BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Rabu, 16 Disember 2009

kenapa Aku 23??(special)

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...



" tak mahu.tak mahu..."

"jangan macam tu, sekejap jer saya pergi. nanti habis kerja, saya cepat-cepat pulang jumpa awak"

wajah anes sugul. dia ditinggalkan. satu perkara yang amat dibencinya. namun dia harus membenarkan chenta hatinya itu pergi. tidak lama, hanya 3 bulan sahaja.

" awak janji tau. kat sana jangan nakal-nakal, jangan gatal-gatal." amaran buat chenta hatinya. lelaki itu hanya ketawa. lucu melihat wajah kekasih hatinya yang merajuk dengan mulutnya yang dimuncungkan. comel sekali.

" ye nes, promise. saya tak nakal dan gatal. tapi awak pun sama hea." lelaki itu pula mengingatkan anes.

" mana boleh, nakal tu mesti, gatal tu boleh adjust...hahaha.." anes seakan lupa rajuknya.

" tengok tu, mana aci kalau macam ni. awak boleh, kenapa saya tak boleh?" lelaki itu sengaja melayan kekasih hatinya.

" sebab saya comel, tapi awak tu pakcik.." ketawa meletus lagi dari mulut comel itu. rumput di hujung padang itu, diusik-usik dengan ranting kecil yang berada di tangan.

"hahaha..." lelaki itu pun turut ketawa. sememangnya ada sahaja jawapan dari kekasih hatinya.

" nes tunggu tau.." tawa lelaki itu terhenti dan disambung dengan sebaris ayat tersebut. tangannya erat memegang tangan gadis kesayangannya itu.

anes memalingkan badannya menghadap ke arah lelaki kesayangannya itu. sayu  pada wajahnya jelas, tak mampu disembunyikan. dan mudah sahaja air matanya jatuh dari tubir matanya.

dia mengeratkan lagi genggaman tangan mereka.

" erm, janji tau, sampai masanya awak mesti balik. saya kat sini, tunggu awak. jangan tipu saya tau. kalau awak lambat satu minit pun tak mungkin saya maafkan awak. janji awak nak jemput saya kan. saya tunggu awak jemput saya!" penuh yakin anes mengucapkan kata-katanya menggambarkan perasaannya yang sangat meyakininya.

pertemuan petang itu berakhir bila kedua-duanya menuju pulang ke destinasi yang berbeza. dan pelangi petang yang indah menjadi saksi kata-kata janji 2 insan yang sarat dengan cinta.....



Jumaat, 4 Disember 2009

kenapa Aku 22??

"angah, ada tak abang lan kamu telefon??"
pakcik Burn bertanya pada angah yang sedang duduk di ruang tamu menonton tv.

"erm, takde yah." angah menjawab pendek. best sangat citer upin ipin yang ditontonnya sampai tak sempat nak toleh pada ayah.

pakcik burn melepaskan keluhan kecil. dia sebenarnya cukup risau nak melepaskan along pergi bersama Azlan. namun dia percaya pada Azlan walaupun dulu kepercayaannya hampir pudar.
walaupun along enggan dan tak mengerti semua yang berlaku kini, dia percaya suatu hari along akan mengerti semua yang berlaku padanya.

dia teringat peristiwa semasa Azlan dan along nak bergerak 3 hari lepas.

ketika tu along tiada dirumah. dia dan mai ke rumah Afza teman baiknya. Azlan datang seperti yang mereka berdua telah janjikan. mana tidaknya, pasti panjang muncung along kalau dia lihat kelibat Azlan dirumahnya. ada jer yang akan dirungutkannya.

" kau pasti ke Lan dengan tindakan kau ni? Risau kalau-kalau along tak dapat nak terima. kau tahu jelah along tu. payah sikit nak dipujuk..."

" lan rasa boleh. Lan kenal along tu walaupun dia tak ingat siapa Lan dalam hidup dia. jangan risau, insyaALLAH, semua akan berjalan dengan baik. Mungkin di sana nanti Along akan seperti dulu. " Azlan melepaskan keyakinannya kepada Pakcik Bakar.

"hmmmmmmm..." satu keluhan berat dilepaskan oleh Pakcik Bakar.

' kenapa bang? '
Cik Kiah yang baru berlalu dari dapur menyapa suaminya yang seperti dalam kerisauan. Dia tahu apa yang difikirkan oleh suaminya. Pasti tentang Along. suaminya memang rapat dengan anak sulungnya. walaupun Alonglah yang selalu menjadi mangsa dia melepaskan marah, Along juga menjadi dia memanjakan diri. ada Along susah, tak de Along pun susah.

' tak da papelah kiah. cuma fikirkan tentang Along. ekh, kamu hari tu dah bekalkan semua ubat si Anes tu? kamu pesan tak pada dia supaya makan ubat ikut waktu? dia tu dah lah payah kalau suruh makan ubat..

" ye bang, saya dah bekal dan ingatkan pada Along tu. lagipun tak usahlah risau sangat, kan Lan ada. bukan dia Tak tahu keperluan si Along tu. Owh ye semalam Lan telefon, tapi abang ke surau. Dia kirim salam.

" dia ada pesan apa-apa tak kiah?

" tak de. dia kata semuanya beres."

'erm..' PakCik Bakar duduk di kerusi malas di anjung rumah. melepaskan hembusan asap rokok dan melayani perasaan memikirkan tentang Along.

******

" weh, Opah dan maksu pergi mana hah?? " tiba-tiba suara Along menyapa suara Azlan. Dia yang sedang membasuh keretanya menoleh pada Anes yang berada di muka pintu. Gadis itu baru siap mandi.

" Wan pergi market dengan Maksu." dia menjawab pertanyaan aku.

" Weh aku laparlah. Jomlah makan. " aku dah terpacak sebelah mamat hantu ni. kalau tak disebabkan Opah dengan Maksu tak ada, tak ingin aku nak ajak mamat hantu ni makan. aku bukan apa. rumah Wan ni besar sangat. takut aku nak pergi dapur sorang. mujur ada bilik air kat sebelah bilik Maksu. kalau tidak, tak mandilah aku jawabnya. huhuhu.

"erm.. pergilah makan. saya tak lapar lagi. tadi Opah dah pesan, semua makanan dia dah hidangkan bawah tudung saji. tinggal awak makan jer, Nes." Azlan teringat pesan Opah sebelum Opahnya keluar tadi. dia sengaja tak makan bersama Opah dengan Maksu kerana Anes belum bangun sewaktu mereka bersarapan tadi.

Anes masih tercegat dihadapan keretanya. Azlan hanya membiarkan gadis itu dengan muncungnya.

" Chantek muncung" Azlan menyakat. saja mengundang kemarahan Anes. dia tahu apa yang boleh mengundang kemarahan gadis itu.

"apa muncung-muncung? memang aku chantek!"..
benci aku dah bertambah-tambah pada mamat hantu ni. aku dahlah lapar, dia boleh wat sajer jer. terpaksalah aku menunggu dia siap basuh kereta hitam dia ni.

' hahaha" mamat hantu tu ketawakan aku.

" Pakcik, bila kita nak balik?" aku soal mamat Hantu tu. aku sebenarnya tak tahu nak panggil dia apa. aku rasa gelaran 'pakcik' tu macam sesuai jer dengan dia. dia pun macam dah tua jer. hahaha aku ketawa dalam hati.

Azlan yang sedang kitt tayar tak berapa jauh dari aku, mendekatkan dirinya pada aku. mencangkung didepan aku. macam meniru lagak aku gayanya. cuma dia takde tuala kat atas pala macam aku.

" Dah rindu simpang ke?" dia tanya aku.

aku angguk macam budak kecik mengaku lau buat salah. bulat jermata aku pandang dia. aku salah soalan ke tadi.

" lama lagi kita kat sini tau. sehingga awak jadi Anes yang dulu." macam tu jer mamat hantu tu kata aku. lepas tu dia beredar dengan baldi dan peralatan mencuci keretanya. aku pula masih termanggu-manggu dengan jawapan dia.

" erm kenapa aku?" satu soalan yang aku sendiri susah nak tafsirkan.

tiba-tiba tangan aku diraih. dengan tindakan yang sangat pantas, aku cepat-cepat tarik semua. isk apasal pula nak tarik-tarik ni. aku pandang dia dua macam. tengok dia dengan perasaan geram.

" Apa!!!!"

" dah 10 kali saya panggil awak ajak masuk dan makan. sempat pula awak berangan ekh. tadi kata lapar." Azlan bersuara. dia meneruskan langkah ke perut rumah. sebentar lagi pasti Opah dan Maksu pulang. Pasti bising orang tua tu kalau dia tahu si Anesnya belum menjamah makan. ubat pun belum makan lagi.

"huikkss dia panggil aku ke? awat aku tak dengaq? huhuhu"......

Selasa, 1 Disember 2009

kenapa Aku 21??

dalam kereta, aku diam sahaja. tak berbunyi dan berdetik. mamat hantu tu tenang memandu. perjalanan baru melepasi yong peng. huhhh jauhnya. aku mengeluh panjang. kenapalah aku kena ikut mamat hantu yang kerek ni. ayah dengan mak ni pun satu, suka-suka jer lepaskan mamat hantu sebelah aku ni bawa aku. aku rasa macam nak cekik-cekik jer dia ni. tengok tu , glasses hitam dia tu tak pernah tinggal. ahhh boringlah.. baik aku tidur.

"oii bangunlah. "
pipi aku kena usik-usik. isk siapa pula yang kacau aku tidur ni. bengang betul aku dibuatnya. bila asyik dicuit aku buka mata. macam nak melompat aku bila tengok muka mamat hantu tu betul-betul kat depan muka aku.

dia senyum pulak..

" awak tak lapar ke cik anes? " pertanyaan tu singgah di telinga aku bila aku dah mengekor dia menuju ke kedai di RNR yang ku pun tak tahu kat mana ni.

malas aku nak jawab. aku yang termanggu-manggu hanya memuncungkan jer mulut aku yang seksi ni.hehehe

"kita kat mane ni?" aku tanya dia. aku dah tak sabar nak menyuap nasi yang dah ade depan mata.

"hentian bukit gantang" pendek jer dia jawab. dia cuma makan roti bakar jer, sedangkan aku..penuh nasi sepinggan dengan lauk pauk yang buat selera aku terbuka.

kita orang langsung tak berbual, masing-masing sibuk dengan makanan masing-masing.

" makan tu elok-eloklah. makan macam budak-budak. " ekh mamat hantu depan aku ni sound aku dan tiba-tiba wat aku berhenti mengunyah, bila dia bersihkan nasi yang ada kat tepi bibir aku. mata dia tepat kat mata aku wat aku terpaku. senyuman dia wat aku kenyang.

" kenapa???" dia soal aku bila aku tiba-tiba jadi patung bernyawa.

"err xde pape. " selera aku terus mati. nasib baik dah tinggal sikit nasi di pinggan.

aku terus bangun dan membasuh tangan. bila aku kembali ke tempat dia dah takde.
ekh mane pulak dia hilang? melilau aku cari dia... huhuhu dia dah tinggalkan aku ke?

dah menitis air mata aku. aku dah lah tak tahu dan tak kenal siapa-siapa kat sini. aku duduk kat kerusi hujung RNR tu. sedih tahap dewa.

tiba-tiba ada seekor beruang depan aku. oppsss patung beruang@teddy bear warna putih. hairan aku, aku lap air mata kemudian dongak kepala tengok empunya diri yang bawa bear putih tu. uikss mamat hantu!

" ko pergi mane tadi??" aku tanya dia.

" cari ni." matanye dialihkan pada bear putih tu yang gemuk tu.

" bagitau aku tak boleh ke?" aku dah mula nak protes tindakan dia. separuh mati aku ingat aku kena tinggal.

" boleh. maaflah. ni untuk awak." dia hulur teddy bear putih tu pada aku. bulat mata aku tengok muka dia. biar betul??
tapi tangan aku menyambut bear putih tu. terus aku bawakan dalam pelukan aku.

" nape bagi pada aku?" aku tanya dia bila kami dah bergerak semula. teddy bear tu aku dah buka sampul dan peluk erat-erat. bestnya..

" sebab awak pernah bagitau saya yang awak sukakan teddy bear tu."

" hahahaha" gelak besar aku dibuatnya dengan mamat hantu ni. sewel!! yelah bila masa entah aku pernah jumpa dan bagitau dia yang aku sukakan teddy bear macam ni.

leka aku peluk teddy bear tu sampai aku terlena kembali.

Azlan tersenyum memandang gadis disebelahnya yang begitu lena sambil memeluk bear putih pemberiannya. hatinya juga tersenyum. keretanya telah diberhentikan di tepi jalan. menatap sepuas-puasnya wajah yang dirinduinya. dia membelai lembut wajah itu dan mengucup lembut dahi gadis kesayangannya. kemudian dia meneruskan kembali perjalanan.

Rabu, 25 November 2009

kenaPA akU 20

diam tak diam, hari ni aku akan bertolak ke Penang. isk..isk xmo pergilah... aku tak suka laksa, pedas.. aku nak makan apa kat sana nanti. rasanya dah tebal kamus dewan aku senaraikan pada mak semalam. namun semua usaha aku gagal. macam nak lari dari rumah jer gamaknya. tapi tak tergamak plak aku. mengamuk wak burn lau aku wat planning ala ala kahwin lari. ekh mana ada kahwin lari, kan aku lari sorang. semalam sampai ke tengah malam mak kemaskan barang-barang aku. mak ni pun satu, kata aku nak pergio sana sekejapnya, ni packing baju aku macam aku nak halau aku kua.

aku dah siap lagi tadi, tapi malas aku nak keluar walaupun perut aku mengamuk minta diisi. maafkan aku wahai perut, aku terpaksa mendera kau pagi ni. huhuhuhu..

tengah best-best aku layan perasaan, pintu bilik aku diketuk bagai nak roboh....

" along, kualah. mak panggil turun ko melantak. ko buat apa kat dalam tu?? dah siap ke belum " suara gendon memanggil aku dari balik pintu.

ala kecoh betul lah perempuan ni. mengacau betul. aku matikan diri jer, langsung malas nak menyahut. aku peluk bantal busuk aku kuat-kuat. sambung lagi ape yang aku tengah buat sebentar tadi. macam manalah aku nak tido kat penang tu tanpa bantal kesayangan aku ni..

" woiii!!!! ko pengsan ke apa dalam bilik tu???"

terkejut beruk aku, ingatkan dah berambus si gendon tu dari pintu bilik aku. macam nak roboh dia ketuk. aku wat dono lagi. malas nak layan.

" alongggg"

aku dengar lak suara ayah. adusss.. macam kena jawab jer gayanyer..

"iyee.."

aku nyahut dengan suara dengar tak dengar. erm aku tahu wak burn mesti dengar punyer. telinga bercapang.

"turun makan"

huhuhu tengok jeneral dah kua kan arahan. isk bencinya.

aku bangun dengan malas, kua dari bilik. si gendon masih terpacak depan pintu. tersengih dengan aku.

" apa senyum-senyum??"
aku jeling dia.. tersengih-sengih macam kerang busuk kat aku. menyampah betul aku kat semua orang pagi ni.

sampai jer dapur, adik -adik aku masih kat meja makan. aku ambil tempat duduk hujung meja. elok jer aku duduk, ada pinggan dihulurkan pada aku. aku toleh kiri..

laa mamat hantu ni apasal menyibuk kat rumah aku pagi-pagi ni. bila masa pulak dia ada kat sini. napa aku tak perasan tadi hek.

aku terus menyuap kew teow goreng yang dah ada dalam pinggan tu. malas nak banyak cakap.

" makan tu bacalah bismillah dulu..."
geramnya aku, ada jer suara-suara yang buat hati aku bertambah sakit.

aku toleh pada mamat hantu kat sebelah aku ni. satu jelingan maut aku berikan istimewa untuk dia pagi-pagi.

Khamis, 5 November 2009

salam kemaafan dan salam kerinduan....

kepada teman-teman.... nak mintak maap bebanyak sebab dah lama xpost n3 baru. maaflah sbb ketandusan idea n kehilangan mood untuk menulis... namun kalau kekawan sume ade idea untuk sambung citer2 izz ni. ape kate email kat izz kat anys_ayong@yahoo.com.my.mane tahu korang boleh bg idea kat izz...
erm dah lama izz x dok dpn pc n layan enovel kegemaran izz, rindu sangat2. semoga masa ituakan tibe. insyaALLAH..

salam senyuman untuk semua... senyumlah dari hati...(^-^)

Khamis, 13 Ogos 2009

" cinta abang burger 17 "

semalam adalah semalam...
hari ini adalah reliti...
esok pasti terjadi...

" madia, kenapa aku tak penah tengok razak balik?" sonah tiba-tiba bertanyakan hal Razak kepada long madia. ketika itu mereka sedang menyapu di kaki lima bangunan kelas darjah 2...

long madia sepi. reaksi biasa yang akan ditunjukkannya andai ada sesiapa yang bertanyakan tentang perihal suaminya itu. hatinya terasa perit. dia mengeluh perlahan dan meneruskan kerjanya.

rakannya yang seorang itu hanya memandang. kerap kali dia bertanya, namun jawapannya hanya sepi.

" kau tak nak minta fasakh ke madi?" sonah memanjangkan pertanyaan.

long madia hanya menoleh ke arah rakannya. pandangan mereka bertaup namun hanya kebisuan yang masih menjawab kedua-dua soalan tadi.

di layar fikiran long madia mengimbas semula kepulangan razak ke rumah 3 hari lalu..

maghrib itu , usai solat maghrib dia mencapai surah yassin. baru hendak menyelak muka pertama, tiba-tiba bertalu-talu pintu rumahnya di ketuk.kuat sekali. seakan mahu pecah daun pintu rumahnya.

pantas dia membuka untuk melihat gerangan tetamu senjanya walaupun di hatinya telah mengagak siapa. madia tenang.

wajah itu muncul. madia hanya mendiamkan diri. berbelas tahun menjadi isteri kepada sekujur tubuh di hadapannya kini, membuatkan dia sudah masak benar dengan perangai lelaki bergelar suali itu.

" abang dah makan? dah solat?" madia mengajukan soalan biasa walaupun dia sendiri tahu akan jawapannya.

razak hanya membatukan diri. langsung tidak di sapa wanita yang masih bertelekung itu. dia menghempaskan diri di kerusi di ruang tamu. lantas mencapai remote tv, menekan-nekan mencari siaran tv yang mampu menarik perhatiannya.

madia membatalkan niatnya untuk membaca surah suci itu. dia menanggalkan telekungnya dan bergegas ke dapur.

pantas sahaja tangannya memanaskan sedikit lauk yang di masaknya petang tadi. dibiarkan sahaja razak yang menonton tv di ruang tamu. hanya suara tv yang sengaja dibuka kuat, mencecah pendengarannya.

siap menyediakan makan malam, dia melangkah ke ruang tamu. hanya tv yang terbuka namun suaminya telah tiada. pintu masih berkunci. dia mengagak bahawa suaminya di dalam bilik. dia berjalan menuju ke bilik. pantas dia menguak pintu bilik tidurnya....dia melihat razak tertunduk di hadapan pintu almari seperti mencari sesuatu. dia melangkah menghampiri razak...

" abang cari ape tu??"
pertanyaan madia mengejutkan razak..dia menoleh sejenak wajah madia. mata madia pula tertancap pada pakaian berselerak di dalam almari. terdetik sesuatu di hatinya dan menunggu reaksi seterusnya daripada suaminya. razak seperti serba salah. tanpa menjawab soalan madia , dia berlalu pergi keluar daripada bilik.
madia terduduk di katil. saban tahun beginilah hidupnya. hidupnya tergantung tanpa sesuatu yang pasti. kehadiran si suami yang diharap sebagai teman hidup hanya sekadar menjadikan dirinya tempat persinggahan. dia tahu razak menggeledah almarinya tadi untuk mencari duit. mujur tadi lelaki itu tidak mengamuk. kebiasaannya tiada lagi kata-kata sayang terucap di bibir lelakii yang pernah mengucap kata sayang padanya berbelas tahun dahulu. yang pasti hanya makian dan bahasa sadis yang merobek reung hatinya. dia pasrah. selepas ini, pasti lama lagilah lelaki bergelar suami itu muncul di hadapannya kerana begitulah selalunya.

"madia..."
saonah memanggil nama kawannya apabila melihat maia yang jauh di bawa perasaan. dia menepuk lembut bahu temannya itu. madia seperti terjaga dari mimpi. lantas menacapai penyapu yang terletak sebentar tadi... dan seperti biasa membiarkan sahaja persoalan saonah tanpa jawapan...

....

" Ery, lia nak pergi rumah long madia boleh tak? " bicara Alia tiba-tiba sewaktu Hairi membantunya membasuh pinggan selepas makan. alia yang berdiri sebelahnya hanya bersahaja melakukan tugasnya, dan pertanyaan alia membuatkan dia terhenti daripada membilas pinggan cucian alia. dia meletak pinggan, berpusiang dan menyandarkan diri di tepi sinki. termenung seketika. risau menjengah di hatinya.

"bila Lia nak pergi?"

alia menolah sebentar pada Hairi di sebelahnya seketika dan lantas menjawab..

" esok...boleh tak?" kemudian tumpuannya beralih pada pinggan-pinggannya.

" lia nak pergi dengan sape? abang temankan k.."

Hairi menawarkan diri menemani alia.

" takpe, lia pergi sendiri. esok lia nak buat bubur kacang. lia ingat, lia nak nak bagi pada Long. long suka makan bubur kacang.. lagpun dah lama lia xjumpa Long."

panjang lebar lia menjawab.
hairi tidak puas hati, berat hatinya melepaskan lia pergi seorang diri. segala cerita yang alia ceritakan padanya sewaktu melihat bulan di pangkin masih terngiang-ngiang di telinganya. hatinya sangat bimbangkan insan ketiga paling disayangi dalam hidupnya. kebetulan esok dia perlu ke bandar menguruskan sesuatu. dan dia tidak pasti jika urusannya dapat diselesaikan awal.

" Lia pergi lusalah. nanti abang temankan." Hairi kembali melakukan tugasnya. harapanya moga Alia mengerti apa yang terdetik di hatinya..


" alaa nape?? lia dah rancang dah. esok sabtu mak long kan cuti.."


' lia pergi lusalah, lusa pun mak long cutikan... esok abang ada hal..abg tak dapat temankan lia..."

" kan alia boleh pergi sendiri.." suara alia seakan merajuk.

" lia..." lembut bicara Hairi.

" erm.." lia menjawab.

hairi memusingkan alia menghadap wajahnya. masam muka Alia dan Hairi hanya tersenyum..
dia mendekatkan mukanya ke wajah gadis itu dan bibirnya mendarat di dahi isterinya. kemudian berlalu meninggalkan Alia yang seakan terkejut... dan mengharap gadis itu mengerti.

Khamis, 25 Jun 2009

ciNTa aBG burger 16

andai rindu telah bertamu di hati..
mengapa sukar mengungkap bicara...
andai cinta sudah terlukis di hati..
mengapa sukar bicara di mula...

lia bersendirian di pangkin, menunggu Hairi pulang dari surau. selalunya di akan mengikut Hairi ke surau, namun disebabkan ' cuti istimewanya' dia hanya duduk di rumah. maknya pula sedang menonton berita di atas uma.

alia memerhati dada langit yang penuh dengan taburan bintang berserta cahaya bulan yang sedang penuh.. cantik sekali lukisan langit malam ini. sudah lama dia tidak sebegini. duduk memandang langit...entah apa yang disibukkan pun dia tidak tahu. namun, malam ini sekurang-kurangnya mengubat kerinduannya pada tabiatnya yang satu ini. leka sekali dia memerhatikan wjah langit itu. mengira bintang berjuta yang bertebaran di langit tinggi. sesekali dia tersenyum sendiri melihat bintang-bintang yang bersinar terang yang dianggap bintang hatinya. ahhh tahi bintang jatuh.. cepat-cepat dia mengangkat tangan dan memejam mata berniat sesuatu...khusyuk sekali...

hairi leka memandang telatah Alia. sejak petang tadi, isterinya kurang bercakap dengannya. sepatah di tanya, sepatah di jawab. comel sekali wajah Alia dengan mata yang terpejam rapat. entah apa yang dihajatnya tapi khusyuk sekali. hairi hanya memandang dan membiarkan.... namun kakinya melangkah ke sekujur tubuh yang tengge;lam dalam dunianya sendiri.

" assalamualaikum..." hairi memberi salam. tubuh kecil itu tersentak. mungkin terganggu dengan teguran Hairi yang tiba-tiba.

alia menoleh hairi yang melabuhkan punggung di sisinya. hanya sekilas dia memandang kembali pada dada langit.

" dah berapa banyak bintang yang lia dah berjaya kira? " hairi turut memandang ke atas. senyum terbit di bibir mugil alia. soalan yang dia sendiri sukar menjawabnya..

dia hanya mengangkat bahu...

" cuba awak cari bintang Alia?"

tiba-tiba soal Alia menyebabkan Hairi mengalih pandangan ke ' cinta hatinya itu"...

"bintang Alia??" hairi mengulangi kata-kata Alia sebentar tadi...

"yup, bintang Alia" yakin sekali Alia menuturnya..

hairi mendongak semula ke dada langit. tercari-cari yang mana satu bintang kepunyaan Alia... bertaburan bintang di langit, bingung seketika dia mencari satu bintang kepunyaan Alia..

" ery rasa yang tu.. yang kat sebelah utara tu, yang paling bersinar tu.." seraya tangannya menunjuk ke arah langit tinggi seakan-akan Alia tahu bintang yang dimaksudkan...

" yang mana??" alia pula seolah-olah tertarik dengan bintang yang ditunjukkan Hairi. kedudukan mereka menjadi rapat sekali..

"meh sini, tengok ikut arah tangan Ry tunjuk..yang besar tu yang paling cerah warnanya..." yakin hairi berkata-kata kepada Alia..

tiba-tiba Alia ketawa riang sekali. " salahlah awak...tu bukan bintang Lia..tu bintang awak.."
dengan wajah hairan hairi menoleh ke arah Alia..

" erm bukan hea? hbs tu lau tak besar dan bersinar? xkan yang keci, jauh dan malap tu bintang Lia?" jari hairi menuding ke arah selatan langit...

"hehehe pandai pun..tu lah bintang Lia.."

bertambah-tambah rasa hairan Hairi kepada Alia. biasanya seseorang akan memilih bintang yang besar dan paling cerah tetapi mengapa tidak Alia begitu?

" mesti awak hairankan???" Alia berkata-kata seolah boleh membaca fikiran Hairi saat ini.

alia masih ralit merenung taburan bintang. matanya fokus ke arah bintang yang dimaksudnya tadi...

" itu bintang Alia..jauh, malap dan kecil... lia pilih bintang tu sebab bintang tu umpama hati lia..."

hairi hanya terdiam mendengar kata-kata Alia. dia kehilangan kata untuk bersuara...

"lia rindu dengan Long Madia.." pendek sahaja kata-kata Alia dan termati di situ..
tiba-tiba esakan kecil alia kedengaran.
hairi pula seolah-olah terjaga dari dunia Alia terus merangkul Alia ke dadanya. biar di dadanya itu, mutiara itu gugur tak bersendirian lagi..

********
kepada semua yang mengikuti "cinta Abg Burger"..
terima kaseh kerna sabar menunggu...

Rabu, 1 April 2009

"misi yang Tak sempurna"

"pagi yang gelap kini sudah terang..lalala...." Jalek menyanyi sendiri di anjung rumah. inilah kerjanya setiap pagi ahad, mencuci motor kesayangannya. di gosok berulang kali sehingga berkilat dan bersinar. sayang benar dia dengan motor cari makannya ini. hadiah pemberian ibu tersayang sewaktu di tingkatakan 4 untuk kemudahannya berulang alik ke sekolah. rumahnya di Machap dan sekolah di pekan Simpang agak jauh. lebih mudah jika mempunyai kenderaan sendiri. diam tak diam hampir lima tahun dia menggunakan motor Modenasnya ini. tersenyum sendiri bila mengingatkan kenangannya bersama si birunya ini. dulu sewaktu di beli sebenarnya warna maroon tetapi dia sejak malam tadi, sehingga lewat malam dia menukar bodynya menjadi warna biru. warna kegemaran seseorang.

" angah, belikan along sos cili. " alongnya mengintai dari tingkap bilik dan memintanya membelikan sebotol sos.

"ala suruh adiklah. aku baru jer siap basuh motor ni hah." dia merungut. benci sungguh dia apabila kerjanya di ganggu.

" ala adik tak bangun lagilah. cepatlah along nak goreng bihun kegemaran angah juga." along cuba memujuk. untung-untung dia termakan pujuk.

" ala aku nak keluar kejap lagilah. aku nak mandi lagi, nak bersiap lagi. sibuklah ko ni long. pergi sendirilah." akhirnya dia terpaksa memberitahu mengapa dia malas nak kedai.

" alaaa..." along mengeluh sendiri. dia hilang di sebalik tingkap biliknya.

" sibuk betul. entah yelah nak masakkan bihun faveret aku tuh. entah-entah ada benda lain. tak pernah-pernah rajin pagi-pagi hari." di amembebel sendiri.

hari ni merupakan misi penting dalam hidupnya. misi yang akan menentukan hidup matinya. dalam sejarah hidupnya. ahh tak dapat nak dibayangkan. kata-kata janji dari gadis idamannya sejak sekolah lagi benar-benar buat dirinya tak lena tidur sejak seminggu yang lalu.

" kita jumpa depan Moh Heng pukul 11 pagi hari ahad ni tau.. " terngiang-ngiang suara Farhana pada kali terakhir dia menelefon gadis itu. tiga tahun tidak bertemu membuatkan dia benar-benar kepingin untuk bersua dengan insan yang mencuri hatinya. Bagaimanakah wajah Farhana kini? Masihkan chubby seperti dulu? masih gemarkan gadis itu pada kuih pau sambal Mak Cik Jenah yang masih dijual dihadapan sekolah? ahhh persoalan yang hanya mampu dijawab pada tengah hari nanti... puas hatinya apabila melihat motor biru kesayangannya ini berkilat seakan baru dibeli.

dia menyanyi sendiri, sesekali bersiul. tersenyum dan tersengih. itulah yang terjadi pada dirinya sejak selepas solat subuh tadi. pantas tangannya mengemas peralatan membasuh motornya, kemudian menggulung hos paip dan di letakkan berdekatan dengan pohon rambutan yang berdaun lebat di tepi rumahnya.

kemudian kakinya melangkah memasuki rumah. melangkah ke biliknya. biliknya juga telah di kemas seawal pagi tadi sebelum membersihkan motornya. emak pasti tersenyum sehingga ke telinga jika melihat keadaan biliknya. selalu jenuh emakya membebel barulah dia mengemas. tapi mungkin ia takkan berlaku selepas hari ini. satu perubahan yang besar bakal dilakukannya pada hari. emak tunggu sahaja ok.

dia mencapai tualanya yang disangkut di belakang pintu. kemudian terus berlalu untuk ke bilik air. sunyi pula rumah bila emaknya tiada. cuma sesekali terdengar bunyi tudung periuk jatuh di dapur. pasti along. adiknya pula masih membuta. dia malas ambil peduli.

" Long, dah dapat ke sos kau?" dia bertanya sewaktu melewati dapur sebelum masuk ke bilik air. sibuk sungguh alongnya menyiapkan sarapan pagi. padahal, hanya mahu masak bihun goreng sahaja.

melihat alongnya yang tak menghiraukannya, dia melangkah ke masuk ke bilik air. pasti along merajuk. satu-satunya kakak yang dia ada. Emak ke rumah Cik Enah, membantu makciknya yang berada di dalam pantang. bukan jauh pun rumah mak ciknya itu, hanya sekangkang kingkong. cuma berhadapan rumahnya sahaja.

dia membuka air perlahan. Air di dalam masih banyak. ahh sejuk. biasanya pada hari minggu begini, lewat petang baru dia jumpa air. tangannya pantas menceduk air di dalam kolah. di siram tubuhnya agar basah. di selang-selikan dengan sabun dan syampu. dia ingin sewangi yang boleh. dia capai pula berus gigi dan ubat gigi. kemudian beralih ke hadapan cermin kecil didalam bilik air tersebut. seperti iklan golgate dia memberus giginya. 15 minit kemudian dia keluar dari bilik air dengan bertuala. fenomena biasa bagi seorang lelaki sepertinya.

tersenyum dia memandang alongnya yang sedang menghiris lada besar. berkerut kening alongnya memandang dia yang tersengih selepas mandi.

" angah, kau sihat tak hari ni?" laju sahaja sebaris ayat itu meniti di bibir along. ahh alongnya pasti hairan dengan tingkahnya pada hari ini.

Jalek senyum lagi. dia terus berlalu menuju ke biliknya.
di bilik dia mengambil t'shirt belang hijau kegemarannya yang sejak semalam lagi telah digosok dan disembur dengan minyak wangi silky girl for men yang juga dibelinya petang semalam. kemudian di sarung baju itu ke badan. selepas itu, disarung pula seluar jeans yang di beli di Pasar Rabu di keremoyang Rabu lalu.

dia berjalan keluar dari bilik. masuk pula ke bilik kakaknya. dia mencapai sikat yang berada di atas meja solek kakaknya. berlari semula ke bilik. ahh terlupa pula mencalit deoderant Dashing yang juga dibelinya semalam ke ketiak. selama ni dia hanya merembat deoderanta adiknya sahaja. perfume barunya juga di capai. di sembur di seluruh badan. wangi dan dia beruas hati.
dia masuk kembali ke bilik kakaknya. melihat rambut yang disisirnya tadi. rambut ikalnya perlu di letakkan gel untuk mengelakkannya kembang apabila kering. dia menyikat menghala kehadapan. seperti pesan emaknya agar darinya tidak nampak terlalu luas. tersengih sendiri dia melihat penampilannya pada hari ini.

dia keluar. pergi ke rak kasut. mencapai kasut yang telah disiapkan juga sejak semalam. baru sahaja hendak menyarung stokin, dia bangun semu
la. bingkas masuk semula ke dalam perut rumah. dia menuju ke almari Tv di ruang tamu. haa..jam tangannya di capai bersama kunci motornya. dia kembali semula memakai stokin kemudian kasut. dilihat jam yang dipakai di pergelangan tangan. jam baru menunjukkan pukul 10 pagi.masih ada sejam lagi sebelum detik itu tiba.

dia menuju ke motosikal kesayangannya. helmet merahnya disarung ke kepala. sebiji lagi helmet ARC yang dibelinya semalam diletakkan di dalam raga motornya. selepas menghidupkan si biru kesayangannya itu. dia lantas memasukkan gear 1 kemudian mem
ulas minyak perlahan dan keluar dari tempat letak motornya itu. berhati-hati dia menunggang agar motornya tidak berdebu.

senyuman tidak lekang dari mulutnya. sepanjang jalan keluar dari kampung, dia mengangkat tangan sekiranya berjumpa dengan temannya...

"woiii.." Erul menjerit padanya sewaktu dia melewati gerai runcit di hadapan b
alai raya di kampungnya.

dia hanya melambai daripada belakang. malas mahu beribu pertanyaan yang bakal keluar dari mulut rakannya itu. misinya harus diutamakan.

perjalanan dari Machap ke Simpang yang hanya mengambil m
asa selama 10minit dirasakan terlalu jauh. walaupun jam baru menunjukkan pukul 10.20 pagi, dia merasakan dia telah terlewat.

sesampainya di pekan SImpang,dia terus ke stesen minyak Petronas yang terletak di sebelah pejabat Telekom. tangki minyaknya di isi penuh. selalunya hanya rm2 sahaja..
.hari ini dia tidak kisah untuk berhabis.

selepas mengisi minyak, dia menuju ke bus stand yang terletak di belakang Moh Heng. Ada sesuatu yang ingin di belinya di kedai berdekatan bus stand tersebut.

alhamdulillah..nasib baik tak tutup. dia meletakkan motornya di hadapan kedai dan helmetnya dibuka. dia berjalan masuk ke kedai.

" helloo aunty, bagi itu bunga ros warna Pink 3 kuntum untuk saya" dia me
nuding jari kearah kuntuman ros didalam peti sejuk yang menyimpan bunga-bunga hidup tersebut agar tidak layu.

nyonya kedai itu hanya tersenyum. sudah masak dengan pelanggan kedainya yang bermacam ragam.


" lu mau tambah itu daun ka? balut dengan plastik ka?" dia pula bertanya kepada Jalek yang sentiasa tersenyum-senyum. sesekali dia menenyeh hidungnya yang ditusuk sesuatu bau.

" ooo kena tambah ke auty?" Jalek bertanya lagi. agak musykil tentang daun dan plastik.

" lu mau beli untuk sapa? untuk amoi bubuh daun dan balut sama plastikla, baru manyak cantik ooo.." terbelit-belit nyanyo tua itu mahu menerangkan kepada Jalek
. naif sungguh pemuda di hadapannya ini.

"macam tu ke aunty? hmm bolehlah.." Jalek menyatakan persetujuannya. as
alkan cantik, buatlah.

" ekh lu bubuh ini patung juga, cantik tau." Nyonya itu menayangkan seekor patung beruang yang sangat "cute" rupanya kepada Jalek. pemud
a lurus di hadapannya ini mudah sahaja dimanipulasi untuk menambah keuntungannya.

Jalek hanya tercegat menunggu. bunga ros Pink kegemaran Farhana. dia senyum lagi. ralit dia memerhatikan nyonya kedai bunga itu menyiapkan 3 kuntum bunga untuknya.

" okay, sudah siap. lu puas hati tak?" Nyonya kedai bunga menyerahkan jambangan bunga yang siap di gubah. jikalau 100 kuntum bunga pun dia pernah menggubahnya, ini kan pula 3 kuntum sahaja. mudah sahaja menyiapkan 3 kuntum bunga ini.

Jalek tersenyum puas melihat jambangan bunga Ros Pink nya. dia
membawa jambangan tersebut ke hidungnya. menyedut sedalam yang mungkin haruman bunga tersebut dan tersenyum. Wangi.

" berapa Aunty?" dia menanyakan harga.

"20ringgit aja." pendek sahaja nyonya itu menjawab.

" haa 20 ringgit?" Jalek mengulang sebut harga bunga tersebut. seakan tidak percaya. mahalnya. cetusnya di dalam hati.

"yalah 2o ringgit. itu bunga, daun, plastik dengan cute bear itu maa..." panjang lebar nyonya itu menerangkan.

Jalek menyeluk poket belakang seluarnya, dompet coklatnya di keluarkan. sekeping not rm50 dihulurkan kepada Nyonya kedai bunga. tersenyum nyonya itu menerima bayaran. laku sudah bunganya. dia kemudiannya memulangkan baki duit. sebelum Jalek keluar, sempat dia berkata sesuatu...Jalek hanya tersenyum malu.



jalek melihat jam. ahh sudah jam 10.55 pagi. dia terus ke motor dan bergerak menuju ke destinasi yang dijanji.

suasana yang semakin sibuk tidak mengganggu misi Jalek. mudah sahaja dia mencelah di antara kereta yang bersesak di hadapan pasar raya Moh Heng. dia menuju ke sebelah pondok telefon berdekatan jejantas di hadapan Pasar Raya. mujur insan yang dinanti tidak tiba dahulu sebelumnya. dia menyeka peluh di dahi. mujur ada sapu tangan di dalam poket seluar, dia mengesat peluh. sesekali membetulkan rambutnya yang telah serabut akibat pemakaian helmet. kemudian duduk di bawah pokok.

pancaran matahari yang semakin panas, membuatkan badannya pula berpeluh. dia jadi tidak senang duduk. insan yang di nanti tidak kunjung tiba lagi. matanya beralih ke bakul motosikalnya. melihat bunga di dalam bakul tersebut. sengaja dilindung dengan helmet. dia senyum lagi.

dia kembali menoleh ke arah pintu masuk pasaraya Moh Heng yang aga ramai orang. tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang gadis bertudung hijau muda. wajah yang amat dirindui.
ayu dan lembut sekali wajah itu pada pandangan matanya.

dia bangkit dari duduk. menggigil sedikit lututnya apabila gadis itu melangkah ke arahnya. peluh makin memercik di dahi dan badannya. tenanglah hati, doanya dalam diam walaupun debaran memenuhi dadanya.

"assalamualaikum...Azaly ya?" suara halus itu menyapa gegendang telinganya. makin laju degup jantungnya.

" wa..wa'alaikum salam" sedikit terketar dia menjawab. 3 tahun tidak berjumpa, gadis chubby kesayangannya telah banyak berubah. tidak lagi pipi chubby yang menjadi mangsa cubitannya. hanya tubuh langsing berbaju kurung hijau muda dan wajah ayu milik gadis itu yang kini menghiasi ruang matanya.

" Farhana ke?" dia bertanya seakan tidak percaya. lain benar gadis kesayangannya ini.

" hei... Ana lah ni, takkan tak kenal?" Farhana tergelak manja.

"Zali apa khabar?" farhana bersuara lagi. masih mesra seperti dahulu.

" ba..baikk..Ana pulak?" dia masih tergagap-gagap setiap kali menjawab pertanyaan gadis ayu dihadapannya itu. entah bila penyakit gagapnya muncul. mungkin sebentar tadi.

" apasal tergagap ni? sejak bila ada penyakit gagap ni?" Farhana sudah duduk di tempat yang dia duduk sebentar tadi. barangannya yang dibeli dibiarkan di tepi.

hanya tawa kecil yang pecah dibibirnya. tak mampu dia menjawab. Farhana yang duduk tadi telah kembali berdiri. dia juga menyeka peluh di dahi.

" Zali, panaslah kat sini. kita pergi minum kat warung MARA kat hujung sana tu nak tak?" Farhana mengemukakan cadangan.

" a'ah boleh juga. Jom." dia telah berjalan menuju ke motornya. Farhana hanya mengikut daripada belakang.

tanpa sempat dia bersuara, Farhana terlebih dahulu bersuara.

" zali pergi dulu,orderkan air Ana mcm dulu ekh. Ana bawa keta tadi, nanti Ana ke sana.." Farhana memberikan arahan. memang Farhana yang dikenalinya dahulu. masih tidak berubah. Jalek hanya mampu mengangguk.

Jalek hanya memandang Farhana dengan ekor matanya. Gadis comel dan tembam yang penakut dahulu telah memandu sendiri. kagum desis hatinya. dia melihat Farhana di Kereta Honda Vios yang berwarna Silver. gadis itu sedang bercakap di telefon bimbitnya.

dia tersenyum, menghidupkan motosikalnya dan menuju ke gerai MARA. setibanya disana, pelanggan mula ramai. mujur masih ada satu meja kosong di sudut kedai. cepatnya sahaja kakinya melangkah. sempat dia mengambil jambangan ros Pink di dalam bakul.

" dek, bagi teh ais gelas besar 2" dia menjerit pada budak yang mengambil pesanan di kedai Mak Mah itu.

tak lama kemudian, minuman yang dipesannya tiba.

" hai bang, takkan sorang minum sampai 2 gelas. besar pulak tu.." budak tu "sound" pada Jalek.

" isk kau ni. kawan aku punyalah..." jalek membidas kata-kata budak tersebut.

"ohhh..patutlah..mesti besar jugak.." perlahan sahaja budak tu berkata.

jalek menghirup minumannya. ahhh hilang dahaganya. tertoleh-toleh dia melihat bayang Farhana muncul. bunga di tangan digenggam erat. mudah-mudahan misinya berjaya.itu doanya.

sedang dia ralit menonton Tv, Farhana muncul dihadapannya. dia sendiri tidak perasan bila gadis itu sampai di hadapannya. tiba-tiba muncul.

" duduklah.." dia mempelawa gadis itu duduk.

" maaf, lama menunggu. parking penuhlah, kereta parking kat bawah sana. " Farhana memulakan bicara.

"nah air Ana. Teh Ais gelas besar kegemaran Ana, betul tak?

" ingat lagi ekh.. terima kasih.." riang muka Farhana menyedut teh Ais kegemarannya. mana mungkin JAlek lupa akan perihal Farhana.

Farhana melambai ke arah budak yang mengambil pesanan sebentar tadi. JAlek hanya memerhati, mungkin gadis itu mahu memesan makanan. dia mengagak di dalam hati.

" dek, bagi akak, Nescafe ais yer.." gadis itu memesan.

" kuatnya Ana minum.. tak cukup segelas, tak padan dengan badan kecil" jalek menegur sejurus budak yang mengambil pesanan tersebut beredar.

" hehehe.." Farhana hanya tertawa.

Jalek bingung untuk mengeluarkan ayat terbaik. ayat-ayat yang dibina dan dihafalnya sejak semalam terus lenyap dalam ingatan. AHhh macam mana ni..

" Zaly, kenapa macam gelisah jer ni. sakit perut ke?" soal Farhana.

"ehhh taklah.." laju sahaja dia menjawab.

sedang dia menyusun ayat di dalam otak.. matanya tertumpu pada seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. raut wajah yang sperti dikenali. Dann...

" Hana" lelaki itu menyebut nama Farhana sebelum Farhana menoleh ke arahnya. gadis itu tersenyum. dan Jalek hanya mampu melihat. jantungnya seakan terhenti apabila melihat Farhana tersenyum manja ke arah lelaki yang kemudiannya mengambil tempat di sebelah Farhana.

"ermm.." jalek tidak mampu mengeluarkan perkataan..

" tak kenal aku lagi ke?" lelaki di hadapannya bertanya. sangat bersahaja dengan t'shirt biru polos berkolar dengan seluar pendek paras lutut.

" Adam?" laju sahaja sebaris nama itu meluncur keluar daripada bibir Jalek.

" hahaha kenal pun." pantas Adam menghulurkan salam dan mereka berjabat tangan.

" tak sangka boleh jumpa kau kat sini hari ni?" jalek bersuara dan Farhana hanya tersenyum memandang.

"a'ah aku pun tak sangka. kebetulan juga aku nak jumpa Ana ." Jalek menoleh pada Farhana di sebelah Adam. Adam juga turut menolah pada gadis disebelahnya.

"owh yeke.."

"a'ah..lama sungguh aku tak jumpa korang berdua ye..." jalek menutur ayat perlahan.

" yup lama sangat. lain ekh ko sekarang Lek, dah makin besar..." Adam pula bersuara.
farhana pula hanya tersenyum seakan setuju dengan Adam.

"sebenarnya aku ada hal nak cakapkan pada Ana. tak sangka jumpa kau sekali hari ni.."Jalek akhirnya meluahkan tujuan dia mahu berjumpa dengan Farhana.

" Lahh Ana pun ada nak beritahu sesuatu tentang "kami".." Farhana turut menyatakan perkara yang sama.

Giliran Adam pula terdiam dan hanya memandang. dia menyedut minumannya yang baru sampai ke meja mereka.

"Ana cakap dululah." Jalek memberi peluang kepada Farhana.

"Zaly lah cakap dulu.." Farhana pula mengalah.

kedua-dua enggan bersuara. dan Adam pula mencelah.

"Biarkan aku saja yang bercakap kalau korang tak nak bercakap. Boleh?" Adam bersuara memandang Farhana disebelahnya dan Jalek dihadapannya.

"haa.." kedua-dua mereka serentak bersuara.

" Hmm yelah.." kendur sahaja suara Farhana dan Jalek.

" jalek.." dan Jalek menoleh ke arah Adam.

" aku nak cakap pasal kitorang.."

"kitorang?" Jalek menyoal kembali. mengapa kitorang. ada sesapa lagi selain mereka bertiga disini? Farhana.

"yup kitorang. aku dan Hana."

sekali lagi jantung Jalek yang tadi laju berdegup kembali terhenti. gementar dia untuk mendengar kata-kata seterusnya daripada Adam. dan seakan lupa pada "misinya".

" sebenarnya aku dengan Hana dah nikah. minggu lepas. sewaktu kau kursus di KL. kan Farhana ada telefon tanya kau kat mana kan?. Sebenarnya kami nak jemput kau masa majlis nikah tu, kami berdua kan bekerja di Perak. Mak ayah kami yang uruskan. Majlis kami minggu depan. Aku nak beritahu awal pada kau tapi Hana tak bagi.dia kata nak buat surprise pada kau sebab dah lama korang tak jumpa." panjang lebar Adam menerangkan.

Dan saat itu, Jalek hanya memandang sepi tiga kuntum bunga Ros pink untuk Farhana yang ada disisinya. Hancur sudah harapannya. Misi yang tak sempurna.

Dia kembali memandang Farhana. baru dia perasan inai merah di jari Farhana, sebentuk cincin emas putih yang terhias indah di jari gadis itu. bunga pujaannya kini milik orang. milik rakannya sendiri. dia tersenyum sendiri.

" Tahniah..." hanya perkataan itu sahaja yang mampu di ucapnya. hanya mampu memandang Adam dan Farhana yang tersenyum bahagia.

" tadi Zali kata nak beritahu sesuatu pada Ana. Apa dia?" Farhana menanyakan tentangnya pula.

Jalek hanya mampu tersenyum. " haruskan dia menyuarakan hasratnya menyunting Farhana menjadi miliknya sedangkan gadis itu kini milik insan lain. Wajarkah?....
dan dia tahu semua jawapan tersebut dan dia hanya mampu tersenyum lantas menggeleng.

" tak da papelah. lain kali aku beritahu korang. berita yang korang baru sampaikan tadi sangat gempak sampaikan aku lupa apa yang aku nak beritahu pada korang terutamanya engkau Ana." jalek hanya mampu berseloroh.

" Okaylah Lek, sebenarnya kami keluar ni nak pergi ke butik andaman, untuk baju majlis minggu depan. nanti kau datang tau. " adam menambah.

"Nah, ni kad kitorang. ajak Along sekali dengan Mak cik juraiyah sekali tau. Farhana menghulurkan kad jemputannya pada Jalek.

berat tangan Jalek menyambut huluran daripada Farhana. kemudian kedua-dua pengantin baru itu pun bangun. Adam melangkah ke kaunter pembayaran. Jalek tak mampu berkata. jambangan bunganya dihulurkan kepada Farhana.

" untuk kau, hadiah sempena perkahwinan kau dengan Adam. Adam hanya tersenyum apabila melihat Jalek memandang padanya.

" la susah-susah jer. terima kasih." farhana menyambut riang. Adam berjalan kembali ke arah mereka.

"Tahniah, insya ALLAh kalau tiada apa aral, minggu depan aku datang." jalek menghulurkan tangan mengucapkan tahniah kepada Adam.

" Thanks bro..." Adam mengucapkan penghargaan.

" okaylah aku nak balik. tadi ada janji dengan kawan kampung." Jalek beralasan untuk segera beredar, dia tak mampu untuk menatap wajah gadis pujaannya lebih lama.

"okay. hati-hati..." serentak Adam dan Farhana bersuara.

jalek berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. pantas sahaja dia menyarungkan helmet dan beredar dari premis makanan tersebut.

sepanjang jalan dia tersenyum. namun bukan tersenyum seperti tadi. kini dia tersenyum kerana kecewa. gadis idaman dan pujaannya milik insan lain. niatnya mahu "berdating berdua bersama Farhana" seperti dalam mimpinya semalam kini tinggal mimpi. niatnya mahu melamar Farhana tinggal sejarah. dan hari ini, bersama-sama motor kesayangannya yang penuh minyak di tangki, dia mahu melepaskan kekecewaannya kerana Misinya kini tidak sempurna dan segala persiapannya sejak semalam hanya sia-sia. Misi yang tak sempurna kerana kini Farhana kini bergelar Puan Farhana isteri kepada sahabatnya Adam. Farhana bukan lagi gadia chubby yang sering disakatnya dahulu. dan dia sedar, Adam lebih sesuai dengan Farhana, sama kacak dan sama cantik. tak seperti dirinya yang kini seberat 93kg dengan hnya setinggi 174cm. dahulu Adam di ejek kerana pemuda itu berbadan besar dan sering di padankan dengan Farhana. Nahh kini roda telah berpusing. Adam diatas bersama farhana, dan dia kini di bawah. Jalek pasrah bersama misinya yang tak sempurna.


******************

ni cerpen pertama saya. Ilham daripada seorang teman...

Ahad, 29 Mac 2009

"keNapa aKU 19"


2 kali "mamat hantu" ni tawaf pekan Simpang yang tak besar mana ni. parking penuh, almaklumlah hari ahad. lagi-lagi orang baru lepas gaji. huhh jenuh juga nak cari parking, tapi akhirnya ada juga kancil yang ready nak mengundurkan diri daripada parking yang betulbetul depan Pasaraya Target(kira famouslah kat Simpang ni?). "mamat hantu' cepat-cepat masuk bila kancil tu berambus. huhhh budak kecil ni pula tak habis tersengih+senyum=suka sebab nak dapat aiskrim. bijak betul.


" kasut ucuk mana?" aku tanya kat Eja. dia duduk seat belakang. tak padan kecik, hati mengalahkan orang besar.

"ala ayong okong ar ite.." dia buat muka seposen minta aku dukung dia.

"nape ucuk tak pakai selipar tadi?" aku tanya lagi pada budak kecik ni. biasanya aku akan suruh dia berjalan sendiri. tak kuasa aku nak dukung. leceh.

"tadi ayong xsuruh pun akai eper.."

uikss pandai betul dia menjawab. a'ah ekh, tadikan aku terus jer masukkan dia dalam bakul. niat nak terus pergi rumah Afza. ni pasal "mamat hantu" tu lah.

aku toleh kanan, tengok dia dah keluar daripada kereta. siap menggeliat lagi. cehh macam jauh sangat jer drive sampai nak betulkan urat badan. aku buka pintu nak keluar. nak ambil si kenit kesayangan aku.

" aYong..epatlah.." si eja dah jerit pada aku. ala kereta kat sebelah ni pasal apa lah tak parking betul-betul. aku nak keluar pun susah. sempit.

"kejaplah Cuk.." aku suruh si kenit tu sabar. ishhh.. macam mana lah aku nak keluarkan budak ni.

"aku jengah kepala dalam kereta, niat nak suruh Eja ke seat depan.

" ucuk, meh pergi depan, pintu belakang tak boleh bukak lah sayang."

ekhh dah hilang budak ni, mana pergi?

rupa-rupanya dia dah berada dalam dukungan si mamat hantu tu. kurang asam betul. dah lah sempit, beritahulah awal-awal.

lepas aku tutup pintu dan mamat tu tekan alarm kereta dia, dia terus jalan tinggalkan aku yang tersepit di celah kereta. iskh..tapi nasib baik berjaya aku lepaskan diri.

"huhhh sejuk sikit" rasa dingin bila dah jejak kaki dalam pasar raya ni. tak de lah ramai sangat orang. aku toleh kiri kanan. Ala dah hilang dah si eja dengan mamat hantu tu. hmm mesti dah sampai kat peti aiskrim kat bahagian belakang. cepat-cepat aku melangkah ke bahagian belakang. ekhh tak de jugak. pergi mana pulak.

cari bahagian makanan ringan pun tak de. takkan ghaib kot. adoiyai..

cubalah cari kat bahagian atas.

uwaa kena panjat tangga. leceh betul. kenapalah tak de eskalator. aku bebel sensorang. sampai jer kat bahagian atas. aku masih tak jumpa bayang diorang. aku jalan lagi cari bahagian demi bahagian.

nak tahu apa diorang tengah buat...

" ucuk..." aku jerit panggil eja. dia senyum-senyum pada aku.

"kenapa tak tunggu along?" aku tanya dia walaupun aku tahu, soalan tu sepatutnya aku tanya pada mamat hantu tu.

"hihihi.." budak kenit tu ketawa.

"dah jom kita pergi cari aiskrim pula ekh.." mamat hantu tu bersuara dan pimpin eja. yang adik aku pulak, macam dah lupakan aku yang tercegat kat situ.

"ucukk.." aku jerit dan melangkah laju ke arah mereka.

setelah eja dapat aiskrim kegemaran dia, kami melangkah ke kaunter untuk buat pembayaran. hanya 2 kaunter sahaja yang dibuka. aku berjalan malas. eja pula senang dalam dukungan mamat hantu. rajin jugak dia melayan si kenit tu. aku biarkan sahaja.

tiba-tiba aku teringat aku nak beli something. erm nak beli ke tidak ekh..aduss segan seh.

" oi, ko bayarlah dulu, nanti tunggu aku dekat luar tau.." aku beritahu kat mamat hantu tu.

" awak nak beli apa? tak pelah pergi ambil nanti boleh bayar sekali.."

" ekh tak pe-tak pe.." cepat-cepat aku menolak. takkan nak suruh dia bayar, ohh tidak..

"pergi jerlah ambil... kan boleh bayar sekali.." suara dia meninggi sedikit.

aku malas nak cakap lagi tapi muncung dah keluar. aku buat-buat tak dengar. tercegat jer. giliran dia membayar..yess cabut. cepat-cepat aku melangkah mencari barang yang aku nak tu.
huhh Kotex...hahaha ada pun. beli yang kecil jerlah. bukan lama sangat pun nak duduk kat Penang tu. tapi aku pun tak tahu berapa lama aku duduk di sana.

hmm aku rasa aku ambil yang kecil jerlah. bukan kat Penang tu tak de kedai.

" cakap jerlah nak beli kotex. itu pun susah." tiba-tiba jer kotex yang aku nak capai tu diambil oleh tangan lain. aku toleh kiri. Eja senyum. "mamat hantu" tu dah pegang Kotex yang aku nak ambil tadi. warghh malunye. aku dah tak boleh kata apa dah. rasanya muka aku dah sama merah macam cat nippon point color merah. terkujat kat depan rak-rak yang disusun tuala wanita tu.

"ada pape lagi tak yang awak nak beli selain Kotex ni? " dia tanya pada aku dan siap dikuatkan sedikit perkataan "Kotex" tu.

cepat-cepat aku geleng kepala. lepas tu dia bagi isyarat pada aku supaya jalan dulu daripada dia. bila aku melangkah, dia ikut daripada belakang.

" cakap perlahan-lahan sudahlah perkataan Kotex tu.."aku dah menyumpah dia dalam hati. dah bengang gila dah ni..malu. tak pernah dalam seumur hidup aku orang lelaki yang belikan benda "alah" ni atau aku pergi beli dengan lelaki.

tersenyum-senyum budak kat kaunter tu yang tengok muka aku masam mencuka. yang mamat hantu tu pulak selamber jer bayar. eja plak suka lah, bukan setakat dapat aiskrim seperti yang dijanjikan tapi dapat sandal baru lagi. aku pula dapat malu..sadis betul.. apalah nasib aku kat Penang nanti..tiba-tiba pula macam tak nak ke sana.

Sabtu, 28 Mac 2009

"cinta Abang buRger 15"


angin petang sepoi-sepoi bahasa bertiup menyapa ke pipi Alia. Dia duduk di pangkin di belakang rumah untuk menghilangkan lelah menyapu di sekitar halaman belakang rumah. Hairi pula menyapu di halaman depan. cuaca redup petang sememangnya mendamaikan. Alia leka memerhatikan itik dan ayam yang saling berkejaran. Ahh kawanan haiwan yang bisa menghiburkan. Alia tersenyum sendiri. Nasib baik mak mertuanya tidak membela kawanan angsa, kalau tidak pasti tidak dia tidak menjejaki kaki ke tanah. Peristiwa aktiviti di rumah keluarga angkat masih segar diingatannya.

"Iza, jom teman aku pergi tengok air parit tu, jernihnya. tadi aku nampak banyak anak ikan." Alia mengajak temannya Iza ke parit berdekatan. Sewaktu turun daripada bas tadi, dia melalui jalan disebelah parit tersebut. geram dia melihat ikan-ikan kecil di dalam parit. Majlis perasmian program yang diikutinya masih belum bermula dan dia mengambil kesempatan untuk ke parit itu semula.

" tak mahu aku. kau tak nampak ke, ada angsa kat depan rumah tu." iza menunding jari menunjukkan sepasang angsa yang sedang berehat-rehat dihadapan rumah yang perlu mereka lalui untuk ke parit tersebut. tadi semasa mereka sampai, angsa-angsa tersebut tiada di situ.

"ala angsa tu tak kejarlah." Alia meyakinkan Iza. Iza pula kembali terhangguk-hangguk mendengar MP3 nya. sesekali laju membalas Sms daripada buah hatinya.

"jomlah" alia telah bangun dan menarik tangan Iza. terdorong badannya kehadapan tetapi nasib baik mampu mengimbangi badannya daripada jatuh.

"kau ni Lia, tak payahlah tarik-tarik. yelah aku temankan." Iza membebel namun kakinya pantas menyaingi langkah kaki Alia. Alia hanya tersenyum kemenangan.

" bestkan kampung ni. aku ingatkan kat selangor ni dah takde kampung lagi. " ngomel Alia. Iza hanya mendengar. Kamera digital di tangan di gunakan untuk merakam permandangan yang menarik perhatiannya.

" untung ekh kita join benda alah ni. tak sia-sia si Ada pujuk kita suruh follow program ni." Iza pula mengomel.

"Ejot, tengok tu!' tiba-tiba Alia terjerit kecil dan memukul tangan Iza agar kawannya itu turut melihat apa yang dilihatnya.

" pe bende? " iza menyoal, sedikit teruja.

" tu buah jambu comel-comel tu." Alia menunjukkan buah jambu loceng yang sedang masak ranum di atas pokok. sangat lebat buahnya.

"lahh buah jambu. aku ingatkan nampak kau nampak babun tadi. huhhh.."

"ko ni.." alia menepuk lembut tangan Iza.

iza hanya tertawa. lucu dia melihat telatah Alia. Hanya jambu loceng pun boleh buat rakannya itu tertarik.

" lia, semacam jer angsa-angsa tu pandang kita." Iza tertoleh-toleh pada angsa yang menuju ke arah mereka. tadi masa mereka melintas dihadapan haiwan tersebut, haiwan tu hanya memandang bersahaja. kini, dengan mengepak-ngepakkan kepaknya. haiwan itu seperti menuju ke arah mereka.

dari atas titi, Alia leka melihat anak-anak ikan di dalam parit tersebut. langsung tak memperdulikan Iza yang semakin cuak melihat angsa-angsa tersebut menghampiri mereka.

" lia..." Iza memanggil nama kawannya itu. namun tidak dipedulikan.

" lia aku chow dulu..aaaaaaa" Iza menjerit dan berlari meninggalkan Alia apabila angsa tu benar-benar berlari ke arah mereka. muncung angsa tu laju sahaja menghala ke arah Alia yang baru menyedari kehadiran angsa-angsa tersebut. tanpa sempat berbuat apa-apa muncung angsa tersebut telah sampai ke lengannya.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" panjang sahaja Alia menjerit, lantas dia bangun untuk melepaskan lengannya yang di "cium" angsa tersebut. manakala seekor lagi mengejar Iza yang telah langkah seribu.

dan lebih malang, Alia tersilap langkah dan..berdebushh..dia dan angsa tersebut kini bersama-sama dengan kawanan ikan di dalam parit..

tersenyum-senyum Alia mengingati memorinya bersama Iza. sebagai tanda kenangan, masih ada lagi parut "ciuman" angsa tersebut.

" senyum-senyum....ingat siapa tu?"tiba-tiba soalan menyapa gegendang telinganya. dan dia seakan kenal benar dengan empunya suara itu.

Alia kembali ke realiti, dia menoleh ke kanan dan Hairi telah duduk disebelahnya. asyik benar dia menghembus asap rokok ke udara. ahhh pencemaran udara kutuk Alia di dalam hati.

dari senyuman, mulut Alia berubah muncung. seakan mulut angsa yang mematuknya dahulu.

melihat mulut comel Alia berubah menjadi muncung, ketawa Hairi meletus keluar.

" comelnya muncung tu" dia bersuara sekadar mahu mengusik.

Alia disebelahnya langsung tidak bersuara. Hairi pelik. tadi tersengeh-sengeh gadis itu tersenyum sendiri. selepas di tegur, muncung pula. salah ayat atau tersalah kata.

"Lia.." Hairi memanggil perlahan.

Alia menyepikan diri. tak suka benar dia dengan bau asap rokok. benar -benar dia alah dengan bau tersebut. benar-benar mencemarkan alam.

"saya nak masuk" tiba-tiba gadis itu bersuara. kemudian dia bangun dan menyarung selipar yang ditanggalkannya tadi sebelum bersila diatas pangkin tersebut.

" ehh nantilah dulu. kenapa tak pasal-pasal marah kat Ery ni?" tanya Hairi apabila melihat telatah pelik Alia. kadang-kadang dia tidak mampu meramal telatah gadis comel di hadapannya. kejap tersenyum, kejap moody. ada masalah mental ke isterinya ini. minta dijauhkanlah.

" Lia nak masuk" alia tetap berkeras dan telah melangkah meninggalkan Hairi di pangkin berseorangan. Hairi hanya memandang dan tidak faham.

Tanpa salamnya bersahut, Alia melangkah masuk ke ruang dapur. Harum cempedak memenuhi rongga hidungnya. Ahh pasti mak tengah menggoreng cempedak ni. pagi tadi dia dan Hairi ke pasar Tani, geram dia melihat cempedak yang harum wangi, lantas dia meminta Hairi membeli sebiji cempedak untuknya.

"wanginya..." Alia menghampiri Mak Kiah dan laju sahaja tangannya mencapai sudip. diterbalik-balikkan cempedak yang bersalut tepung didalam kuali. hampir kekuningan warnanya. kejap lagi bolehlah diangkat. tak sabar dia mahu merasa keenakkan buah cempedak tersebut. Mak Kias yang sedang mengacau teh tarik hanya tersenyum melihat menantu perempuan tunggalnya itu.

"ery mana Lia?" Mak Kiah bertanya pada Alia yang sibuk mengangkat cempedak ke dalam tapis.

"ada kat luar mak" pendek sahaja Alia membalas.

"kenapa Lia tak temankan dia? Mak dah nak siap dah ni. Kejap lagi kita boleh makan di pangkin tu."

" tak mahulah mak, ada pencemaran udara kat situ" Alia mengomel.

dalam pada masa yang sama Hairi telah masuk ke ruang dapur. dia hanya mengisyaratkan agar maknya tidak menegurnya. lucu dia mendengar omelan Alia. patutlah muncung sahaja isterinya itu, tak suka bau rokok rupanya.

" kilang mana yang buat pencemaran Lia? ke ada lori hantu yang lalu tadi?" Hairi menyergah Alia. dia sudah berdiri di belakang Alia. Gadis itu tidak menyedari kehadirannya.

"haaa??" Alia terjerit kecil bila menyedari Hairi dibelakangnya. terlopong mulut comelnya mendengar patah kata yang dikeluarkan Hairi tadi.

pantas mulutnya ditutup oleh Hairi. sekali lagi dia terkejut dengan tindakan Hairi yang tiba-tiba itu. secara automatik tangannya yang memegang sudip dibawa ke mulut untuk mengalihkan tangan Hairi. sebelah lagi tangannya memegang tapis yang berisi cempedak goreng.

"papp" sudip tersebut terkena muka Hairi.

" aduhh" menjerit kecil Hairi apabila sudip panas itu menyapa pipinya.

Alia semakin gelabah melihat tangan Hairi menekap pipinya yang terkena sudip panas tersebut.
cepat-cepat dia letakkan pinggan dan sudip di atas dapur.

" awak tak apa-apa ke?" soal Alia susah hati.

Hairi pula telah duduk dikerusi di meja makan dan masih lagi menekap pipinya. langsung tidak menjawab pertanyaannya.

dia mendekati Hairi, matanya melilau mencari kelibat Mak Kiah. ibunya itu dilihatnya telah sampai ke pangkin di luar rumah. entah bila masanya sampai ke sana. melihat wajah Hairi dia serba salah.

"siapa suruh duduk belakang orang masa orang tengah buat kerja. lepas tu buat orang terperanjat. dah jadi macam ni, aku jugak yang susah." Alia mengomel di dalam hati.
ditangannya sehelai sapu tangan yang diambil didaatas almari.

"awak ok x?" takut-takut Alia menyoal. dia berdiri betul-betul disebelah Hairi. hairi tidak menghiraukannya. hanya terdengar suara halusnya mengeluh sakit.

"meh sini Lia tengok" Alia bersuara lagi. tangannya mencapai tangan Hairi yang menekap pipi.
Suka Hairi melihat telatah Lia yang berani-berani takut itu. dia masih ingin mengusik gadis itu lagi.

" aduhhh.." dia bersuara lebih kuat. kononnya berasa amat sakit.

" awak..Lia mintak maaf. meh basuh dulu muka tu, lepas tu kita pergi klinik." suara Alia bergetar seperti ingin menangis. matanya pula kelihatan berkaca-kaca seperti ada mutiara yang bakal keluar. manakalanya tangannya pula menarik sekuat tenaga Hairi ke sinki agar suaminya itu membasuh mukanya.

Hairi hanya mengikut telatah Alia. dia bangun dan membasuh mukanya. senyuman dan tawanya ditahan. lucu dia melihat warna muka gadis itu bertukar merah.

selesai sahaja dia membasuh muka, tubuhnya ditarik Alia agar bertentangan dengan tubuh gadis itu. dia buat-buat tiada perasaan. Alia menonjetkan kakinya, Ahh kenapalah suaminya ini terlalu tinggi bagi atau dia yang terlalu rendah. bersusah payah dia mahu melihat kesan sudip panas di wajah suaminya itu.

"ehh mana kesannya?" Alia hairan. namun tangannya masih mengelap wajah Hairi yang basah, masih membelek mencari kesan sudip panas tadi.

"mana?" dia bertanya lagi untuk memastikannya lagi.

"kat sini" hairi menunjukkan bibirnya sengaja mahu menyakat. semakin merah rona wajah Alia.

Ciss tertipu. Alia menyedari bahawa dia telah dipermainkan. tangan yang masih mengelap lembut wajah Hairi telah bertukar keras.

"auchh sakitlah lia" hairi menjerit. dia tahu gadis itu memprotes. namun kedua-duanya masih tidak bergerak. Statik.

mata Alia berkaca-kaca menahan mutiara yang hampir keluar. ahh akhirnya titis mutiara jernih itu jatuh jua. Hairi kaget. Aduss niat untuk mengusik hilang.

" Ery, Lia, kuali tu dah berasap!!!" tiba-tiba sahaja suara Mak Kiah bergema di ruang dapur. serentak itu kedua-duanya menoleh ke arah kuali.

"ya ALLAH" itu sahaja yang mampu diucapkan Alia. pantas Hairi melangkah menutup api. asap daripada kuali tersebut berkepul-kepul. minyak dan kuali terlalu panas. mujur Mak Kiah sedar.

"apa yang kamu berdua buat sampai tak sedar asap berkepul atas dapur?" mak kiah berleter kepada kedua-duanya.

Alia hanya diam. marah dan malu, semuanya menjadi satu. semua kerana Hairi.

"ehmm dah, Lia bawa cempedak tu, kita makan di luar. " Mak Kiah mengarahkan Alia. pantas Hairi yang mencapai pinggan dan menggantikan cempedak yang berada didalam tapis ke dalam pinggan.

" jom" Hairi mengajak Alia yang masih tercegat ditepi sinki. kaku sahaja tubuh gadis itu.

" jomlah. mak dah tunggu kat luar tu." Hairi memujuk.namun masih tidak mengucap kata maaf.

alia masih mengeraskan dirinya.

"Okay-okay Ery minta maaf ye. lain kali janji tak buat lagi."

alia memandang wajah Ery. rasa mahu dicekik sahaja batang leher lelaki di depannya itu.

"ehm.."pendek sahaja di bersuara. tangannya memegang pinggan di tangan Hairi.

"tak pe. Ery bawa."

Alia hanya membiarkan kata-kata Hairi dan berjalan ke arah pintu keluar.

dari pangkin Mak Kiah hanya tersenyum melihat telatah anak menantunya. sekurang-kurangnya hidupnya tidaklah terlalu sunyi dengan kehadiran kedua-duanya....

***************

alhamdulillah, berjaya juga sambung cerita ni sikit. harap kengkawan sudilah komen cerita "Cinta Abang Burger " ni. mungkin idea korang boleh memperbaiki gaya penulisan dan cerita Izz ni. sekian terima kasih.

Rabu, 25 Mac 2009

"keNapa aKU 18"

"gonjol!!!! geramnya aku...sapalah mamat hantu ni? kenapalah tak habis-habis mengganggu kedamaian hidup aku!!"

baju yang sedang aku lipat, aku gumpal-gumpal. sakit hati aku ni. tak pasal-pasal aku kena ikut dia pergi ke Penang. ada apa kat sana tu? mak pula tak nak beritahu kenapa? nak bawa angah teman pun tak kasi.

" long, dah siap ke?" mak jengah dari pintu bilik tanya pada aku. aku yang tengah muncung ni, hanya geleng-gelengkan kepala. mungkin sebab tak puas hati aku lama sangat mengemas, dia melangkah masa. kemudian duduk di sebelah aku. berbunyi tilam spring tu bila mak duduk.

"nanti dekat sana, jaga diri elok-elok. perangai tu jaga. jangan bangun lewat macam kat rumah. yang penting ubat jangan lupa makan." panjang lebar mak pesan kat aku..

aku ni mengangguk jer macam burung belatuk. tinggal sikit jer baju nak masuk dalam beg. laju sikit sebab mak tolong sama.

" mak"

aku panggil mak kat sebelah aku.

"hmm kenapa" mak aku tanya balik.

"kenapa anes kena makan ubat? anes bukan sakit pun. " dah lama sebenarnya aku nak tnya kat mak. baru hari ni terlepas dari mulut aku. mak aku senyum jer.

"kenapa mak?" aku tanya lagi bila soalan aku di balas dengan senyuman. mana aku faham kalau soalan yang jawapannya dijawab dengan senyuman.

" ubat tu doktor bagi untuk along makan. selagi tak habis, along makan jerlah ye." mak jawab macam tu. lepas tu dia bangun dan keluar.

isk macam tak menepati dan tidak menjawab soalan jer jawapan mak aku ni. aku ni dah lah budak sastera, kalau budak farmasi tahu jugak aku jenis-jenis ubat. hmm yelah-yelah, makan jerlah sampai habis. tapi macam mana nak habis, habis jer stok baru dah sampai. sampai bila aku kena makan ubat pun aku tak tahu.

"ayong, nak g ane?" adik aku yang kecil dah masuk bilik. dengan botol susu kat tangan dia dah melendet tepi aku. aku angkat dia letah atas pangku aku.

"muahhh..muahhh cayang udak ucuk..'' aku cium kiri kanan pipi dia. "ucuk nak ikut along?" aku tanya dia. walaupun baru 3 tahun tapi budak kecil ni faham n keletah bercakap.

"nak.nanti beli jajan ekh." dia jawab. tak habis-habis dengan jajan dia.

" jauh tau...nanti umi tak de. nenen pun takde. nanti ucuk nak nenen macam mana?along tak de nenen macam umi."

" botol cucu kan ade. umi takde, ayong kan ade.." perh pandai pulak dia jawab. tapi budak kecil ni memang rapat sangat dengan aku. sampai kan aku ikut Afza pergi jemputan kahwin sepupu dia dengan azri pun budak kecil ni ikut. huhuhu melepas aku nak ngorat pakwe, dah macam ada anak sorang.

"hmm yelah, ucuk pergi tanya umi, ucuk leh ikut along ke tidak." aku dah suruh budak kecil ni keluar, kalau tak, tak siap aku mengemas.

"ye..ye..ye itot ayong.." hahaha tertawa sendiri aku layan si kecil tu. terkedek-kedek dia keluar dari bilik.

akhirnya siap jugak aku mengemas. tak banyak pun baju. satu beg bagasi yang 24 inci tu jer.hahaha..

aku tarik bawa kat ruang tamu. huhh berat juga. si mamat hantu tu.. sengih jer tengok aku.

"apa sengeh-sengeh?" aku sound direct. dia masih senyum. apa yang lawak sangat pun aku tak tahu.

"cute ar muka awak dengan muncung tu" dia sound kat aku bila aku duduk kat sebelah dia.

aku dah tarik muka..suka-suka hati dia jer nak sound-sound muncung aku. hak milik kekal ni tau.

" pukul berapa kita nak gerak ni? kalau lambat lagi, aku nak keluar." aku dah bangun lepas cakap macam tu. nak pergi pakai tudung. niat nak pergi rumah Afza nak bagitau dia tentang pemergian aku yang tiba-tiba ni.

"dalam pukul 5 kita gerak ok." dia jawab lambat-lambat kat aku.

"ayong..ite nak entot lah.."eja dah keluar dari dapur. isk budak ni, pantang betul aku nak bergerak.

"meh sini along ikatkan rambut." serabai betul budak kecil ni. aku ambil getah dan mula menyikat rambut dia. aku bubuh minyak sikit bagi kemas.
elok jer aku dah siap. tiba-tiba mamat tu dah terpacak kat depan aku.

"jom"
"nak pergi mana?" aku tanya dengan muka yang hairan. "dah nak gerak ke? kata pukul 5, ni baru pukul 3.15."

"saya hantar awak." dia offer untuk hantar aku. ekh apasal baik sangat ni?

"hmm tak payahlah. " aku tolak jual mahal. si eja aku dah dukung. peneman aku yang setia.

" tak pe biar saya yang hantar. nanti susah awak nak bawak motor dengan budak kecik ni. bahawa." dia sempat cuit dagu eja yang dalam dukungan aku.

"ala dah biasa pun." aku tinggalkan dia dan berjalan turun ke tangga. kunci motor ayah dah ada dalam tangan aku. elok aku nak cucuk kunci...pap kena rampas.

"oii apa ni..mintalah balik kunci tu. "
mamat tu pulak selamber jer berjalan menuju ke kereta hitam dia tu. iskkk spoil betullah..

" naik kereta cepat." dia dah bagi arahan pada aku.

" tak naklah" aku jerit balik kat dia.

dia keluar lepas hidupkan enjin kereta dia. huhh ingat aku hadap sangat nak naik kereta dia agaknya. setakat gen2 jer.

dengan muka selamber dia jalan ke arah aku. dia ambil eja yang aku dah letakkan dalam bakul motor.

" eja itot abang ekh. abang bawak pergi beli aiskrim. kita tinggalkan ayong ekh." dia ajuk macam eja cakap. suka ajer lah budak kecil tu bila dengar word aiskrim tu.

" ayah..." aku tak puas hati. aku jerit panggil ayah. terkocoh-kocoh ayah keluar.

"kenapa??" ayah tanya dengan muka macam terkejut.

"ni hah budak ni. rampas-rampas kunci, lepas tu ambil eja pulak." aku adu pada ayah.

"lahai ingatkan apa dia tadi. dah lah long, ko naik jer kereta dengan Lan tu. kan senang. panas-panas ni. kesian si eja tu..." itu jawapan ayah yang bunyi macam backup dia.

" ala anes tak nak lah yah. mintalah balik kunci tu." aku dah hentak kaki kat simen. iskk ayah ni tolonglah backup aku. ni boleh tolong mamat tu plak. mamat tu dah sengih-sengih dari dalam kereta.

" dah tak payah nak muncung-muncung macam itik. kau naik jer kereta tu. bagitau kat Lan, biar dia hantar." ayah pulak bagi arahan kat aku.

" alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" panjang jer aku jawab. dan dengan berat hati dan kaki aku melangkah. senyum lebar mamat tu sengeh.

" nak pergi mana?" dia dah tanya aku dan kereta dah bergerak.

"rumah Afza!" aku jawab.

"kita pergi kedai dulu ye. belikan aiskrim eja." "eja nak aiskrim kan.."

aku malas nak jawab. yang eja pulak sengeh-sengeh suka dapat ikut dan bakal dapat aiskrim...
tensionnya...

Sabtu, 7 Mac 2009

"keNapa aKU 17"

"long bangunlah..dah tengah hari dah ni.."

" erm.."

" iskk bangunlah mak dah bising.."
ila dah goncang-goncang badan aku. ala ada jer gangguan time aku nak tidur ni. rasanya baru jer aku tidur lepas subuh tadi. takkan dah tengah hari kot. aku tarik gebor, buat-buat tak dengar dan abaikan si ila yang dok goncang-gancang aku. aku cepuk jugak budak kecik ni.

"wehh mak suruh bangun ar"

"ala ko cakap ar along demam."
aku suruh adik aku bohong sunat.hahaha ustazah aku tak pernah ajar pun. malam tadi aku tidur lewat, mata aku ni memberontak tak nak tutup..

"alongggg.."
aku dah dengar suara cik kiah melaungkan nama anak sulung dia...tidur aku pulak dah terganggu, terkebil-kebil dibuatnya berselubung dalam gebor ni. alaa.. nak tidur, nak tidur...

aku namsih tak nak bangun lagi. aku try juga pejam mata aku rapat-rapat. padahal dah panas gila berselubung dalam selimut ni. kaki aku aku goyang-goyangkan sambil cari mood tidur balik.
tiba-tiba aku rasa basah. ekh jangan salah sangka ok..bukan ngompol tapi kenapa basah kat atas kepala jer ni..aku tarik gebor yang tutp muka aku.arrr cik bakar dah tersengih depan aku.

" hujan long?" perlahan jer ayah aku tanya aku. siap tersenyum simpul lagi. bukan ke ayah kerja pagi ke hari ni?

"alaa..ayah ni. " aku dah bangun dan duduk. buat-buat muka tak faham dan siap ada muncung lagi kat bibir aku ni.

" dah bangun. mak engkau terjerit terlolong kat bawah masak. kau sedap jer membuta sampai ke tengah hari. bangUNN..." ayah aku bagi kata penegas ka hujung ayat dia. lepas tu dia keluar dari bilik aku dengan gayung kecil dia yang buat siram aku.

dengan malas aku bangun, gumpal-gumpal selimut yang basah, kepit kat ketiak. aku keluar daripada bilik. ekh..macam lain jer rumah aku ni? kenapa nampak berseri sangat jer hari ni.
aku kagum. aku melangkah ke dapur di mana suara riuh rendah mak aku dengan si Izzatul Aisyah, adik bongsu aku.

" muahhhh"aku tangkap Eja dan cium dia dari belakang. comelnya budak kecil ni dlam hati aku. kecik-kecik dulu aku pun macam si eja ni juga. hahaha aku yang over perasaan.

" ucuk wat ape ni?" aku sembang dengan si eja dan buat ayat budak kecil. padahal selalu aku yang macam cikgu bahasa melayu marah orang cakap elat-elat dengan si kecil ni. leka betul si kecik ni main masak-masak. ada senduk dan mangkuk plastik. mak aku bagi dia sehelai daun bayam. mata aku meleret tengok mak aku yang macam Chef Rina memasak. sangat tangkas. mcam bervariasi jer lauk yang dia masak. manakala kat dalam bilik air, Ila si mama dobi tengah sibuk bilas baju. rajinnya orang kat rumah aku ni...

" mak masak ape?" aku tanya mak aku yang tengah pegang ikan pari. mungkin kejap lagi dia nak buat pembedahan perut ke atas ikan pari tu. mak aku tak menyahut serius seh muka dia. uikk datang bulan ke?..hehehe

aku tinggalkan si eja dengan centong dan mangkuk-mangkuknya. aku jengah atas meja. yeyeye ada bihun goreng. isk sedapnya. lapar pula jadinya. mak ni mogok pula dengan aku. tanya tak berjawab. aku tarik kerusi. gebor tadi aku letak kat hujung tangga, tempat di mana baju-baju kotor di longgokkan. nak baling dalam bilik air, nanti mama dobi bising.

" bihun pagi tadi ekh mak? " aku tanya soalan membazir pada mak aku dan dalam masa yang sama aku dah senduk bihun tadi ke dalam pinggan. wahhh sangat best. bangun-bangun jer dah ada makanan tersedia.

baru aku nak ceduk bihun dengan garpu, tiba-tiba ada orang tarik pinggan aku. alaa kenapa kebahagiaan aku di gugat hari ni. aku toleh dan pusing ke kanan. ekhh siapa ni? haa mamat hantu ni ada kat rumah aku? kenapa dia ada kat sini? macam mana dia boleh ada kat sini? aduss banyak persoalan yang muncul ni. sapa yang nak jawab?!

" pergi basuh muka tu dulu cik kak. mandi sekali pun bagus jugak.." dia sengih-sengih sambil pegang pinggan aku dan siap bagi arahan suruh mandi sekali. suka hati dia jer nak suruh-suruh aku.

aku pandang mak aku yang masih dekat sinki. nak buat muka kesian mintak tolong. kena gangguan seksual ni.

" memang tak senonoh budak sorang ni Lan. bangun-bangun tahunya melantak cari makanan.." mak aku buat ayat sadis. sampai hatinya. mamat hantu tu dah tarik kerusi sebelah aku. dia ambil garpu yang kat tangan aku. "ngapp" dia suap bihun tu masuk dalam mulut. kempunan aku tengok bihun tu kena bedal dengan dia.

" kau ni apasal?" suara aku dah naik. geram ni. dah lah tak da siapa yang tolong back up aku. bihun aku pun kena bedal dengan mangkuk hayun ni.

" woii" aku dah tolak-tolak bahu dia. dia pulak selamba jer menyuap. siap mintak aku amik kan sos cili yang dekat dengan aku. aku pun hulur kat dia. ekh napa aku hulurkan dia. ala macam mana boleh ada tindakan luar kawal ni.

" pergilah mandi long. tak malu ke kamu pada si azlan tu?" suara ayah aku pulak kedengaran. dia baru keluar dari bilik dia. aku bangun. tolak kerusi kuat-kuat sampai terkena pada mamat hantu tu. tapi dia masih tekun menyuap bihun-bihun aku tu.

"bencinya" aku jerit .
si Eja sengih-sengih kat aku. isk adik aku ni, perli aku ker.

" pergi mandi tu. gebor ko tu tak payah basuh. amik dan pergi jemur." mak aku bagi arahan kat aku. kenapa ni...semua orang buat aku tertekan. dahlah tiba-tiba mamat hantu ni boleh muncul secara tiba-tiba kat rumah aku.

" mak.." aku panggil mak aku. gebor kat tangan aku, aku gumpal-gumpal agar jadi bulat. aku tak puas hati. sebenarnya ada apa hari ni?

" apa?" akhirnya mak aku menyahut panggilan aku. aku dah berdiri kat belakang dia dekat dengan tingkap. pandangan mata aku dah sampai kat longkang belakang rumah aku.

" ada apa hari ni? banyaknyer mak masak?" aku tanya mak aku lagi.

mak aku senyum kat aku. ekhh senyum pulak. pelik-pelik.

" kamu tu pergi mandi. pakai yang elok-elok sikit. petang ni Azlan nak bawa kamu balik Penang.

" hahh Penang?" terkejut aku. automatik muka aku jadi muka tak percaya+ terkejut=langsung tak faham.

"buat apa?" itu jer soalan yang drastik yang mampu keluar dengan cepat pada masa ni. keterkejutan buat aku kelu.

" pergi rumah Azlan lah" selamba mak aku jawab sambil membungkus ikan-ikan pari dia.

dan aku pun terkaku di situ. kenapa aku? kenapa aku nak kena ikut dia balik Penang???


****
sambungan "kenapa aku" untuk korang semua yang setia menunggu. maaf lama sangat menunggu.

to tzaraz,
sorri ye, penat ang menunggu. sekarang baru idea mai kat ceq...rumate ku selalu membuatkan idea hilang. pagi ni dia ade futsal. so ketika ini lah masa di hargai sepenuhnya. hehehe...

Selasa, 3 Mac 2009

"cinta Abang buRger 14"

" Man, bila kau nak bayar hutang aku? kau ingat aku ni Jabatan Kebajikan Masyarakat yang saja-saja bagi duit kat orang hah??" suara Razak sudah meninggi dan hampir menengking Rahman di hadapannya. Rahman hanya tertunduk dan mukanya kelihatan rungsing. Razak kemudiannya berjalan mundar-mandir di hadapannya. mukanya bengis dan juga kelihatan seperti memikirkan masalah.

" kau cakap kau nak bayar minggu lepas, sekarang dah berapa haribulan??"
Razak bersuara dengan lantang dan tinggi..

"a..aku bayar bila aku dah ada duit nanti" Rahman menjawab tersangkut-sangkut. kecut perutnya apabila Razak meninggikan suara. Dia tahu, Razak sangat memerlukan duit kini. Namun apakan daya, semua gajinya telah di habiskan di meja judi dan berfoya-foya bersama Akma, gadis pelayan di disko yang selalu di kunjunginya.

" itu jerlah modal kau. nanti, nanti...nanti..,lepas tu pinjam lagi." Peluh menitis di muka bengis Razak walaupun hujan turun dengan lebat di luar. malah kipas yang terpasang di syiling masih tidak mampu menyejukkan badannya.

Razak bingung, Tauke Wong pasti bertanya ke mana wang sebanyak RM20 ribu itu hilang. langsung tak munasabah jika dia mahu katakan bahawa wang itu telah habis dia jolikan. malah mustahil untuk dia meminta Madia duit sebanyak itu. Mana isterinya ada wang sebanyak itu. jika isterinya masih bergelar seorang pensyarah seperti 15 tahun dulu pasti boleh membantunya.

" aku nak esok kau pulangkan duit aku. Kalau tak nahas kau!!!..razak memberi amaran kepada Rahman. Rahman hanya termanggu-manggu. kemudian dia keluar dan kedengaran enjin keretanya mengaum menginggalkan rumah tersebut.

hujan yang lebat, menyebabkan Razak memandu perlahan. dalam kerungsingan dia mencari hala untuk di tuju. Masalahnya yang tidak selesai membuat dia hilang arah. untuk pulang ke rumah adalah tidak mungkin baginya. hanya menambahkan kusut apabila melihat wajah Madia. ya, dia perlu mencari teman yang boleh menghilangkan kerungsingannya untuk seketika. Wajah Emilia bermain di matanya. teringat dia akan gadis putih gebu dan berbadan moontok yang amat menggoda itu. Nafsunya melonjak dan perlu gadis itu. stereng keretanya di paut kasar memusing menghala ke rumah Emilia. Dalam rungsing dia tersenyum sendiri memikirkan layanan daripada gadis muda itu.

dalam 5 minit dia telah sampai di hadapan rumah Emilia. hujan tidak segila tadi. namun rintik-rintik kasar masih boleh di rasai. Razak hanya memakir keretanya di luar pagar. sunyi sahaja rumah teres satu tingkat itu. mungkin penghuninya sedang tidur tekanya sendiri. dengan menggunakan kunci pendua dia membuka pintu berhati-hati dan melangkah masuk seperti pencuri. kepalanya menjengah ke ruang tamu. sepi. hanya majalah-majalah yang bersepah di hadapan tv dan di atas sofa. kakinya melangkah ke bilik utama. perlahan-lahan tombol pintu di pusing kerana tidak mahu mengejutkan penghuninya.

Emilia sedang culas tidur. terserlah kulit putih gebunya yang hanya bersarung baju tidur nipis berwarna kuning air. nafsu Razak kembali melonjak. pantas dia membuka bajunya dan perlahan-lahan ke atas katil. Emilia yang sedang nyenyak tidur di perhatikan. dia sengaja bermain bulu mata gadis itu. gadis itu seakan terganggu tidurnya.

"emilia." Razak memanggil perlahan nama gadis di hadapannya. hanya sejengkal saja jarak muka di antara mereka.

Emilia memaksa membuka matanya. cuaca yang sejuk membuat dia malas dan mahu menyambung tidurnya.

"sayang" razak kembali bersuara.

Emilia hanya tersenyum memandang Razak di hadapannya. rambutnya yang jatuh ke muka di selak ke belakang. dia mendekat badannya pada Razak.

'abang pergi mana? lama tak jumpa Emy kat sini. Mesti jumpa si tua tu kan. Emilia bersuara seakan merajuk. namun dia sudah berada dalam pelukan Razak.

" abang pergi kerja sayang. Ada projek di Endau."
" betul???" Emilia membuat suara manjanya..pelukannya semakin kuat..
" betul lah..abang tak tipu.."

Isnin, 2 Mac 2009

“Cinta Abang Burger 13”

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri ....

lagu " bila diri disayangi" nyanyian ukays bermain di corong radio. Hairi bersiul sendiri mengikut alunan muzik yang diputar oleh deejay bertugas Linda Onn. Sememangnya sinar.fm menjadi pilhannya bila mahukan muzik. muzik-muzik rock kapak memang cocok dengan dirinya. sesekali dia tersenyum sendiri.

Wan Bintang hanya tergelak memandang Hairi yang dilanda penyakit angau. Asyik benar dia bersiul sambil sesekali mengikut perlahan irama lagu tersebut..tangannya masih laju menghiris timun-timunnya. Nampak seperti bahagia temannya yang seorang itu.

Wan menghampiri radio dan tangannya cepat mematikan suiz..hahaha dia tertawa besar. hilang senyum di bibir Hairi yang tadi asyik tersenyum sendirian.

"kau kenapa? dah kurang kerja ke?" laju sahaja mulutnya mengeluarkan soalan. Wan sengaja mempermainkannya. Wan masih tertawa. Hairi tak menghiraukan temannya itu. Dia maju tiga langkah kehadapan dari kedudukannya memetik suiz menghidupkan kembali radio.

" angau betul kau ni kan sejak kahwin. senyum memanjang jer aku perhatikan.bahagia sangat ke bila dah ada bini??"

Hairi hanya menjeling sipi temannya itu. menggelang-gelengkan kepala sambil tersenyum dan tetap meneruskan tugasnya.

"woi aku tanya ni..!!" dan satu tepukan kuat hinggap di bahu Hairi. kemudian dia berdiri agak rapat dan memandang muka Hairi menunggu jawapan.

" lahhh kau ni apesal? terlebih perasaan ke terkurang perasaan? tadi macam terlebih, ni macam dah tak berperasaan..." Wan mengomel sendiri.

"woiiiiiiiii ery!!!" tiba-tiba Wan menjerit..
Hairi tersentak dengan jeritan Wan yang tiba-tiba. dua tiga orang yang sedang lalu di situ juga menoleh ke arah Wan.

" kau kenapa?" Hairi bertanya hairan.

" kenapa kau tanya? yang aku tanya kau, kau tak jawab tu kenapa? " wan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"kau tanya ke?" Hairi bertanya kembali.

"subhanaAllah, dia tanya lagi?" Wan mengeluh sendiri. "tak pelah Ry, kau abaikan jerlah pertanyaan aku tadi. " Wan menepuk2 bahu Hairi kemudian dia mengeluarkan roti-roti burger daripada bakul motornya.

" yup, aku memang bahagia. bahagia sangat.." akhirnya Hairi menjawab soalan Wan. sengaja tadi dia membiarkan temannya berteka-teki.

" orang kahwin macam kau pun boleh bahagia jugak ekh.."

"apesal ko ingat tak boleh bahagia ke?"

" bukan tak boleh, boleh kot. kalau tak, takdelah angau sampai sengih sana sini sensorang. Amer kata hari tu dia nampak kau kat tasik dengan bini kau."

" ekh bila dia ke situ? aku tak perasan pun? " Hairi menyoal.

" tengok.. kan aku dah kata. ANGAU. member sendiri lalu pun tak perasan. memancing pun bawak bini. isk isk.."

Hairi tersengih mendengar kata-kata Wan. kesilapan sendiri. Dia benar-benar tak perasan bila masanya Amer lalu di situ.

" Amer ada kat tasik, dia main takraw kat court dengan budak-budak Machap. "

"owhhh" Hairi menggangguk-ngangguk dan masih tersengih.

" sape nama bini kau tu?" Wan bertanya sambil mengemas.

"Lia. bukan aku dah bagitau kau ke?" hairi bertanya kerana seingatnya dia telah memberitahu Wan.

"a'ah Dayang Alia. lupa pulak aku. sorry ye bro"

"tak payah ingat pun tak pe" perlahan jer ayat itu meluncur di bibir Hairi. tangannya pula mengemas bahan-bahan yang telah siap dihiris tadi. dia kemudian bergerak ke kerusi di depan warung burgernya itu.

" amboi..tak payah ingat ekh..yelah aku tak ingatlah..bini orang, buat ape aku nak sibuk-sibuk ingat kan. tak pasal-pasal ada laki orang cemburu nanti. lebam pulak mata aku nanti.." wan membuat ayat sedih sehingga menyebabkan Hairi tertawa besar.

" walaupun aku tak kenal dia. dan kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain tapi dia buat aku rasa bahagia tau Jeng. tapi aku sendiri pelik, kenapa Long Madia tak nak jumpa dia kan. dan aku sampai sekarang masih tak tahu apa sebenarnya yang berlaku malam tu. tak pasal-pasal aku kahwin free." keluhan kecil kedengaran di hujung kata-kata Hairi.

Wan Bintang@Gonjeng mengambil tempat di sebelah Hairi. matanya memandang dua tiga remaja yang sedang menyarung boot bola di tepi padang.

" alia tak cerita pape ke pada kau?"

" hmm dia cuma cerita pasal hidup dia. dan aku rasa masih banyak lagi yang dia simpan daripada aku.."

" ooo akhirnya bercerita juga ye..apa dia cerita beb?" Wan berminat untuk mengetahui cerita Hairi.

" dia asal Sarawak tapi di besarkan kat semenanjung. yatim piatu. long madia yang jaga dia."

" ooo sarawak..patut nama ada Dayang."

"A'ah..ekh kau nak tahu satu benda tak? Long Madia yang tukang sapu sekolah tu sebenarnya bekas pensyarah" hairi teruja nak bercerita dan dia bertanya serta menjawab soalannya sendiri tanpa Wan sempat menjawab.

"haa.. pensyarah?? biar betul kau ni?" wan buat muka tak percaya. mustahil wanita tua yang menjadi tukang cuci di sekolah rendah itu bekas pensyarah. berkali-kali dia menggeleng kepalanya. satu kebenaran yang sukar untuk di terima akalnya.

" betullah, buat apa aku nak tipu kau. Alia yang cerita pada aku. yang Amer nampak aku kat Machap hari tu, masa tulah dia cerita." hairi cuba meyakinkan temannya.

" isk kau ni, entah-entah si Alia tu kelentong kau jer kot. yang kau pulak, dah angau percaya jer apa kata dia.." wan masih sukar untuk percaya. karakter wanita tua tersebut langsung tak menunjukkan dia seorang terpelajar. dia menggeleng lagi.

" ermm..entah tapi macam tulah Alia bagitau kat aku hari tu. " suara Hairi sudah berubah nada. sedikit kecewa. bukan kecewa dengan sikap Wan yang tak mahu mempercayai kata-katanya. tetapi kecewa dengan kebenaran yang mungkin Alia membohonginya. dia memandang kosong ke arah padang.

"haaaaaa..baru aku teringat." tiba-tiba Wan bersuara dengan kuat. tersentak Hairi daripada lamunannya yang baru hendak bermula.

" dulu, masa kita tingkatan 6. masa tu aku nak pergi simpang. aku jalan kaki. kejap lagi ada kereta berhenti, tanya jalan kat aku. plat kereta Singapore. Mat saleh tanya kat aku jalan nak pergi Mersing. pekat gila pelat Inggeris dia."

" habis tu kenapa?." Hairi menyampuk.

" aku ni kan kau tahu, mane tahu nak cakap omputih. dan kebetulan masa tu Long Madia lalu. dia pergi dapatkan aku yang tengah tergagap-gagap bina ayat. lepas tu aku tengok jerlah dia speaking dengan Mat Salleh tu. lancar gila dia speaking dengan pelat omputih yang terror. "

"yeke" Hairi bertanya pendek.

" yelah..memang fasih dia cakap BI" Wan meyakinkan Hairi yang seperti tak percaya akan ceritanya.

" hmmm jadi mungkin benar apa yang Alia cerita pada aku." Hairi membuat telahannya sendiri dan seperti mendapat kemenangan.



"yup, mungkin betul. huhh tak sangka kan yang orang tua tu bekas pensyarah. tapi kenapa sampai jadi tukang cuci?" Wan menyoal sendiri.

"entah.."

akhirnya kedua-duanya memandang antara satu sama lain sehingga pelanggan mereka tiba. dan persoalan mereka terbiar tanpa jawapan.



*****

maaf ye, lama tak masukkan n3. sibuk sikit. lagipun kekeringan idea. semoga n3 ni buat korang puas hati.

Isnin, 16 Februari 2009

“Cinta Abang Burger 12”

mega merah menyorok di celah-celah awan petang, melambai cahaya gelap yang bakal menggantikan kecerahan siang. munculnya magrib diikuti malam yang panjang. haiwan-haiwan pulang ke sarang, reban dan kandang, manakala manusia juga kembali ke teratak mereka untuk membenarkan malam berlabuh.

long madia duduk di pangkin di hadapan rumahnya. tercongok sendiri menatap dada langit yang tinggal merah sebelum pekat malam mengambil tempat. dengusan nafas lemahnya dilepaskan seakan melepaskan apa yang tersemat dan terbeban dam batin yang tak mampu diluahkan. rindunya pada Alia memuncak, namun pada siapa yang harus diluahkan. dia tidak mampu meluahkan lalu rindu itu menjadi barah yang memakan dirinya sendiri.

semalam sewaktu pulang ke rumah, dia singgah ke Pasar Mini Islam. kebetulan sewaktu melintas jalan untuk pulang ke rumah, Alia berlalu bersama Hairi. untungnya gadis itu tidak perasan akannya. kalau tidak pasti dia tidak sanggup berhadapan dengan gadis itu.

masih jelas di ingatannya seminggu yang lalu, dia terserempak dengan Alia dan Mak Kiah di pasar Tani pada hari ahad yang lepas. beria-ria gadis itu menyalaminya, memeluknya dan bertanya khabar tentangnya, tapi dia mematikan diri bagaikan tiada perasaan dan meninggalkan gadis tersebut tanpa kata.

" long.." alia meluru ke arah long madia apabila dia bertembung dengan long madianya. berlari anak dia mendapatkan long madianya di seberang jalan.

long madia tersentak apabila namanya diseru. dia berpaling ke seberang jalan yang ramai dengan pengunjung pasar tani. dia tergamam apabila melihat Alia beria-ria tersenyum dan melambai-lambaikan tangan kepadanya. gadis itu lantas memandang kenderaan di jalan yang agak sibuk untuk melintas. dia mahu pergi daripada situ tetapi bagaikan ada magnet di kakinya yang menyukarkannya untuk bergerak.

"assalamualaikum long. long sihat? lamanya tak jumpa long. long pergi mana hari tu? lia datang, rumah long kosong. jiran sebelah pun tak tahu long pergi mana? lia rindu pada long."

bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Alia hanya dipandang sepi. tubuhnya yang diraih dan didakap erat Alia juga di biarkan saja. hanya hantinya sahaja yang mengalunkan nada sedih. sebak di dada di tahan. sebelum air matanya gugur di hadapan gadis itu, dia melepaskan dakapan gadis itu. di capainya bakul yang dibawa yang jatuh setelah Alia mendakapnya sebentar tadi.

sewaktu melepaskan tubuh gadis tersebut, dia benar-benar tidak mampu menahan sebak. namun digagahkan jua melepaskan tubuhnya daripada dakapan tersebut. wajah Alia yang terkejut dan tidak mengerti, jelas bermain di layar matanya. gadis yang dipelihara sejak kecil itu bagaikan anaknya sendiri. namun disebabkan kekhilafan itu, dia terpaksa membuangnya demi menyelamatkan sebuah kesucian dan maruah diri.

azan magrib dari surau lama yang dilaungkan oleh bilai kampung sayup-sayup menerjah di cuping telinganya. dia bagaikan tersedar daripada lamunannya. awan yang merah tadi sudah digantikan dengan warna hitam malam yang mahu melabuhkan tirainya. nyamuk-nyamuk gajah liar mencari sasaran untuk menyuntik darah. long madia mengesot untuk turun daripada pangkin. bakul bersama kain yang dilipatnya di gendong sama. kemudian tubuh tua itu berjalan lemah memasuki rumah...

Selasa, 3 Februari 2009

“Cinta Abang Burger 11”

Tanpa di sedari, telah hampir sebulan Alia menjalani kehidupan sebagai kehidupan seorang isteri dan menantu. status yang tidak pernah diimpikan dengan cara dia perolehi. sememangnya semua insan di dunia mahukan status tersebut namun bukanlah dengan cara yang sebegitu. ditangkap basah!dan berkahwin dengan tiba-tiba, tanpa ada majlis yang meriah seperti keluarga lain. namun Alia bersyukur kerana dia mendapat tempat berlindung yang amat selesa baginya. hairi bukanlah seorang pemuda yang kaya dengan harta benda tetapi dia seorang yang kaya dengan budi pekerti. manakala mak kiah pula seorang ibu yang penyayang, membuatkan dia benar-benar merasa kasih sayang yang pernah hilang daripada hidupnya dahulu.



" assalamualaikum" kedengaran ada suara menyapanya dan memberi salam dari belakang. Alia menoleh ke belakang. dia mengesot ke kiri sedikit untuk memberikan tempat buat hairi.



"wasalam..awak." alia memberikan senyuman buat hairi yang menghampirinya dan mengambil tempat disebelahnya.



" aliya menung ape? macam jauh menungnya." hairi memulakan bicara. dia merenung ke arah tasik seperti Alia sebentar tadi. angin petang yang berhembus menyapu lembut ke mukanya.



" saya fikirkan hidup saya. diam tak diam dah hampir sebulan saya di sini. bersama awak dan mak. sesuatu yang saya tak sangka akan berlaku dalam hidup saya." alia melepaskan apa yang difikirannya. hari ini biar dia luahkan apa yang terpendam di hatinya.



" terima kasih awak. terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan saya dan baik terhadap saya. kalau tak, saya tak tahu akan akan jadi dengan hidup saya sekarang ni."



" kenapa ucapkan terima kasih? saya tak buat apa-apa pun. malah saya yang harus minta maaf pada awak sebab kita terpaksa berkahwin dengan cara begini."



" awak tak perlu mintak maaf. malam tu, awak tak salah. niat awak nak tolong saya kan. dan saya sendiri tak percaya bila awak sanggup menikahi saya. padahal awak tak salah. "



" saya menikahi awak sebab permintaan mak dan rasa tanggungjawab saya sebagai seorang lelaki."



alia bergerak sedikit dan memusingkan badannya ke arah kanan. menghadap hairi di sebelah.

ayat-ayat yang didengarinya sebentar tadi seperti berulang-ulang di gegendang telinganya. benarkah?



" mak suruh awak kahwin dengan saya?" soal alia tidak percaya.



hairi hanya tersenyum dan dia pula mengadap Alia.



" yup, mak minta saya Mohd Hairi bin Zainudin untuk menikahi awak Dayang Alia binti Abdullah"



jawab Hairi dengan nada yang agak nakal dan senyuman melebar. manakala matanya tepat merenung ke dalam mata Alia. dan renungan itu membuatkan muka Aliya mula merah dan panas. cepat-cepat Alia menoleh ke arah lain. kali terakhir hairi memerhatinya sebegitu semasa di rumah Pak Andak.



" sedapnya bihun goreng ni. nurul masak ke along yang masak? " hairi bersuara dengan mulut yang masih mengunyah bihun. laju saja suapan bihun masuk ke mulutnya.



manakala along, nurul dan alia sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakan untuk kenduri malam arwah malam nanti.



" kak Alia lah yang masak Abang Ery. mana nurul pandai masak." nurul bersuara sambil tangannya mengupas bawang merah. manakala along mea sibuk mengisar lada. alia pula di sinki membersihkan sayur-sayur yang sudah siap di potong.



" sedap bihun awak masak." hairi berdiri di tepi alia dengan pinggan di tangan. renungan matanya membuat alia kelu.





" ehmm..ehmm" nurul bersuara nakal. memerah muka alia.

hairi hanya tersenyum.



"awak ni mudah mengelamunkan? sejak hari pertama saya menikahi awak sampai sekarang. mudahnya berkhayal." kaki hairi menguis-nguis batu-batu di gigi air. sungguh tenang suasana di tasik Machap di petang-petang begini.



alia menoleh ke arah hairi kemudian membuang pandangan pada tasik yang berada di hadapannya. pertanyaan Hairi mengembalikan dia ke dunia realiti.



" hobi saya." Alia menjawab ringkas dan tersenyum. lesung pipit di pipi kirinya jelas kelihatan.



" awak ni siapa sebenarnya Alia?" hairi meluahkan teka teki yang bermain di mindanya selama ini. sejak dua lelaki yang memberi amaraan kepadanya tempoh hari. amat mudah teka teki mengenai asal usul Alia bermain dimindanya.



alia tersenyum seperti tadi bila dia mendengar pertanyaan Hairi. akhirnya keluar juga soalan Hairi berkenaan dirinya. sesuatu yang telah dia duga.



" awak betul-betul nak tahu?," alia bertanya untuk mendapatkan kepastian Hairi.



hairi meletakkan tangannya ke atas tangan Alia. manakalanya pula menganguk dan bibirnya tersenyum. tanpa suara dia memberikan kepastian.



" panjang ceritanya awak.." alia mengeluh lemah.



" pendek kan..." hairi menjawab nakal. saja dia bergurau untuk mengelakkan perbualan yang terlalu serius. dia lebih sukakan cara santai. sebab itu, dia beria mengajak Alia menemaninya memancing di tasik petang ni. warung burgernya di jaga oleh Wan.



"awakkk.." alia bersuara dengan agak manja. sifat Alia yang makin disedari oleh Hairi.



" ok..ok.. ceritalah...kalau panjang sangat. kita tidur kat sini jer.." hairi sempat mengusik Alia.

" seperti yang awak tahu, saya dilahirkan di sarawak. mak saya orang sana. tapi ayah saya orang semenanjung. orang selangor. ayah dengan mak bertemu apabila ayah ditugaskan di sarawak. ayah saya polis. saya ada 2 orang adik-beradik perempuan. dania dan marissa."

"ekh kejap..kejap..bukan ke hari tu awak kata awak anak yatim piatu sebelum kita bernikah. " hairi menyoal apabila dia teringat kembali semasa sebelum dia dan Alia bernikah.

" saya tak habis cerita lagi awak." alia menjawab ringkas. dia tahu Hairi pasti akan bertanya mengenai itu juga.

"tapi segala-galanya berubah apabila ayah diberikan tugas untuk menyiasat satu sindiket penjualan dadah di daerah Sibu. daerah di mana saya dibesarkan. kerana kes tersebut. saya kehilangan semua ahli keluarga termasuk ayah.mereka semua meninggal dunia akibat satu kemalangan yang dirancang, saya terselamat kerana sewaktu itu saya bersekolah di asrama penuh."

" sejak peristiwa itu saya diambil oleh ibu saudara saya. dengannyalah saya menumpang kasih. tapi semuanya juga sementara. apabila Long Madia berkahwin dengan uncle Rizal, semuanya berubah. masa itu kami tinggal di Melaka. sebelum Long Madia berkahwin, dia sebenarnya pensyarah di Universiti Sains Malaysia kat Penang. tapi apabila dah berkahwin, dia melepaskan jawatannya kerana Uncle Rizal seorang yang cemburu." Alia melepaskan keluhan. kayu ditangannya menguis-nguis batu kecil di tanah. Hairi hanya mendengar dengan penuh minat.

" saya pula selepas matrikulasi, saya dapat tawaran belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. selama 3 tahun saya di sana dan saya sebenarnya baru tamat belajar."

" ooo..budak pandai lah Alia ni. " Hairi mencuit hidung Alia yang comel. tindakan spontan daripada Hairi dan membuatkan Alia malu. Dia menjarakkan sedikit jaraknya dengan Hairi. rasanya seperti terlalu rapat antara jaraknya dengan Hairi.

"awakk" seperti biasa ayat itu yang keluar daripada mulut kecil Alia.

" hmm panjang rupanya kisah hidup isteri saya ni. ingat tadi nak dirikan khemah jer kat sini. mana tahu kena tidur sebab cerita tak habis lagi." hairi melepaskan tawanya lalu bangun pergi ke arah batang pancing yang ditinggalkannya tadi.

Alia hanya tersenyum malu. Hairi memang suka mengusiknya. mulanya dia agak janggal tetapi lama kelamaan dia mula selesa. sikap Hairi membuatkan dia tidak merasa terlalu kekok untuk berbicara.

" Alia cepat..ambilkan baldi dalam kereta." tiba-tiba dia terdengar Hairi menjerit kepadanya. dia bingkas bangun dan berlari kearah kereta dan mengambil baldi yang mereka bawa tadi. kemudian berlari semula ke arah Hairi.

" nah awak." Alia menyerahkan baldi kepada Hairi dengan nafas yang tercungap-cungap. baldi bertukar tangan.

" ikan apa ni awak? besarnya!" alia menyoal. ikan yang masih di mata pancing Hairi diperhatikan. hairi amat berhati-hati melepaskan ikan tersebut.

hairi yang mencangkung, mendongak sedikit ke arah Alia yang menunduk seakan sedang rukuk. dia kemudian tersenyum. wajah Alia kelihatan teruja melihat ikan ditangannya. Alia juga tersenyum, kemudian duduk mencangkung seperti Hairi.

" cantiklah ikan ni. "

" ini nama dia ikan kaloi."

"wahh ini ke ikan kaloi. yang macam dalam cerita bawang merah bawang putih tu??" Alia menyoal seakan tidak percaya.

hairi hanya mengangguk dan ikan kaloi tersebut dimasukkan ke dalam baldi. dia mengemas peralatan memancingnya. alia pula masih membelek ikan di dalam baldi tersebut. kelihatan seperti sangat khusyuk membelek ikan.

Hairi meninggalkan Alia dan berjalan menuju Alia dengan peralatan memncingnya. Dia tahu Alia tidak perasan.

selepas menghidupkan enjin kereta, dia pergi kepada Alia. entah apa gadis itu buat dengan ikan kaloi tersebut.

" lia tak nak balik ke? ke nak duduk dengan ikan kaloi ni kat sini. kalau nak nanti Ery lepaskan ikan ni dengan Alia sekali kat dalam tasik.." usik Hairi.

Alia mendongak dan memasamkan mukanya. suka benar Hairi mengusiknya.

" dah nak balik ke? dah siap ke awak memancing? cukup ke seekor jer?" alia menyoal laju. dia kemudian melihat peralatan memancing Hairi yang telah tiada di tepi batu tadi.

"ehhh." alia hairan. " dah siap kemas?"

" dah puan dayang Alia. dah nak balik dah. awak tu jer yang nak jadi penunggu tasik. dah jom balik." hairi mencapai baldi di depan Alia.

" dah pukul 7 petang dah ni. kejap lagi magrib. nanti risau mak kat rumah tu." pantas Hairi berjalan ke arah kereta.

" awak tunggu.." Alia berlari anak mengejar langkah yang agak laju.

kelihatan beberapa remaja yang mengunjungi tasik itu juga beransur pulang ke rumah masing-masing. Hairi memandu tenang pulang ke rumah.

*****