BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Khamis, 29 Januari 2009

" keNApa aKU 16?"

kenapa aku??
isk isk pening-pening... apesal la dengan mamat hantu tu?. demam ke kena sampuk. dah lah tu tiba-tiba jer. ke nak balas dendam pasal hari tu?. ala tak suka la macam ni.

" samekom?"
mai dah duduk sebelah aku. jelig sikit jer pada dia. dah baring bawah pangkin ni, memang susah aku nak bangun.

" assalamualaikum?" aku bagi salam lagi sekali.

" eleh..wa'alaikumsalam" mai jawab dengan mulut muncung. mesti bengang.

" ko dah lupa bagi salam bebetul ke makcik?" aku taya dia. aku tengok dia yang mula tampar nyamuk.

" ala ko ni. poyolah long.." dia jawab balik.

"otak ko poyo!!.. sekolah agama jer bertingkat-tingkat tapi bagi salam hampeh!" geramnya aku dengan budak ni. ada ke dia kata aku poyo.

" apa poyo-poyo? ko tahu ke apa erti poyo tu?" aku tanya dia balik. sambil-sambil tu aku angkat-angkat kaki. exercise..

" poyo tu skema macam ko la. yang tak boleh silap sikit.rileks ar..kita-kita jer..tak payah ar nak formal sangat." mai dah bangun. pastu dia lompat-lompat nak capai daun kelapa sawit.

" ko tahu tak, poyo tu maksudnya cantik. ke memang ko nak puji aku cantik?" aku senyum-senyum tanya dia.

" he'eleh..memandai jer ko kata poyo tu cantik. macam lah ada tulis dalam Kamus Dewan.." mai buat muka tak percaya pada aku. kat tangan dia dah dapat daun kelapa sawit. entah apa dia wat aku pun tak tahu. yang penting mesti nak membazir merosakan alam.

" ooo ko tak caye ekh? nanti ko pergi kat rak buku rumah aku. ko selak kamus dewan. " aku bagi arahan kat dia. dia ingat aku temberang kat dia agaknya.

" emm yelah.." dia jawab dengan nada malas.

aku turunkan kaki. aku duduk. pastu letak dagu atas lutut. kemudian belek jari-jari kaki aku.
kemetot jer jari-jari aku ni.

" mai" aku panggil mai. macam nak luahkan perasaan aku pada makcik ketot ni. mai ni pendek jer orangnya.


" ko ingat tak mamat hantu yang aku cerita pada ko hari tu?" aku terus jer cerita pada dia.

" tadi dia jumpa aku. lepas tu dia kata aku dia punya." aku cerita kat mai.

bulat mata mai tengok aku. siap buat terkebil-kebil lagi. lepastu dia buat muka memikir ala-ala pemikir agung.

"hahahaha" tiba-tiba jer dia ketawa.

aikk kena sawan ke minah ni? aku lagi hairan.

" lahh dia cakap macam tu ke?" dia tanya aku.

" yelah dia cakap macam tu. takkan aku nak buat cerita. " aku jawab dengan suara yang tak puas hati.

" yelahh..memang ko dia punya." mai jawab pastu dia terus bangun dan berambus daripada tempat kitorang lepak pergi kat budak-budak main gitar depan rumah aku.

tapi kenapa jawapan dia macam menyokong kenyataan mamat 'hantu' tu???

kenapa??

Jumaat, 23 Januari 2009

"keNapa aKU 15"

' long ohh long..'

aku dengar ada suara menjerit panggil aku. alamak siapa pulak ni tapi macam suara tok mak. tengah best-best aku makan jambu ball ni ada saja yang mengacau. aku intai sikit. tengok macam ada kereta parking depan rumah tok abah. uikss siapa ekh tu..tak kenal pun.

aku buat tak tahu saja. tangan aku capai buah jambu ball yang tengah masak ranum. sedapnya bila dapat gigit fresh-fresh macam ni.

" astaghfirullah...dekat atas pokok rupanya dia. dipanggil langsung tak berjawab.." macam dah kantoi jer. aku pandang bawah. ada lah dalam 6 kaki. ada tok mak dengan seorang lelaki yang pakai cap warne merah hitam tapi tak dongak kat aku macam tok mak buat.

aku sengih jer. perlahan-lahan aku turun. tapi tangan sempat petik buah-buah jambu yang mana sempat aku capai. aku masukkan dalam poket seluar sebab aku tak bawa plastik naik tadi.

huhu..nak turun pokok jambu yang usia dia lagi tua daripada usia aku ni susah sikit. sebabnya atok aku dah cantas dahan-dahan yang kat bahagian bawah. masa nak panjat tadi pun. aku kena lompat sikit, baru dapat capai dahan. lepas bergayut n naikkan kaki kat dahan baru boleh panjat. kiranya kalau nak panjat, mesti guna kekuatan tangan yang kuatlah..macam aku..

sampai jer di dahan kat bawah.aku turun kan badan aku perlahan-lahan. aku bergayut lepas tu aku hayun dan aku lompat..dah sampai atas tanah. selamat pendaratan aku.

aku tepuk-tepuk baju dan seluar aku yang comot kena lumut pokok. kaki aku pula sarung selipar yang aku tinggalkan kat bawah tadi.

"nak apa tok mak?" aku tanya tok mak sambil tangan aku masih membersihkan pakaian aku.

" ni hah si Lan ni nak jumpa kamu.. "

aku terus pandang tok mak aku dengan yang kat sebelah tok mak aku.
lahh kenapa aku tak perasan tadi. 'hantu' ni rupanya. dia pakai cap sampai aku tak perasan.

masa aku pandang ke arah dia, baru dia tanggalkan cap dari atas kepala. lebar jer mulut dia sengih pada aku. hmm apelah si 'hantu' ni nak dari aku ekh?

" kau nak ape?" kasar jer aku tanya kat dia. aku tak peduli pun tok mak aku yang kat sebelah. aku jalan pergi kat pokok durian yang senget.aku bertenggek kat sini, keluarkan jambu ball dari poket dan kunyah jambu tu.

" dahlah, atok nak pergi tengok ayam itik lagi bagus daripada melayan kamu ni long" tok mak aku dah blahh dari situ. bosan gaknya dia tengok kita orang.

aku tengok jer tok mak. 'hantu' tu pun sama. apa lah dia nak ni. penyibuk!

" ko nak ape?" aku tanya sekali lagi sebab soalan aku yang tadi dia tak jawab.

dia jalan dekat dengan aku. lepas tu duduk sebelah aku dan pandang kat aku yang hanya memandang buah jambu kat tangan.

" saya nak awak" pendek jer dia jawab.

uikss salah dengar ke? aku toleh pandang 'hantu' tu. dia senyum.

" kau ni sihat ke tidak?" aku tanya dia lagi. aku campak biji jambu yang ada kat tangan betul-betul kena lembu hitam atok aku. bengang jer lembu tu dengan aku.

"saya nak awaklah" dia masih jawab macam tu. kemudian senyum lagi.

" apesal?" aku tanya lagi. peliklah " hantu" ni. kenapa tiba-tiba nak aku ni??

" sebab awak, saya punya" slumber jer mulut dia ucapkan ayat tu. aku jadi lagi bertambah pelik dan hairan. takkan sebab kena katuk dengan batang penyapu hari tu, terus biol kot.

"keNapa aKU 14"

keadaan kantin lengang semasa aku masuk. yelah, hari ni kan kertas terakhir untuk calon STPM. Pelajar pula dah mula bercuti masa minggu pertama STPM bermula. yang ada di sekolah ni pun cuma pekerja pentadbiran dengan tukang kebun jer serta guru-guru yang bertugas. aku tercari-cari " hantu" tu. dekat mana lah dia menyorok. senget betul, bukan nak minta maaf ke apa. dah bercorak batik baju aku di kerja kan. dia lari, tunggu kau makhluk. jaga!!!

" lek, kau ni pukul berapa nak siap kerja ni? kata nak pergi pukul 4.30 petang. ni dah nak dekat pukul 4 ni.." azlan dah mencangkung depan Jalek yang sedang mencuci cawan-cawan air.

" ala kejap lagi lah. ko tak nampak ke cawan-cawan ni. lepas aku siap basuh dengan menyapu kat depan sana, kita cabut ar.." Jalek memuncungkan mulutnya ke arah depan kaunter air. sememang tugasnya memerlukan dia membersihkan kawasan di sekitar tempat jualan air tersebut.

" perhh bro, banyak lagi rupanya tugas kau ekh. aku ingat dah settle da. mana penyapu, meh aku tolong." azlan berdiri dan mencari batang penyapu.

" kat sini bro penyapunya. " aku pula bersuara bila aku dah jumpa hantu tu. di sini rupanya dia.

" kau ni pula kenapa?" mamat hantu tu tanya balik pada aku. buat-buat tak faham pula dia. nak kena ni..

" kau ni buta ke apa? aku nak tanya kau sikit. dulu masa ko amik lesen, siapa pegawai JPJ yang bagi kau lulus tu." aku soal mamat hantu. Muka jer bagus, moral hampeh!

"apasal kau nak tahu? lantak ar siapa pun pegawai JPJ tu. saudara kau ke? " mamat tu jawab macam tu kat aku. dia bergerak ke arah tong air jagung yang masih tinggal suku airnya.

" JJN 2641 tu kau punya kereta kan." aku tanya dia lagi.

Dengan kening yang berkerut Azlan mengangguk. Mana datanglah minah gila ni. sejak peristiwa jatuh pokok hari tu, aku ingat aku dah takkan jumpa lagi dengan minah gila ni. jumpa lagi pulak tu. ni mesti pasal kes tadi ni. bukan dia tak sedar, cuma saja buat-buat tak perasan akan kesalahannya.

" kau rasa kereta kau tu dah bagus sangat ke hah? " suara aku makin tinggi nadanya. 'hantu" ni macam tak faham bahasa. buta hati kot.

" a'ah bagus" mamat tu selamber je jawab kat aku. makin hangat dada aku ni. aku rasa macam malas jer aku nak cakap banyak. si Afza dengan Azri dah terpacak depan pintu kat dapur tempat cuci cawan tu. Abg jual air tu pun dah terpacak tengok aku bertekak.

dengan menggunakan batang penyapu yang ada pada tangan aku. aku hentak kat perut mamat tu. terkejut gila muka dia. lepas tu aku sepak kaki dia. tertunduk dia menahan sakit. bila tengok dia yang langsung tak protect diri ini. aku angkat tong air jagung yang ada disebelah dia dan aku siram atas kepala mamat hantu yang tengah mencangkung. hehehe ala-ala mcam tengah mandikan orang di tepi telaga gitu.

" hari ni kau mandi air jagung. biar tambah sikit moral kau tu." akku bagi kata-kata terakir kat mamat yang tengah menyeringai kesakitan. yang lain pula terkebil-kebil tengok tindakan aku.

masa aku tuang sir jgung atas kepala 'hantu' tu. aku tak habis kan semua. ada baki air yang aku tinggalkan.

aku angkat tong air jagung tu ke tempat di mana kereta hitam tu berada. aku tengok azri dah parking kereta dia di sebelah kereta tu.

" rasakan." aku jirus baki air jagung tu pada cermin depan kereta hitam tu. siap ada biji-biji jagung lagi yang tertinggal pada cermin tersebut. selalunya orang jer yang minum air jagung. Hari ni, Gen2 pun dapat minum air jagung. hehehe

aku patah balik ke dalam kaunter air pulangkan balik tong air yang dah kosong. aku tengok dah takde orang kat tempat cuci pinggan tu. lantak ar aku tak kuasa nak amik tahu.

" mana pulak belangkas ni pergi." aku cakap sendiri bila tengok Afza dengan Azri hilang. aku pergi ke arah depan kantin, rupanya budak 2 ekor tu tengah makan nugget. cehh sempat pula dia makan kat sini.

" jom balik. " aku cakap dekat Afza dengan Azri.

" dah settle ke?" Azri tanya aku. dia senyum-senyum pada aku.

" dah. ko nampak kan tadi?" aku soal dia balik. aku dah tarik nugge kat tangan Afza. hmm nyam-nyam..aku kunyah nugget tu sambil jalan menuju ke arah kereta.

" ko ni teruk lah. kan aku tengah makan tu. B tengok ar tu" afza dah merengek pada azri. siap tarik-tarik tangan Azri tunjuk ke arah aku. azri cuma sengih jer.
ala mengada-ngada pulak kawan aku ni depan pakwe dia. nyampah seh.

aku terus buka pintu belakang dan masuk dalam kereta. kembali ke tempat aku di belakang. sambil jeling kereta kat sebelah, puasnya hati aku. tersenyum aku sorang-sorang.

azri terus hidupkan enjin kereta berundur keluar dari parking. minah sorang tu monyok jer. ala pasal nugget sekeping pun nak berkira dengan aku. aku malas nak ambil pusing. aku tengah bahagia ni. masa nak keluar gate, aku tengok "hantu" tu keluar. hahaha padan muka kau! aku cakap dalam hati bila mamat tu macam dah menyangkung depan kereta dia sambil pegang kepala gaya bingung. mesti best gila bila tengok biji-biji jagung tu.

"kita balik ni tau. dah takde nak pergi mana-mana kan" azri tiba-tiba bersuara. afza senyap jer sebab masih merajuk gayanya.

" a'ah, jomlah balik. badan aku dah gatal-gatal pakai baju kotor ni. lagi pun barang aku dah ambil tadi.." aku duduk bersandar senang hati..puas hati.

"hmm.." aku dengar Azri bersuara. tersenyum dia tengok aku dari cermin.

"keNapa aKU 13"

hari ni adalah kertas terakhir yang aku jawab. SYARIAH..macam tak percaya kan. ini semua gara-gara moksu lah ni. tak pasal-pasal aku ambil syariah. padahal langsung aku tak tahu apa. poksu yang ambil, dengan aku jadi mangsa. moksu aku ni graduate dari universiti of yarmouk. pakcik aku pula cuma pelukis pelan jer. so untuk menyeimbangkan level dengan isteri dia. berulangkali dia ambil STPM. huhuhu sian aku tengok pakcik aku tu. yelah dah 3 kali ambil periksa tapi result tetap macam tu.

yang aku pulak ambil SYARIAH, konon sebab ada basic sekolah agama. yelah ada belajar hadis 40. tapi tadi masa menjawab..huhh berpinar biji mata aku. seperti biasa kaedah gorang secukup rasalah aku buat. hehehe...pasti jahanam result aku..

" za, macam tadi. okay tak?" aku tanya kat afza bila tengok muka tak ceria dia. dia ni pula jadi mangsa aku. kalau tak, aku takda kawan nak belajar syariah yang sememangnya kitorang langsung tak belajar.

" bolehlah..asalkan takda yang aku tak jawab..kira okaylah kan" relaks jer minah ni jawab. dia skor kot.aku fikir dalam diam.

" ala dah tu..kenapa muka kau monyok?? relaksla..jom kita pergi makan cendol kat tepi jalan hujung stesen bas yok" aku ajak afza makan cendol yang tiap-tiap hari aku pandang. hari ni, teringin sangat pulak aku nak makan. tanpa berlengah lagi aku heret jer minah tu ikut kaki aku melangkah...

" mamak, bagi cendol pulut satu dengan cendol kacang satu ekh" aku jerit kat pakcik mamak tu. pelanggan tak ramai sangat. so kira okaylah aku duduk kat meja hujung. terlindung sikit dari cahaya matahari petang. si Afza pula aku tengok tengah khusyuk dengan handphone dia. mesti tengah sibuk bersms dengan Azri.

" za, kau nak buat apa lepas ni?" aku tanya jer kat dia walaupun dia macam sibuk. dia cuma geleng-geleng kepala kat aku.

" keje yok" aku ajak dia kerja.

dia terus angkat kepala, pandang muka aku. lepastu berkerut-kerut kening dia.

" kenapa?" aku tanya dia balik.

" Azri tak kasi aku kerja la nisa. lagipun kerja kan penat. malaslah aku"

boleh pula dia jawab macam tu kan. sabar jerlah..

" hmm yelah, kau bolehlah. duduk rumah pun duit masuk. aku ni, nasi memang masuk kat mulut tapi memang kempunan ar nak beli handphone, baju yang aku idamkan. tengoklah..handphone baling anjing pun aku tak da tau."

aku complain tak puas hati pada Afza. sememangnya prinsip ayah aku, takkan dia belikan benda-benda macam handphone tu untuk anak-anak. Angah pun ada handphone sebab Ery pakwa dia bagi.

" ko kerjalah. tapi aku rasa kau carilah kerja kat Senai. Lumayan sikit gajinya. kat Simpang ni, berapa sen no lah ko boleh dapat." afza bagi cadangan pada kau.

" memanglah.tapi macam ko tak kenal cik bako tu. macam senang jer nak lepaskan aku kerja jauh-jauh. " aku ngomel sambil sedut cendol yang dah tinggal sisa dalam mangkuk. sedapnya panas-panas macam ni makan cendol.

" kalau macam t kau cari jerlah kerja kat simpang. nanti aku teman kau"

" kau nak teman aku??" aku soal Afza. macam tak percaya dia nak teman kan aku cari kerja.

" yup" pendek jer afza jawab.lepas tu dia bangun pergi bayar.

" jom balik, kejap lagi Azri sampai. dia suruh kita tunggu kat depan kedai sana. "
Afza angkat tangan tujuk kedai yang kat seberang jalan.

untung betul la orang ada pakwa ni. jeles betul aku. dalam terkocoh-kocoh aku betul kan beg. afza dah menyeberang dulu.

dan aku pulak rasa tiba-tiba jer ada air terpercik pada muka aku. siot betul la. hantu manalah bawa kereta yang takda sensitiviti pada pejalan kaki mcam aku ni. ada ke dia boleh langgar lecek kat tepi jalan tu. semalam hujan lebat, jadi ada air bertakung dalam lopak.

uwaaaaaa basah baju aku. aku dah kibas-kibas baju dengan beg sendeng aku. afza dah ada kat sebelah aku tolong lap guna tisu. macamlah kering. pakcik-pakcik yang ada di kedai cendol dengan kedai seberang jalan tu dah tengok aku semcam jer.

aku tengok kereta hitam tu dah masuk jalan menuju ke sekolah aku. siap ko antu.

"za, jom. aku tarik tangan Afza dan menuju kereta Azri di depan kedai. aku terus buka pintu di sebelah pemandu dan Afza duduk di belakang.

" Ri, ko pergi sekolah jap." aku bagi arahan pada Azri sebelum dia sempat tanya soalan pada aku. mesti dia hairan tengok baju aku basah dan comot serta aku yang tiba-tiba duduk depan, yang makwe dia pulak duduk belakang.

" kenapa?" dia tanya aku dengan muka pelik. tapi dah pusing stereng untuk buat U turn.

" barang aku tinggallah"aku jawab sambil pandang Afza yang duduk belakang. dia pun tak kata pape.

bila masuk jalan ke sekolah, aku nampak kereta hitam tu parking dekat dengan kantin. aku agak mesti si pemilik kereta ada dalam kantin. tapi mcam kenal jer kereta tu.

"keNapa aKU 12"

" long, ptg nanti jalan jom. kita g round-round macam selalu. cepai abg ada kat rumah.."

" okay cantek.."

teringat perbualan aku dengan mai sebelum aku masuk rumah lepas panggil mak tadi. mesti ada story yang dia nak cerita dengan aku. apa lah agaknya tu.. golek punya golek aku tertidur.. sedar-sedar mai dah melengko sebelah aku. dia pun tergolek sekali. entah bila lah dia masuk dengan tidur di sebelah aku.

"woi mek, bangunlah" aku tepuk sikit punggung mai.

"hmm.." sikit jer dia bunyi. mata katup lagi.

aku apa lagi.

" woi" dengan suara yang kuat dan satu tamparan hebat yang mengenai punggung montok tu aku bagi kat mai. hahahaha..

" sakit ar" terus bangun gosok bontot minah sorang tu. taktik aku berjaya. hahaha

' nak pergi ronder ke x?" aku tanya kat dia. aku dah bangun dan ikat rambut aku yang kontot.

aku tengok dia masih atas katil lagi.

"tak jadilah, abang guna motor. " mai jawab.

" a'alah..abg pezal bawa pergi mana.. spoil betul la." aku terus campak sikat yang ada di tangan aku kat atas gerobok solek tu.

"entah" pendek jer mai jawab pastu pejam balik mata dia yang memang tak lah terbuka besar sangat tadi.

aku pun join dia sekaki... berdengkurlah 2 orang puteri pada petang hari. hehehe

***********

" cik nasir dengan mak jah kamu kirom salam" ayah aku bersuara masa aku melabuhkan punggung ke kerusi masa nak tengok tv.

" wa'alaikumsalam"

" abang kamal kamu kirim salam juga."

" wa'alaikumsalam" aku jawab untuk kali kedua tapi kepala aku langsung tak toleh tengok ayah aku. best pulak citer cina kat TV2 ni. aku memang hantu citer cina.

" nanti lepas stpm, ayah nak kamu pergi penang, kamu kan nak sangat pergi ke sana kan." ayah aku sambuang lagi.

aku pulak dengar tak dengar jer.

tiba-tiba jer aku citer cine aku dah hilang. siapa pulak main control tv ni? aku toleh belakang. tengok-tengok ayah aku dah mencerlung mata tengok aku.

alalala... macam baginda dah murka jer. huhuhuh cerita cina aku... baik aku angkat punggung sebelum forum perdana bermula.

" periksa tinggal berapa hari jer lagi, tolak masa tidur, mandi, makan....dah tinggal berapa hari jer kau nak ulangkaji pelajaran. tak pernahnya aku tengok nak belajar. lagi-lagi ngadap tv.."

dari dalam bilik aku dengar ayah aku membebel..ala tension betul..
terpaksalah aku capai buku.

" sistem perlembagaan di Malaysia" alaa kenapa lah buku ni yang aku ambil. eee tak sukanya aku belajar pengajian am ni. aku tukar ambil buku mikro ekonomi. yang ni best sikit ada kira-kira... tapi lima minit aku ngadap..aku dah ngantuk. aku bangun terus ambil toto, bentang kat bilik alif . selamat malam.

"keNapa aKU 11"

aku kua bilik air jer, aku tengok makcik yang kat atas tu tengah sembang dengan mak. huhuhu kene salam lah ni. lau tak mesti membebel cik kiah tu...

aku terus pergi kat makcik tu dan salam dia. tanpa sepatah kata aku terus jer nak angkat kaki menuju ke bilik aku.

" long, ko tolong tumiskan sayur mak tu. tadi mak tunggu air mendidih, nanti kau bancuh kopi dengan hidangkan sekali ye'' mak aku senyum-senyum kat aku.

tak jadi aku nak melangkah ke depan terpaksa patah balik pergi ke dapur. nasib baik rencah dah siap, aku tinggal campak masuk kuali. pastu bancuh kopi dan hidangkan. very the senang lah bagi aku. hehehe

" mak dah siap dah" dengan sekuat hati aku laung kat mak aku yang tengah bersembang dekat kaki lima rumah dengan mak cik tu. mesti pasal bunga toyol di a yang hidup subur tu. ayah aku masih tekun bersembang dengan pakcik tu.

lamanya aku tunggu mak aku masuk. malas ar nak makan dengan tetamu tu. aku capai pinggan, ceduk lauk dan bismillahirrahmannirahim..

"awak"...tak sampai lagi nasi kat mulut aku..huhuhu ada suara yang menegur aku dari belakang. spoil betul lah. dengan muka mcm cencorot lapar aku toleh.

" nak ape?" aku soal dia.
" bilik air kat mana? sopan jer die tanya aku.

kecik jer aku tengok dia ni. macam nak kunyah-kunyah jer.

" tu bilik air. tak nampak ke?" aku juih bibir tunjuk bilik air.

" owh yeke..terima kasih. saya nak guna sekejap yer." masih sopan dia berkata-kata.

" lama pun tak pa, nak bertapa pun boleh" sampai mengunyah nasi aku cakap kat dia.

"astagfirullah.. budak along ni.ada ke patut dia melantak dulu. "

alamak ayah aku dah turun lah.

" hehehe lapar lah yah. kat sekolah tadi tak sempat nak makan."

' yela ko tu manjang tak sempat makan tp badan tu sihat jer."

ayah aku ni sound tepat jer kat aku. pakcik tu senyum jer tengok aku. mamat yang baru keluar bilik air tu pun senyum juga.

" basuh tangan tu kejap. kamu paggil mak kamu masuk. dah sejuk dh lauk ni." ayah aku dah ajak dah tetamu dia duduk.

sebagai anak yang taat terpaksalah aku berhenti makan dan pergi panggil cik kiah tu. isk isk isk mak aku ni, bunga tak siap-siap. sampai aku makan pun terbantut,

" mak, ayah nak makan" aku duduk dekat buaian.

" yelah" lepas tu mak aku masuk dgn makcik tu.

"sapalah tetamu ayah dengan mak tu kan. seumur hidup aku tak pernah pun aku kenal. nanti mesti ayah aku cerita tu.

"keNapa aKU 10"

hari persekolahan yang agak membosankan bagi. di tambah lagi dengan tangan yang sakit. arghh apesal aku rasa macam tak best jer. dalam bas ni pun aku senyap jer. si afza pulak asyik bertekak jer dengan si Wan, si anak sedara dia yang merangkap leader kelas kitorang.

aku tekan loceng lepas bas jalan sikit lepas afza turun. rumah aku kan depan sikit dari dia. panasnya hari ni, perut pun lapar. tadi kan aku cuma makan kuih cucur badak yang aku beli dengan donat afza. dari atas bukit aku boleh nampak yang ada kereta parking depan rumah aku. macam kenal jer kereta tu...kereta hitam tu..

sampai jer kat kaki tangga rumah , mamng sah ada orang datang rumah aku. ada lah 3 pasang kasut yang bukan hak milik orang-orang kat rumah aku ni.

'assalamualaikum"

aku bagi salam dan terus masuk. tengok ayah aku tengah sembang dengan sorang pak cik dengan sorang mak cik dan ada sorang lagi lelaki. ekh mana pemilik keta hitam tu. tak de pun.

aku menonong masuk bilik. lepas tukar baju, aku turun pergi dapur, lapar ni.

"sapa tu mak?" aku tanya mak aku yang tengah sibuk memasak. aku capai lah pape yang ada yang boleh di kunyah.

" kawan ayah ko, adik makcik senah ko yang duduk dekat-dekat dengan rumah tok abah" mak aku jawab sambil tangan dia sibuk kacau gulai dia. aku pun sibuk jugak makan tempe goreng dia. hehehe

" owhh patut ar "..aku jawab pendek dan masih makan lagi hirisan tempe mak aku yang aku agak dia nak buat sambal goreng.

tiba-tiba aku rasa tangan aku perit jer. adoiyaii.. mak aku ni, ada ke patut dia ketuk tangan aku dengan senduk dia.

"sakitlah mak" aku gosok tangan aku yang perit.

"elok sangatlah perangai, nak makan, makan betul-betul tunggu siap masak nanti ko makanlah"..

' yelah-yelah" aku dah bangun pergi amik pinggan.

'tu nak buat ape pinggan tu" mak aku tanya kat aku.

" ha lah. tadi mak kata nak makan, makan betul-betul. ni nak makan betul-betul." aku jawab.

" ko tak nampak ke kat kat atas tu ada tetamu. makanlah sama-sama nanti. ko salam tak tetamu tadi?

ala, mak aku ni. macam-macamlah. cehh macam tahu-tahu jer aku tak salam. memang dia tahu pun aku memang liat sikit nak salam-salam orang.

"tak" aku jawab pendek pastu terus masuk bilik air.

"keNapa aKU 9"

“Assalamualaikum…” aku jerit kat depan rumah cik Senah kepoh. Ala mana pulak orang tua ni. Tak kan nak tinggal jer cendawan ni kat depan rumah. Macam tak elok pulak..
Aku pun ready nak tarik suara ala-ala Jacqline Victor nak bagi salam biar seisi rumah dengar..Assalamualaikummmmmmmmmmm…panjang jer bunyi salam aku dalam enam harkat gitu..hehehe

tapi mana manusia di rumah ni…ahh aku nak balik ar. Dah lah lampu motor ayah aku tu tak berapa terang..baik aku chow sebelum malam bertambah gelap…kraakk..

aku toleh bila aku dengar bunyi pintu di buka dari dalam..ada orang buka lah..ada orang rupanya..

alaaa..aku jerit dalam hati…

musuh utama aku. Anak Cik Senah kepoh si Afiq luncai yang keluar daa..

“kau nak apa??” dia tanya aku.serius jer bunyinya. Muka macam baru bangun tidur.

“ mak kau mana?, ni cendawan dia tertinggal kat uma atok aku tadi. Nahh bagi kat dia” aku cepat-cepat hulur pada dia lepas tu terus naik motor nak hidupkan enjin.

‘tangan kau kenapa?’ dia tanya dekat aku..ehh sejak bila si Luncai ni ambil tahu pasal aku ni..aku buat dang jer. Malas nak jawab soalan tak da markah tu…terus pusing kan handle motor nak rempit..hehehe

“woiii…” tiba-tiba si luncai tu jerit kat aku..aku yang dah nak keluar dari halaman rumah tu berhanti..
“kenapa” aku jerit tanya dia balik.

“ badan tu kasi slim sikit, keta sorong pun pancit tolak kau..hahaha..”dia terus ketawa lepas cakap.

Kurang asam punya Luncai, ada jer nak kena kan aku..Mesti Cik Senah kepoh tu cerita kat anak kesayangan dia pasal kejadian tadi. Malunya aku… habis aku dekat sekolah esok…

"keNapa aKU 8"

“ huhh penatnya makcik..berat betul budak tu..”
rungut Azlan apabila sampai di rumah.

Mana ke tidaknya. Ada ke si budak perempuan tu boleh pengsan lepas dia tegur tangan budak tu berdarah. Dah lah badan.huhh hanya tuhan saja yang tahu betapa beratnya. Nasib baik Tok Mail datang tadi. Kalau tidak, mahu patah pinggang dia mengangkatnya sampai ke rumah. Mujur ada penyelamat. Entah pape jer, badan besar gajah .boleh pulak panjat pokok. pelik sungguh dia, tak pernah dia tengok budak perempuan seganas tu..

Cik Senah hanya tersenyum memandang anak buahnya tersandar di sofa di ruang tamu. Mengingatkan kejadian di rumah Pak Mail membuat dia ketawa sendiri.

“dah lah Lan, baik kamu pergi mandi. Kalau tidak lagi penat badan kamu tu” azlan pula sedikit tersentak kerana dia dah hampir terlena bila dengar suara Cik Senahnya.

Kat rumah tok abah…

“adoiii..sakitnya tangan aku..macam mana la aku boleh jatuh sampai teruk macam ni.pastu luka sampai berdarah macam ayam kena sembelih. Huhuhu...yang paling aku tak sanggup…uwaaaaaaaa..mamat tu..

“kau boleh bawa balik tak motor ayah kau tu long?? Ke nak suruh pak Ngah kau hantar kan?” Tok abah aku tanya pada aku.

Risau dia agaknya tengok kondisi aku yang macam tak berapa nak betul tu. Dengan tangan yang berbalut tu aku cuba bangun. Nampaknya macam stabil aku berdiri dan jalan sikit-sikit. Hmm aku rasa dah okay dah.

Sebenarnya aku takut darah, nampak darah jer aku pengsan. Dulu aku tak macam ni, sejak kes adik aku alin yang menybabkan aku jadi macam ni. Aku terus fobia dan pengsan dengan darah. Menyusahkan betul!!! Tapi tak ramai yang tahu kelemahan aku yang satu ni.

Aku pergi ke dapur cari tok mak aku. Tengok dia tengah buat nasi goreng kampung. Yehyeh ada makanan. Aku memang pantang tengok sesuatu yang bergelar makanan ni. Walau apa pun yang berlaku, makanan penting pada aku. Siap jer tok mak aku masak, aku terus capai pinggan ceduk nasi dalam kuali.

“ya allah budak ni, sakit-sakit pun ada selera makan” pak ngah aku baru keluar dari bilik air sound aku. Aku sengih jerk at dia pastu jawab.

“rezeki Allah bagi Pak Ngah, kita kena hargai, jangan membazir. Nanti tuhan marah.” Pastu aku terus menyuap sampai habis nasi dalam pinggan tu. Licin!!

“okaylah tok abah,tok mak anes nak balik lah. Dah pukul 9 ni, nanti bising Wak Burn kat rumah tu.”

Aku capai tangan tok abah dan tok mak. Pak Ngah aku dah keluar lepas mandi tadi. Mana entah orang tua tu pergi, almaklumlah bujang trang tang tang…anak atok aku yang special edition sebab dia seorang jer yang belum kahwin. Padahal sebaya ayah aku.

Masa aku ngah nak start motor, tiba-tiba tok mak aku keluar. Kenapa pulak tok mak aku ni?? Tak pernah pun dia nak ucapkan selamat pulang dekat aku, takkan sebab petang tadi kot.

“kenapa tok mak, nak ucap selamat jalan kat anes ke?” aku tanya dengan muka hairan. Aku tengok dekat tangan dia ada bungkusan plastik.macam kenal jer..

“ni ha cendawan Cik Senah kau tertinggal. Tok Abah jumpa dekat tepi pokok jambu tempat kau jatuh tadi. Kau singgah rumah Cik Senah kau, tolong bagi pada dia. Duit dia dah bayar pada atok tadi”

Aku dah tak boleh kata apa-apa sebab bungkusan plastik berisi cendawan tu dalam bakul motor aku tu. alaa kene jumpa mamat skema tu…

Bawa motor tu elok-elok, tangan kamu tu bukan elok sangat. Nanti hari jumaat ni kamu datang sini, atok bawa kamu pergi urut. Banyak betul pesanan betul lah tok mak ni.

“hmm yelah, balik dulu tok mak” aku terus bergerak bersama-sama motor ayah aku tu mengharung malam yang gelap tu.

"keNapa aKU 7"

Azlan rupanya nama mamat skema tu. apa-apa jer dia ni. kalau ye pun nak tengok cendawan, buka lah cermin mata tu…dah macam orang rabun jer aku tengok. Kalau pondok ni terang benderang takpe juga tapi cendawan orang tanam dalam pondok yang gelap, bawah lindungan pohon getah lagi tu. korang bayang kan jerlah macam mana kelam dan suramnya. Daripada aku perhati mamat yang entah-entah juling ni, baik aku blah.

“Cik senah, kita balik dulu lah..” aku dah hulur tangan nak salam cik senah kepoh… walaupun aku ni kasar, budi bahasa kena jaga wooo…

macam slogan dalam tv tu.. “ budi bahasa, budaya kita”…

“Tok mak, cendawan ni anes bawa balik hek, nak goreng…hehehe..” aku dah buat muka seposen kat tok mak aku dengan penuh seplastik cendawan kat tangan. jeling jer dia tengok aku angkut cendawan dia.

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari pondok tu dan melangkah ke pokok jambu air sebelah perigi. Masa au nak pergi sini tadi, aku nampak buah jambu air tu lebat, tapi kat tangan dah ada buah jambu batu. tu yang aku batalkan niat tu.

Ehhhh..kejap-kejap..macam aku kenal jer kereta gen2 warna hitam ni. Aku pergi mendekati kereta hitam tu. Hmm sah! kereta anak keling yang tak beretika di jalan raya tadi…hehehe merangkap kereta si buta dalam pondok tadi.
aku dapat rasa kan yang kepala aku mecam tiba-tiba jer tumbuh tanduk…

Hehehe…siap ko wahai makhluk…wakakaka..gumbira aku..

"keNapa aKU 6"

Nak tak nak terpaksalah aku keluar gak tunjuk muka sebab nak suruh tok abah aku yang bagi cendawan tu, dia pergi tengok lembu-lembu kesayangan dia. aku pun bersusah payah angkat bakul cendawan yang aku dah petik sebab aku bukan petik 2kilo tapi dah satu bakul sayur.

hahaha mesti tok mak aku bising sebab aku dah bagi habis cendawan dia yang dah sedia untuk di tuai esok. bukan apa, nanti boleh aku rembat bawak balik buat macam-macam dengan cendawan tu..cendawan goreng sedap siot..cicah ngan sambil kicap bubuh kacang..terliuq aku..

“ya Allah budak bertuah ni..satu bakul dia kutip..” tok mak aku dah start dah bagi syarahan kat aku depan makcik senah kepoh dengn mamat tu. Aku wat muka dang tak bersalah sambil menyibukan diri cari plastic nak masukkan cendawan yang aku dah timbang..

Dari ekor mata aku yang ngah pura-pura sibuk dan cover cun tu..aku sempat lagi usha mamat tu…

Pekehei la mangkuk ni…ada ke dalam kebun pakai glasses. hitam pulak tu. sakit mata ke..isk..isk…
dalam hati aku mengomel pas aku sedar yang mamat tu. pakai cermin mata hitam…

“nahh cik senah, semua sekali 20hengget pas diskaun dan tolak upah petik” aku hulur cendawan yang dah kat dalam plastic tu kat makcik senah kepoh.

bulat mata dia bila aku kata 20hengget..yelah cendawan sebenarnya rm9 sekilo..aku jadi pandai2 tambah 2 hengget extra.senang tok aku tak payah bagi duit baki..

“cendawan, harga dah naik ke Mak Yam??” mak cik senah kepoh tanya kat tok mak aku..yang aku cume tersengih tengok cik senah dengan tok mak aku.mamat yang pakai cermin mata hitam tu pulak dah pergi tengok-tengok cendawan atok aku.macam jakun je..

“sape tu cik??” aku tanya kat cik senah kepoh bila tengok mamat tu dah agak kat pojok pondok..

“owhh..azlan tu anak buah makcik..semalam baru sampai dari Penang”

"keNapa aKU 5"

Sambil mengunyah buah jambu batu yang aku petik, mata aku melilau cari tok abah dengan tok mak aku..isk isk mane pulak lah pasangan sejoli ni. kat pondok mana satu ni? aku menggaru kepala yang tak gatal. padahal yang gatal lengan aku sebab kene cium dengan nyamuk-nyamuk brtuah kat kebun ni.

Aku terdengar suara orang, suara atok aku tu lah.

hehehe jumpa pun. aku pun ngendap dari lubang yang aku wat. senang je nak wat lubang. cucuk je pakai jari sebab dinding pondok cendawan ni guna karung baja.

daripada intaian aku, aku nampak tok mak aku ngah sembang ngan mak Cik Senah yang kepoh tu.Laa..dia rupanya yang beli cendawan atok aku..

hehehe aku nak kenekan makcik kepoh ni..dia ni kuat melatah..hahahaha

“Nak masak cendawan ke???!!!”aku cakap macam tu sambil cucuk pinggang dia dari belakang..tok mak aku nampak aku,,aku awal-awal dah bagi signal kat tok mak aku suruh diam…

“Opocot cendawan masak sup, nak goreng dengan ko..a’ah masak sambal pun sodap, ko nak ke, nanti aku masak kan..bla..bla..bla..” panjang betol makcik senah ni punya latah.. mengekeh aku ketawa, macam nak guling-guling jek kat situ gamaknya..
hahaha misi berjaya..

Tok mak aku geleng pale jer tengok cucu kesayangan dia ni sakat orang. Tok mak aku ni sporting tau..hahaha bahagia au dapat sakat mak cik ni..

Bila mak cik senah dah berhenti daripada merapu aku pun pergi dekat dia..sian mak cik ni ,nasib baik tak de lemah jantung..lau tak mesti aku dah dipersalahkan kalau dia jiun tiba-tiba tadi..

“Ko ni long, xde keje lain ke lau tak menyakat makcik ni..” hahaha dia dah start dah.. baik aku blah cari Tok Abah yang mesti ngah syok kutip cendawan dia. Leh aku join sekali..

“a’ah cik, kita memang kurang keje sikit ni..” aku menjawab bila dah jauh.. hahaha lau dekat-dekat menjawab, nenek aku bg sengatan ketam berbisa..

Ngah syok-syok aku petik cendawan, aku terdengar suara lelaki..isk sape pulak yang datang ni.. aku pun dok usya dari para-para n celah-celah bungkusan cendawan..

Alamak ada guy hensem la..macho siot… hehehe nak pergi tegur tp aku ngah selekeh, segan lak..ngintai jer lah…

“long owh long…cendawan dah siap belum, mak cik senah dah nak balik ni..dia nak 2kilo jer..jangan ko petik semua pulak…” aku dah dengar tok mak sound aku..

Ala kene kua ke? Dah lah selekeh ni…adoiyaii…

"keNapa aKU 4"

Aku tak tahu nak pergi mana bila pusing kampung sensorang ni. Daripada aku habiskan minyak dalam tangki motor ayah aku ni tak tentu pasal, baik aku pergi lepak kat rumah atok aku kat kampung batu 7 tu. dekat jer. Jimat sikit duit ayah aku daripada nak isi minyak setelah aku hbs kan nanti.minyak masih mahal tu walaupun ada ura-ura nak turun lagi.

Akhirnya aku sampai jugak rumah atok kesayangan aku ni. Tok Mail atau orang kampung gelar Pak Mail lembu sebab atok abah aku ni bela lembu. dulu kecik-kecik penah sekali aku kena kejar dengan lembu atok aku. Fuhh lintang pukang aku lari dengan badan berselubung kain batik merah. Lupa pulak aku pasal apa aku selubung dengan kain batik merah tu. Tapi nasib baik juga aku tak fobia dengan daging lembu dan sewaktu dengannya..alhamdulillah, kalau tak, hilang satu nikmat dunia…

“owh alongggg..”panjang jer bunyinye.

pak ngah aku tegur. pak Ngah aku memang suka panggil aku macam tu. ala-ala aku comel dan mcm budak standard 1 gitu..

“awal Pak Ngah lek keje hari ni?? Selalu macam ni, belum balik lagi”aku sekadar menegur pak ngah aku tu dengan ayat paling bias dan mudah. .kepala aku pula sibuk jengah cari tok mak aku….

“tok Mak kat mana Pak Ngah? Tok Abah pun takde.. diorang keluar dating ke?”

aku dah gerak sampai tengah dapur buka tudung saji atok aku. aku pusing tengok Pak Ngah aku dah baring tgk Tv

“Hmm..cuba ko tengok kat pondok cendawan, tadi macam ada orang datang nak beli cendawan..rasanya diorang ada kat sana.” Pak ngah aku jawab sambil kaki dia dah dok tekan-tekan tukar channel tv. Ayoyo takde etika lah pak cik aku ni..

Aku pulak dah duduk kat meja makan sambil meratah lauk atok aku..
hehehe inilah tabiat aku kalau datang uma atok aku. mesti cari lauk atok aku.
ikan kering pun jadi sedap….

“Owh yeke… patut ar tak nampak..tadi pun kita lalu jalan bawah tak lalu jalan depan, tu yang tak perasan tu”

aku dah siap meratah sambal goreng Jawa nenek aku yang best.

dah cuci tangan dan sarung selipar jepun warna kuning atok aku menuju pondok cendawan.

"keNapa aKU 3"


Petang tu aku pergi pusing-pusing kampung dengan motor Suzuki ayah aku. mula-mula nak ajak Mai tapi dia keluar dengan si Katy..alahai bosannya tak de kawan walaupun tiap-tiap hari lau free dan ada motor aku akan pusing kampung Chokro ni tapi entahlah macam tak pernah bosan pulak aku. best betul hidup kat kampung..kira dapat gak mengurangkan lara aku tak dapat pergi Penang. Hai Penang,tunggu aku hek, aku teringin sangat nak lalui kat jambatan Penang yang mahsyur tu…tapi apa kan daya belum ada rezeki lagi nampaknya…

“owh mak kau…” aku tiba-tiba terkua ayat tu kat mulut bila ada kereta keluar kat simpang jalan kubur. Handle motor aku lak dah goyang-goyang tak tentu arah. Tapi nasib baik aku ni seorang penunggang yang terror, nasib baik aku leh control lagi. kalau tak confirm Wak Burn (ayah aku) bunuh aku kalau motor cari makan dia ni masuk parit besa tu..

Aku berhenti kan motor kat tepi jalan. Urut dada sebab rasa sedikit terkejut tadi

.hai anak keling mana lah tak belajar adab jalan raya tu. Aku ni walau tak de lesen lagi tapi tak de le macam hampeh.

“bagero tul la anak keling tu..” aku dah start membebel sensorang.

“ JJN 2641” akan aku ingat nombor plat kete gen2 tu.

kalau aku jumpa siap..
Hahaha aku ni macam nak buat kerje jahat lah pulak

"keNapa aKU 2"

“ala yah, anes nak pergi belajar kat sana, boleh lah” aku dah buat aksi menghentakkan kaki depan ayah aku versi mengada-ngada. Isk isk macam derhakalah pulak aku rasa tapi nak wat cam maner, lau aku tak bagitau ayah pasal perasaan aku nanti dia tak faham..aku tengok muka ayah aku yang serius semacam tu.

Huhh camaner lah mak aku boleh terpikat dengan muka yang bengis nih..dalam hati aku tertanya pulak..tapi aku dah wat muka kesian kat depan ayah agar orang tua tu dapat bagi peluang kat aku nak belajar hidup kat kolej.

aku dapat offer dari IKM kat Penang untuk wat course Diploma kejuruteraan produk..huhh cam best je bunyi nyer walaupun sebenarnya aku tak tahu pe bende sebenarnya kos tu..aku pun tak tahu nak refer kat sape2 pasal benda-benda ni…

“ tak payah lah long, ko habis kan jer tingkatan enam tu dulu..amik STPM..” ayah aku bersuara sambil hidup kan rokok yang dah ada kat jari dia…

“hmm..” tu jer aku jawab..pastu terus blah masuk bilik aku… sedih tol aku hari ni… baru semalam aku berangan panjang nak pergi Penang.tapi hari ni dah musnah angan-angan aku tu bersama-sama hangusnya duit seratus yuran pendahuluan aku…

“arghhhh, sedehnya aku..” aku terus tutup muka dengan batal dan melalak sensorang dalam bilik..

"keNapa aKU"

“long, apa ko nak buat lepas ni?
Aku ingat aku nak kerja lah..bosan duduk rumah ni, badan pun dah jadi kembang” Mai bersuara kat aku yang tengah baring tengok bintang kat langit.

“ entah..” pendek jer aku jawab.

“aku nak kahwin kot..hehehe” selamber je ayat tu keluar dari mulut aku.
Tak der niat pun nak kahwin betul-betul, saje nak hilangkan bosan.

“ko biar betul? Ko nak kahwin ke dengan si Gonjeng tu?” Mai yang tengah sama-sama baring dengan aku tu tiba-tiba jer bangun terus duduk. Muka dia pulak gaya orang tak percaya.

“hahaha ko percaya ke cakap aku tadi Mai? Aku tanya dia balik…muka dia dah berkerut-kert fikir soalan aku macam nak jawab soalan exam paper bahasa Melayu.

“hmm jap aku fikir”

Pastu aku tengok dahi dia masih berkerut-kerut lagi..susah sangat ke soalan aku tu

Aku biar kan dia dan terus tengok bintang kat atas langit. Banyak betul bintang malam ni. Bagus juga Wak Karno buat pangkin kat bawah pokok kelapa sawit ni. Ada jugak tempat aku nak melepak.

“ aku tak percaya lah long. Ko kan cakap dengan aku yang ko nak sambung balejar setinggi yang boleh” tiba-tiba je minah tu bersuara. Pastu dia kembali baring kat sebelah aku. aku pulak sibuk tepuk ngamuk yang tengah berdondang sayang kat telinga aku dan amik kesempatan merasa darah aku yang manis ni.

“Eee..geram betul lah aku ngan binatang ni..suka sangat nak sedut darah aku..” Mai membebel..

“Ko ikhlas tak bagi nyamuk tu hisap darah ko? ko yang serah diri, memang ar dia suka..”

aku lak bersuara tapi mata masih tengok bintang kat langit. lawanya langit..kan bagus lau aku leh petik bintang-bintang tu.

“ Mai, aku dah mohon politeknik dengan Institut Kemahiran Mara, tapi aku tak tahu mana satu yang dapat..lau dapat, aku ingat aku nak pergi lah” aku melepaskan apa yang ade kat fikiran aku kat Mai..

“hmm okay gak tu…result ko okay gak kan..aku ni hampeh” Mai berikan pandangan dia kat aku.

“aku ni long, lau leh nak jadi macam ko..tapi ko tahukan family aku macam mana..” mai tiba-tiba diam dengan ayat tergantung tu.
kadang-kadang sian aku tengok kawan aku yang sorang ni..tapi nak wat macam mane dah nasib dia macam tu.

“along, mak panggil balik” tiba-tiba aku dengar suara alin,adik aku jerit kat aku dari tangga rumah aku…

“ ala, leceh toll ah..tak leh langsung nak bagi peluang kat aku melepak lama-lama” aku merungut sambil bangun. Mai pun bangun juga. Kitorang pun sama-sama melangkah balik dari kebun Wak Karno.

“Cinta Abang Burger 9”

Suasana sedih dan sayu menyelubungi keluarga Pak Andak Mahat. Di ruang tamu, sekumpulan kaum wanita dan 2 orang anaknya sedang membaca yassin. suasana petang itu bertambah sayu apabila anak bongsu Pak Andak Mahat baru sampai dari politeknik menjerit-jerit selepas menyelak kain batik lepas yang menutupi sekujur tubuh kaku ibunya. pasti amat terkilan kerana dia tidak dapat bersama-sama di sisi sewaktu di hembusan terakhir ibunya.

tiga orang wanita bangun dan mendapatkan gadis yang sedang menangis di sisi jenayah tersebut.cuba memujuk gadis tersebut agar dapat mengawal emosinya. tidak elok mengangisi mayat.

" sudahlah Nurul, bawa bersabar ye nak." salah seorang daripada wanita itu cuba memujuk gadis bernama nurul itu. namun ngongoian gadis berumur 19 tahun itu semakin kuat. tiga orang wanita itu cuba memimpin nurul ke bilik tetapi gagal.

Alia yang duduk di penjuru ruang tamu hanya memerhati. sejak tadi, dia hanya memandang sayu kepada gadis di hadapannya itu. di faham akan perasaan itu. perasaan kehilangan yang tiada ganti. dia memandang ibu mertuanya di sebelah yang khusyuk membaca surah yassin. dia menyentuh lembut tangan ibu mertuanya itu.

" mak, biar Alia cuba pujuk nurul boleh?." Alia meminta izin. di yakin dia mampu untuk memujuk gadis yang dalam kesedihan itu.

mak kiah memandang alia dan tersenyum. seolah-olah memberi keizinan kepada menentu barunya itu.

Dengan perlahan Alia bangun dan bergerak ke arah Nurul.kemudian dia duduk di sebelah Nurul yang masih menangis dan meratap jenazah ibunya itu.

“ nurul” lembut Alia menyapa gadis itu. Dan panggilan pertamanya itu tidak di hiraukan.

“Kalau awak menangis sampai kering air mata pun, ibu awak tetap takkan hidup semula Nurul” ayat yang agak keras keluar dari mulut Alia. Walaupun agak keras untuk memujuk tetapi Alia yakin dengan caranya.

Nurul yang sejak tadi tertunduk meratap ibunya tiba-tiba berpaling ke arah Alia disebelahnya. Hati melonjak ingin tahu siapa yang berani berkata begitu.
“Kalau awak menangis sampai kering air mata pun, ibu awak tetap takkan hidup semula Nurul”. Alia mengulang kata-katanya lagi. namun dengan suara yang lebih lembut. Nurul kembali ke posisi asalnya. Seakan tidak menghiraukan apa yang di ucapkan oleh Alia.

Melihat keadaan Nurul yang kembali berteleku di tubuh kaku ibunya, Alia kembali bersuara.

“ daripada awak menangis dan membazir air mata. Kan lebih baik kalau awak pergi ambil wuduk dan bacakan Yassin untuk arwah”

“ lebih bahagia arwah dengan doa yang dikirim untuknya. Bukan dengan tangisan yang membuat arwah lebih tersiksa untuk meninggalkan dunia ini.”

Selesai mengucapkannya, Alia bangun dan duduk kembali ke tempat asalnya. Sedikit kecewa gagal memujuk Nurul. Mak KIah mengusap lembut tangan menantunya. Seakan memberi sedikit semangat kepada Alia.

Manakala Nurul pula seakan baru tersedar. Benar kata-kata yang diucapkan oleh gadis yang duduk disebelah sebentar tadi. Tiada guna dia menangis sehingga kering air mata. Ibunya tidak akan kembali bernafas lagi.

Dia mengesat saki baki air mata. Sendu juga masih ada. Dia bangun, bergerak menuju ke dapur dan kembali dengan wuduk dan mengeluarkan yassin daripada beg sandangnya. Yassin pemberian arwah sebelum dia masuk ke kolej dahulu. Dia mengambil tempat di sebelah Alongnya yang dari tadi tekun membaca surah-surah al-quran dan langsung tidak mempedulikan dia sebelah. masing-masing melayan emosi sendiri.

Tangannya pantas menyelak helaian Yassin tersebut, dan dalam sendu dengan suara yang agak serak. Dia memulakan bacaan. Cukup sedih dan sayu.


Alia dan Mak kiah hanya tersenyum melihat keadaan Nurul. Alhamdullilah gadis itu tidak terlalu melayan kesedihannya.

Selepas upacara pengkebumian yang dilakukan selepas isyak itu. Hairi, Mak Kiah dan Alia kembali ke Pak Andak Mahat. Suasana muram masih tidak banyak berubah. Anak-anak Pak Andak Mahat kelihatan masih murung dan agak letih. Manakala Pak Andak Mahat pula berbual dengan sekumpulan pelawat yang datang melawat.

“ hairi, tolong mak nak. Kamu pergi ke kedai dan bungkuskan makanan sikit untuk orang di rumah ni. Sedih-sedih pun, kesihatan kena jaga.” Dia sudah bersandar malas. Agak penat tubuh tuanya itu. Sejak pagi, langsung tiada rehat. Selepas solat zuhur berjemaah tadi, penggilan daripada Along anak saudaranya, benar-benar mengejutkan. Sungguh idak sangka bahawa adik ipar nya akan terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi. Innalillah…


alia di sebelah hanya memicit lembut tubuh Mak Kiah. Dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. Langsung dia tidak kenal sesiapa.

“alia temankan Ery ye, nanti tak terbawa pula Ery sorang-sorang semua makanan tu.” Mak kiah kembali bersuara.

“ehmm..” teragak-agak Alia mengangguk. Dia benar-benar tidak selesa berduaan dengan Hairi.

Alia hanya mengekori Hairi. Langsung tidak berkata-kata.

Di dalam kereta pun dia hanya mendiamkan diri. Menoleh ke arah Ery di sebelah pun tidak. Duduk tegak memandang hadapan.

Hairi pula menyedari ketidakselesaan Alia. Dia hanya membiarkan gadis itu. Sejak dari pagi tadi, sememangnya gadis itu sememangnya sukar untuk berkata-kata dengannnya.

“terima kasih sebab tolong pujuk Nurul tadi.” Hairi menuturkan dan pandangannya tetap ke depan memandang ke arah jalan raya yang tidak sesak.

Alia tiada respons. Pasi berkhayal lagi. mudah sangat gadis yang baru sehari jadi isterinya ini mengalamun.

“ alia” Hairi memegang lembut tangan Alia.

Alia sedikit tersentak apabila tangan kasar itu menyentuh kulitnya. Cepat-cepat dia menoleh ke kanan memandang Hairi di sebelah. laju jantungnya berdegup apabila matanya bertemu dengan mata Hairi. Nasib baik Hairi sedang memandu dan tautan pandangan itu hanya sebentar sahaja. Dia kembali memandang ke hadapan.

“ awak cakap apa?” alia bertanya kerana dia langsung tidak dengar soalan Hairi.

“terima kasih sebab tolong pujuk Nurul..” Hairi kembali mengulangi ayat yang di ucapkan sebentar tadi.

“ owhh” pendeknya sahaja Alia mengulas.

“nanti kita makan dulu ok. Nanti dekat rumah Alia boelh tolong hidangkan makanan.” Hairi memberitahu apa yang dirancangnya. Sengaja mahu menduga reaksi Alia.

“ lepas tu kita balik rumah, ambil pakaian untuk mak.”

Alia masih senyap. Hanya kepalanya sahaja bergerak ke atas ke bawah mengangguk untuk mengiyakan kata-kata Hairi.

Melihat Alia yang masih tidak bersuara. Hairi kembali bersuara.

“ tapi Alia ambil pakaian mak aje. Kita berdua bermalam di rumah ye. Esok pagi-pagi kita datang balik rumah Pak Andak tolong apa yang patut.” Hairi menghabiskan kata-katanya dengan senyuman kecil terukir di bibir. Pasti kalut gadis itu.

Terkebil-kebil Alia mendengar arahan Hairi. Rasanya mukanya juga bertukar warna mendengar ayat-ayat Hairi sebentar tadi. Langsung hilang soalan yang ingin diajukan kepada Hairi. Ahh sudah…

Hairi memberhentikan keretanya setelah sampai ke kedai makan. Alia disebelah masih diam tidak bersuara. Manakala jelas di penglihatannya, wajah merah Alia. Dia pasti ia disebabkan ayat-ayatnya tadi.

Hairi buat-buat tak faham. Dia mencari meja yang kosong dan duduk. Alia hanya menurut.
Pelayan kedai menghampiri dengan membawa menu. Menu tersebut bertukar tangan. Hairi menyelak melihat pelbagai jenis makanan yang ada. Dengan keadaan sekarang, dia bukan benar-benar hendak makan. Sekadar hanya ingin mengisi perut yang sudah berdendang minta diisi.

“ alia nak makan apa?” dia bertanya kepada Alia disebelah.

“ alia tak nak makan. Tak lapar.” Ringkas sahaja jawapan Alia.

“ bagi saya fresh Oren dengan teh tarik. Makan, bagi bihun goreng dengan nasi goreng kampung ye. Lepas tu tolong bungkus lima bungkus nasi goreng cina dengan lima bungkus mee goreng.” Hairi memesan pesanan untuk dirinya dan Alia serta orang di rumah.


Masing-masing senyap menonton drama yang ditayangkan di tv besar berdekatan dengan mereka.

Tidak lama air yang dipesan sampai diikuti dengan makanan mereka. Cuma yang dibungkus sahaja belum siap.

Hairi meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng kampung dan fresh oren di depan Alia.
Manakala teh tarik dan bihun goreng adalah untuknya.

“ alia makan nasi goreng kampung ni sampai habis baru kita balik ok.” Hairi seakan memberikan arahan kepada Alia. Langsung tidak menghiraukan kata-kata Alia bahawa dia tidak lapar tadi.

Hairi terus menyuap bihun gorengnya. Kemudian berpalng melihat Alia yang memerhatikannya makan.
“ makanlah” dia menyuruh Alia makan.

“ermm.” Seperti biasa ayat tak lepas akan dikeluarkan oleh Alia. Namun gadis itu menyuap perlahan nasi goreng itu ke mulut.

Tersenyum Hairi melihat Alia yang sudah mula makan. Dia kembali makan makanannya.
Namun suapannya terhenti apabila dia mendengar suara seperti menangis disebelahnya.

Lah..takkan kena paksa makan menangis. Kaget Hairi apabila bergenang air mata Alia. Hidung comelnya pula sudah merah dan berair.

“ laa takkan menangis kot?” hairi pantas bertanya. Kemudian bangun mengambil tisu di meja sebelahnya dan menyuakannya kepada Alia.

“Alia bukan menangis kena paksa makan, tapi nasi goreng kampung ni pedas sangat. Alia tak tahan pedas.” Alia bersuara dengan agak payah. Pedas yang menguasai mulutnya bagaikan api yang membakar ruang mulutnya. Hidungnya pula sudah berair seperti selsema. Laju sahaja mulutnya menghirup fresh orennya. Sekajap sahaja jus itu sudah tinggal separuh. Berpeluh-peluh menahan pedas. Dia memang tak tahan pedas.

Hairi tersenyum kecil mendengar kata-kata Alia. Agak lucu dia melihat muka Alia yang tak tahan pedas.

“ kenapa tak cakap tak makan pedas? Kalau cakap tak lah saya order nasi goreng kampung.”

“ alia tak sempat cakap, awak dah pesan” alia mempertahankan dirinya. Sememangnya hairi buat keputusan sendiri bila Alia kata tidak lapar. Dia hanya mahu gadis itu makan.

“ boleh makan lagi kan? Awak ambil bihun saya. Tak pedas. Nasi tu biar saya makan.” Mujur bihunnya masih banyak. Hairi menukar pinggannya dengan Alia.

Walaupun teragak-agak, Alia kembali menyuap makanannya. Sesekali dia menghirup minumannya untuk menghilangkan sisa pedas yang masih terasa. Nasib baik bihun ini di goreng kicap.langsung tidak pedas. Bolehlah dia makan.

Selesai makan, Hairi membayar harga makanan dan pulang ke rumah untuk mengambil pakaian ibunya.

“ kalau alia temankan mak kat rumah Pak Andak boleh tak?” perlahan sahaja Alia bersuara. Dia tak selesa untuk tidur di rumah dengan Hairi. Semuanya yang masih baru buat dia benar-benar tidak selesa. Dia perlukan masa.

Hairi hanya diam. Terus memandu dan sesekali bernyanyi mengikut lagu yang diputarkan di radio.

“ awak.” Alia memanggil Hairi apabila suaminya itu langsung tidak memberi respons tentang permintaannya sebentar tadi.

Hairi hanya menoleh sebentar, mengangkat kening dan tersenyum. Kemudian kembali ke posisi asal.

“ awak” untuk kali kedua Alia bersuara apabila Hairi memandang sepi permintaannya.

Manja sahaja suara Alia di telinga Hairi. Dia tersenyum sendiri. Dia hanya mahu menyakat Alia. Menarik sedikit perhatian daripada gadis yang suka mengelamun itu.

“ tak boleh” pendek sahaja Hairi menjawab.

“ kenapa?”

“Saya kata tak boleh, tak bolehlah.” Hairi membuat suara sedikit tinggi dan tegas. Sengaja memancing reaksi Alia.

“huhhh..” terdengar keluhan daripada tubuh kecil Alia.

Hairi hanya membiarkan. Dia bergegas naik ke rumah dengan diikuti Alia apabila sampai di rumah. Tangannya laju menghidupkan suis lampu. Petang tadi dia telupa untuk menghidupkan lampu diruang tamu. Alia hanya mengekor sahaja Hairi ke bilik Mak Kiah.

Dia hanya tercegat di pintu melihat Hairi mengemas pakaian untuk ibunya. Hanya 2 pasang baju kurung dan sehelai kain batik yang di ambil Hairi.

Alia hanya memerhati.

Selesai mengemas, Hairi bergerak menuju Alia yang sekejap sahaja sudah dalam dunianya sendiri.

“ pergi kemas baju awak” lembut sahaja dia mengucapkanya di telinga Alia dan berlalu menuju ke dapur.

Alia kembali ke realiti. Mudah sangat dia berkhayal. Namun dia jelas dengan kata-kata Hairi sebentar tadi. Dia menoleh mencari Hairi yang sudah hilang daripada pandangan matanya.

“ awak kasi saya teman mak?” alia bertanya untuk memastikan apa yang didengarinya sebentar tadi tidak salah.

Hairi tidak menjawab tetapi hanya mengangguk dengan senyuman.

Laju kaki Alia menapak ke bilik dan mengemas pakaiannya.
Hairi sedar, di antara mereka ada jurang yang perlu dirapatkan. Semuanya masih terlalu baru dan dia tidak mahu tergopoh-gopoh untuk mencari kebahagiaannya.

“ terima kasih awak” alia menuturkan perhargaannya kepada Hairi. Tika itu, kereta Hairi telah sampai di hadapan rumah Pak Andak Mahat.

“ sama-sama” dengan senyuman Hairi membalas.

“Cinta Abang Burger 8”

“ lia..ajak Ery makan nak. Biar mak yang hidangkan lauk-lauk ni.”

Alia yang sibuk menyenduk lauk daripada periuk menoleh memandang Mak Kiah yang sedang membasuh beberapa pinggan kotor di singki.

“ Ery kat mana mak?” Alia bertanya kepada Mak Kiah setelah dia meletakkan lauk gulai ayam tersebut di atas meja. Melihat Mak Kiah yang sedang leka membasuh dan mungkin tidak mendengar pertanyaannya tadi, dia bergerak menuju tangga untuk naik ke atas rumah. Mungkin Hairi dia atas kerana selepas sampai di rumah tadi, dia terus membuntuti Mak Kiah ke dapur dan membantu ibu mertuanya itu memasak.

Dia melihat ruang tamu kosong. Hairi tiada di situ. Hmm mungkin dibilik. Dia berfikir. Dia agak teragak-agak untuk masuk walaupun pintu tidak tertutup. Lagipun, dia masih belum lagi menjejakan kaki ke bilik itu. Tadi pun, tudung dan beg pakaiannya di bawa masuk ke bilik oleh Hairi.

Dia menolak menolak pintu bilik perlahan. Ohhh rupanya Hairi di sini. Tidur. Alia bergerak menuju ke tingkap. Berdiri di situ. Angina bertiup masuk agak kuat tapi menyenangkan. Rumah kampung yang mempunyai jendela jenis 2 daun pintu. Dan geriji besi separuh dari tingkap. dia menoleh semula ke arah Hairi yang sedang nyenyak lena di atas katil. Kemudian dia memerhatikan keadaan bilik tersebut yang lengkap dengan meja solek sebuah almari pakaian dan sebuah tempat penyangkut telekung dan sejadah. Kemas dan teratur.

“ awak, bangunlah.” Dia bersuara dari hujung katil. Langsung tiada respon daripada Hairi.

“ mak panggil makan” dia bersuara lagi tapi dengan nada yang agak sedikit kuat. Namun, Hairi masih tiada reaksi.

Alia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kemudian beralih ke hadapan meja solek dan duduk di situ. Dia tidak tahu bagaimana untuk menggerakkan Hairi. Serba salah untuk menyentuh dan mengganggu tubuh yang sedang lena itu.

“ tak bangun lagi ke?” tiba-tiba sahaja Mak Kiah menjengah.

Alia serta merta berdiri. Agak terkejut dan malu. Pasti ibu mertuanya terlihat wajahnya yang bingung untuk mengejutkan Hairi. Dia hanya tersenyum dan menggeleng. Mak Kiah pula sudah duduk di tepi tilam. Melendut sedikit tilam tersebut.

“ Ry bangun nak” lembut sahaja suara tua itu memanggil anaknya sambil menyentuh dan mengusap pipi anaknya itu. Alia hanya memandang. Sungguh kasih ibu tersebut. Tetapi Hairi masih tidak sedar. Kemudian bibir tua itu mengucup ke dahi anaknya.

Kemudian tubuh Hairi bergerak perlahan. Matanya terbuka malas.

“erm mak”..suaranya menyapa ibunya yang berada di depan sambil mengutumkan senyuman.

Hairi masih tidak berubah daripada kedudukannya. Mak Kiah memegang lengan anaknya itu.

“ mari makan. Nasi dah siap hidang.” Tetap lembut bibir tua itu menuturkan kata.
Alia masih lagi memandang dan hatinya agak tersentuh melihat kasih sayang di antara ibu dan anak itu. Lebih-lebih lagi ibu itu. Sangat-sangat kasih akan anaknya itu.

“Jom makan.” Alia sedikit terperanjat apabila Hairi sudah berdiri di tepinya dan tersenyum. Sekejap sahaja dia sudah terbang dalam dunianya sendiri. Ahh malunya.ibu mertuanya entah bila keluar dia pun tidak pasti. Yang tinggal hanya dia dan Hairi.
Dia membalas senyuman Hairi kemudian mengangguk perlahan. Hairi yang masih tesenyum bergerak keluar daripada bilik dan berjalan turun ke dapur. Alia hanya mengekor sahaja. Komunikasi yang agak kaku antara mereka berdua.

Biasanya pengantin makan nasi minyak di hari bahagia mereka dan di layan hebat bak raja dan permaisuri. Namun bagi Alia, dia tetap bersyukur. Walaupun tidak mengenali keluarga ini, dia dapat merasa kasih sayang yang cukup mewah dalam keluarga kecil ini.
Dia bersyukur di dalam hati dan yang pasti..seleranya benar-benar terbuka.

Selesai makan dan mengemas, mereka bersolat bersama dengan diimamkan oleh Hairi. Hari yang benar-benar berbeza berbanding hari yang sebelumnya bagi Hairi. Selepas menyalami ibunya, dia menghulurkan tangannya kepada Alia. Pantas tangan itu bersambut dan bibir mugil milik Alia singgah ke atas tangannya. Perasaan tenang berputik di hati.

“ Muhammad Hairi Afham”

“ Dayang Alia”

Mak Kiah bersuara lembu dan tenang. Hairi melepaskan tangan Alia di genggamannya. Kedua-dua menoleh ibunya disebelah.

“ ya mak” serentak mereka menyahut. Wajah ibu tua itu ditatap. Seperti ada yang ingin di sampaikan. Hairi mengesot untuk lebih hampir dengan ibunya. Kemudian memegang tangan ibunya yang sudah jelas kedutannya.

“Walaupun kamu berdua berkahwin tidak seperti orang lain. Mak harap sangat kamu berdua dapat menerima antara satu sama lain. Mungkin agak susah untuk permulaan ini tapi kalau tidak mencuba, pasti kita tak tahu. Jadi, cubalah yang terbaik..”

Hairi dan Alia hanya membisu.

“ hairi, walaupun kamu tidak kenal siapa Alia..tapi kini dia sudah menjadi isteri kamu yang sah. Isteri yang harus kamu pimpin dan bimbing. Dan paling penting, tidak kamu sia-siakan. Mak nak kamu jadi suami yang terbaik untuk Alia dan Insya Allah suatu hari nanti, bapa yang terbaik untuk anak-anak kamu juga.”

Mata Hairi sedikit merah dan dadanya sebak. Sejak kecil lagi, tidak jemu ibu kesayangannya itu memberikan nasihat kepadanya. Selepas ayahnya pulang ke rahmatullah sejak 10 tahun yang lalu, dia hanya ada kasih sayang ibunya sahaja. Untukmu ibu, akan ku cuba tunaikan hasratmu. Hanya kata-kata tersebut bermain di hati, tetapi tidak terluah di bibir.

“ alia..walaupun siapa Alia sebelum ni. Sekarang Alia dah jadi menantu mak dan paling penting, Alia dah jadi isteri kepada Hairi. Seperti Hairi, mak harap Alia dapat membuat yang terbaik untuk rumah tangga kamu berdua. Mak terima kamu seperti anak mak sendiri. Kalau ada apa-apa masalah, jangan malu bertanya dengan mak ye nak. Insya Allah mak akan bantu kamu.”

Seperti Hairi, Alia juga sebak. Penerimaan yang sungguh tidak di sangka. Tulus benar keluarga ini menerimanya. Insya Allah mak, segalanya untukmu, Alia akan cuba yang terbaik.

“Cinta Abang Burger 7”

“ eh Madia, hari ni anak saudara kau si Alia tu nikahkan? Kau tak ikut sama ke?” Tanya Cik Saonah apabila melihat Long Madia mengambil tempat di sebelahnya dengan bungkusan nasinya. Wanita pertengahan 40-an itu hanya diam sahaja, tidak membalas. Duduk bersila di sebelahnya dan membuka bungkusan nasinya, membasuh tangan dengan air putih dari botol air mineralnya. Selesai membasuh tangan, dia berdoa perlahan dan mula menjamah makanan. Langsung tidak memberi reaksi kepada pertanyaan rakannya sebentar tadi.

“ Dia, ko dengar tak aku tanya kau ni? Kau ni kenapa?” laju sahaja Saonah menampar tangan rakannya sedang menyuap nasi. Agak kasar tingkah lakunya. Namun dia tak ambil peduli tentang itu. Perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.

“ hmm..” pendek sahaja suara sahabatnya menjawab. Dia mengeluh perlahan. Pelik dengan rakannya itu. Kemudian dia menyandar di dinding bangunan yang terlukis permandangan hutan itu. Dia memandang pohon kenanga yang sedang berbunga lebat. Harum sekali bau-bau bunga yang sedang kembang. Di bawah pohon lebat itu, banyak sekali bunga-bunga yang telah gugur. Ahh kejap lagi dia harus menyapu di sini. Kemudian kembali memandang Madia di sebelahnya. Hatinya kembali di cuit pertanyaan-pertanyaan yang dia sendiri tidak tahu.

Beberapa hari lepas, anak saudara rakannya itu ditangkap basah. Malah berita penangkapan itu heboh di penempatannya. Kes yang berlaku tiga hari lepas itu benar-benar kabur dalam pengetahuannya kerana secara kebetulan, tiga hari lepas dia tiada di rumah kerana pulang ke Mersing kerana terdapat kematian di sana. Semalam pula tidak sempat dia menjengah ke rumahnya kerana baru pulang dan sibuk mengurus kelengkapan persekolahan anaknya itu.

Melihat Madia yang bersedia untuk bangun, pantas tangannya memegang tangannya itu. Menghalang rakannya itu berbuat demikian. Madia menoleh kepadanya, kemudian terdengar keluhan berat. Dia tidak jadi meneruskan niatnya lalu duduk kembali di sebelah Saonah yang seakan mengharap benar dia berbicara.

Air mata menitis ke pipinya diusap perlahan. Tingkahnya itu hanya diperhatikan oleh teman yang sememangnya tidak beranjak dari sebelahnya.

“ semua cerita yang kau dengar tu betul Nah..” sayu sahaja dia memulakan bicara dalam suara yang serak. Madia kembali tunduk dan tangannya masih mengelap air mata yang menitis. Perit di hatinya amat terasa mencucuk-cucuk di setiap injap jantungnya. Kasihan Dayang.
“kalau benar, kenapa kau menangis macam anak sedara kau tu tak bersalah.” Berkerut kening Saonah. Masih tidak puas hati dengan jawapan temannya itu. Malah soalan pertamanya tadi juga tidak berjawab.

Dia mengesot sedikit memusingkan kedudukannya untuk menghadap Madia.

“ perlu ke aku ikut? Pandai dia mencari jantan tu, pandailah dia nak nikah ke apa..” kasar sahaja Madia menjawab sebelum soalan pertama daripadanya itu diajukan semula. Kemudian temannya itu memandangnya. Dia sedar bahawa wajah rakannya berubah seakan menyembunyikan sesuatu. Agak sedikit tegang tapi ia bukanlah mimik wajah yang sepatutnya.

“kau ni pun, kenapa nak naik angin. Kan aku tanya jer.” Saonah kembali bersuara kembali melemparkan pandangannya kepada pohon kenanga dihadapannya. Tiba-tiba hilang perasaan ingin tahunya. Di simpan sahaja pertanyaan yang sahaja di ajukan kepada rakan yang berada di hadapannya.

“ maaflah pagi tadi aku pergi dulu tanpa tunggu kau.” Tiba-tiba sahaja Madia bersuara lemah. Marahnya seakan hilang tapi suaranya kembali lemah seperti awal tadi.

“ aku nak cepat kemas bilik guru. Hari ni ada lawatan daripada Pendidikan…sebab tu aku tak tunggu kau. Kau pun macam lambat jer hari ni. Biasanya kau dah terpacak menunggu aku”

Tersenyum Saonah apabila rakannya itu bersuara seperti biasa.

“ hmm tak pelah. Pagi tadi anak aku yang kecil tu meragam. Itu yang lewat.” Saonah melontarkan kata.

“ tapi aku terserempak si Dayang masa nak keluar. Rasanya dia nak pergi pejabat kadi lah kan.”

Hati Madia kembali terusik mendengar ayat terakhir Saonah. Dia bingkas bangun. Di tangannya memegang bekas air dan nasi. Lalu bekas nasi di tangan kanan di tukar ke tangan kiri. Dia menyapu pasir-pasir di punggungnya dengan tangan kanannya. Kakinya melangkah longkang kecil di kaki lima itu. Bergerak menuju ke paip di tepi pagar di bawah pohon kenanga tersebut untuk membasuh tangan dan membuang bungkusan di tangan. Saonah juga begitu.

Kemudian mereka bergerak ke arah stor disebalik dinding yang mereka sandar tadi. Masing-masing senyap. Hanya kaki dan tangan sahaja bergerak. Dua-dua mengambil beg plastik yang berisi telekung dan menukar kasut yang tersarung di kaki dengan selipar jepun. Setelah Madia menutup dan mengunci pintu, kedua-dua mereka menuju surau yang berada selang satu blok dari bangunan tersebut. Sekumpulan murid lelaki sedang berkejaran dan tertawa di halaman bangunan kelas itu. Ceria sungguh wajah kanak-kanak yang berada di darjah satu itu walaupun baju sudah lencun di basahi peluh.

Madia dan Saonah hanya tersenyum melihat kumpulan murid-murid tersebut. Setelah membuka selipar , mereka memanjat anak tangga menuju ke bilik sembahyang wanita. Ada 3 orang pelajar yang baru selesai solat, sementara seorang guru sedang berada di takhiyat akhir.

Madia mengambil tempat di penjuru bilik itu berdekatan dengan kipas. Dia membuka tudung di kepala dan hanya meninggalkannya.hanya anak tudung sahaja di tinggalkan. Saonah pula sudah berada di tempat mengambil wuduk. Dia bangun dan bergerak menuju ruang kecil itu.

Selesai solat, panjang Madia berdoa. Entah apa sahaja yang didoakan rakannya itu, Saonah sendiri tidak pasti. Dia hanya menanti menunggu rakannya itu.

Mata Madia seperti biasa sedikit merah usai solat. Dia telah biasa dengan perangai rakannya. Sedikit kagum.

“ kau nak bersihkan kawasan mana lepas ni Nah? “ ringan mulut Madia bertanya sambil tangannya pantas melipat telekung dan kemudian memakai tudungnya kembali. Sedikit bedak tabur di tuang di telapak tangan kemudian di sapu ke pipi.

“ aku nak bersih kan bawah pokok kenanga tadi. Banyak sangat bunga yang gugur. Pak Hamid kan cuti hari ini. Jadi aku lah yang kena tolong bersihkan. Kau pula dah siap ker kerja dalam bilik guru tu?” Saonah bergerak ke arah pintu. Madia pula mengekor setelah menutup suiz kipas dan lampu kerana mereka berdua merupakan orang terakhir.

Aku dah siap dah kerja dalam bilik guru tu. Hmm tak pelah aku tolong kau.”

tersenyum Saonah mendengar kata sahabatnya itu. Tidak bosan membuat kerja seorang diri kerana ada teman untuk bersembang. Mereka kembali bergerak menuju bilik stor.

“tapi sebelum tu aku nak naik atas sekejap. Nak pulangkan kunci bilik stor atas kat pejabat. Nanti lupa nak hantar macam selalu.” Madia bersuara dan sudah berjalan ke kiri di susur gajah yang mereka lalui.


“yelah” Saonah mengangguk perlahan. Dia hanya memerhati rakannya melangkah dengan ekor matanya dan dia terus bergerak ke arah bilik stor. Kunci yang diberi oleh Madia tadi di cucuk untuk membuka tombol pintu stor tersebut.

Masuk-masuk sahaja, telefon bimbit nokia model 1100 sedang berdering minta di angkat. Tertera nama “Dayang” di skrin. Dia ragu-ragu untuk mengangkat. Deringan itu senyap. Dia berjalan menuju ke almari barang. Dia kembali menoleh ke telefon bimbit tersebut apabila telefon itu kembali berdering pinta diangkat. Masih tertera nama “Dayang” di skrin. Pantas tangannya mengambil lalu menekan butang hijau.

“ assalamualaikum Long” terdengar suara halus di hujung talian mengucapkan salam.

“ waalaikumsalam.” Saonah menjawab salam yang diberikan dan menanti bicara gadis dihujung talian tersebut.

“ long..” gadis itu bersuara pendek. Mungkin masih tidak sedar bukan suara Long Madianya yang menjawab salamnya.

“ ni dayang ke?” Saonah bertanya walaupun tahu Dayang Alia di hujung talian sana.

“ ye saya.” Pendek sahaja gadis itu menjawab.

Saonah menarik nafas lemah, kemudian kembali menyusun kata. “ Long Dayang tiada. Dia naik ke pejabat sekejap.”

“ owh yeke makcik. Hmm kirim salam pada Long ye mak cik.” Lemah dan mendatar suara gadis tesebut. Selesai memberi salam dia memutuskan talian.

Setelah meletakkan telefon bimbit tersebut di tempatnya kembali. Pintu bilik itu di kuak dari luar. Madia masuk dengan senyuman terukir di bibirnya.

Saonah hanya memerhati rakannya itu. “ Dayang telefon tadi. Dia kirim salam.”

Madia hanya terdiam mendengar kata-kata rakannya itu. Hilang senyuman yang terukir di bibirnya. Dia menjawab perlahan salam daripada Dayang tetapi tidak bertanya lanjut. Dia terus mencapai kasut dan menyarungkannya, lalu keluar dangan penyapu di tangan.

Saonah juga menuruti rakannya tanpa sepatah kata.

“Cinta Abang Burger 6”

“ alia minum air ni boleh ke nak?” Mak Kiah bertanya kepada Alia apabila melihat wajah menantunya agak terkejut. Dia turut memberikan cawan yang berisi kopi tarik kepada Alia.

Alia hanya tersenyum dan memegang tangkai gelas yang berisi kopi tarik tersebut. Manakala Hairi pula hanya memandang sahaja wajah ibunya dan Alia apabila menyedari kesilapannya.

“ makanlah Alia, jangan ditenung sahaja roti tu. Panas-panas ni lah yang sedap.” Tegur Mak Kiah bila dia melihat Alia hanya memandang makanan dan minuman di hadapannya.


“ a’ah makanlah…” agak tersekat-sekat Hairi pula bersuara.

Pantas Alia mengangkat sedikit kepalanya yang tunduk sejak tadi memandang Hairi. Dia mengukir senyuman. Berasa sedikit lucu melihat wajah Hairi yang serba salah kerana tersalah minum minumannya sebentar tadi. Kemudian dia mengoyakkan roti didalam piring kecil itu dan disuakan ke dalam mulut. Di kunyah perlahan-lahan. Terasa manis kaya dan lemak mentega yang disapu ke atas kepingan roti tersebut. Sedap sekali. Kemudian dia mengambil gelas berisi kopi tarik lalu dihirup sedikit. Nyaman rasanya. Walaupun ini kali pertama dia minum kopi tarik, tetapi aroma dan rasa kopi tersebut benar-benar membuka seleranya.

Hairi dan Mak Kiah hanya memandang lega melihat telatah Alia yang sedang asyik mencubit kepingan roti tersebut. Nampak sungguh berselera. Sewaktu mengunyah, agak kelihatan lesung pipit yang agak dalam di pipi kirinya. Ahh manis sekali wajah gadis tersebut.

Selesai membayar, ketiga-tiga mereka menuju ke kereta.

“erm..awak.”

Hairi menoleh sebentar ke kiri apabila dia mendengar suara daripada sebelah kirinya. Namun tidak menyahut. Hanya membiarkan sahaja suara tersebut meneruskan kata-katanya. Dia pasti ada perkara yang ingin diucapkan Alia.

“ nanti singgah ke rumah Long Madia ye..Lea nak ambil beg pakaian.”

Owh itu rupanya yang ingin diucapkan Alia. Baru Hairi sedar bahawa pagi tadi, ketika dia dan ibunya mengambil Alia di rumah Mak Cik Madia, gadis itu hanya belenggang sahaja. Hanya membimbit beg tangannya sahaja.

“ nanti kita singgah ye Ry. Kang takde baju pula si Alia ni. Takkan nak pakai baju opah mak.” Mak Kiah bersuara dari belakang. Hairi hanya tersenyum. “ ye mak, nanti kita singgah.” Hairi membalas.

Jalan raya daripada Kluang ke pekan Simpang Renggam agak lengang. Kawasan estet di Renggam sememangnya kurang di lalui kenderaan pada waktu tengah hari begini. Cuma beberapa buah lori yang membawa kelapa sawit yang kelihatan. Hairi memandu tenang sambil mendengar celoteh Abby Fana di Sinar.fm. Hanya 40 minit dia sudah boleh sampai ke rumah.

Hairi memperlahankan keretanya sewaktu memasuki selekoh Kampung Masjid Lama. Dia memandang Alia disebelahnya. Mata gadis itu sedikit layu. Mungkin mengantuk. Ibunya pula sudah terlena di belakang. Itulah ibunya, mudah sangat terlena apabila menaiki kenderaan.

Dia mencuit sedikit bahu isterinya itu. Sekadar ingin melihat respons daripada Alia.

Alia tersentak apabila dicuit. Terus memandang wajah Hairi disebelahnya yang sudah tersenyum melihat aksinya yang tersentak. Merah mukanya seketika.

“ kenapa?” Alia bersuara. Pelik melihat reaksi Hairi yang keihatan agak mesra dengannya.

“ takde pape. Cuma nak tanya, nak singgah lama ke rumah Long Madia. Kalau nak singgah lama, petang aje saya ambil awak.” Hairi memberitahu apa sebenarnya yang ingin dikatakan.

Muka Alia pucat tiba-tiba. Dia menjadi gelisah seperti ada yang tidak kena. Hairi sedar perubahan itu. Pelik..

“ awak kenapa” terus dia menyoal Alia.

“takde pape. Sekejap ajelah. Saya cuma nak ambil beg saja. Dah siap kemas pun.” Laju sahaja Alia menjawab. Dia sedaya upaya mengawal gelodak perasaannya. Ketika ini, pasti Long Madia tiada. Long Madia bekerja sebagai tukang sapu di sekolah rendah yang berdekatan rumahnya itu hanya pulang selepas jam 4.30 petang. Dan waktu ini yang ada hanya Aidil. Dia tidak mahu bertentang mata dengan wajah itu lagi.

“okay. Dah sampai pun” betul-betul Hairi memberhentikan keretanya di hadapan rumah Long Madia. Pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat.

Dia memandang Alia. “ Ada orang ke kat rumah Long ni Alia?” dia mencari kepastian daripada Alia. Dan Alia hanya menjungkitkan bahunya menunjukkan dia juga tidak tahu.

“ jom keluar, saya temankan awak.” Hairi menawarkan dirinya untuk menemani Alia.

“Cinta Abang Burger 5”

Kereta Proton Wira tersebut bergerak perlahan keluar daripada perkarangan bangunan Pejabat Agama Kluang. Hairi memandu tenang menuju jalan keluar dari bangunan pejabat kerajaan di sekitarnya. Dia memandang ibuya dari cermin pandang belakang keretanya. Kelihatan ibunya itu sedikit bersandar dan santai. Menjeling di sebelah, Alia masih seperti dalam dunianya sendiri. Entah apa yang dimenungkan gadis itu, dia sendiri kurang pasti.

“mak ada nak pergi mana-mana tak?” soal Hairi memulakan bicara untuk memecahkan kesunyian. Dia tetap menjeling ibunya itu menerusi cermin pandang belakangnya. Ibunya tersenyum.

“ kita pergi stesyen kereta api ya Ry.” Pendek dan mendatar sahaja Mak Kiah bersuara.

“ mak nak buat apa ke sana? Nak beli tiket pergi rumah Kak Long ke?” Hairi bertanya kerana merasa hairan dengan permintaan ibunya itu. Memang kebiasaan ibunya akan meminta dia membelikan tiket kereta api ke Gemas untuk melawat Kak Long Rozinya yang menetap di Kem Gemas.

“ hmm tidaklah. Mak nak minum kopi dengan makan roti bakar. Dah lama rasanya tak makan. Tekak ni tiba-tiba teringin.” Mak Kiah menjawab mesra. Entah mengapa hari ini, dia teringin benar merasa kopi susu di stesen kereta api tersebut. Seakan terasa kemanisan kopi susu di warung kopi di stesen kereta api Kluang itu.

“ohh macam tu. Ery ingat mak nak pergi rumah Kak Long. Kan mak dah lama tak pergi ke sana.” Tersenyum Hairi sambil tangannya pantas memberi isyarat kanan unuk masuk ke jalan kanan menuju ke Stesen Kereta Api Kluang tersebut. bukan jauh mana pun. Hanya sepuluh minit daripada Pejabat Agama tadi. Namun jika kereta api akan melalui jalan tersebut, terpaksalah menunggu kenderaan panjang itu berlalu. Sehingga pagar dibuka, barulah dapat melintas menuju destinasi masing-masing.

Keadaan jalan raya pada jam 10.30 pagi agak lengang. Mungkin terlalu awal untuk orang berpusu-pusu ke tangah bandar mencari kedai untuk mengisi perut. Selesai membayar duit parker kereta yang hanya 40sen, Hairi pantas mencari tempat kosong. Alhamdulillah rezeki berpihak padanya. Betul-betul di hadapan warung tersebut. kelihatan pelanggan agak penuh di dalam warung tersebut berbanding warung-warung yang lain.

Hairi keluar setelah mematikan enjin keretanya. Mak kiah dan Alia juga turut keluar. Terdapat mata-mata yang memandang mereka. Hairi hanya membiarkan sahaja mereka memandang. Dia pasti mereka memandang keadaan dirinya dan Alia yang berpakaian putih sedondon. Dia hanya tersenyum sambil kaki melangkah masuk mencari tempat duduk. Dia mengambil tempat yang agak selesa di sudut warung yang menempatkan meja comel dengan 4 buah bangku. Sememangnya susun atur warung tersebut dan kerusi mejanya agak kecil berbanding biasa. Malah mirip keadaan di kedai kopi Cina. Bukannya dia tidak tahu, sememangnya pemilik warung ini pun adalah seorang Cina mualaf yang meneruskan warisan perniagaan keluarganya. Resepi turun- temurun keluarga di kembangkan hingga keunikannya menarik minat program Majalah 3 menyiarkannya dalam programnya.

Sesudah ibunya dan isterinya duduk, Hairi melambai ke arah pekerja di kedai tersebut. namun pekerja lelaki tersebut tidak perasan. Sebaliknya yang datang pemilik warung tersebut dan pantas memberikan senyuman mesra kepada Hairi. Hairi membalas mesra.

“ Mahu minum apa Encik” mesra sahaja petanyaan itu keluar daripada mulut tauke tersebut. di tangannya bersedia dengan pen dan kertas untuk mencatit pesanan.

“ bagi saya kopi tarik dan roti bakar cheese satu ya.” Hairi memesan kemudian menoleh memandang ibunya di sebelah dan Alia di hadapannya.
“ Mak nak minum apa? Alia ?” Hairi bertanya.

“ Bagi Mak Cik kopi panas dengan roti bakar kaya ya.” Mak Kiah memesan lalu memandang Alia di hadapannya yang agak canggung.

“ Alia nak minum apa? Pesanlah” Mak Kiah bersuara pada menantunya itu. Tangannya lembut menyentuh hujung jemari Alia di atas meja. Memberi sedikit kemesraan.

Alia pula hanya terkebil-kebil memandang. Dia cuba mengukir senyuman di hujung bibir.

“ Alia nak kopi ais dengan roti macam mak” tersekat-sekat suaranya menyebut pesanannya. Seakan tidak keluar suaranya menyebut perkataan ‘mak’ di hujung ayatnya tadi. Mak Kiah tersenyum lega mendengar suara yang keluar daripada gadis di hadapannya itu. Begitu juga Hairi. Isterinya itu bukan bisu.

“ okay tauke, itu sahaja.” Hairi kembali bersuara kepada tauke yang masih setia untuk mengambil pesanan pelanggannya.

Selesai menyebut kembali pesanan pelanggannya, lelaki yang umurnya suah separuh abad itu melangkah pergi dan bergerak menuju dapur untuk memenuhi pesanan pelanggan.

Hairi pula mencapai sebungkus nasi lemak di hadapannya. Mengambil sudu dan membuka bungkusan nasi lemak tersebut. terus menyuap setelah selesai membaca basmallah.

Tersenyum Mak Kiah memandang anaknya itu. Kelihatan agak lapar anaknya itu dengan melihat gaya makannya yang sedikit laju. Pasti anaknya itu lapar kerana dia hanya minum secawan teh pada awal pagi tadi. Mungkin debaran untuk bernikah menghilangkan selera anaknya itu untuk menjamah nasi goreng yang dibuatnya tadi.

“ makan perlahan-lahan Ry.” Mak Kiah mengingatkan anaknya yang sedang leka makan. Sekejap sahaja nasi lemak itu habis. Namun pesanan air masih belum sampai. Muka Hairi sedikit merah kerana sambal nasi lemak itu agak pedas. Walaupun dia tidak berapa tahan dengan rasa pedas, tetapi dia tetap gemarkan rasa itu.

“pedaslah mak” Hairi mengadu pada ibunya. Sedikit berair matanya.

Minuman dan makanan yang dipesan tiba. Laju sahaja tangan Hairi mencapai kopi ais. Rasa pedas yang di tahan sejak tadi membuatkan dia laju mencapai gelas berais tersebut, terus menyedut tanpa menyedari bahawa minuman itu sebenarnya milik Alia.

“Cinta Abang Burger 4”

“aku terima nikahnya Dayang Alia Binti Abdullah dengan mas kahwinya RM22.50 tunai.” Sekali nafas Hairi melafazkan akad. Ucap sah daripada saksi-saksi menyedarkan dia bahawa lafaz yang diucapkan sebentar tadi mengubah kehidupan semalam hidupnya. Jika semalam, dia hanya mempunyai tanggungjawab ke atas dirinya dan ibunya sahaja. Tapi bermula detik tadi, dia memiliki sesorang isteri untuk dipimpin. Pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Demi untuk tidak menghampakan permintaan ibunya, dia hanya menurut yang telah tersurat untuknya.

“ segala-galanya untukmu ibu” bisik kecil di hatinya ketika menyalami ibunya setelah akad nikah sebentar tadi. Gadis kecil yang telah mutlak menjadi miliknya sebentar tadi hanya tertunduk sugul di sebelah ibunya. Sejak kelmarin, tiada sepatah ayat pun yang terucap daripada bibir lesu itu. Namun tidak pula bagi ibunya, kelihatan sedikit riang wajah tua itu. Entah apa yang digembirakan pun, Hairi tidak mengerti. Suka benarkah ibunya itu mendapat menantu segera yang langsung tidak diidamkan oleh mana-mana ibu di dunia ini. Berbeza sekali ibunya ini.
Hairi menghampiri ibunya dan Alia yang sedang menanti di luar pejabat agama tersebut setelah urusannya selesai. Dia meminta ibunya keluar dahulu sementara dia menyelesaikan beberapa perkara di kaunter pejabat agama tersebut. kelihatan ada tiga pasang bakal pengantin yang sedang menanti untuk diijab kabulkan. Untung juga dia yang pertama, tidak penat menanti. Lagipun, hanya dia, ibunya dan Alia sahaja daripada pihaknya dan Alia. Maka tidaklah sesibuk mana pun keadaannya.

Dia melemparkan senyuman kepada beberapa orang yang turut berurusan di Pejabat Agama Daerah Kluang. Mungkin menguruskan hal yang berkaitan zakat atau yang sewaktu dengannya. Bahagian Zakat dan Baitullmal hanya sebelah daripada bilik pernikahannya tadi.

“hmm dah selesai pun mak. Cuma minggu depan Ery kena datang balik untuk ambil dokumen-dokumen tersebut. Kad nikah pun mungkin minggu depan siap.” Hairi berjalan menuju kereta dengan diekori Mak Kiah dan Alia. Mak Kiah hanya tersenyum mendengar kata-kata Hairi. Hanya mengangguk lembut.

Hairi membuka pintu hadapan untuk ibunya. Seperti biasa, itulah tempat untuk ibunya.

“Alia duduk depan dengan Ery ye..” Mak Kiah bersuara sambil memegang bahu Alia sambil tersenyum. Kemudian dia membuka pintu belakang lalu terus masuk ke dalam perut kereta proton Wira milik anaknya itu.

Hairi hanya memandang Alia tanpa kata. Alia yang daripada tadi tertunduk dan asyik dengan khayalannya seakan tersedar. Dia turut memandang ke arah Hairi yang hanya merenungnya..terkebil-kebil dia melihat wajah lelaki yang telah menjadi suaminya itu. Ragu-ragu menyebabkan dia sukar membuat berfikir sewajarnya.

“awak masuklah” ringkas Hairi bersuara dan terus bergerak ke tempat pemandu, membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

“ermm..” Alia cuba bersuara tetapi tak jadi meneruskannya lalu masuk ke dalam kereta setelah Hairi menghidupkan enjin kereta.

“Cinta Abang Burger 3”

“Ry tak salah mak. Buat apa Ry kena mengaku semua ni?” Hairi seakan mahu menangis di hadapan Mak Kiah. Wajah tua itu dipandangnya sayu. Titisan air mata di pipi tua itu membuatkan hatinya bertambah parah. Kejadian semalam membuatkan hari ini hidupnya dilema. Kejadian semalam membuatkan jadual hariannya berubah sama sekali. Bingung dan keliru.

“Ery terima sajalah cadangan Pak Naib tu ye nak. Ery tak boleh mengelak. Ada saksi yang nampak Ery masuk ke belakang sekolah tu dalam keadaan yang mencurigakan.” Mak Kiah bersuara setelah mengelap air mata yang tumpah pada pipi tuanya itu. Seakan hancur hatinya apabila mendapat berita bahawa Hairi ditangkap basah semalam. Mujur hati tuanya kuat, kalau tidak pasti tumbang tubuhnya apabila mendengar berita tersebut semalam.

“tapi mak..” tersangkut suaranya memandang mata ibunya itu. Lemah tubuhnya mendengar permintaan ibu tuanya itu.

“ Ery, kesian gadis tu. Mak tahu kamu berdua tak bersalah. Kamu terima sajalah cadangan tu ye nak..” tangan ibunya mengusap perlahan rambutnya. Usapan tersebut sedikit mendamaikan dan menenangkan.

Permintaanmu sungguh berat ibuku. Aku tak bersalah. Mengapa harus aku pikul kesalahan ini..??
“ terima ye Ry..mak pasti Ery pasti tak menyesal.” Lembut sahaja suara ibu tua itu memujuk. Bukan dia tidak tahu anaknya tak bersalah, tetapi melihat wajah gadis yang ditangkap bersama anaknya semalam membuat dia amat kasihan dengan gadis tersebut. Membuatkan dia pantas memujuk anaknya itu. Dan dia juga tahu, kasih anaknya itu kepadaya, membuatkan anaknya itu tidak pernah membantah katanya. Harapannya hanya satu..ingin anaknya itu bahagia

“Cinta Abang Burger 2”

Siap menyimpan barang dalam kotak yang diletakkan di belakang motosikalnya. Hairi melihat kembali ke warung yang telah siap dikemasnya sebentar tadi. Dia mengambil keputusan untuk menutup awal kerana berasa sedikit penat walaupun pelanggan tidak ramai pada malam ini.

Setelah yakin dan puas hati dengan keadaan kedainya. Dia mencapai helmet dan menghidupkan motosikalnya. Perjalanan pulang hanya sepuluh minit membuatkan dia tidak perlu membawa laju. Dengan perlahan dia memulakan perjalanannya.

Sampai di selekoh sekolah agama, tiba-tiba dia terlihat suatu lembaga yang tiba-tiba lari keluar dari belakang sekolah tersebut. Mengucap panjang dia kerana terkejut lalu memberhentikan motosikalnya. Dia amat pasti bahwa lembaga tersebut mirip seorang perempuan. Dia kemudiannya berjalan menghampiri pagar sekolah tersebut. Hanya cahaya samar-samar lampu jalan membantu dia menyusuri lorong kecil di tepi sekolah tersebut.

Kemudian dia mendengar suara kecil yang teresak-esak menangis. Semakin lama, semakin kuat suara itu mengetuk gegendang telinganya. Ahh kalut, siapa pula yang berlari di tengah malam dan menangis di belakang sekolah ini.

Apabila tiba di hujung penjuru bangunan tiga tingkat tersebut, dia melihat sesusuk tubuh kecil yang terhenjut-henjut menangis. Di belakang bajunya pula, kelihatan koyak-koyak dan luka-luka. Hairan dengan keadaan tersebut, membuatkan dia bergerak mendekati gadis itu. Yang pasti, empunya tubuh yang menangis itu tidak sedar akan kehadirannya.

“assalamualaikum” dia memberi salam. Itu yang terbaik difikirannya untuk diucapkan pada waktu itu. Kemudian duduk mencangkung di hadapan tubuh itu.

Gadis itu berpaling dan mengesot ke belakang. Lagaknya seperti orang mempertahankan diri daripada takut diapa-apakan. Suara tangisannya makin menjadi-jadi. Malah seakan melindungi tubuhnya yang sedikit terdedah dengan tangannya.

“awak buat apa malam-malam di sini? Kenapa dengan awak? Kenapa menangis ni?” bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Hairi. Dia seperti mengenali wajah yang sedang menangis di hadapannya ketika ini. 2 hari lalu, gadis ini pernah datang membeli burger di warung burgernya.

Makin kuat ngongoian daripada gadis di hadapannya itu. Sudahlah tidak menjawab pertanyaannya, sebaliknya bertambah kuat pula tangisannya. Hairi bertambah bingung. Apakah yang harus dilakukannya? Ahh serabut!

“ awak kenal saya kan. Mari, kita keluar dari sini. Nanti awak cerita pada saya apa yang berlaku.” Hairi cuba bersuara lagi. harap-harap ada suara yang keluar dari tubuh di hadapannya.

Masih tidak bersuara. Namun, tangisannya semakin perlahan. Gadis itu mengangkat sedikit kepalanya memandang Hairi yang kehairanan. Memandang terus ke mata Hairi seperti memberitahu sesuatu melalui pandangan tersebut.

Sayu sungguh mata gadis tersebut. lemah sekali. Kelihatan tiada langsung kekuatan menerusi pandangan mata gadis tersebut. Hairi menguntumkan senyuman kepada gadis itu, cuba menyalurkan sedikit keluhuran daripada hati dengan niat untuk membantu. Pasti gadia ini dalam kesusahan. Entah apa yang berlaku, dia sendiri musykil.

“ kamu berdua buat apa di sini?” tiba-tiba sahaja ada suara yang bergema dibelakangnya. Ahh kacau. Siapa pula yang datang ini. Persoalan iu bermain secara spontan di mana ketika dia bangun dan berpusing kebelakang.

Pak Naib serta empat orang kampung yang dikenalinya sedang memandang ke arahnya dan menanti jawapan daripadanya. Darah seakan menyerbu ke mukanya. Dia seperti sedar sesuatu yang mengaibkan bakal menimpanya. Ya Allah selamatkan aku. Itu sahaja yang bermain di kepalanya.

Dan gadis dihadapannya itu kembali kuat tangisannya.

“Cinta Abang Burger”

“Ry, benjo satu. Mayonis lebih tak mahu sos ye,” Selamat memesan benjo kegemarannya.

“ok siap” pendek sahaja jawapan daripada Hairi.

Warung burger pada waktu petang di hujung padang itu agak lengang. Mungkin kerana budak-budak bola yang selalu melepak tidak turun kerana hujan baru sahaja berhenti. Hairi lincah menyiapkan pesanan untuk pelanggannya. Tadi, baru sahaja Arif anak Pak Samad memesan lima biji burger special daripadanya. Selepas hujan begini, memang tak menang tangan dia menyiapkan pesanan daripada pelanggannya.

“kau kerja shift malam ke Mat?” Hairi ramah bertanya sambil tangannya masih lincah menggoreng daging burger. Kejap-kejap dia akan menyagat hirisan timun dan tomato. Beberapa tahun dengan tugasnya itu membuatkan dia kelihatan cekap sekali melakukan tugasnya. Namun sempat menjeling melihatkan Selamat yang lengkap dengan uniform kilangnya. Dia mengagak bahawa pasti temannya itu akan bekerja untuk shift malam. Tahu sangat dia bahawa yang Selamat bekerja di kilang Guacera itu mempunyai dua shift kerja iaitu siang dan malam.

“A’ah Ry, macam kau tak tahu aku. Dah 2 minggu aku masuk pagi. Minggu ni aku malamlah pula.”

Selamat membetulkan posisinya yang bertenggek di atas motor Honda EX5 nya. Sungguh setia dengan motor yang digunakan sejak sekolah lagi.

“ Mana Wan? Tak nampak bayang dia lagi tadi pun?” Selamat menyoal Hairi apabila melihat seorang lagi sahabatnya itu tidak kelihatan. Setahunya, Hairi dibantu Izwan. Tapi hari ini, bayang pun tidak kelihatan.

“ ohh, dia cuti hari ni. Dia kata dia tak sihat tadi dengan aku”

“ohh” pendek sahaja Selamat membalas. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan telefon comel itu. Tersenyum-senyum dia seorang diri. Pasti sedang membaca pesanan ringkas si buah hati, Hairi mengagak.

“ lama lagi ke Ry?” selamat kembali menyoal. Gusar sekiranya dia lewat untuk masuk kerja. Walaupun tidak jauh, namun dia agak bimbang melihat cuaca yang masih mendung dan sedikit gerimis. Dia mendongak dan menadah tangan, merasa titik renyai yang masih turun.

“dah nak siap dah ni.” Tersenyum Hairi melihat gelagat temannya itu. Pasti temannya itu risaukan cuaca yang menentu sejak tengah hari tadi. Kemudian dia kembali tunduk menyiapkan kerjanya. Burger yang sudah disiapkan dibungkus dengan kertas burger yang telah tersedia. Sengaja tidak mahu menggunakan lapisan plastik, tetapi memilih untuk menggunakan kepingan kertas untuk membalut burger yang telah siap tersedia. Walaupun hanya menjual burger yang tidaklah besar sangat keuntungannya. Cinta kepada alam membuat dia senang berbuat demikian. Kelestarian wajar dipupuk walaupun usahanya kecil.

“ okay siap Mat” Hairi menghulurkan bungkusan benjo kepada Selamat. Kemudian dia pantas mencapai sehelai tuala kecil mengelap titik air pada mukanya.

“Terima kasih Ry, berapa ringgit ni?” dia kembali bertanya. Kemudian mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya.

“ Macam biasalah, Rm 1.40. macam tak biasa pula kau ni..” Hairi tertawa kecil dihujung jawapannya, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sedikit lucu melihat gaya Selamat bertanya. Hampir setiap hari membeli, masih asyik bertanya.

“okay Ry, aku pergi dulu. Nanti kuyup pulak aku.” Segera Selamat menyepak pedal motornya untuk menghidupkan motor kesayangannya itu. Berderum bunyi motornya bila minyak dipulas sedikit. Setelah kemas mengikat tali topi keledarnya, dia menekan gear untuk masuk gear satu.

“ hmm hati-hati. Jalan licin ni. Terima kasih Mat.” Ucap Hairi sambil mengangkat tangan mengucapkan selamat jalan pada temannya itu. Melihat temannya yang sedikit kalut, membuatkan dia kembali tersenyum.