BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

kenApa aKU...

"awak tak cari kita, kita yang cari awak tapi takdir yang ketemukan kita..."








Sabtu, 28 Mac 2009

"cinta Abang buRger 15"


angin petang sepoi-sepoi bahasa bertiup menyapa ke pipi Alia. Dia duduk di pangkin di belakang rumah untuk menghilangkan lelah menyapu di sekitar halaman belakang rumah. Hairi pula menyapu di halaman depan. cuaca redup petang sememangnya mendamaikan. Alia leka memerhatikan itik dan ayam yang saling berkejaran. Ahh kawanan haiwan yang bisa menghiburkan. Alia tersenyum sendiri. Nasib baik mak mertuanya tidak membela kawanan angsa, kalau tidak pasti tidak dia tidak menjejaki kaki ke tanah. Peristiwa aktiviti di rumah keluarga angkat masih segar diingatannya.

"Iza, jom teman aku pergi tengok air parit tu, jernihnya. tadi aku nampak banyak anak ikan." Alia mengajak temannya Iza ke parit berdekatan. Sewaktu turun daripada bas tadi, dia melalui jalan disebelah parit tersebut. geram dia melihat ikan-ikan kecil di dalam parit. Majlis perasmian program yang diikutinya masih belum bermula dan dia mengambil kesempatan untuk ke parit itu semula.

" tak mahu aku. kau tak nampak ke, ada angsa kat depan rumah tu." iza menunding jari menunjukkan sepasang angsa yang sedang berehat-rehat dihadapan rumah yang perlu mereka lalui untuk ke parit tersebut. tadi semasa mereka sampai, angsa-angsa tersebut tiada di situ.

"ala angsa tu tak kejarlah." Alia meyakinkan Iza. Iza pula kembali terhangguk-hangguk mendengar MP3 nya. sesekali laju membalas Sms daripada buah hatinya.

"jomlah" alia telah bangun dan menarik tangan Iza. terdorong badannya kehadapan tetapi nasib baik mampu mengimbangi badannya daripada jatuh.

"kau ni Lia, tak payahlah tarik-tarik. yelah aku temankan." Iza membebel namun kakinya pantas menyaingi langkah kaki Alia. Alia hanya tersenyum kemenangan.

" bestkan kampung ni. aku ingatkan kat selangor ni dah takde kampung lagi. " ngomel Alia. Iza hanya mendengar. Kamera digital di tangan di gunakan untuk merakam permandangan yang menarik perhatiannya.

" untung ekh kita join benda alah ni. tak sia-sia si Ada pujuk kita suruh follow program ni." Iza pula mengomel.

"Ejot, tengok tu!' tiba-tiba Alia terjerit kecil dan memukul tangan Iza agar kawannya itu turut melihat apa yang dilihatnya.

" pe bende? " iza menyoal, sedikit teruja.

" tu buah jambu comel-comel tu." Alia menunjukkan buah jambu loceng yang sedang masak ranum di atas pokok. sangat lebat buahnya.

"lahh buah jambu. aku ingatkan nampak kau nampak babun tadi. huhhh.."

"ko ni.." alia menepuk lembut tangan Iza.

iza hanya tertawa. lucu dia melihat telatah Alia. Hanya jambu loceng pun boleh buat rakannya itu tertarik.

" lia, semacam jer angsa-angsa tu pandang kita." Iza tertoleh-toleh pada angsa yang menuju ke arah mereka. tadi masa mereka melintas dihadapan haiwan tersebut, haiwan tu hanya memandang bersahaja. kini, dengan mengepak-ngepakkan kepaknya. haiwan itu seperti menuju ke arah mereka.

dari atas titi, Alia leka melihat anak-anak ikan di dalam parit tersebut. langsung tak memperdulikan Iza yang semakin cuak melihat angsa-angsa tersebut menghampiri mereka.

" lia..." Iza memanggil nama kawannya itu. namun tidak dipedulikan.

" lia aku chow dulu..aaaaaaa" Iza menjerit dan berlari meninggalkan Alia apabila angsa tu benar-benar berlari ke arah mereka. muncung angsa tu laju sahaja menghala ke arah Alia yang baru menyedari kehadiran angsa-angsa tersebut. tanpa sempat berbuat apa-apa muncung angsa tersebut telah sampai ke lengannya.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" panjang sahaja Alia menjerit, lantas dia bangun untuk melepaskan lengannya yang di "cium" angsa tersebut. manakala seekor lagi mengejar Iza yang telah langkah seribu.

dan lebih malang, Alia tersilap langkah dan..berdebushh..dia dan angsa tersebut kini bersama-sama dengan kawanan ikan di dalam parit..

tersenyum-senyum Alia mengingati memorinya bersama Iza. sebagai tanda kenangan, masih ada lagi parut "ciuman" angsa tersebut.

" senyum-senyum....ingat siapa tu?"tiba-tiba soalan menyapa gegendang telinganya. dan dia seakan kenal benar dengan empunya suara itu.

Alia kembali ke realiti, dia menoleh ke kanan dan Hairi telah duduk disebelahnya. asyik benar dia menghembus asap rokok ke udara. ahhh pencemaran udara kutuk Alia di dalam hati.

dari senyuman, mulut Alia berubah muncung. seakan mulut angsa yang mematuknya dahulu.

melihat mulut comel Alia berubah menjadi muncung, ketawa Hairi meletus keluar.

" comelnya muncung tu" dia bersuara sekadar mahu mengusik.

Alia disebelahnya langsung tidak bersuara. Hairi pelik. tadi tersengeh-sengeh gadis itu tersenyum sendiri. selepas di tegur, muncung pula. salah ayat atau tersalah kata.

"Lia.." Hairi memanggil perlahan.

Alia menyepikan diri. tak suka benar dia dengan bau asap rokok. benar -benar dia alah dengan bau tersebut. benar-benar mencemarkan alam.

"saya nak masuk" tiba-tiba gadis itu bersuara. kemudian dia bangun dan menyarung selipar yang ditanggalkannya tadi sebelum bersila diatas pangkin tersebut.

" ehh nantilah dulu. kenapa tak pasal-pasal marah kat Ery ni?" tanya Hairi apabila melihat telatah pelik Alia. kadang-kadang dia tidak mampu meramal telatah gadis comel di hadapannya. kejap tersenyum, kejap moody. ada masalah mental ke isterinya ini. minta dijauhkanlah.

" Lia nak masuk" alia tetap berkeras dan telah melangkah meninggalkan Hairi di pangkin berseorangan. Hairi hanya memandang dan tidak faham.

Tanpa salamnya bersahut, Alia melangkah masuk ke ruang dapur. Harum cempedak memenuhi rongga hidungnya. Ahh pasti mak tengah menggoreng cempedak ni. pagi tadi dia dan Hairi ke pasar Tani, geram dia melihat cempedak yang harum wangi, lantas dia meminta Hairi membeli sebiji cempedak untuknya.

"wanginya..." Alia menghampiri Mak Kiah dan laju sahaja tangannya mencapai sudip. diterbalik-balikkan cempedak yang bersalut tepung didalam kuali. hampir kekuningan warnanya. kejap lagi bolehlah diangkat. tak sabar dia mahu merasa keenakkan buah cempedak tersebut. Mak Kias yang sedang mengacau teh tarik hanya tersenyum melihat menantu perempuan tunggalnya itu.

"ery mana Lia?" Mak Kiah bertanya pada Alia yang sibuk mengangkat cempedak ke dalam tapis.

"ada kat luar mak" pendek sahaja Alia membalas.

"kenapa Lia tak temankan dia? Mak dah nak siap dah ni. Kejap lagi kita boleh makan di pangkin tu."

" tak mahulah mak, ada pencemaran udara kat situ" Alia mengomel.

dalam pada masa yang sama Hairi telah masuk ke ruang dapur. dia hanya mengisyaratkan agar maknya tidak menegurnya. lucu dia mendengar omelan Alia. patutlah muncung sahaja isterinya itu, tak suka bau rokok rupanya.

" kilang mana yang buat pencemaran Lia? ke ada lori hantu yang lalu tadi?" Hairi menyergah Alia. dia sudah berdiri di belakang Alia. Gadis itu tidak menyedari kehadirannya.

"haaa??" Alia terjerit kecil bila menyedari Hairi dibelakangnya. terlopong mulut comelnya mendengar patah kata yang dikeluarkan Hairi tadi.

pantas mulutnya ditutup oleh Hairi. sekali lagi dia terkejut dengan tindakan Hairi yang tiba-tiba itu. secara automatik tangannya yang memegang sudip dibawa ke mulut untuk mengalihkan tangan Hairi. sebelah lagi tangannya memegang tapis yang berisi cempedak goreng.

"papp" sudip tersebut terkena muka Hairi.

" aduhh" menjerit kecil Hairi apabila sudip panas itu menyapa pipinya.

Alia semakin gelabah melihat tangan Hairi menekap pipinya yang terkena sudip panas tersebut.
cepat-cepat dia letakkan pinggan dan sudip di atas dapur.

" awak tak apa-apa ke?" soal Alia susah hati.

Hairi pula telah duduk dikerusi di meja makan dan masih lagi menekap pipinya. langsung tidak menjawab pertanyaannya.

dia mendekati Hairi, matanya melilau mencari kelibat Mak Kiah. ibunya itu dilihatnya telah sampai ke pangkin di luar rumah. entah bila masanya sampai ke sana. melihat wajah Hairi dia serba salah.

"siapa suruh duduk belakang orang masa orang tengah buat kerja. lepas tu buat orang terperanjat. dah jadi macam ni, aku jugak yang susah." Alia mengomel di dalam hati.
ditangannya sehelai sapu tangan yang diambil didaatas almari.

"awak ok x?" takut-takut Alia menyoal. dia berdiri betul-betul disebelah Hairi. hairi tidak menghiraukannya. hanya terdengar suara halusnya mengeluh sakit.

"meh sini Lia tengok" Alia bersuara lagi. tangannya mencapai tangan Hairi yang menekap pipi.
Suka Hairi melihat telatah Lia yang berani-berani takut itu. dia masih ingin mengusik gadis itu lagi.

" aduhhh.." dia bersuara lebih kuat. kononnya berasa amat sakit.

" awak..Lia mintak maaf. meh basuh dulu muka tu, lepas tu kita pergi klinik." suara Alia bergetar seperti ingin menangis. matanya pula kelihatan berkaca-kaca seperti ada mutiara yang bakal keluar. manakalanya tangannya pula menarik sekuat tenaga Hairi ke sinki agar suaminya itu membasuh mukanya.

Hairi hanya mengikut telatah Alia. dia bangun dan membasuh mukanya. senyuman dan tawanya ditahan. lucu dia melihat warna muka gadis itu bertukar merah.

selesai sahaja dia membasuh muka, tubuhnya ditarik Alia agar bertentangan dengan tubuh gadis itu. dia buat-buat tiada perasaan. Alia menonjetkan kakinya, Ahh kenapalah suaminya ini terlalu tinggi bagi atau dia yang terlalu rendah. bersusah payah dia mahu melihat kesan sudip panas di wajah suaminya itu.

"ehh mana kesannya?" Alia hairan. namun tangannya masih mengelap wajah Hairi yang basah, masih membelek mencari kesan sudip panas tadi.

"mana?" dia bertanya lagi untuk memastikannya lagi.

"kat sini" hairi menunjukkan bibirnya sengaja mahu menyakat. semakin merah rona wajah Alia.

Ciss tertipu. Alia menyedari bahawa dia telah dipermainkan. tangan yang masih mengelap lembut wajah Hairi telah bertukar keras.

"auchh sakitlah lia" hairi menjerit. dia tahu gadis itu memprotes. namun kedua-duanya masih tidak bergerak. Statik.

mata Alia berkaca-kaca menahan mutiara yang hampir keluar. ahh akhirnya titis mutiara jernih itu jatuh jua. Hairi kaget. Aduss niat untuk mengusik hilang.

" Ery, Lia, kuali tu dah berasap!!!" tiba-tiba sahaja suara Mak Kiah bergema di ruang dapur. serentak itu kedua-duanya menoleh ke arah kuali.

"ya ALLAH" itu sahaja yang mampu diucapkan Alia. pantas Hairi melangkah menutup api. asap daripada kuali tersebut berkepul-kepul. minyak dan kuali terlalu panas. mujur Mak Kiah sedar.

"apa yang kamu berdua buat sampai tak sedar asap berkepul atas dapur?" mak kiah berleter kepada kedua-duanya.

Alia hanya diam. marah dan malu, semuanya menjadi satu. semua kerana Hairi.

"ehmm dah, Lia bawa cempedak tu, kita makan di luar. " Mak Kiah mengarahkan Alia. pantas Hairi yang mencapai pinggan dan menggantikan cempedak yang berada didalam tapis ke dalam pinggan.

" jom" Hairi mengajak Alia yang masih tercegat ditepi sinki. kaku sahaja tubuh gadis itu.

" jomlah. mak dah tunggu kat luar tu." Hairi memujuk.namun masih tidak mengucap kata maaf.

alia masih mengeraskan dirinya.

"Okay-okay Ery minta maaf ye. lain kali janji tak buat lagi."

alia memandang wajah Ery. rasa mahu dicekik sahaja batang leher lelaki di depannya itu.

"ehm.."pendek sahaja di bersuara. tangannya memegang pinggan di tangan Hairi.

"tak pe. Ery bawa."

Alia hanya membiarkan kata-kata Hairi dan berjalan ke arah pintu keluar.

dari pangkin Mak Kiah hanya tersenyum melihat telatah anak menantunya. sekurang-kurangnya hidupnya tidaklah terlalu sunyi dengan kehadiran kedua-duanya....

***************

alhamdulillah, berjaya juga sambung cerita ni sikit. harap kengkawan sudilah komen cerita "Cinta Abang Burger " ni. mungkin idea korang boleh memperbaiki gaya penulisan dan cerita Izz ni. sekian terima kasih.

3 comments:

::cHeeSeCaKe:: berkata...

hehe..
sweetla alia ngn hairi ni..
bagus la..walaupon kawin bukan atas dasar suke same suke..tp dorang tetap blaja utk terime sumenye..
"a great marriage is not when the perfect couple comes 2gether.it is when an imperfect couple learns 2 enjoy their differences"hehe..
ade mse smbung lg ye..!

wo berkata...

lia, msh lg x dpt 3ma ery ker??
sian gak kat ery tu...
nak tau sht pe yg kn terjd....

MaY_LiN berkata...

hihii...best nye..
tula..nk gurau lg..
nsb x rentung kuali tu..