik. aku toleh belakang. Rupanya si Afza. spoil betulah. Buat aku gigil jer. Ingat hantu mana tadi.
 Afza paksa aku duduk semula. Dan aku pun terpaksa duduk semula.

 " Betul ke kau nak kahwin?" Afza pulak tanya soalan tu kat aku.
Aku tengok muka diorang berdua dan cakap..." Korang percaya ke aku nak kahwin?.. Aku masih menjawab soalan dengan soalan.
Serentak Afza dan Mai geleng kepala depan aku. Dah macam kembar pulak aku  tengok.
 Bismillahirahmanirahim.. aku baca basmallah dalam hati.

" Yup, aku nak kahwin!" aku terus bangun dan cabut lari meninggalkan Afza dan Mai yang sememangnya terkejut.

Isnin, 14 Jun 2010

kenapa aku??? 29

"pak cik "
itu sahaja yang mampu keluar dari bibir mugil Anes yang masih dalam dakapan Azlan. Dia hanya membiarkan sahaja dirinya terus berada didalam dakapan lelaki yang digelarnya Pakcik itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia tidak meronta atau membantah dengan dakapan itu. Malah dirasakan bahawa dia merindui dakapan hangat ini. Dia tak mengerti.

Azlan meleraikan pelukannya. Dia menatap wajah Anes yang jelas terkejut. Dia memberikan senyumannya dan mengucup tangan Anes.

" Abang rindu Nes sangat. Nes tak ingat Abang ke? " genggaman tangannya dieratkan.

Anes semakin hairan. Dia bingung untuk memberi reaksi. Lalu hanya melihat sahaja wajah Azlan yang beria-ria dengan senyumannya tanpa perasaan.

"abang???" itu yang bermain di dalam kotak ingatannya serta cuba mengimbas dengan pasti wajah lelaki di hadapannya ini. Rasanya inilah pertama kali wajah Azlan jelas dilihatnya. Dia melihat mata redup milik Azlan. Kosong. Tiada langsung info yang mampu diingatinya. Dan seluruh wajah itu dijelajahinya. Dan jawapannya tetap kosong. Dia membuang pandang ke luar jendela yang berada di kiri katilnya. keluhan lemah dilepaskan.

 Azlan masih menatap wajah Anes. Dia hanya memerhati gerak geri Anes sebentar tadi. Dia dapat menduga bahawa gadis itu cuba mengingati dirinya. Dan pasti gadis itu langsung tidak dapat mengingatinya lagi. timbul kekecewaan di sudut hatinya, dia cuba untuk mengendahkannya. Dagu Anes dipegang dan wajah Anes yang kebingungan itu di pandang.

" Anes isteri Abang sejak 3 tahun yang lepas. "
 " Dan berlakunya satu peristiwa yang menyebabkan Anes melupakan Abang hingga kini.Dan hari ini Abang nak minta maaf pada Nes kerana kesilapan Abang yang dulu. Sejak dulu, kini dan selamanya, Insya Allah, rindu, kaseh dan chenta Abang hanya untuk Nes. Maafkan Abang sayang"
 Sekali lagi Anes dibawa ke dalam dakapannya.

#####

 " Ly nak jumpa Nes. Hari ini kita selesaikan semuanya. " talian telefon diputuskan kasar. lalu telefon bimbitnya dihempas kasar. Amarahnya meluap-luap di dalam dada. Fikirannya benar-benar terganggu. Gadis yang disayanginya kini menjadi milik insan lain. Dia terasa bagai lelaki lemah yang tak punyai harga diri. bertahun-tahun dia menghamba diri menjaga kasehnya pada insan yang dianggap istimewa dan akhirnya gadis itu ingin memutuskan perhubungan. Dia merasa sangat tercabar. Dan hari ini sepatutnya dia bekerja. Namun disebabkan fikirannya amat terganggu, tiada satu kerja mampu diselesaikan. Dua bulan kebelakangan ini, sememangnya prestasi kerjanya sangat merundum. Mujur teman-teman pejabat banyak membantu walaupun sudah beberapa kali dia ditegur Madam Wong tentang lukisannya yang tidak lengkap. Dia melupakan seketika hal kerjanya. Sebolehnya dia mahu menyelesaikan halnya dengan Anes sebaik mungkin. Semahunya dia tidak mahu apa yang diusahakan selama ini terputus di tengah jalan.

 Dia menuju ke taman permainan yang berhampiran taman perumahan tersebut. Janjinya agar Anes bertemunya di sana. Ada perhitungan yang ingin dibuat. Kalau boleh dia mehu mengadakan pertemuan 6 mata di sini. Namun dia mahu berbincang dengan Anes terlebih dahulu.

 Suasana taman permainan pada petang itu sedikit tenang. Mungkin kerana sebentar tadi hujan, tiada riuh suara kanak-kanak menghiburkan kawasan tapak permainan tersebut. Dia keluar dari keretanya dan melabuhkan punggung pada kerusi batu yang telah tersedia. dia memerhatikan sahaja rumput padang yang basah. matanya melirik pada jam tangan. jam 5.30 petang.15minit telah berlalu dan Anes masih belum lagi sampai seperti janjinya. dia berkira mahu menunggu dalam 15 minit lagi. JIka Anes tidak muncul, dia akan menyusul ke rumah gadis itu biarpun banyak kali gadis itu melarang.
  dia termenung sendiri, kenangan bersama Anes lebih kurang 3 tahun yang lepas diimbau kembali. Sayangnya kepada gadis itu amat mendalam sekali. Namun, 2 bulan kebelakangan ini, gadis kesayangannya itu mula berubah sikap. Sentiasa mengelak sama ada untuk menjawab panggilannya mahupun membalas mesej-mesejnya. untuk berjumpa jauh sekali kerana dia di Kuala Lumpur manakala gadis itu di Melaka. Dan pada minggu yang sudah,kebetulan dia bercuti, dan ibunya juga mahu pulang menjengah nenek di kampung. Kebetulan dia terserempak dengan Anes di pekan . Sememangnya dia sangat terkejut bila melihat Anes dan seorang lelaki, nemun rasa terkejut itu di buang jauh-jauh.


" Anes" Razaly menegur apabila Anes berlalu di hadapannya.
dan dia dapat melihat gadis itu sedikit tersentak bersama wajahnya yang sedikit pucat.
 " ehh abang"
 "bila balik?" Anes bertanya, manakala lelaki di sisinya terus menuju ke kereta. Razaly hanya memerhati lelaki yang tetap dengan cermin mata hitamnya itu.

" Siapa tu?" dia bertanya pada Anes yang seperti ada yang tak kena.

" err abang sepupu..." hanya itu sahaja bicara Anes.

" Ayang pergi mana ni? beli barang banyak-banyak? " Razaly bertanya bila melihat kedua-dua tangan Anes membibit beg plastik. ..

" beli barang, kat rumah ada kenduri sikit." tergagap Anes menjawab..

" Ayang balik dulu hea. Nak cepat..esok Ayang jumpa abang kat tempat biasa"
" ehm yelah.." dan dia melepaskan Anes dengan pertanyaan di hati...

Isnin, 7 Jun 2010

kenapa Aku ??? 28

"Argghhh..." jeritan itu bergema lagi. Lenanya terganggu lagi, sekaligus mengganggu lena penghuni lain yang sedang enak melayari mimpi. Razaly menghembuskan nafas kasar. Ingatannya tiba-tiba menggebu terhadap sebaris nama. Anesa, nama yang cukup ringkas tetapi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya. hampir tiga tahu berlalu, sebaris nama itu cukup sukar untuk pudar dari hatinya. Dia meraup muka, beristighfar panjang. Lalu dia bangun menuju ke bilik air. dia memandang selayang pandang pada teman-teman yang enak dibuai mimpi.Keluar daripada bilik air, dia menghampiri rak sejadah, lalu mengambil dan membentangkan kain sejadah itu. Lalu mengangkat tangan untuk menunaikan solat sunat taubat. dia menumpukan dengan penuh khusyuk solatnya. Sedu sedannya dalam solat malam seperti itu tidak lagi dihiraukan lagi teman biliknya. Saban malam jika tidurnya terganggu, itu sahaja penawar buat dirinya setelah hampir 3 tahun peristiwa itu berlalu. dipenghujung solatnya, di dalam doanya, bersungguh dia memohon keampunan dari Allah swt. Moga-moga dosanya diampunkan. Semahunya dia mahu menghapus rasa bersalah itu dari terus menerus menghantaui hidupnya.

" Ya Allah ya tuhanku. Ampunilah hambamu yang bersalah itu. terlalu banyak dosaku sehingga aku teramat malu padaMu. sungguh hina diri hambamu ini ya Allah. Semoga kau ampuni dosa-dosaku, terimalah taubat-taubatku.

Ya Allah, Aku bersalah padanya. Semoga kau berikan kehidupan dan kebahagisan yang terbaik untuknya. sehingga kini kasih sayang ku masih untuknya dan aku merasa kesal dengan apa yang telah ku lakukan padanya. Ya Allah, ku kesali segala perbuatanku, Moga kau ampunkan segala dosaku....amin...amin ya Allah...

Titis air matanya di kesat. Sejadah yang terbentang, dilipat dan diletakkan kembali di tempatnya. Dia melabuhkan diri di kerusi meja study. Sebelum itu, tingkap biliknya dibuka. Dia memandang ke langit yang hampir subuh. suasana yang begiru tenang dengan langit yang penuh dengan bintang-bintang yang menghiasi dada langit. keluhan dilepaskan. Mengapa dirinya tidak dapat merasai ketenangan yang damai itu. Kenapa harus dirinya masih merasa bersalah. Hampir 3 tahun, tidurnya sering terganggu. Dia masih mencari kekuatan untuk berhadapan segalanya.Masa lalunya masih mengejarnya selagi dia tidak membetulkan segalanya.

**********

" Pakcik, sedaplah. Opah masak hea? Kenapa Opah tak datang? " riuh mulut Anes bertanya kepada Azlan. dia hanya duduk di sofa memerhatikan Anes menghabiskan bubur dan sup yang dibawanya. Anes semakin sihat  dan dia kembali lega. Cutinya berbaki 3 hari lagi, membuatkan dia begitu risau jika Anes masih belum pulih.

" Pakcikkkk..." jeritan Anes mengejutkannya.

Azlan tersenyum. sedikit malu kerana berkhayal. Dia bangun dan menghampiri Anes di katil. Kepala Anes digosok lembut, lalu ciuman singgah di dahi Anes. Terkebil-kebil mata Anes bila Azlan mengucup dahinya. senyuman diwajahnya juga mati. bulat matanya memandang Azlan yang masih lagi tersenyum.

" Kenapa?" Azlan menyoalnya. Hairan melihat Anes yang terdiam memandangnya. Dia tahu gadis itu terkejut. dia melabuhkan diri dihadapan Anes. Memandang tepat pada anak mata Anes.


Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Rasanya dia perlu melepaskan segala-galanya pada Anes. Rindunya semakin menggunung pada gadis dihadapannya ini tidak mampu disembunyikan lagi.

 Dan Anes membisu tanpa suara kerana begitu janggal dan terkejut dengan perbuatan Azlan padanya sebentar lagi. Rasanya Azlan memang sedikit pelik sejak di sampai di rumah Opah lagi. Gerak geri dan renungan Azlan memang dia tidak mengerti dan biasanya dia malas untuk ambil pusing. Malas untuk ambil tahu. Dan hari ini, kelakuan lelaki ini sememangnya luar alam. Dan sekarang, dia hanya mampu menandang kerana dia sangat terkejut untuk berkata-kata.

" Abang rasa, Nes perlu tahu segala-galanya..." Ayat terakhir dari Azlan itu terus mematikan niatnya untuk bersuara apabila tubuhnya diraih dalam pelukan Azlan.


 ####
 

Salam kepada pembaca yang sudi mengikuti cerita Nys ini. Sedayanya NIs cuba menghabiskan buah tangan yang pertama ini. Diharap kalian terus sudi membaca dan menanti sambungan cerita ini. Insya ALLAH cerita ini akan Nys tamatkan tidak lama lagi. Terima Kaseh buat semua yang sudi membaca dan memberi komen. Sayang korang sangat. (",)

Khamis, 3 Jun 2010

kenapa aku 27???

Azlan tersedar apabila Opah mengejutkan untuk solat subuh. Lantas dia bangun menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan bersolat. sewaku melangkah ke biliknya, dia sempat menjengah ke bilik Anes. Gadis itu sedang pulas tidur. Dia membiarkan sahaja. Usai solat nanti, baru dikejutkan Anes. Itu niatnya. Dia lekas-lekas mandi dan bersolat. Usai solat, seperti biasa doa dipohon kepada ALLAH swt. Dia mengadu sepuasnya...
Usai berdoa, dia menjeling jam di atas meja. Baru pukul 6.20pagi. Dia bangun dan melipat sejadah lalu menuju ke bilik Anes. Bilik itu kelihatan terang, pantas dia menguak pintu bilik. Opah kelihatan di tepi katil. Dia memberikan senyuman kepada Opah. Dahi Opah kelihatan berkerut. Hatinya sedikit bimbang.

" kenapa Pah?" Azlan lantas bertanya.
" Panas badan si Anes ni Lan..." nada suara Opah bimbang.

Berderau darah Azlan bila mendengar kata-kata Opah. Pantas dia mendekatkan diri pada Anes yang masih tidak sedarkan diri. Laju sahaja tangannya memegang dahi Anes.

" Allah..". hanya perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Dahi Anes panas membahang. Mulut Anes pula mula meracau..

" mak..mak.." itu sahaja yang diucapkan.

" kita kena bawa Anes ke hospital Pah. Panas sangat badan budak ni."

" cepat-cepat lan." Opah juga risau.

Azlan lantas mencempung Anes dan Opah membantunya.

" opah ambilkan kunci kereta Lan dekat dalam bilik.." Azlan sedikit menjerit apabila Opah sedikit kalut.

Anes di letak pada sofa panjang di ruang tamu.

"Opah.." Azlan memegang bahu Opah. Juraian air mata jelas di pipi tua itu. Dia mengelap air mata itu.
" Jangan risau, Anes tak apa-apa.." dia cuba menenangkan Opah kerana dia tahu wanita tua itu dilanda kerisauan yang amat sangat.
" Tolong tengokkan Anes sekejap ya, Lan nak salin pakaian."
"Lan..." hanya itu yang mampu Opah ucapkan.  Azlan tersenyum dan memberikan isyarat agar Opah menjaga Anes. Lalu dia bergegas ke bilik.

***

Mujur jalan raya pada pagi hari tidak sibuk. Azlan memandu tenang. Anes disebelah, dijeling sekilas pandang.  Hatinya teramat risau namun dia cuba berlagak tenang.Ingin sahaja dia memecut laju ke Hospital Seberang Jaya, namun dia tidak mahu mengambil risiko. Nyawa lebih penting.

" mak...mak.." hanya itu sahaja yang diucapkan Anes. panas yang tinggi membuatkan Anes meracau.
Sebelah tangannya membetulkan jaket yang sempat di sarungkan kepada Anes.

Setibanya di hospital, Azlan terus memakir keretanya, lalu mencempung Anes menuju ke bilik kecemasan. Dua orang jururawat membantunya.

" Encik tak boleh masuk ke dalam.." jururawat muda itu menghalang Azlan untuk masuk.
Kaki Azlan berhenti melangkah dan membatu dia di situ.
 Dia hanya melihat Anes dibawa masuk ke dalam wad kecemasan tersebut.

" Encik dah buat pendaftaran?? Azlan langsung tidak mengendahkan pertanyaan itu.

" Encik..." jururawat muda itu mencuit lengan Azlan apabila dia melihat Azlan bagai tidak sedar... Dia seakan faham dengan situasi itu kerana telah biasa mengalaminya.

" Encik..." kali ni, suaranya dinaikkan sedikit.

Azlan bagai tersedar. Lalu mengalih pandangan pada jururawat disebelahnya. Entah bila jururawat itu berdiri di sebelahnya, dia sendiri tidak sedar.

" owhhh ye.. Maaf.." Azlan melemparkan senyuman pada jururawat yang masih setia berdiri disebelahnya.
jururawat itu hanya tersenyum.

" Encik dah buat pendaftaran?" jururawat yang itu bertanya lagi..
 Azlan menggeleng. Dia melihat nama jururawat tersebut..Nur Suhaila.. dia tersenyum lagi.

" Di mana saya boleh buat pendaftaran?" Azlan bertanya...
" Di hadapan, di pintu masuk.." jururawat itu menjawab.
Azlan mengangguk..lantas ucapan terima kasih di ucapkan. kemudian baru jururawat itu beredar daripadanya.

******

Azlan duduk di sisi Anes, memerhati wajah Anes yang sedang lena. Dia melepaskan keluhan kecil. Subuh tadi dia teramat bimbang. Alhamdulillah, keadaan Anes tidak membahayakan. Hanya demam panas jer, kurang air dalam badan. Begitulah kata doktor yang merawat Anes. pandangan dialihkan pada kaki Anes yang masih membengkak. Azlan tersenyum sendiri. Sejak dahulu lagi, gadis dihadapannya ini sentiasa menggamit perhatian daripadanya. Ada sahaja yang dilakukan atau yang berlaku terhadap gadis ini yang menutut perhatiannya. Rambut Anes diusap lembut. Dia bangun kerana dia bercadang untuk pulang dahulu, lewat petang nanti baru dia kembali menemani gadis ini. Sebelum beredar dia mengucup dahi gadis kesayangannya itu.